Sunday, April 27, 2008

Projek Hujung Minggu

Seorang sahabat mahukan hantaran yang simple tema merah. Saya adunkan warna emas untuk menyerlahkan meriah.
Asalnya bekas ini merah kosong. Untuk menaikkan seri saya lilitkan rantaian manik warma dan bunga putih kecil. Bekas ibu itu sebenarnya bekas paling kecil dalam set 7 biji kotak untuk set hantaran ini. Bakal di isikan bunga rampai.....
Bekas jam diselitkan setangkai bunga hijau untuk menaikkan seri kotak hijau tua. Simple dan cepat tapi agak leceh nak lekatkan penutup pada kotak!

Dulang pewangi ruang ini agak "flat". Saya tambahkan 12 bilah-bilah separuh melengkung dari titik pusat dulang, jadi seakan kolam air pancut dengan apungan bunga dan sepasang rama-rama merah. " mama perasan" . Kata si dia... he he he!

Banyak lagi nak disiapkan. Bersepah bilik anak dara seorang itu di kerjakan emaknya...

Thursday, April 24, 2008

Terima kasih ,sayang!

Kad Harijadi dari Webshot
Hari ini saya terkejut tak sudah-sudah. Baru saja melangkah masuk pejabat , AG melaungkan Happy Birthday!. Ooo ha aaaah, ya lah, my bday today, tengkiu-tengkiu...Ha ha ha, semua orang ketawa. Macamana boleh lupa. Eh, tidak, cuma pagi-pagi kita jadi mak robot. Tit tutit tu t tu ttiti titi, sentuh sana sini, pergi sana sini sebleum sampai pejabat, jadi tak sempat nak ingat! terima kasih semua atas ingatan ini. Tulip mekar bingkisan melalui msn dari Madel yg sedang bercuti di Holland , Thanks!!!!
Pukul 3 petang KakNgah telefon ucap Selamat Hari Lahir Mama. Terima kasih sayang. Sempat merengek tak mahu pergi kem motivasi di USM walaupun cuma 8 pelajar Tingkatan Satu yang terpilih. Anak bertuah ini, selepas di pujuk-pujuk, baru setuju. Saya dapat rasa, bukan dia tak nak pergi tapi saja nak bermanja...
Kemudian CikAbang sms beritahu yang di akan ambil Ammer dari transit. OK la tu! Sampai di rumah, bila buka pintu...taraaaaa saya di sembur apa ke benda ,yang bertali-tali tu dan 3 orang menyanyi lagu... Selesai sessi ucap selamat dan peluk cium, anak dara menghidang makanan.


Ini Projek Abah yang dihidang Kakak; Nasi Goreng Singapore, Salad Ketam dengan pudina. Otak-otak ikan & udang dalam kulit ketam...Ayam Panggang Lemon&Madu
"Oh, Abah tak gi kerja hari ni?"
" Heh, he he .. Abah cuti ...."
Ammer menghulur kek hijau , " ohhh, inilah kerja orang berdua ni balik awal hari ni..."
E eehhh, malu..... pulak si bujang niiii.... bila saya tanya, jawabnya bukan malu, nak nangis ingat KakNgah...Alahai, saya telan airmata yang bertakung, sebak bila seorang ahli jauh dimata tak ada di rumah dalam saat begini...


Wah , sedondon hijau kek dan hadiah harijadi kali ni...selingkar rantai jed. Ini rupanya benda seketul yang Mama nampak dalam pannier motor masa Abah balik dari Myanmar hari tu, tapi lepas tu tak jumpa di cari dan lupa pulak nak bertanya!
Malam.. setelah Ammer tidur, kami menyarung "riding gear" dan berpesan pada Kakak.. "MamaAbah keluar sekejap, kalau apa-apa, telefon ya..."
Indahnya menghirup angin malam...
Terima kasih sayang, kerana membahagiakan hidup ini.

