Thursday, February 28, 2008

Selingan PRU-11

Assalamualaikum warahmatullah,
Selingan bagi memeriahkan lagi pilihanraya; dalam banyak-banyak email yang singgah, yang satu ini buat saya terkekeh-kekeh...layannnnnn :))))
~~quoted fr Anonymous~~

DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody kehkehkeh..
Nota:
Salam Perjuangan dan Tahniah untuk Kak Ubai yang menang tanpa bertanding di DUN Kijang.
Once a teacher always a teacher!

Sunday, February 24, 2008

Makan-makan lagi baik...

Petang Jumaat saya kurang sihat, tapi tak boleh tidur awal. Bingit dengar orang berkempen parti mereka di lokasi urusetia berhampiran rumah! Teringin nak makan tapi tawar saja mulut rasanya. Saya bangun buat Cheesecuits - biskut badam yang saya tambahkan 2 jenis keju dan beri nama baru. Nampak pula jem yang dah lama dalam peti ais dah naik bersakar gula, saya buat lagi Tat Jem gulung. Sudahnya orang berkempen sudah sunyi sepi saya masih tersengguk-sengguk menunggu oven sambil update blog masak! Sudi-sudikan...

Resepinya di My Kitchen Tales. Sarapan pagi Sabtu, saya goreng mihun ringkas, letak di balkoni.Selepas sarapan mihun goreng Singapore, kami bertolak jalan-jalan tengok kawasan! "Panas" di sini, balik kampung lagi best. Malam tadi merancang balik kampung saya nak mencari sayur kampung tapi , ahh.. saya malas nak masak. Jadi tukar haluan ke rumah mak mertua. Kami telefon ibu mertua beritahu kami akan bawa balik makanan, jadi mak tak payah masak. Sampai di AS kami singgah di di kedai kesukaan dan saya memborong ikan keli bakar, daging bakar, asam pedas batang keladi, kerabu perut lembu, somtam, sambal kerang, gulai ayam kampung... Maaalas menumbuk cili, sambal belacan dan ulam-ulam pun saya beli ....he he he, menantu mithali, tak nak masak , pergi beli! Jumlah semua RM 32.00 sahaja! Boleh tahan tapi tekak saya macam tak puas... cubit sikit saja. Alih-alih masak lemak telur itik yang mak masak juga saya ratah!

Selesai bab makan dan lepak-lepak, kami bertolak pulang selepas asar. Sepanjang lebuhraya kami seronok tengok rentak bendera dan sepanduk yang bercerita tentang janji dan harap! Sepupu saya datang ambil kek coklat dan kek lobak merah yang di pesan isterinya. Melompat anak-anak saya bila tahu Pak Ndak nak datang dan nak ajak makan malam, mahu tak mahu saya masak juga udang , ikan dan sayur yang dah nak beranak pinak dalam peti ais! Jom makan
ikan percik saya cedok resepi kakHanieliza


sup sayur & masak lemak cili api udang dengan cendawan tiram
ini kek lobak merah nya. Pun ada resepi di My Kitchen Tales

Tekak masih kepingin yang masam-masam, cik Abang tolong rebuskan ikan bila saya cakap nak makan laksa esok! Saya ke pasar pagi Ahad beli soto untuk sarapan pagi dan mencari ulam laksa. Sepagi memproses Laksa Kedah siap dengan sambai nyoq. Masak juga nasi dan kari ikan sebab dalam rumah ni ada orang yang tak lengkap harinya kalau tak makan nasi!

Wednesday, February 20, 2008

Gempa lagi...

Saya baru keluar dari meeting dengan pembekal. Terasa terhuyung ke depan - eh, pening ka aku? Nampak kawan-kawan semua berdiri, sekali lagi tapak kaki rasa berdenyut. Riuh rendah mereka menerka kemungkinan dalam semua jenis bahasa, Hokkien, Mandarin, Tamil, Hindi, Melayu, Inggeris. Saya memilih untuk diam. Duduk di kerusi, bertafakur momohon doa agar Allah memelihara semua muslimin muslimat dari mara bahaya bencana alam.

Saya telefon anak, dia di sekolah dengan cikgu. Lega...Suami tak dapat di hubungi. Kalau dia dalam cleanroom sub-100, hp jenis apa pun tak lut!

Tak berapa lama, seorang kawan yang "tak berapa sibuk" menghantar data ini melalui email!.

