Monday, July 14, 2008

Hujung minggu yang panjang...

Seminggu saya diam...hati tak tenang, malas nak tulis sebab yang ada dalam kepala cuma rasa tak puas hati pada suasana sekeliling....
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hujung minggu lalu saya cuti 3 hari sebab hari Sabtu itu harijadi TYT Gabenor P Pinang, jadi dapat lah cuti ganti pada hari Isnin.. Best, best, kalau cuti 3 hari. Dari awal dah plan nak jumpa kawan-kawan siber yang tingggal sekitar utara ni ,pergi belajar masak, pergi jemputan perkahwinan dan penuhi undangan sepupu yang dah berkali-kali ajak melawat kilangnya.
Wah, berjalan saja... tapi kat area sini dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya saja....
Hari Sabtu ! Sebelum pergi rasa suspen juga sebab Ana, Rinn,& Aini..yang saya kenal mereka melalui Rnet dan fotopages juga akan turut serta...Seronoknya dapat jumpa di alam nyata. Bila pertama kali jumpa, macam baru jumpa kawan lama..apalagi kongsi hobi yang sama. Kita belajar buat kek yang fancy-fancy! Saya memang gila tiramisu...Sebelum ni saya buat Asian Tiramisu saja,guna kek span. Alhamdulillah ada peluang belajar buat Tiramisu Asli. Tengok tiramisu in the process nii....nyum nyum nyum..nanti kawan-kawan mai rumah saya kat Penang ni , saya buatkan ye.....he he heh..

Tiramisu asli yang dah siap, belanja membuatnya memang mahal jugak sebab sukar nak cari gelatin halal dan biskut jari tu...tapi rasanya memang berbaloi.
Lagi kek.. coklat , tuti fruity, lapis strawberi, kek aiskrim.
Chef selitkan satu hidangan savoury untuk kami, Baked Sandwich. Mudah membuatnya dan sedap. Sessi petang pula belajar buat biskut raya. Dekat nak masuk waktu asar mata saya kuyu tak larat nak angkat lagi...letih jugak ya!

Pagi Ahad dah berjanji dengan Ammer nak bawa dia jumpa kawan baru dari Turki. Tengok lah tu.. malu-malu saja. Gelihati campur kesian tengok Ammer dan Baddin bermain sama-sama tanpa suara....Ammer malu nak cakap Inggeris, dan Baddin pun berbisik saja dengan Hatice dan Anne Simah..Pemalu amat si comel ni... geram tengok.

Woww.. Hatice is a beautiful young lady. Tak jemu mata memandang...she is so sweet..
Simah.. macam yang selalu kita baca.... as sweet as ever....

Seronok sungguh bertemu Simah. Dua dua pun chatterbox...he he he. Anak diam bermain, emak nya tak kering lidah dan gusi asyik berbual dan ketawa! Hinggakan Ibu Simah sendiri macam susah nak percaya yang kita baru pertama kali bersua. Terimakasih makcik kerana mee goreng mamak yang pedas vogue gitu! :p dan juga sudi mengundang kami untuk menyerikan majlis perkahwinan Yana minggu depan. InsyaALLAH dapat bertamu lagi, nak tengok Hatice pakai gown warna gold ..:))) Tak sedar masa berlalu, dan tak puas berbual, InsyaAllah mudah-mudahan ada lagi masa bertemu sebelum Simah balik Turki. Terima kasih Simah kerana sudi menerima saya bertamu...a scarf is lovely, a tasbih is handy , my girls love the bead bracelet; thanks again and again for the thought that count.

Balik dari rumah Simah pula ke majlis perkahwinan anak jiran. Sungguh ekslusif majlis ini..pengantin cantik bak bidadari. Ralit tengok slideshow pengantin dari zaman bayi hingga kezaman sekolah dan menuntut di luar negara...Saya berkenan dengan warna purple dan silver dengan serba-serbi perkakas majlis yang simple tapi elegan.

