Wednesday, July 30, 2008

Salam Isra' Mikraj

Assalamualaikum & salam israk mikraj untuk semua...
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tecantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad s.a.w didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Betlehem, tempat lahirnya Isa putera Maryam.

2. Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.

3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.

4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.

5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama. Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang wajib dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Sunday, July 27, 2008

Aduhhhhh, penat!

Seminggu berlalu. Pantasnya masa berlari. Tak terkejar rasanya. Sedar-sedar minggu depan sudah pun Israq Mikraj. Asrtaghfirullah...kesal sangat sebab puasa sunat Rejab tahun ini sikit sangat...paling sedikit . Nak buat macamana, kesal pun dah tak guna, kan. Masa dah terlepas persis permata yang hilang di bawa arus ke laut, ia tak akan berulang kembali. Sepatutnya makin tua ni , amal makin bertambah. Ini sudah terbalik, makin kurang pulak jadinya. Itu lah pasal mengejar masa dan urusan dunia. Leka!
Tanda-tanda iman semakin menurun...

Sepanjang mingu ini balik kerja pukul 7 malam! Tak dapat mengelak lagi sebab counterparts di dunia sebelah sana, jadi kena conference call waktu lepas kerja. Tak cukup dengan itu, bawak balik kerja di rumah, pukul 10 malam conference call lagi.
Saya paling tak suka bawak balik kerja kat rumah. Kalau bawak balik pun memang tak buat punya! Tapi conference call ni memang tak boleh nak elak dah...Kalau dulu saya tak kisah begini, sekarang ni dah jadi semacam beban.
Tanda-tanda malas nak kerja.

Sepanjang minggu ni juga beli makanan kat luar!...Mana nak sempat masak jadi saya tapau saja dari kedai. Mula-mula nasi kandar, esok tomyam, lusa sup tulang., tulat kari ikan bawal....ala hai jemu! Balik rumah sempat masak nasi, dan buat side dish saja...goreng ikan atau telur dan tumbuk sambal atau gaul salad. Nampak nasi berlebih saja tiap-tiap malam.... cuma ada yang belum merungut...he he he...
Rumah pun macam apa entah, Saya cuma buang sampah dan cuci kain baju.
Nasib baiklah petang-petang hujan, kalau tak, alamat layu la pokok-pokok foliage kat balkoni tu...
Tanda-tanda kena cari bibik!

Minggu ini saya pecahkan record tak ada satu pun kek dan kek cawan yang masuk gaung. Nasib baik agaknya, bancuh adunan dalam mengantuk semua menjadi elok dan tak banyak kerenah. Alhamdulillah.Saya paling benci kat diri sendiri kalau kek masuk gaung sebab kena buat lagi sekali. Macamana nak jual kalau kek tenggelam kan!
Sudahnya hari Jumaat malam saya flat. Punya lah letih hinggakan saya terpaksa minta tolong jiran , tumpangkan Kakak pergi TKD dengan anak nya. Lepas solat saya telan panadol dan baring kejap.. Selalunya bila azan Isya' saya akan terjaga. Rancangan saya lepas solat nak pergi hantar kek kat rumah Simah dan terus ambik kakak dr TKD . Tapi saya hanyuttttt...pukul 10 malam baru terjaga sebab berpeluh-peluh.....alamak....terus sms Simah cakap saya nak hantar esok pagi...
Tanda-tanda badan ni dah seasoned....

Say anak rehat betul-betul hari ini...baring-baring. Abang ajak pergi makan durian, ada jemputan di Batu Kurau. Best jugak tu, pergi konvoi motosikal sejauh 200 KM dan makan durian dalam dusun yang ada air terjun. Terimakasih atas jemputan. Cuti sehari ini amat mahal untuk galang ganti keseronokan berkonvoi motor dan makan durian.
Salam hari minggu....

Monday, July 21, 2008

Saya Tenang Bila Membaca Artikel Ini...

