Wednesday, October 3, 2007

Wajarkah

Dari cermin pandang belakang, saya nampak dia terlari-lari meningkah rakan-rakan lain menuju ke arah kerata yang menunggu. Belum sempat duduk dan tak pun memberi salam, dia berkata...Mama, hari ini ada budak lelaki dah kena penampar dengan Adik". Aku tak jadi menukar gear, tak sempat pun bertanya dia bercerita tanpa noktah. 30 patah perkataan dalam senafas....Di akhir cerita, dia berkata , I am Ok, sebab cikgu disiplin kata OK.



Kisah nya dia selalu di ejek kerana sedikit ke lainan fizikal yang dia ada pada matanya... Sejak kecil memang selalu bertanya kenapa matanya begitu...aku kata dia istimewa sebab Allah hanya bagi keistimewaan itu pada dia. Selain itu tulang nya juga mat flexibel,tapi tak ketara ada orang lain keran dia hanya melipat tubuh dalam rumah sahaja. Masa dia masuk tadika, saya beritahu gurunya awal-awal tentang hal ini supaya guru-guru dapat memberi jawaban terbaik pada yang bertanya tentang dia kerana dia memang sensitif.


Saya tidak mahu dia rendah diri kerana keistimewaan itu. Tapi kita sukar mengawal suasana di luar jangkauan kita. Selain sensitif dia keras hati. Pernah sekali dia menarik diri dari kumpulan pidato, kerana seorang rakan lelaki menyebut tentang itu pada saat akhir, sedangkan dia adaklah pemidato terbaik kumpulan nya... Puas di pujuk guru, dia tetap dengan keputusannya


Esoknya saya berjumpa guru. Rupanya sering benar dia di ganggu dengan ejekan itu oleh budak lelaki tadi. Dah sampai maksima agaknya, dia terus saja menampar pipi hinggakan si malang itu terkujat-kujat lari dan menangis...Aku tahu dalam usia 12 tahun Adik agak penyabar dan mengalah, tapi bila dah meletup... habis semua nya...

0 comments: