Wednesday, December 31, 2008

Nak pergi ke mana?

Sejak pagi tadi saya ditanya dengan soalan yang sama berulang kali oleh orang yang berlainan.
"where are you going to count down tonite?
Rasanya lebih dari 5 orang bertanya. Termasuk boss.
"Staying home".
Ada yang tunjukkan muka terkejut tapi tak berkata apa-apa.
"so square meh...your kids dont mind arrr?" My good friend at work A Lim bertanya.
"Does it really matter to you to do count down for new year?"
Dia senyum kemudian datang ke meja saya bercakap pelan-pelan...dengan pelat nyonya bukit.. hehehe ( dia tak kecil hati saya panggil dia nyonya bukit; A Lim ni seorang yang faham jenaka, dan kita sesama sendiri boleh mengutuk perkara tak baik tentang bangsa masing-masing dan masih boleh ketawa lagi)
"Frankly speaking arr, I oso neeeever go count down". ( intonasi macam Phua Chu Kang..)
Ha hahaha, kami ketawa besar sambil take high five...
"So, does it matter"?
Kami sambung ketawa.

Saya tidak nampak signifikasi menghitung angka kemudian bersorak ria dan letupan mercun dan bunga api menjulang yang kadangkala jadi dan adakalanya hanya asap berkelun. Itu sambutan terbuka; yang tertutup nya hanya Allah dan orang-orang yang pernah menghadirinya yang tahu. Dengar cerita waktu itu arak mengalir lebih laju dari air...
Detik 12 malam itu sepatutnya kita tafakur menghitung diri. Umur meningkat dan perjalanan ini entah bila akan terhenti.

A Lim setuju dengan saya bahawa kita tidak mulakan hari pada setiap tahun baru menjelang. Bagi saya, hari baru bermula setiap hari. Bak kata orang esok bermula hari ini. Pada setiap waktu maghrib, waktu matahari terbenam, itulah hari baru bermula. Kita perlu bersiap malam ini untuk teruskan kehidupan esok. Aturan Allah amat cantik. Kita difitrahkan untuk berehat bagi mencanai kehidupan yang segar esoknya.

Secara adatnya tahun baru penanda aras pencapaian kita sebagai insan. Bila penghujung calendar tahunan menipis, saya sering mengingatkan diri - kenapa kita harus menunggu tahun baru untuk memperkasakan azam sedangkan kelansungan hidup tidak pernah ada noktah selagi kita bernyawa. Seharusnya kita perlu ada kaizen ; continous improvement; istiqomah untuk menjadi manusia yang lebih baik dari kelmarin.

Saya bukannya anti sosial. Bukan tidak suka tengok bunga bunga api menghiasi gelap malam, cuma agak ralat kerana masyarakat kita terlalu melebih-lebihkan sambutan dan bersukaria hingga melebihi had hingga lupa hikmah peralihan waktu dek keseronokan sementara. Sebagai contoh umum bagi kami yang tinggal di Seberang Perai dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Nak sambut New Year selalunya kena menyeberang ke pulau kerana di sana lebih happening! Bayangkan jambatan sudah sesak sejak pukul 4 petang! Baru tadi anak buah saya yang paling nakal kat ofis beritahu yang tahun lepas dia tersangkut dari pukul 4 petang dan sampai ke Persiaran Gurney pukul 8 malam.
"Mana asar kamu? Kamu maghrib kat atas jambatan tu la ye?"
" Itulah puan, tahun ini saya pergi dengan motor. Tapi boleh bawak sorang awek sajalah".
Eiii,...budak ni. Kalau anak aku dah kena lesing dah ni...
Pemuda ini sudah dewasa tapi mengambil tanggungjawab hakiki dengan enteng. Kesihan, tapi saya tak sempat berkata apa-apa padanya kerana dia dengan riang-ria menghabiskan kerja dengan kadar segera untuk pulang awal mengisi agenda malam ini. Saya doakan supaya petang ini, malam ini dan hari-hari mendatang dia tidak lupa tuntutan solat padanya walaupun dia memilih jalan dekat untuk bersukaria pada malam tahun baru 2009 ini. Semuga hari esoknya dia bertemu arah dan halatuju untuk hidup yang lebih bahagia.

15 comments:

Kak Elle said...

milah saya pun tak pernah menyambut new year's eve selalu nya dah pun tido bangun dah tahun baru...hehehe

Tapi hari ni first time pasal my BIL dah buat reservation dinner new year's eve di sini di sambut meriah...esok saya buat entry.

zura aini said...

salam kakcik,
tadi lalu juru R&R teringat kakcik dan kak sarina, dalam radio tadi ada sebut train, lrt bagai semuanya extent service untuk public hingga pagi. tengok tu kemudahan disediakan untuk memudahkan lagi bersuka ria. malas lah saya nak redah KL untuk bersorak, tidur lagi best.