Pasrah Di Zaman Badai Fitnah
Posted on Jul 20, 2008 under Akidah

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Nabi Muhammad s.a.w banyak mengajar doa-doa yang indah. Namun, keindahan doa-doa itu kadang-kala tidak dapat seseorang hayati sehinggalah muncul suasana kehidupannya yang benar-benar disentuh oleh doa-doa tersebut. Apabila suasana itu hadir, barulah dapat dinikmati kesyahduan doa-doa tersebut.
Ketika itu, doa yang dahulunya kita baca berulang kali terasa biasa bertukar menjadi begitu menusuk kalbu dan jiwa. Terasa betapa keperluan menghayati apa yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malangnya dalam masyarakat kita, doa-doa Nabi s.a.w yang asli ditinggalkan, sementara doa-doa rekaan yang dipetua oleh buku atau orang tanpa bersumber daripada Nabi s.a.w pula menjadi pilihan.
Tokoh ulama umat yang besar al-Qadi `Iyadh berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengizinkan untuk berdoa kepadaNya. Dia mengajar doa dalam kitabNya kepada hamba-hambaNya. Nabi s.a.w pula mengajar doa kepada umat baginda. Dalam doa-doa tersebut mengandungi tiga unsur, iaitu; ilmu mengenai tauhid, ilmu mengenai bahasa dan nasihat kepada umat.
Maka tidak wajar bagi seseorang berpaling daripada doa-doa baginda s.a.w. Syaitan telah menipu manusia dalam hal ini, lalu dia telah mewujudkan untuk mereka satu puak yang jahat (kaum yang mencipta doa-doa palsu ini). Lantas mereka mencipta secara palsu untuk diri mereka doa-doa yang memalingkan mereka daripada mencontohi Nabi s.a.w.
Lebih buruk lagi, mereka menyandarkan doa-doa tersebut kepada para nabi dan orang-orang soleh, lalu mereka kata: Doa Adam, doa Nuh, doa Yunus dan doa Abi Bakr al-Siddiq r.a.”( Ibn al-Imam, Silah al-Mu’min fi al-Du`a wa al-Zikr, m.s. 22-23, Damsyik: Dar al-Kalim al-Tayyib)
Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah.
Demikian syirik, kufur, bid’ah, maksiat, pembunuhan, ketidak tenteraman, kekacauan dan seumpamanya diistilahkan juga sebagai fitnah. Hidup di zaman fitnah adalah sesuatu yang memeritkan. Sehingga kadang-kala insan akan terpinga-pinga dalam menentu pendirian dan keputusan yang betul.
Nabi s.a.w dalam banyak hadis-hadis baginda mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada fitnah iaitu ancaman yang menggugat agama dan ketenteraman hidup. Sebab itu, antara yang diajar oleh baginda kepada setiap yang bersolat agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada empat perkara. Iaitu “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Doa ini dibaca semasa tasyahud (tahiyyat) sebelum memberi salam. Banyak lagi doa-doa yang cantik banyak diajar oleh baginda dalam solat. Namun ramai yang tidak tahu kerana solatnya ikut-ikutan. Mereka tidak mempelajari solat menerusi hadis-hadis Nabi s.a.w, sebaliknya hanya mewarisi solat apa yang dilihat semata.
Tanpa tahu bagaimanakah solat itu diajar oleh Rasulullah s.a.w. Lalu hilanglah peluang kemanisan doa-doa tersebut. Sebab itu, antara buku yang baik untuk dibaca oleh setiap lapisan tentang solat ialah buku tulisan ulamak hadis yang terkenal Nasiruddin al-Albani yang bertajuk “Sifat Solat Nabi s.a.w”.
Banyak bacaan-bacaan yang amat indah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dapat dipelajari. Antara yang indah itu bahawa Nabi s.a.w apabila bangun bersolat pada malam hari, baginda membuka solatnya (membaca doa iftitah) seperti berikut: (maksudnya) “Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim).
Demikian doa yang seperti ini -dengan keindahan bahasa arabnya- menusuk jiwa di kesunyian malam, di kala manusia lain masih nyenyak tidur dan tenggelam dalam mimpi, sedangkan hamba Allah yang ikhlas merintih merayu agar ditunjuk jalan yang lurus atas segala perselisihan yang berlaku di kalangan masyarakatnya.
Doa ini lebih menyentuh jiwa dan kehalusan nurani tatkala kita hidup di zaman kegawatan tingkah manusia dan perselisihan yang tidak sudah-sudah. Setiap pihak mendakwa dia yang benar. Sehingga kita tidak tahu siapa syaitan yang bertopengkan malaikat, atau malaikat yang dituduh syaitan.
Telah berulang kita membaca doa Nabi s.a.w. “Ya Allah, jika Engkau kehendaki berlaku dalam sesuatu kaum itu fitnah, maka matikanlah aku dalam keadaan tidak terfitnah” (Riwayat al-Imam Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani). Namun membaca hadis ini dalam zaman atau keadaan yang penuh fitnah benar-benar memilukan jiwa.
Terasa keperluan kepadanya. Terasa kerinduan kepada kedamaian hidup yang hakiki. Lalu airmata tanpa sedar membasah pipi dalam kelesuan gelora hidup dan syahduan perasaan yang rindukan bimbingan Tuhan. Dalam doa ini Baginda Nabi s.a.w mengajar agar kita memohon supaya jangan ditimpakan fitnah iaitu kerosakan yang menggugat pegangan atau pendirian yang benar dalam beragama.
Fitnah jika turun sehingga menggugat apa yang diajar oleh Allah dan rasulNya, maka kehidupan itu adalah racun sekalipun disangkakan madu. Jika benar fitnah akan berlaku maka kita disuruh memohon kepada Allah agar mati dalam keadaan tidak terlibat dengan fitnah atau kerosakan tersebut. Walaupun asalnya seseorang tidak disuruh bercita-cita untuk mati, namun baginda dalam hadis lain menyebut: “Jangan seseorang kamu berharap agar mati disebabkan kemudaratan yang menimpanya. Namun jika tidak boleh, katakanlah: Ya Allah! Hidupkanlah daku sekiranya kehidupan itu baik untukku. Matikanlah daku jika kematian itu baik untukku” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kadang-kala kematian lebih baik daripada hidup menyusahkan orang lain sehingga menjadi fitnah atau gangguan kepada umat. Demikian mati lebih baik daripada cuba menghadapi ujian yang akhirnya membawa kita tewas lagi rugi pada kehidupan akhirat. Maka tidak pelik jika Saidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya: “Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh.
