Monday, August 20, 2007

Miracle

While I was asleep, I received sms from...
Her : "Alhamdulillah, doctor allowed me to use both legs but with crutches. No need for left leg to be operated coz cross union from other bone there are strong. Thanks for your doa."
I replied : "Woke up for sahur and read yr beatiful, miracle message. I do sujud syukur".

Called her in early morning. She is supposed to undergo final operation today. It meant for joinning the lower and the upper part of bones at her left leg with a portion of pallet bone to be taken from parts of her other bones structure. She had had the same procedure for her right leg last year in October. Alhamdulillah, with the cross union growth, painstaking is now removed. She is completely healed.

Next step is ... walk... baby walk....

Friday, August 17, 2007

Setahun Berlalu...

Tentang Nett....
Bas yang di naiki untuk pulang Ke KL dari Kulim rosak di lebuhraya dekat Jelapang. Sementara menunggu bas itu diperbaiki dia duduk berlunjur di pinggir jalan bersama penumpang lain. Meraka tidak sedar bahawa bas tersebut telah dilanggar dari belakang oleh sebuah bas yang lain yang datang dari arah yang sama. Tidak sempat mengelak bahana itu... Dia antara yang parah..kedua belah betisnya hancur......*****************************************
Catatan ini bukan untuk bermalankolik. Jauh sekali menyeret duka. Ini adalah selipat kenangan seputih Al-Fatihah untuk aruah Suhaimi Joleman. Pada aku yang tinggal ialah sang isteri dan semangatnya.
Pertama kali Mi dan Net bertandang ke rumah, Abang masak beefsteak atas permintaan ramai. Zai tak suka makanan barat jadi aku masakkan beriani ,tandoori dan salad. Fazil nak makan nasi putih dengan tandoori, terus aku masakkan sedikit kuah gulai daging campur rebung. Berselera Mi makan beef steak. Kemudian beriani dan tandoori, bersambung nasi putih dan gulai daging campur rebung. Dari atas kerusi dia duduk bersila di lantai dan bersandar di dinding , laju saja dia menyuap puding jagung. Tanpa malu-malu dia sengih padaku, “nak kopi”.
Net perlahan-lahan habiskan 2 keping lamb-chop. Sementara kami , makan, makan, makan , berbual , makan. Sang suami di depan bercakap pasal toy mereka, pelan on the next trip, engine, ecect .
15 Ogos 2006, Zai beritahu Net kemalangan,bas. Dua kakinya hancur….Aku terpana. “Tak pa, saya terima – dia isteri saya dalam apa keadaan sekalipun. Kakcik, bulan Disember, kita pi Cheingmai , bawa Net dok dalam whell chair … ". Itu kata nya dalam telefon.
17 Ogos 2007 Pada hari kami bersiap ke Hospital Ipoh, Mi bawa Net balik ke KL – di Pantai Medical Center. Kami merancang untuk menyusul Ke KL pada 25 Ogos Jumaat malam selepas waktu kerja.
25 Ogos 2006, pagi Jumaat Man ke KL dengan bas. Dari pejabat , aku minta abang telefon Mi , tanyakan apa-apa yang mungkin dia perlu, boleh kami cari/bawakan malam nanti. Pukul 11.45 pagi, abang telefon dengan suara terketar;
“Mama calm down ya, mama cool ok...”
“Awat nya…”
“ Mi dah tak dak”.
“ Hah?"
“ Mi passed away,yang”.
“Mi ke Net. Check balik, bang – Net kat hospital kan… Inna lillah..”
Aku tak tentu arah. Call Zai di kampung. Macam aku dia terpinga-pinga. Menanti macam tunggu buah tak gugur telefon dari Man yang dah sampai KL, sambil berharap berita ini satu lawak bodoh.
“Ya Kakcik – it’s Mi. Man kat depan jenazah ni…di surau Haji Salleh, Pantai Dalam".
"Net camana?"
“Ada kat sebelah Mi, katil sebelah menyebelah…”.
Aku tak terbayangkan suasana itu. Sendu yang teramat. Dia dengan kedua belah betis berceracak besi terlantar di katil di sisi katil jenazah suami . Ya Allah, ambillah seluruh kekuatan yang ada padaku , dan Engkau berikanlah pada Net.
Hati dan jiwa di Pantai Dalam. Berjalan rasa tak jejak lantai. Aku cuti emergency. Balik ke rumah, aku dan Zai bertelefon selang lima minit. Kami tak berkata apa-apa. Tak terucap ayat. Dia dihujung sana tersedu-sedu, aku dihujung sini terisak-isak. Dengan semangat longlai begini , aku tak yakin kami tak dapat fokus untuk memandu 4 jam ke KL. Bila abang pulang dari kerja, aku baru selesai solat. Aku mengumpul kekuatan dan rasional lantas ambil keputusan.
