Monday, March 17, 2008

Tradisi yang Dijunjung

Puteri Awatif Muhammad Fauzi dan Dhia Nabihah Muhammad Yusri di raikan majlis cukur rambut,tahnik, berendoi dan marhaban serentak kenduri akikah mereka. Si comel montel berdua ni bersaudara sepupu, mereka ini cucu saudara cikMilah..
Dhia Nabihah lena menanti giliran...
buaian di hias cantik di penjuru anjung .. kumpulan dikir berendoi bersalawat sebelum upacara bermula...mak Puteri yang masih dalam hari dah tak sabar menghayun buai... Puteri Awatif nyenyak beradu di buai alunan berendoi...



potong jambul dan bercukur rambut.


ceria sebelum dan selepas bercukur rambut
Tok Long Ustaz mencerna kurma dan air zam-zam dengan cincin emas untuk menyempurnakan tahnik Dhia Nabihah.

Amalan ini jarang di amalkan sekarang. Saya dan ahli keluarga sepakat akan terus menghidupkan amalan ini dan saban tahun kami menghimpunkan ahli baru keluarga untuk sama-sama membawa bayi melalui proses unik ini. Anak-anak saya yang sudah remaja amat seronok melihat kembali rakaman kisah hidup mereka menjejak tradisi lama.

Rencana mengenai tahnik di sini.

10 comments:

Ummi said...

I only did this twice for my eldest and youngest. Itupun after much pestering from my parents.

tulipurple said...

my prof fr tunisia kat uia tu pun tgezut when i told him my family still practisin tahnik,esp shavin d baby's hair n weight it equivalent 2 gold to b sodokah.he said it's hard 2 hv det back home.sy pun suka majlis2 mcm ni,syiok dgr alunan marhaban itew.ni nk tunggu anak2 beso skit nk join group marhbn,insyaAllah.

MAMAMIA said...

Comel2 anak2 ni.

Teringat masa buat cukur jambul anak saya. Ada sorang makcik ni, terlupa pakai cermin mata, masa nak menggunting rambut anak tu, terketar2 tangan dia. Suspen saya dibuatnya. Takut lain pulak yg tergunting nanti...

Kak Elle said...

cikmilah family saya masih amalkan tradition ni lengkap dgn marhaban semua...tapi buai dah tak main lagi maklum lah kami tinggal di flat.

cikMilah said...

Ummi,nanti bila anak-anak besar, InsyaALLAH mereka hargai keraian macam ni. Like my girls, they make good write up about the traditions they went thty tahnik, cukur jambul etc...

cikMilah said...

Betul tu tulip, bukan cucu tu saja terlena, tok auntie ni pun terbuai-buai dengar marhaban...

cikMilah said...

Mamamia,macam-macam kerenah kan!Saya sendiri tak konfiden nak potong, jadi tukang ambik gambo jer!

KakElle, seronok kan ada majlis baby ni...kita yang senior ni pulak yang lebih2! he heheh

silversarina said...

nak sambung komen tadi ( tadi dah komen taktau masuk ke tak )... majlis macam ni yang akak tak pernah adakan, tahnik dan yang lain tu buat masa lahir je, tak de majlis, tu yang akak maksudkan.

Neeza Shahril said...

Comelnya babies ni.. anak anak neeza pun ada gak buat cam tu kecik kecik dulu. Opah dan Wan mereka lah yang beriya. Kalau neeza and husband, memang tak reti semua ni. Tapi Tahnik tu apa? tak pernah dengar pulak. Mungkin nama yang neeza tahu lain kot...

Semoga anak-anak ini bakal menjadi anak solehah apabila besar kelak..

cikMilah said...

KakRina
tak menjelma pulak komen yang awal tu. Yang afdhal dan islamik nya tahnik dan selawat, cukur jambul dan berendoi tu sekadar penyeri budaya.

Neeza,
betul tu, selalunya nenek yang beria-ia.cikMilah dulu pun tak kisah sangat, ikut jer rentak orang tua-tua.
Ada rencana tentang tahnik kat pautan tu....