Demikian Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu. Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami’ al-Muntakhab, 103, Lebanon : Muassasah Fuad).
Ini adalah cebisan kisah daripada sirah insan-insan soleh yang lebih rela mati daripada hidup menjadi beban dan fitnah kepada orang lain. Bandingkanlah mereka ini dengan orang-orang politik yang rela sesiapa pun mati, asalkan mereka dapat hidup. Segala macam ‘kelentong’ dikeluarkan. Biar manusia pecah kepala, asal mereka mendapat kuasa.
Saya bukan menimbulkan kisah ini untuk kita putus asa dengan kehidupan. Tetapi supaya orang yang daif seperti saya sentiasa beringat walaupun kaki berpijak di bumi, namun jiwa hendaklah sentiasa tenggelam dalam kehidupan hakiki selepas berakhir episod di bumi ini. Jika itulah jiwa dan perasaan kita, tentulah politik kita tidak sekelam kabut begitu.
Walaupun kadang-kala politik berbunyi agama, namun bukan sedikit juga agama hanya jambatan untuk dipijak agar sampai ke kerusi politik. Maka, berapa ramai yang hanya membaca nas-nas yang mengharamkan itu dan ini untuk menyalahkan orang lain. Tidak pula membacanya untuk dirinya dan puaknya.
Umpamanya, ketika menuduh orang lain dengan berbagai tuduhan, tidaklah pula kedengaran nas dan dalil pengharaman menuduh orang tanpa bukti dan saksi. Tetapi segala dalil dan nas akan keluar dengan lancarnya ketika orang lain menuduh kita. Sehingga ramai yang keliru. Siapakah yang jujur, siapa pula hanya bermadah pujangga? Atau kesemuanya jembalang yang menjelma dalam berbagai wajah demi menggoda kita semua?
Siapakah yang selamat dalam suasana yang sebegini? Berdasarkan hadis-hadis Nabi s.a.w golongan yang paling selamat adalah sesiapa yang tidak melibatkan diri dari menyertai mana-mana pihak yang bertempur sesama muslim. Itulah fitnah yang merosakkan agama kerana bertempur atas isu yang tidak pasti. Firman Allah dalam Surah al-Isra, ayat 36: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.
Pada zaman Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a. telah berlaku fitnah yang telah memecah belahkan kaum muslimin, termasuk para sahabah Nabi s.a.w. Kesemuanya berpunca daripada isu pembunuhan Saidina ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Isu dan peribadi mereka jauh lebih mulia. Bukan seperti peribadi-peribadi samar dan kabur yang diselubungi oleh berbagai tanda tanya seperti sesetengah orang pada hari ini.
Para pengkaji sejarah cuba mengkaji pendirian siapakah yang paling tepat dalam suasana fitnah ketika itu. Berbagai kesimpulan telah dikeluarkan, namun saya bersetuju bahawa pendirian yang paling tepat adalah pendirian para sahabah yang tidak mahu terlibat dengan perbalahan tersebut. Ini pendirian majoriti sahabah.
Kata Muhammad bin Sirin (meninggal 110H): “Ombak fitnah melanda, sementara para sahabah yang masih hidup berpuluh-puluh ribu, namun yang terlibat dalamnya tidak melebihi seratus orang. Bahkan tidak melebihi tiga puluh orang” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/264, Lebanon : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Sebelum pertempuran antara dua sahabah; ‘Ali dengan Mu’awiyah tercetus, banyak pihak berusaha agar peperangan Siffin itu tidak terjadi. Antara yang berusaha mendamaikan kedua belah pihak ialah dua orang tokoh sahabah yang mashyur Abu Umamah al-Bahili dan Abu Darda’ yang datang menemui Mu`awiyah dan berkata: “Wahai Mu`awiyah! Apakah alasanmu memerangi `Ali? Demi Allah! Sesungguhnya dia lebih dahulu menganut Islam daripadamu dan ayahmu. Dia lebih dekat hubungannya dengan Rasulullah dan lebih berhak daripadamu dalam urusan pemerintahan”.
Jawab Mu`awiyah: “Aku memeranginya kerana darah `Uthman dan sesungguhnya `Ali telah melindungi pembunuhnya. Kamu berdua pergi kepadanya dan beritahu dia, laksanakan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh `Uthman nescaya akulah orang Syam yang pertama berbai`ah (janji taat) dengannya”.
Maka Abu Umamah dan Abu Darda’ pun pergi menemui `Ali, dan menyatakan kepadanya seperti yang diminta oleh Mu`awiyah. Saiyyidina `Ali pun menunjukkan kepada mereka sejumlah tentera yang ramai yang menyebut: “Kami adalah pembunuh `Uthman, sesiapa yang mahu, sila serang kami”. Akhirnya Abu Umamah dan Abu Darda’ pun pulang dan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri di dalam peperangan.(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/270).
Begitu juga Abu Muslim al-Khaulani dan mereka yang bersama dengannya, pernah datang menemui Mu`awiyah dan bertanya: “Engkau memerangi `Ali, apakah engkau ini setaraf dengannya?”.
Jawab Mu`awiyah: “Demi Allah, aku benar-benar tahu bahawa dia lebih baik dan afdal serta lebih berhak di dalam pemerintahan daripadaku. Namun kamu semua tahu bahawa `Uthman dibunuh secara zalim dan aku adalah sepupunya. Aku menuntut darah `Uthman. Beritahu `Ali, serahkan pembunuh `Uthman kepadaku nescaya aku menyerahkan urusan ini kepadanya.” (Ibid 8/132).
Maka atas kekaburan itu, kebanyakan sahabah dan tabi’in mengambil pendirian tidak mahu menyertai peperangan tersebut.
Jikalau peperangan yang dikepalai oleh tokoh-tokoh sahabah seperti ‘Ali bin Abi Talib sepupu Nabi s.a.w juga khalifah yang sah, ‘Aisyah isteri Nabi s.a.w sendiri, Mu’awiyah sahabah Nabi s.a.w, majoriti para sahabah enggan menyertainya disebabkan kekeliruan yang berlaku. Padahal tokoh-tokoh itu adalah insan-insan soleh yang dijamin syurga oleh baginda Nabi s.a.w.
Apakah kita di zaman ini ingin menyertai pertembungan sesama muslim dalam isu-isu yang kabur dan dikepalai pula oleh peribadi-peribadi yang tidak pasti? Fitnah oh fitnah. Ya Allah, kami pasrah kepadaMu dalam fitnah yang mengelirukan ini.