Simple tapi cantik bunga telur ni kan...Terima kasih Kak Noni kerana izinkan saya copyright design bunga telur ini untuk saya penuhi tempahan bulan Oktober nanti...

Plan terakhir saya menjadi juga. Dah lama sepupu saya menjemput baru hari ini terluang melawat kilang porcelain itu. Seronok tengok bumiputera maju ...Punya la excited tengok hasil kilang ni sampai terlupa ambik gambar...Cuma ini saja tangkapan saya.

15 comments:

Anonymous said...

banyak nyer cerita dalam satu entri.. tak pe.. tak penat menaip kan.. sekali jalan je..

urgghhhhh ummi nak kek jugak.. bila ummi bole rasa kek cikmilah ni? ummi suka jugak warna theme wedding tu.. dark purple gitu kan.. dan ummi suka jugak porcelain tu..

silversarina said...

cantik2nya kek tu semua, sure sedap ..yumm, yumm .

ungu dan silver , macam sama je warna tema kami nanti tapi taklah buat ekslusif macam tu , memang cantik hiasannya .

tak aci ni dapat jumpa simah dan anak-anak... simah bila nak mai kemaman ????

Kak Elle said...

cikmilah saya pun mcm ummi nak kek jugakkkkkkkkk

can't wait to meet simah and family next month....mmg cantik Hatice tu kan dan juga Baddin hensem.

lawa pinggan porcelain tu bolih dpt murah tak?

maklang said...

bestnya dapat jumpa simah in person...

cantek bunga telur tu mesti mahalnak buat tu, maklum le pakai batu aje semenya!

kek2 itu sungguh menggoda...maklang tak pandai buat tiramisu!

ummu asiah said...

satu hari yg penuh aktiviti, bestnye..lupa sekejap segala masalah kan...hopefully one day if saya balik kedah lagi or ikut suami pi sg petani..boleh la singgah..nak makan kek tiramisu tu..delicious betul..

cikMilah said...

Ummi, namanya pun hujung minggu yang panjang kan..semua xtvt sekali harung..
nak kek?Boleh, tapi nanti tambah kilo cikMilah tak tahu.. he he he..

cikMilah said...

yang eksklusif tu sebab layanan nya bagus sekali.Perkakas hiasan tu jamuan mata kan, yang di kenang orang ialah layanan yang cukup baik. Jiran saya ni humble orangnya...suaminya imam kat surau kami. Macam kakRina juga, hampir semua persiapan di buat sendiri...

Jmpa Simah memang best!

cikMilah said...

Sayang kakElle, nanti kita kirim kat Simah ya.
Harga porcelain? bisa di atur kak... saya tengah buat fotopages nak advertise porcelain tu...nanti siap saya kasi url ya..

cikMilah said...

Maklang, bukan batu tu... plastik jer..lagipun nak buat 50 tangkai utk bunga pahar jer..dan nak tiru kak Rina, pakai telur itik!

Maklang tolong kasi address nak YM!

Neeza Shahril said...

kak cik.. sedapnya semua kek tu.. buatkan neeza sangat la terliurnya hehee.. ada resepi tak? nak try la buat kek2 sedap tu..
sandwich tu pun nampak sedap..

kalau nak fikir keadaan semasa, memang kita yang sakit.. kita doa aje lah kak cik ye..

cikMilah said...

N, kalau balik mai sini , habaq tau...ingin nak jumpa, especially Asiah tu...

cikMilah said...

Neeza, email kakcik ya..

MAMAMIA said...

Kek2 tu semua buat dlm satu session ke? Banyaknya...

Chemilah pun ada fotopages ya? Apa urlnya? Saya dulu pun, ada jugak melayan fp. Tapi since internet connection kat rumah ni, very unreliable, nak upload gambar took me hrs, maka dah abandonlah fp tu.

cikMilah said...

Mama, chef yang ajar ni dr KL - susah nak tangkap, sekali dia dtg,sekaligus kita minta semua in one session!
Tak ada fp, tapi blog ada link sini. See My Kitchen Tales

zlaa said...

Sedap-sedapnya. Minta sikit.