Sunday, August 24, 2008

Di celah-celah pilihanraya kecil yang besar

Tinggal sehari lagi.

Bila terbit fajar 26 Ogos 2008, pengundi Permatang Pauh bakal menjalankan amanah besar. Sedar atau tidak, rakyat dan kerajaan Malaysia meletak pergantungan yang tinggi pada pengundi Permatang Pauh. Keputusan pilihanraya kali ini bak satu penentu halatuju suasana politik Malaysia. Suka atau tidak pengundi di sini menggalas pengharapan ini dan merealitikan tuntutan dan impian yang berapi-rapi sekarang. Di mata saya, yang berlaku di sini dikira dahsyat. Rakyat "melawan" kerajaan Malaysia.

Keputusan pilihanraya ini bakal jadi titik tolak suasana politik Malaysia. Kedua-dua pihak mahukan kemenangan , menang sorak dan menang kampung. Saya tak mahir menganalisa isu politik tapi membuka mata dan telinga seluas-luasnya kerana di sini saya berpijak,bernafas dan mencari rezeki. Sepintas lalu yang dapat saya katakan, realiti di sini tidak terpampang di media arus perdana. Maaflah saya katakan, khalayak di luar Permatang Pauh tidak dapat melihat suasana sebenar jika hanya anda bersumberkan tv dan akhbar arus perdana.

Poster: yang manis, yang tulus, yang pelik, yang memalukan, yang kelakar, yang tak masuk akal pun ada.

Ceramah dan kempen: Saya ingin menjadi neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Rasa ingin tahu apa yang mereka perkatakan. Saya ingin dengar isi ceramah kedua-dua pihak, jadi pasang telinga la sikit. Biarlah saya simpan sendiri apa yang saya lihat dan dengar kerana saya lebih suka bercerita yang elok sahaja; yang jelik biar saya diamkan sendiri.

Jalan jammed dan sekatan: boleh di katakan di setiap kilometer...

Helikopter berlegar di bandar Seberang Jaya setiap 10 minit...

Wajah pemimpin di poster dan di jalanan....wajah Saiful di persimpangan..sarapan percuma, wayang free, peraih pingat olimpik Beijing di pentas...yang belum keluar cuma tarian singa dan gendang India serta kompang Melayu kot....

Saya teruja sebab ada solat munajat. Nama-nama besar ulama negara ada di sini memberi kuliah selepas solt di mesjid, selain memneri ceramah politik. Tiap-tiap malam pada hujung minggu ini ada solat munajat di khalifahkan ulama' tersohor Tiba waktunya diadakan di mesjid dekat rumah, bendera berkibar la pulak...frust! Hajat nak berimamkan ulama' besar itu belum kesampaian. Waktu maghrib kelmarin saya berdiri di korridor tingkat 13, tak boleh jadi...Tok Guru punya pasal, saya tak boleh miss ceramah beliau yang datang dari jauh. Saya susuri sesak jalan sambil mendengar ceramah dan ucapan dari pembesar suara. Adik-adik traffik pun perasan dan cakap" kereta ni dah 2-3 kali round, jangan masuk gambar saya dlm paper aaa kak". Akhirnya saya double parking sambil mendengar ceramah dan cerita dari dalam kereta. Tok guru lebih memberi tazkirah...sejuk hati, aman telinga. Selesai solat hajat, dapat SMS dari Ummu Asiah yg berada di dalam mesjid. Kesian dia keletihan dan kelaparan. Saya pun berlawan arus kenderaan, kidnap dia sekejap. Kami pergi minum.

Untuk rakan dan sahabat yang mengundi besok, saya sertai dengan doa semuga Allah beri petunjuk dan kejayaan yang benar dan besar.

18 comments:

Kak Elle said...

undi lah baik2 ye?

Neeza Shahril said...

hehehe.. puas neeza dok fikir. apa salahnya bendera berkibar.. baru perasan.. bendera jepang rupanye.. hehee..

akak mengundi ye.. undi baik2 ye kak.. sebab undi akak tu penentu masa depan negara :)

ummu asiah said...

kak cik..

terima kasih sebab sudi ambil saya and bawa makan. Frankly speaking mmg amat lapar. the last time makan at arnd 3pm. tu pun dpt makan kueh saja. so sorry sbb ganggu kak cik nk dgr ceramah.

anyway harap dpt jumpa lagi dalam suasana yg lebih tenang.

cendawanintim said...

tak sabarnya nak tunggu result...nerbesnyer..

Akak said...

Salam...

Rasanya mcm dah boleh nampak sape yg menang...

Anonymous said...

salam.. selamat mengundi.. jgn jd antu sudah la!

-nor ash burn-

cikMilah said...

Thanks kakElle..

Nasib baik Ja faham ya...tapi kat sini memang banyak bendera!hi hi hi

cikMilah said...

Ta, Terima kasih kerana sudi bertemu. It was my pleasure having you. Wish that I can treat you at better place and we had more time Nak bawak gi rumah tapi jammed gila. InsyaAllah, nanti kita jumpa lagi dalam suasana yang lebih baik.

Mulan said...

tak tengok pun lagi ni result undi camna..

cikMilah said...

Cendawan, nerbes dah abih dah,,,:))
Kami baru balik dr ronda-ronda, aman damai jer di sini. No gaduh-gaduh, macam rumours tadi. Kat bbrp mesjid masih ramai orang.

cikMilah said...

Akak, kejayaan DSAI sbb faktor karisma dirinya, dan isu yng dia perjuangkan itu menepati apa yang rakyat mahu.
Dari apa yg saya alami, kempen BN lebih pada isu yg satu - liwat dan pengakuan Saiful. Sepatutnya mereka gunakan penurunan harga minyak baru-baru ini sebagai umpan yg lebuh relevan.

cikMilah said...

Nor ash...tiap2 malam solat hajat, hantu tak berani hampir...he he he.
Lagipu hantu dah nak kena rantai dah ni...2-3 hari lagi jer...

cikMilah said...

Mulan! awat ni...DSAI menang la!
Tapi YB Arif Shah tak kalah apa-apa. Beliau memang dekat di hati rakyat di sini. DIa masih lagi ADUN Seberang Jaya

MAMAMIA said...

Lega pilihanraya kecil (tapi besar2an kempennya) dah habis....

Keputusan seperti dijangka!!!

cikMilah said...

Mamamia.. memang lega...2 minggu lepas, sesak di mana-mana..
Hari ni, relax jer drive pergi balik kerja...life is going on with a better future, InsyaALLAH

Abang Long said...

Akhirnya bendera 'bermata' juga yang menang. Syukur Alhamdulillah.

Anonymous said...

cikmilah dok kat mana.saya dulu penah dok flat tenggiri masa keje kat carefour sekitar 2001-2002

ntah2 kita penah selisih bahu..tp x kenai.. :)

Leyla Shuri said...

selamat menyambut ramadan cikMilah sekeluarga.