Awal sangat kah

Baju kurung untuk 3 perempuan - checked
Baju Melayu untuk lelaki kecik - checked
Baju Melayu untuk lelaki besar - nak beli yang dah siap...tunggu stok baru masuk bulan Ogos
Kasut anak-anak dara - checked
Kasut Mama / Abah - waived ; pakai yang mana ada
Kasut lelaki kecil - tunggu sale @ al-I3**8
Tudung untuk perempuan - waived - pakai apa yang ada pun rasanya cukup nak matchkan dengan baju raya.
Pin and brooch - sponsored ( Uncle Ijat kawan Abah dan belikan 5 pasang dari Sabah. Terimakasih daun keladi !)
Sarung kaki lelaki dan perempuan - checked
Butang baru lelaki - waived;tahun lalu Tok bagi, masih berkilat
Kain pelikat - sponsored by MIL beli kat Bandung bulan lepas.



Maaf ya , bukan berniat menunjuk-nunjuk tapi hari ni rasa lega sebab keperluan raya dah selesai . Rasa ringan kepala tak payah dok teringat-ingat dan merancang-rancang ; what to do next, atau where to find what. Selalunya saya memang bersiap awal-awal sebab tak suka shopping waktu bulan puasa. Bagi saya shopping di bulan puasa amat meletihkan pada siangnya dan amat merugikan pada malamnya... Teringat lagi 2 tahun lepas, saya termakan kata-kata seseorang bahawa seronok shopping dekat nak raya, terasa meriah dan semangat berhari raya. Saya pun plan shopping dengan dia, itupun saya letakkan syarat kita pergi waktu saya uzur.. Frust. Saya penat. Over budget sebab mata dah rambang. Tak beli beberapa barang-barang kecil spt butang baju dan anak tudung. Kena marah dengan suami sebab balik lewat dekat sangat waktu berbuka. Memang saya yang salah sebab tunjuk contoh tak baik pada anak masa tu. Serik!

Kenapa ya, kita mesti nak beli semua baru untuk sambut raya padahal itu bukan perkara wajib. Kita kan di galakkan pakai pakaian baru menyambut kemenangan berpuasa tapi tidak semestinya nak beli semua baru, kan? Saya bataskan pada pakaian saja sebab saya tidak mengambil alasan raya untuk menukar langsir atau beli perabut baru. Saya ada 3 pasang langsir yang saya tukarkan bila nampak kotor atau jemu. Lepas cuci, semuanya pun nampak baru dan wangi. Kalau langsir ni saya ada bermain dengan tessel, pin atau cangkuk dan bunga untuk kelainan dari hari biasa .