“Abang, we’re tired, let’s rest tonite. Esok lepas subuh kita bertolak”.
Aku tak tahu membawa perasaan waktu melangkah masuk ke rumah kak Fauziah. Membendung pilu dan airmata sekuatnya. Bibir kukunci rapat. Kalau bersuara pasti nya yang amat menyayat. Takut nanti tak terbendung kelopak mata yang sebak menanti derai. Dia terbaring , katilnya di hadap kearah kiblat . Bertelekung menanti masuk waktu sembahyang: kakcikkkkkk,” tegurnya sambil cuba tersenyum sedang airmata berladung di kelopak nya. Aku bersimpuh , memeluk dan mencium nya . Lama . Mahu ku dakap seeratnya tapi dia dhaif. Cukup lah sakit kaki nya. Dan pilu hatinya…. Berat mata memandang dugaan Allah pada nya . Kalau aku di perbaringan itu,agak nya dah berkali-kali pengsan. Melihat dia menangis, Abah Wan Yahya berbisik di telinganya. ." Be brave girl, you’re strong…. whatever had happen, we cannot change..life has to go on”. Luluh aku melihat sekujur tubuh itu. Aku perlu kuat untuk dia. Aku tidak akan menangis di depannya. Azan berkumandang, dia minta izin untuk solat. Di luar bilik , aku berpelukan denga adik iparnya , kami menangis lagi. Semahu kami.
Berat aku untuk tinggalkan dia malam itu meski ku tahu dia dalam jagaan yang baik. Semalaman aku terkenang dia, sepanjang itulah jua airmata mengalir. Aku sebagai kawan pun amat susah menerima kehilangan ini, apatah lagi dia, si isteri yang dalam dalam keadaan yang tak terucap sakit dan lemah semangat serta hilang kedua kaki dan upaya.
Esoknya sebelum pulang, kami meminggir lagi. Hari ini dia lebih ceria. Senyum dan gurau seperti tidak apa-apa. Penuh sekeliling kawan sekerja dan rakan MRSM. Kami memberi ruang. Cuma memerhati gerak nya dan berkomunikasi dari jauh. Dia minta maaf tidak melayan kami. Sedikit pun aku tidak kecil hati.
Dari minggu ke bulan aku hubungi dia berselang hari. Cuma mahu meneman kesunyian dan mendengar keluh kesah. Memberi pendapat bila perlu. Gelak ketawa nya terlebih dulu melatari setiap cerita. Cerita sang doktor menyiat isi dan mengetuk tulang nya pun di sulami ketawa. Sedang aku yang mendengar ter suit-siut seriau! Tidak pernah mengeluh , dia amat kuat. Aku tahu dia melindungi suram di hati. Abah berpenyakit dan mama juga telah pulang setahun sebelum kepulangan Mi. Dia tidak boleh lemah menanggung semua ini.
Cuma sekali dia mengadu, kawan berkonvoi masa senang bermotosikal hilang satu persatu. Selalu aku katakan pada Abang, kalau Mi masih ada, dia tak jadi begitu. Ralat juga jarak pemisah kami , Kalau tidak InsyaAllah, apa yang kusajikan untuk famili akan ku sampaikan sepiring untuk dia. Dia memang suka makan dan ketawa.
Hampir setahun kini kaki kanan sembuh. Sejak 3 bulan lalu dia belajar mengatur langkah demi langkah. Kini sudah boleh berjalan menopang tongkat. Kaki kiri masih lagi amat sensitif. Kini ada rongga tak bertulang sepanjang lebihkurang satu inci antara tulang atas dan tulang bawah betisnya. Itu kesan dari hancuran tulang yang tak di jumpai relai nya. Menghitung detik tisu daging bercantum untuk proses menampal tulang baru. Secebis tulang di pinggang nya akan di kikis/ colek sedikit untuk menyambung rongga itu. 8 jam lagi dia akan terkedang di katil operation. Selepas ini , tapak kaki kiri tidak boleh menyentuh lantai selama 3 bulan lagi. Selama itu juga lah dia perlu menelan pelbagai pil ubat dan antibiotik.
Aku bangga dengan kekuatannya, tapi kesian mendengar dia mampu berulang alik ke hospital saban minggu sendirian. Punya kenderaan tapi ihsan sahabat jua perlu untuk nya bergerak mendapat rawatan, lantas dia menyewa teksi. Dia kini mampu tinggal di rumah sendiri – Semuga jiwanya lebih lapang, hanya itu doa ku. Hidup sendiri dalam hawa dan hangat kenangan kembara bersama sang suami yang dinikahi nya selama10 tahun. Menyambung semangat juang untuk terus ceria, mempertahan hak sepeninggalan Mi dan memenfaatkan usia yang ada dengan sebaiknya.
Seperti pesan abah nya,Net amat kuat. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa…
***********************************************************************************
Tentang Mi:

