Tuesday, November 27, 2007

Sinar

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
DIA datangkan petir dan kilat.
Kita tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar,
Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi.

Entry ini khusus untuk D and Net sama-sama kehilangan suami tercinta

Wednesday, November 21, 2007

Ruang


Lemas. Ke mana mahu lari mencari ruang bersendiri. Ingin tenggelam jauh dari serabut duniawi. Mana mungkin dapat bersendiri di rumah. Buka saja pintu kereta sudah riuh bercerita dan mengadu itu ini. Sementelah di pejabat. Walau bersendiri di kamar ini, talian jarang senggang. Apalagi sekarang ini tepu dengan costing dan perangkaan, angka dan huruf berselirat. Dasar terbuka pejabat ini walau pintu tertutup masih terserlah pada pandangan dari luar dengan dinding dan pintu separuh kaca. Nak makan bekal tengahari dalam bilik pejabat ni pun masih ada yang ramah-tamah mahu berkongsi meja. Nak panjangkan bersunyi selepas solat pun jarang berkesempatan. Usai solat maghrib, si bungsu siap bersila dengan Muqaddam minta di tegur bacaan nya. Baru nak pegang buku ada saja borak si anak dara berdua tu ajak bercerita.
Layu dan lesu sangat hari ini. Sepanjang pagi dah kering tekak bercakap di telefon dan dalam mesyuarat. Siti ajak keluar makan tapi aku cakap ada hal. Perlahan-lahan aku memandu ke McD berhampiran, mengambil makanan di tingkap pandu lalu. Siap dengan aiskrim Sunday! Pulang ke pejabat , ruang parking masih kosong. Aku memilih tempat redup. Tutup enjin, buka tingkap. Buka bungkusan dan makan perlahan-lahan sambil dengar Hot.fm. Tenang rasanya bersendirian. Selesai makan masih ada 35 minit lagi waktu rehat sebelum masuk waktu zohor. Panjang lagi tuu…aku meluruskan kaki… sambil melihat-lihat burung kecil terbang dan meloncat-loncat. Angin pun semilir lalu. Ada novel dalam kereta ini yang boleh di baca… ahhh, biarlah…. Damai nya menikmati sedikit ruang bersendiri di sini….

Friday, November 16, 2007

Penawar Hati

Thursday, November 15, 2007

Tahniah


Pagi-pagi dah nampak dia gementar.
"Mama kalau tak mai pun...ikut suka mamalah... kot kot mama sibuk..."
Macam nak luruh jantung saya bila dia berkata begitu waktu nak bersalam sebelum turun dari kereta...
"Ya, Mama mai, InsyaALLAH"
Pukul 10.30 sampai di dewan sekolah yang sudah penuh dan riuh. Mencari-cari di mana lah anak aku ni... Haa, itu pun dia..

Satu persatu nama di panggil. Yang mendapat 5A berdiri di pentas sambil di sambut tepukan dan sorakan tahniah. Yang lain turun pentas dengan wajah suram di sambut pelukan barisan guru-guru yang menunggu dengan ucapan semangat. Nampak dia tenang tapi bila kawan baiknya Amelia turun pentas sambil menangis, dia pun turut menangis ( macam mak dia jugak, murah ayaq mata! )Terus terusan dia menangis hingga nama di panggil.. Sampai atas pentas, dia terjelepuk duduk di kaki cikgu Aniza. Ya Allah, anakku...Bila bangun dia peluk cikgu dan terus menyertai kawan-kawan di atas pentas...Riuh dewan ketawa. hai hai.. heavy drama la pulak...Kata Dr R di sebelah ku, "Kak, kalau Amalina tak dapat 5A, mau pengsan kot ! Ha ha , tak pa doktor ada sini....:))))
Alhamdulillah, she deserve it...Tahniah sayang. Macam-macam keletah anak-anak ni, yang melompat, menjerit macam-macam lagi, Habis sessi bergambar, baru lah masing-masing turun menerpa mak ayah yang tak kurang excited nya.
Tapi dia terus lagi menangis, awat la pulak...kesian Amelia dengan Hannis dapat 4A 1B. Pulakk.....

Tak lama selepas itu Ammer buat satu lagi kejutan... Ammer naik kelas yang lebih baik. Alhamdulillah, macam tak percaya tapi bila meneneliti kertas jawaban peperiksaan yang di pulangkan, saya amat berbesar hati. Pencapaian yang lebih baik dengan peratus yang lebih tinggi!
Saya maklum prestasi dia yang amat sederhana dalam pelajaran. Seperti yang selau dia sebut," Ustazah cakap, Ammer cerdik tapi kurang usaha".
Puncanya dia leka bermain. Penat bermain baru nak belajar. Nampaknya dia gembira dengan kedudukan "top three" dalam kelasnya. Semuga pencapaian ini akan menjadi titik tolak untuk dia lebih rajin belajar.

Doa mama semuga semuanya sentiasa dalam kesihatan yang baik untuk melakukan sesuatu dengan paling baik dan gembira selalu.