Magnitude 7.6 - SIMEULUE , INDONESIA
2008 February 20 08:08:32 UTC
·
Details
·
Maps
Where can I find...?
Earthquake Details
Magnitude
7.6 (Preliminary magnitude --- subject to revision)
Date-Time
· Wednesday, February 20, 2008 at 08:08:32 UTC
· Wednesday, February 20, 2008 at 03:08:32 PM at epicenter
Location
2.600°N, 95.949°E
Depth
35 km (21.7 miles) set by location program
Region
SIMEULUE, INDONESIA
Distances
· 319 km (198 miles) WSW (250°) from Medan, Sumatra , Indonesia
· 330 km (205 miles) SSE (168°) from Banda Aceh, Sumatra , Indonesia
· 332 km (206 miles) WNW (288°) from Sibolga, Sumatra , Indonesia
· 641 km (399 miles) W (265°) from KUALA LUMPUR, Malaysia
Location Uncertainty
Error estimate not available
Parameters
Nst=012, Nph=012, Dmin=330.5 km, Rmss=1.02 sec, Gp=108°,M-type=moment magnitude (Mw), Version=1
Source
· West Coast and Alaska Tsunami Warning Center/NOAA/NWS
Event ID
at00349491
· This event has been reviewed by a seismologist
.

Bagaikan hayat kita, Bumi pun ada kelansungan hidupnya. Bagaikan ada saat kematian kita, Bumi pun akan hancur jua.
(pegun dan gerun rasa hati ; ketar satu badan sambil menulis ini...)
Bersyukurlah kerana kita masih hidup dengan penuh nikmat. Tiap-tiap saat DIA melindungi kita dengan kemakmuran, biarpun kita leka hidup sambil terus-terusan melakukan laranganNYA.
~~~LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHA NAKA INNI KUNNTU MINADZOLIMINN~~~

Sunday, February 17, 2008

Pilihanraya: 5 perkara lalu...

1. Musim lepas, waktu meriah orang berkempen , saya pergi kenduri kahwin di daerah P**D***. Ada seorang pakcik cakap kasar dan tuding jari pada saya. Kurang faham apa dia cakap, slang dia lain skit. Salah seorang tuan rumah bagi tahu, dia marah saya orang Puteri **N0! Sebabnya? Mana dia tahu, saya pun tak tahu yang saya jadi ahli sayap itu? Kerana...saya pakai baju dan tudung pink!
>>>Laaa, kesian dia...tak apa, saya maafkan.

2. Kena marah ( lagi )dengan jiran lelaki , seorang petugas parti peneraju bila dia tanya; dan saya cakap saya tak balik kawasan mengundi. Waktu tu saya demam, anak kecil sangat dan suami di luar negara. Tak ada sesiapa tolong jaga anak kecil dan saya tak larat memandu balik kampung dan balik semula pada hari yang sama sebab tak ada pelepasan cuti. Katanya saya tidak bertanggungjawab, tak berterima kasih dan tak prihatin. Saya tanya balik, ada awak tahu susah saya, ada sesiapa dari parti awak prihatin pasal anak saya? Saya yakin benar MP kawasan saya MESTI menang. Saya pangkah BN dia menang, saya pangkah PAS pun dia menang! Kubang Pasu beb! Dia pergi tanpa menoleh.
>>> Sila bersopan santun. Jangan dijolok sarang lebah!

3. Saudara dua pupu saya orang kuat politik akar umbi. Waktu biasa kami agak rapat dan boleh bergurau. Musim begini dia jadi "lain". Musim lepas, saya bengang sebab dia sudah lebih-lebih mengutuk parti yang satu lagi dan meletakkan saya di bawah parti itu. Pandai-pandai jer...
Saya tak boleh beransur dengan orang yang suka menuduh ni, tapi tak kuasa bertekak. Jadi bila balik kampung, saya akan cari jalan, jauhi dia....
>>>Malas melayan orang taksub dan tak suka hati saya di sakiti...

4. Pergi mengundi di sekolah lama dan dapat jumpa kawan-kawan sekolah masa sekolah rendah! Sebab itu saya tak tukar alamat daftar pemilih!
>>>Alasan remeh, ha ha ha...

5. Dua orang Abang saya geram kat saya dan mereka bertekak pasal saya. ( Mereka penyokong parti berlainan! ). Adik mereka yang seorang lagi pegawai kerajaan jadi depa sama-sama mengandaikan kakak saya tu penyokong kerajaan ! Tentang saya pulak masing-masing tak dapat menangkap riak saya berpihak ke mana.
Saya pun lagilah
... senyum-senyum tarik harga...seronok tengok depa"bercekau" lepas tu minum kopi dan boleh terus bergelak ketawa!
>>>fahaman politik tidak mencarikkan pembuluh darah kami....Alfatihah untuk Aruah Mak&Bapa.

Monday, February 11, 2008

Santai

Cuti empat hari cukup enak. Dah lama tak berkesempatan masak pelan-pelan, makan tenang-tenang dan rehat cukup-cukup. Tak ada yang isimewa tapi puas , seronok dan santai dengan suami dan anak-anak.