Wira Malaysia meninggal dunia (petikan Utusan Malaysia)
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Rakyat Malaysia yang pernah mengelilingi dunia dengan motosikal secara solo, Suhaimi Joleman, 41, meninggal dunia akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Pantai, di sini hari ini.
Beliau rebah ketika sedang menziarahi isterinya yang juga dirawat di situ kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya Selasa lalu. Suhaimi menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengadu sakit dada kira-kira pukul 10.55 pagi.
Isteri Allahyarham, Wan Suriani Wan Yahya yang patah kedua-dua kakinya dimasukkan ke hospital tersebut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Ipoh, Perak. Sepupu Allahyarham, Ahmad Zain, 51, ketika dihubungi berkata, walaupun Suhaimi merupakan seorang pesakit jantung tetapi beliau cekal dan bersemangat dalam menjalankan tugas serta hobi mengembaranya itu.
Jenazah Suhaimi yang merupakan lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam di sini selepas solat Asar kira-kira pukul 5 petang ini. “Isterinya turut berada di sana mengiringi jenazahnya,” katanya pada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau memberitahu, Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Wan Suriani sembilan tahun lalu. Dalam sejarah pengembaraan solonya, Suhaimi pernah menjelajah ke Istanbul, London, Bulgaria, Hungary, Austria, Itali, Switzerland, Jerman, Belanda, Belgium, United Kingdom dan Eire. Perjalanan itu diteruskan ke Perancis, Sepanyol, Portugal, Maghribi, Algeria, Tunisia, Libya, Mesir, Arab Saudi, Sudan, Ethiopia, Kenya, Tanzania, Malawi, Mozambique dan Afrika Selatan dengan jarak perjalanan 19,500 kilometer.
Sepanjang pengembaraannya, Suhaimi sempat memperkenalkan Malaysia secara peribadi sambil menyerahkan Poskad Keamanan mengandungi mesej keamanan dari rakyat Malaysia ke seluruh dunia.

Monday, August 6, 2007

Pathway


1.34pagi... masih bersengkang mata mengedit dan mengubah template blog ini. . Saya bukan orang IT…….merangkak dan teraba-raba macam si buta kehilangan tongkat. Hi hi..Akhirnya….Alhamdulillah. Juat became a blogger….