Mimiamilia said...

kaizen!waa dah lama tak guna bahasa2 kilang ni.

tu la,kena ada kaizen..insyaAllah...kita usaha sama2 jadi yg lebih baik dr semalam

Anonymous said...

salam Makcik..

Bagus sekali..punya penderian tetap:)

silversarina said...

salam,

akak pun tak pernah ikuti countdown tahun baru, sama macam malam lain, malam tadi awal dah tido .

maklang said...

saya menyambut 1January2009 dengan dengkuran...tido lagi sedap...

keletihan lepas pulang dari KL maghrib semalam...

tak ada apa yang perlu di sorakkan sebenarnya...baik baca doa moga mudah menghadapi apa sahaja pada tahun mendatang...macam masa sambut Awal Muharram..buka ke lebih tenang rasa dihati..

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man tidur awal, tak terfikir pulak nak sambut.

Neeza Shahril said...

neeza pun tak nampak significant nak kena count down.. nak kena sambut tahun baru.. habiskan masa dan buat penat badan aje.
lainlah bila sambut tahun baru tu kita dijanjikan masuk syurga terus. nak jugak neeza sambut..

baik duduk rumah buat apa yang sepatutnya kita buat..

lagipun, kita patutnya insaf, bila tahun bertambah, usia kita bertambah.. dan, perjalanan kita kesana makin dekat.. takuttttt...

Sya said...

Cik Milah.. sya pun dr kecik sampai ke besau tak penah jejak mana2 dataran atau padang atau shopping complex menyambut tahun baru ataupun merdeka.

Rasa cam menghabiskan masa, tenaga dan duit melepak .. baik dok kat rumah dengan anak2. Nasib baik bebudak ni pun tak penah pun fikir nak kuar malam ke apa ke mungkin yg reramai tu dulu mak bapak depa rajin bawak ke padang/dataran nuu jadi dah kebiasaan le kot

aNIe said...

Cik Milah...akak ni dari kecik sampai dah kawin tak pernah nakpergi menyambut tahun baru ni...

Semalam...rasa terkilan sgt tgk kat berita dengan kejadian2 maksiat yang berleluasa sempena sambutan tahun baru...yang terlibat adalah anak2 bangsa kita juga...anak2 muda yang bakal menjadi pemimpin negara...ntah apa akan jadi pada masyarakat dan agama kita beberapa tahun akan datang...

Nur said...

Cik Milah,

Kak, saya ini dari kecil hingga besar tidak pernah menyambut New Year, kadang2 terasa malu dengan coleteh dan komen rakan2, saya yang sudah berada di tempat2 glamour ini patutnya ambil peluang!

Tetapi, saya kira, rahmah Allah swt itu sentiasa nya melindungi saya, dan dengan belas kasihan-Nya itulah yang menyebabkan saya duduk di dalam bilik dan tidak mahu keluar ke mana2, dan alhamdulillah tidak menambahkan dosa2 saya, manalah tau, kalau saya keluar, ada sahaja bala bencana sentiasa menunggu..

moga2 pemuda itu diberi hidayah, ah sangat gerun melihat masalah sosial sekarang!

Lee said...

Hello Cik Milah, we stayed home watching tv, just my isteri and I, watching some cities doing the countdown, especially New York where incik Bill Clinton and Hilary was there...

Youth is when you're allowed to stay up late on New Year's Eve. Middle age is when you're forced to.

An optimist stays up until midnight to see the new year in. A pessimist stays up to make sure the old year leaves.

Here's wishing you and family the best of 2009. Have fun, Lee.

Faradilla Rashid said...

Saya setuju ngan pendapat akak. akak ke? Iye la kot....

Saya pun mengalami masalah yg sama padahal perkara tu bukanlah satu kemestian pun....

Yg lelain agama tu satu hal la jugak yg sama agama pun sibuk tanya... tu la tak paham padahal baik la kumpul ramai2 solat jemaah time awal muharam tu dari sambut count down... tapi awal muharam dipandang sepi la pulak....

Ala2 kita ni belum capai kemerdekaan sepenuhnya....

cikMilah said...

Salam untuk semua.
Terima kasih KakElle,Zany, Mimi, Farid, KakRina, Maklang, PakMan, Ja, Sya, kakAnie, Fakhzan , Uncle Lee and Fara for all your nice comment. Appreciate that very much.
I am sorry.. I was not well for few days...
Hey... let's cheer up...and have fun.

Nur said...

Akak kurang sehat kah?

Moga2 diberi kesihatan oleh Allah dalam jangka masa terdekat ini. Hati2 ya kak..Take care