Beberapa hal yang mencuit hati saya.
Dah lama tak naik feri, pukul tujuh pagi kami antara yang terawal menghirup udara pagi sambil ambil gambar ini.
Kami makan tosei dan roti canai, tiba-tiba terperasan seseorang, macam kenal sebab hampir tiap-tiap hari saya baca blog dia yang selalu ada gambar. Segan nak tegur lelaki itu sebab saya dengan anak-anak saja. Petang nya saya baca entri dia katanya dia berada di Penang.....he he he.. sah la tu..

Menonton tayangan pagi - tak ramai orang....kali ini giliran saya temankan anak-anak dan kawan mereka tengok wayang..Kemudian main bowling dengan mereka, banyaknya bola masuk longkang sampai jem - alat angkat pin tu tak boleh bergerak. Tinggal 2-3 round, dah boring menanti servis (katanya 5minit, tapi dah dekat 15 minit belum OK) dan dah masuk waktu zohor , kami pun dermakan saja baki pusingan pada beberapa 4 orang yang duduk di anak tangga di belakang kami. Dari tadi terdengar mereka bertepuk tangan bila kami buat strike. Dia pun tak kisah saja menyambung permainan.
Pi mai pi mai tang tu, petang nya ada orang tegur kami di padang joging sambil berterima kasih tak habis-habis pasal bowling tadi! Student UiTM tinggal berjiran rupanya!

Ronda-ronda makan angin sambil cari cendul pulut dan pulut udang bakar. Oh meriah nya jalanraya dan jalan kampung dengan bendera hijau, biru tua dan biru muda. Lain kali kena bawak kamera! Antara nya, Permatang Pauh warna biru muda, Kampung Batu tetap hijau, dan Seberang Jaya kekal biru tua. Terus ke Kulim mencari Nasi AyamPeriuk Besar. Dalam hijau-hijau terselit biru tua yang dominan di Merbau Pulas....oooo Azimi Daim!
Yeay... perang bendera dan poster dah bermula.
( Ammer merungut, nanti lepas ni habis sepah jadi sampah..banyak pokok dah kena tebang buat kertas ni...) See a different point of view about election from an 8 year old kid?

Penang Bridge sesak bagai nak gila! Kami pusing balik dan memandu ke kampung jauh di Kuala Ketil, ( errr... warna biru tua dan hijau sama banyak!)
Minum teh kosong dengan pakcik sambil dengar dia berleter.. bagus jugak. Cuma tak selesa ziarah orang tua pakai jeans.

Adik nak makan mee goreng mamak pokok ceri, katanya "sedap giler". Tok Abah kawan baik nya belanja makan di situ. Walaupun dah lama menetap di sini tapi kami tak pernah tahu. Betul dan benar. Lokasinya di food court depan Mesjid Jamek Seberang Jaya, gerai paling hujung...
Memang lain dari yang lain, cukup pedas, manis, masin bersalut kuah yang tak berapa basah!
ABC nya pun sedap. Tapi tengok harganya ...RM 2.80 semangkuk. Terkezut! Bila makan baru tahu.. lega kan dengan kismis, pala, kacang, sagu, aiskrim, secukup rasa.

Wednesday, February 6, 2008

Selamat Harijadi,Kakak!


Happy Birthday Kakak
suka coklat & strawberry

Suka tulip warna ungu juga, macam kak tulipurple..

HAPPY 14th BIRTHDAY SAYANG.

ABAH masak special untuk birthday Kakak.

Sunday, February 3, 2008

Gamat

Lama juga saya berfikir mencari sesuatu yang unik dan tak pernah dibuat orang! Ini gara-gara Abang3 saya nak menyambut menantu lagi...Biasanya kami adik beradik akan menyumbang apa-apa saja yang difikirkan perlu andai salah seorang dari kami berkenduri. Kalau majlis perkahwinan , saya lazimnya menyumbang bunga telur ataupun barang-barang hantaran. Jadi, saya putuskan mengisi barang-barang ini dalam beg cenderahati sebagai ganti bunga telur tradisi.

setangkai bunga telur
sehelai sapu tangan tuala biru
sejemput potpouri dalam sebiji cawan comel
sebotol minyak gamat dan bam gamat


Gamat tak?
Ada orang tu sudah geleng-geleng kepala... tak pernah di buat orang...katanya!

Saya dah muktamad. Minyak gamat dan bam gamat banyak gunanya. Di bungkus rapi dan di ribenkan , ia nampak menarik jugak , kan? Hey... saya juga membantu memajukan industri gamat tradisi tempatan!

Sementelah rancangan bercuti Hari Raya China terpaksa di batalkan, ada juga masa untuk saya menyiapkan cenderahati gamat ini beserta beg cenderahati berwarna perak dan biru.