Berbalik pada kemestian sediakan baju baru; saya tak berani berhujjah sebaliknya ikut kebiasaan sejak kecil dan kelaziman masyarakat kita. Cuma sentiasa ingatkan diri berbelanja dalam lingkungan bajet yang saya sediakan sejak awal tahun. Biasa la kan, apa pun mesti ikut bajet dan sesekali tidak akan berbelanja lebih dari pendapatan.

Hari Sabtu selepas jumpa YDP ( ingat entri 'Hangin") , saya ke sekolah KakNgah untuk perjumpaan ibu-bapa dengan guru untuk sign report card dan laporan kegiatan anak. Lepas itu bawak dia keluar ; kami ke Queensbay Mall. Kebetulan ada sale, jadi saya withdraw cash dan cari listing yang dah sedia dalam begtangan. Saya paksa diri gunakan cash, sebab kalau pakai kad kredit, nanti saya tak ingat dunia!!! Sesetengah barang hingga 70% discountnya. Saya tak tahu pun pasal jadual sale ni sebab saya beli barang ikut keperluan saja atau pun kalau terjumpa barang yang betul-betul rugi kalau tak beli , macam beg tangan ini.


Saya berkenan sebab belum ada beg macam ni. Saya jenis yang tak kisah guna beg tangan yang bukan new arrival, yang penting tahan. Tahan lasak dan tahan poket menampung nya...:)))Selepas 80% discount, saya bayar $68.00 sahaja.. Rugi tak kalau tak beli?

Masa agak panjang untuk kami, lepas makan kami teruskan operasi menabur RM...kemudian ke surau. Dapat jugalah rehatkan kaki sekejap sebab dah sakit betis mengukur mall terpanjang di Malaysia ni...Surau di sini, besar dan bersih, memang selesa. Lepas solat dan baring sekejap, kami menyambung tugas yang belum selesai! Sebelum Asar masuk kami dah selesai..lega .. masa masih panjang. Sambil jalan-jalan kami cuci mata dan nampak la benda ni. Cantik, terus teringat KakElle.. Matching short skirt with spaghetti strip untuk anak 1-2 tahun.. Cute kan....









Sebelum balik, kami turun ke bahagain groceri. Saya nak tinjau harga barang-barng untuk baking project dekat J.Kalau harga di J lebih murah dari T, C atau G, boleh juga stock up untuk inventori kuih dan kek jualan raya. Macam minggu lepas kami ke G di Bayan Baru, ada offer tepung gandum pada harga $1.49; sedangkan jenama lain yang paling murah pun $2.50. Ia terhad untuk 3 pack bagi seorang pembeli. Dengan 2 orang anak dara ni, kami berulang alik dari stack tepung ke kaunter, kami berjaya bawa balik 15 pack tepung gandum.

Rata-rata harga di sini lebih tinggi. tapi saya jumpa gelatin halal dan marshmallow halal. Elok juga saya tangkap sekarang sebab bulan Ogos nanti ada tempahan kek fondant. Kaki pun dah penat lagi sekali, kami pun balik dan hantar KakNgah ke asrama. Sampai asrama baru dia teringat, kasut hitamnya sudah rosak, lekang dan nampak jari...,, Eeiiii anak bertuah! Nak suruh Mama shop till drop?

Saturday, July 19, 2008

Hangin!

Nota:
Ini entri ke 100. Belum pun setahun berblogging, Entri ni akan meminjam perkataan yang selalu Maklang dan Ummi365 sebut; hangin dan blood go upstair.
Ingatkan nak buang saja dari ingatan, tapi menggelodak rasa hangin ni tak habis lagi...




Hari Isnin lepas, bila balik kerja nampak kakak merenung pc macam nak tembus screen. Ingatkan dia buat homework, biarkan lah.
Saya pergi aerobik satu jam, bila balik dia masih tak bergerak dari PC. Selalunya bila saya balik aerobik pukul 7 dia dalam bilik air, mandi kemudian bersiap solat maghrib.
Sambil tunggu badan sejuk sikit, saya panaskan lauk dan guide dari dapur saja bila dia tanya:
Macamana nak kira jumlah bagi cepat sikit; saya suruh dia guna summation, click kat icon macam Z tu.
Macamana nak nak susun jumlah paling tinggi ke jumlah rendah: pegi Data, Sort, Decending.
Macamana nak cari top three.....: Hahhhh, kakak buat apa ni ????



Bila tengok excel spreadsheet yang Kakak buat tu, my blood betul2 jump upstair!
Kenapa Kakak buat ni?
Cikgu minta tolong, cikgu tanya kat rumah ada komputer tak, tolong cikgu kira ni.. esok pagi cikgu nak.
Kenapa mesti tolong, ni kerja cikgu. Cikgu ada laptop kan?
Ada.
Zaman Mama sekolah, cikgu kira pakai calculator saja; tak pernah suruh murid buat kerja ni.
Rajin sangat kenapa, homework dah siap?
Belum, sambil hujan lebat kat pipi.
Stop this and take yr bath, and pray. Maghrib dah nak masuk. Lepas makan buat homework sampai habis.
Hujan lebat betul. Kesian pulak dia. Saya marah sangat kat cikgu tu, dia yang kena sembur!

!!!!!!!!!!!Tutup Kes Pertama!!!!!!!!!!

Hari Rabu petang, Kakak telefon minta keluar dengan cikgu nak belanja makan. Cikgu yang itulah..OK lah, bagi chance kali ni. Bagi tau cikgu mesti sampai rumah sebelum pukul 5.30 petang. Kunci pintu, bagitau Makcik Ani dan banyak lagi lah pesan saya yang semuanya dia jawab, OK mama, OK mama. Thank-you Mama.

Petang itu juga, Kakak beritahu ada perjumpaan Cikgu dengan parent pada hari Jumaat dari pukul 10 hingga 12 tengahari untuk sign report card.
Hah! Abah pandang Mama, Mama pandang Abah.
Kenapa last minute?
Mana surat ?
Tak ada, cikgu suruh anak-anak jemput saja.
Sorry, Mama tak boleh abik cuti atau time-off sbb ada audit kat kilang. Boss Mama cuti half-day hari esok. Potong jari pun tak dapat cuti emergency. Lagipun Mama perlu apply cuti 3 hari sebelum tarikh nak ambil cuti.
Abah diam dan buat tak tahu... Memang dah maklum, Abah tak suka emergency macam ni
Lebih baik begitu, baik dia diam dari bercakap sesuatu yang tak sedap....
Lepas makan an laama diam Abah bersuara,
...ni Kakak lupa bagitau ka?
Taaakkk, (sambil tu nak hujan lagi...) cikgu baru bagi tau tadi!

Sebelum Abah hot;
OK lah,Mama pi sekolah awal pagi esok sebelum pergi kerja.
!!!!!!!!Tutup kes kedua!!!!!!!!!!!!
Pagi Jumaat tadi lepas hantar Ammer, berpatah balik ke sekolah Kakak dan tercongok kat depan pintu bilik guru pada jam 7.25pagi. Mudah-mudahan ada lah sedikit ihsan cikgu muda tu untuk saya berurusan awal. Tunggu dengan Kakak kerana mesti tiba awal sebab pukul 7.40pagi hari Jumaat, seluruh sekolah akan baca Yasiin. Nasib tak baik, saya di beritahu cikgu tu belum datang. Saya tak percaya sebab nampak cikgu tu masuk tadi , siap saya bagi tahu dia pakai baju biru tudung putih. Senyum-senyum saja kerani tu, sambil minta maaf. Terdengar satu suara yang boleh membuatkan my blood go upstair.

" Kalau nak sign report card pagi2 ni , kenalah bagi tau awal-awal, senang la cikgu JN get ready. Last minute nak mai jumpa, mana sempat nak prepare, report card pun kat bilik Pengetua lagi"

Ringan saja lidah ni nak menjawab ;
" Yang kelmarin baru cikgu bagi tau suruh parents mai hari ni tu, bukan last minute ka?

Nasib baik lidah ni boleh control lagi.....gumam kat dalam saja, suara MUTE!

Saya control sopan dan beritahu yang saya tak dapat datang sebelum pukul 12, boleh ka extend masa untuk setengah jam lagi...dia pun tak boleh sebab....bla bla bla!

Hei... panas tau!

Sebelum meletup, saya keluar.

Petang tadi Kakak cakap , pelajar perempuan, hanya parent dia dan Farra saja yang belum pergi jumpa cikgu. Tadi saya YM dengan Mak Farra yang mengajar kat U dekat rumah ni. Dia pun belum dapat fixed time dengan cikgu JN sebab masa kita free cikgu sibuk, masa cikgu suruh kita datang, kita pulak ada hal yang tak boleh di elakkan. Habih camno ?
Yang mengherankan tu,
kenapa last minute baru bagi tahu,
kenapa tak ada surat resmi, at least ada surat tu boleh dapat time-off duty.
kenapa masa pulak 2 jam sahaja,
dan kenapa tak di buat pada hari Sabtu macam sekolah-sekolah lain?
Tak perihatin kah mak Alia dan mak Farra ni?
Sapa nak jawab ni?
(Panjang pulak gossip saya dengan mak Farra)
Saya cakap,saya tak kan pegi, sebab saya dah tau in details result Alia. Ada A , ada B ada C. Dapat nombor 4.
Macamana tau?
Hari tu, cikgu suruh Alia buat kira markah dan placement dalam kelas,
Hah! Mak Farra pulak terkejut. Siap icon smiley blink-blink mata kat screen.
Errrr, kalau Dr nak saya kira markah student Dr pun boleh, saya buatkan!
Ha ha ha...

Boleh hangin tak?

Monday, July 14, 2008

Hujung minggu yang panjang...

Seminggu saya diam...hati tak tenang, malas nak tulis sebab yang ada dalam kepala cuma rasa tak puas hati pada suasana sekeliling....
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hujung minggu lalu saya cuti 3 hari sebab hari Sabtu itu harijadi TYT Gabenor P Pinang, jadi dapat lah cuti ganti pada hari Isnin.. Best, best, kalau cuti 3 hari. Dari awal dah plan nak jumpa kawan-kawan siber yang tingggal sekitar utara ni ,pergi belajar masak, pergi jemputan perkahwinan dan penuhi undangan sepupu yang dah berkali-kali ajak melawat kilangnya.
Wah, berjalan saja... tapi kat area sini dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya saja....
Hari Sabtu ! Sebelum pergi rasa suspen juga sebab Ana, Rinn,& Aini..yang saya kenal mereka melalui Rnet dan fotopages juga akan turut serta...Seronoknya dapat jumpa di alam nyata. Bila pertama kali jumpa, macam baru jumpa kawan lama..apalagi kongsi hobi yang sama. Kita belajar buat kek yang fancy-fancy! Saya memang gila tiramisu...Sebelum ni saya buat Asian Tiramisu saja,guna kek span. Alhamdulillah ada peluang belajar buat Tiramisu Asli. Tengok tiramisu in the process nii....nyum nyum nyum..nanti kawan-kawan mai rumah saya kat Penang ni , saya buatkan ye.....he he heh..

Tiramisu asli yang dah siap, belanja membuatnya memang mahal jugak sebab sukar nak cari gelatin halal dan biskut jari tu...tapi rasanya memang berbaloi.
Lagi kek.. coklat , tuti fruity, lapis strawberi, kek aiskrim.
Chef selitkan satu hidangan savoury untuk kami, Baked Sandwich. Mudah membuatnya dan sedap. Sessi petang pula belajar buat biskut raya. Dekat nak masuk waktu asar mata saya kuyu tak larat nak angkat lagi...letih jugak ya!

Pagi Ahad dah berjanji dengan Ammer nak bawa dia jumpa kawan baru dari Turki. Tengok lah tu.. malu-malu saja. Gelihati campur kesian tengok Ammer dan Baddin bermain sama-sama tanpa suara....Ammer malu nak cakap Inggeris, dan Baddin pun berbisik saja dengan Hatice dan Anne Simah..Pemalu amat si comel ni... geram tengok.

Woww.. Hatice is a beautiful young lady. Tak jemu mata memandang...she is so sweet..
Simah.. macam yang selalu kita baca.... as sweet as ever....

Seronok sungguh bertemu Simah. Dua dua pun chatterbox...he he he. Anak diam bermain, emak nya tak kering lidah dan gusi asyik berbual dan ketawa! Hinggakan Ibu Simah sendiri macam susah nak percaya yang kita baru pertama kali bersua. Terimakasih makcik kerana mee goreng mamak yang pedas vogue gitu! :p dan juga sudi mengundang kami untuk menyerikan majlis perkahwinan Yana minggu depan. InsyaALLAH dapat bertamu lagi, nak tengok Hatice pakai gown warna gold ..:))) Tak sedar masa berlalu, dan tak puas berbual, InsyaAllah mudah-mudahan ada lagi masa bertemu sebelum Simah balik Turki. Terima kasih Simah kerana sudi menerima saya bertamu...a scarf is lovely, a tasbih is handy , my girls love the bead bracelet; thanks again and again for the thought that count.

Balik dari rumah Simah pula ke majlis perkahwinan anak jiran. Sungguh ekslusif majlis ini..pengantin cantik bak bidadari. Ralit tengok slideshow pengantin dari zaman bayi hingga kezaman sekolah dan menuntut di luar negara...Saya berkenan dengan warna purple dan silver dengan serba-serbi perkakas majlis yang simple tapi elegan.

Simple tapi cantik bunga telur ni kan...Terima kasih Kak Noni kerana izinkan saya copyright design bunga telur ini untuk saya penuhi tempahan bulan Oktober nanti...

Plan terakhir saya menjadi juga. Dah lama sepupu saya menjemput baru hari ini terluang melawat kilang porcelain itu. Seronok tengok bumiputera maju ...Punya la excited tengok hasil kilang ni sampai terlupa ambik gambar...Cuma ini saja tangkapan saya.

Wednesday, July 9, 2008

Pejamkan Mata, Pekakkan Telinga

Sudah berminggu-minggu; sakit hati dan bengkak jiwa kerana bernafas dalam pertelingkahan suasana . Di mana aman dan makmurnya bumi bertuah ini. Yang di dengar adalah amarah nafsu dan serakah ego. Mata kita tidak lagi mampu terpejam kerana telinga terngiang bicara bertingkah dan riuh berkemelut di media massa. . Arah mata dan dan arus kata lebih kepada soal fitnah dari masalah ekonomi, pulangan, carian, rohani, pendidikan, keadilan sosial dan pembaikan. Zaman ini bukan lagi zaman rakyat di bela pemerintah. Yang di atas bertingkah, yang di bawah berceragah. Pertelingkahan dan percanggahan, walaupun atas nama mencari kebenaran, menyakitkan hati dan telinga.
Ya ALLAH, selamatkan bumi bertuah ini dari serakah nafsu manusia angkuh dan rakus. Ke mana mahu kami melarikan diri selain dari ke pangkuanMU; mencari sunyi dan damai hati, mencari tenang dan menyerah pasrah.

Dari Tafsir Hanafi : Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebesar lautan:-

1) Mengucap BISMILLAH pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2) Mengucap ALHAMDULILLAH pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3) Mengucap ASTAGHFIRULLAH jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4) Mengucap INSYA ALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.

5) Mengucap LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6) Mengucap INNA LILLAHI WA INNA ILAHI RAJIUN jika menghadapi dan menerima musibah.

7) Mengucap LA ILAHA ILAL ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahanjadi bisa, kerana sudah biasa. Semuga ketenangan segera menghampiri kita.

Thursday, July 3, 2008

Melayan selera orang demam

Demam virus tak akan sembuh dengan antibiotik.. Begitu kata doktor. Selain makan ubat,take good rest and eat good food. Pesannya lagi. Pening menyusun menu dan melayan tekak payau dan sakit kerengkong...saya main teknik rebus saja sepanjang minggu ini. Antara yang sempat di ambil gambar nya bubur nasi ni. Orang yang tak demam tu minta bubur nasi/moi sup sebab dia concern sangat kakaknya sakit tekak. Lembut senang nak makan...tak sakit nanti nak telan. Beria-ia dia bagi sebab mengapa mesti buat moi sup...Hei...macam lah orang tak tau! Akhirnya orang demam makan semangkuk, yang sihat 3 mangkuk sekali jalan!

Daging goreng kicap dengan sedikit minyak, boleh la kannnnn. Ada selera sikit makan dengan nasi panas!


Puas lah pujuk makan buah naga ni untuk menyejukkan tekak...



Abah masak dumpling; nampak sedap waktu tengok siaran TV tu , citarasa oriental ka apa namanya yang tunjukkan cara masakan orang Islam di China, Abah pun buat ikut gerak hati.. Amboi sedapnya. Kulit dumpling itu pun abah yang uli dan bentukkan sendiri . Supnya pun sedap!Tak cukup semangkuk! Kata Kakak yang tolong abah buat dumpling.

KakNgah nak makan pula asam pedas, orang selatan panggil asam rebus. Memang favorite dia, dihirup macam makan kuah laksa.

Ikan kembung segar dengan keledek merah, mudah dimasak habis di makan!
Lepas ni dah hilang idea dah ni, nak rebus apa ya!

Tuesday, July 1, 2008

Demam la pulak!

KakNgah masih demam. Lepas perlawanan hoki pada pagi Ahad , dia telefon nak balik rumah sebab tak tahan demam sangat katanya. Kata warden asrama, ramai juga yang demam dan dibenarkan pulang. Ada yang mahu terus tinggal di asrama di bawa ke hospital yang berjiran dengan sekolah itu untuk rawatan.
Petang Isnin, kami dapat tahu asrama ditutup. Malam sebelum itu, lebih 20 orang pengsan dan histeria...Astaghfirullahalazim...Saya hubungi ibu kawan-kawan KakNgah, memang confirm. Semua ibubapa dipanggil mengambil anak pada waktu tengah malam itu juga... Tak dapat saya bayangkan kecohnya suasana. Kesian ibubapa yang tinggal terpaksa datang dari Kedah, Perak...
Kadang-kadang timbul rasa bersalah anak berada di situ. Sekolahnya bagus tapi anak-anak kena ganguan makhluk halus...Dengarnya kes ini kalau berlaku pun sekali sekala dan hanya pada seorang, kemudian kembali seperti sediakala. Entah mengapa kali ini macam wabak pulak. Ya Allah, lindungilah anak-anak ini dari segala gangguan emosi dan fizikal. Peliharalah mereka dari apa jua gangguan.
Petang semalam Kakak pulak nampak pucat dan diam saja. Saya pegang dahi, agak panas. Cepat-cepat saya berikan ubat. Pagi tadi dia mengadu letih. . Bila adik balik dah berkepit, berhimpit , berebut tempat duduk dan berkongsi bilik walaupun masing-masing ada bilik sendiri...dah berjangkit lah tu..Anak bertuah dua orang ni, sejak kecil pun begini. Kalau seorang demam, nanti seorang lagi pun demamlah...terbawa sampai besar rupanya!
Semuga anakanda berdua sembuh sediakala. Kalau dah demam tu rumah ni diam saja...sunyi.
Kakak ada pertandingan TaeKwonDo hujung minggu ini. Dia sungguh-sungguh berlatih. Semuga tidak melarat demamnya dan bertenaga untuk dia bertTKD mencapai hajatnya.