Wednesday, April 16, 2008

Urut Kaki

Saya dan S pergi berurut kaki dekat Foot Reflexolgy Spa yang cuma di seberang jalan ofis kami. Jarak pun tak sampai 200meter, tapi asyik tertangguh. Hari Rabu pertengahan minggu begini, elok sangat lah ke sana sebeb kaki pun dah rasa sakit-sakit. Kalau nak tunggu hari Jumaat untuk waktu rehat yang lebih panjang, tentu sekali bertambah sakit kaki ini. Sekarang saya lebih berjaga-jaga. Saya cuba mengelak dari keletihan melampau berulang semula sebab kalau ia datang, susah nak pulih. Saya cuba menfaatkan waktu rehat tengahari semaksimanya. Sejak dua bulan lalu saya ambil sarapan berat, di ikuti kopi pada pukul 10. Waktu tengahari saya cuma ambil buah atau kuih yang selalunya saya bawa dari rumah. Pukul 4 petang, saya mimum teh hijau dan makan biskut cracker. Alhamdulillah, badan terasa lebih segar dan tak mengantuk. Kalau dulu saya mesti nak lelap sekadar 10 minit selepas solat zohor, sekarang tidak lagi. Paling tidak pun, bila sampai rumah yang menanti dengan kerja bertali arus, badan tak lah rasa letih sangat macam dulu. Ohhh ohh...melalut pulak.. Berbalik pada spa tadi.
Bila kami menolak pintu, haruman lembut cendana menusuk hidung, segar. Mata saya melilau melihat dekorasi berbau tradisi timur jauh. Sedikit unsur zen moden dengan perabut ringkas dari kayu mahogany beralas cadar dan tuala putih. Bilik rawatan yang selesa sebaris dipisahkan dengan adangan panel kayu dari lantai ke syiling. Langsir sekerat melindungi pintu kuak sekerat pada tiap-tiap bilik. Tak lama di kaunter kami pilih bilik rawatan untuk 2 orang. Kata S boleh sembang-sembang, tapi saya membayangkan enaknya zzzzz dalam suasana nyaman dan harum begini. Lagipun bahagian belakang kepala saya berdenyut-denyut sejak tadi. Harap-harap lega sedikit kalau dapat tidur sekejap. Kami di rawat 2 gadis China yang cekap. Dari lenggok cakapnya mereka adalah gadis China tempatan, masih muda macam budak baru lepas universiti saja. S rajin bertanya latar belakang mereka, dari mana belajar mengurut dan kenapa pilih kerjaya ini. Rupanya mereka juru urut bertauliah. Yang mengurut kaki saya dah mengurut lebih 10 ribu pasang kaki. Mereka bawa air rendaman dalam besen kayu. Macam besen dalam cerita lama istana maharaja China. Suam dan bergaram. S menjerit kecil tak tahan air panas. Bagi saya biasa saja sebab saya memang selalu rendam kaki dalam air suam bergaram kalau rasa sakit kaki. Kaki terendam dalam besen dan kami bersandar pada pangkin kayu beralas tilam macam macam day-bed. 5 minit bermain air, mata saya dah tak boleh angkat. Kaki kami di bersihkan dan di balut tuala. Lampu disamarkan , alunan muzik lembut mengapung segenap ruang, saya pejam mata....... Terasa picitan di hujung jari kaki, lepas itu entah apa pun tak tau lagi. Saya tersedar bila terasa sakit bagai di cucuk pada bahagian tumit. Sakitnya Tuhan yang tahu. Katanya badan saya banyak toksid. Asid berkumpul di tumit kaki..bla bla bla....Saya berkerut dahi menahan sakit. Kuat betul amoi ni. Macam dia faham saja, katanya, "Saya tak tekan kuat tau akak, tapi saya tekan kat point yang ada masalah, mungkin pada saluran yang dah ada blockage " yin" and " yang" sbb tu kakak rasa sakit".
" You do your job, jangan hirau tengok saya kesakitan, kalau sakit sangat nanti akak jerit jer..."
Sambil berurut rupanya banyak yang di sembangkan mereka sebab S rajin bertanya tentang tanda penyakit, senaman dan urut terapi . Banyak jugalah maklumat yang saya terlepas dalam masa hampir 20 minit terlelap tadi. Benar bagai di kata, saya rasa cerah mata.
Adik China tu kata urat betis saya bersimpul.
"kakak banyak jalan ya? jangan pakai high heel tau , kakak bawa selipar pakai dalam ofis..
" Ya lah dik, boleh kasi selipar ni souvenir kat akak".
Saya melawak, tapi kalau dapat selipar unik ni, best jugak. Nyaman di kaki.
45 minit kaki kami di urut sampai ke paras lutut, kemudian di cuci lagi dan di sapu bedak. Angin menerobos nak keluar sampai senak perut. Berkali saya sendawa, sampai naik malu.
"tak pa, kakak jangan malu, biar angin keluar".
Sambil tu dia malu-malu bercerita ada pelanggan yang terb***g angin, tak boleh control! "Itu perkara biasa", kata amoi tersenyum-senyum.
Eh, jangan la jadi kat saya macam tu, sungguh kurang sopan. Sendawa macam ni pun cukup lah...S terkekek-kekek ketawa.
Sebelum keluar kami di beri minum teh camomile. Wah, ringan rasa kaki dan cerah mata. Sakit kepala tadi hilang terus.

Sunday, April 13, 2008

Piknik kat Sekolah

Seperti biasa hari Ahad kami ke sekolah KakNgah. Mana tidak... hari Rabu saja dia sudah telefon bertanya itu ini... rindu la tu. Penghuni asrama dibenarkan keluar dari pukul 2 hingga 6 petang berselang minggu. Hari ini plan nak piknik kat sekolah saja. Dah lama plan sebab seronok tengok orang lain piknik di padang sekolah yang di lingkungi pohon rendang. Pokok-pokok besar dan kecil berbunga di sekeliling padang. Redup. Ada famili berkelah sepanjang petang, siap gantung buaian untuk adik kecil tidur. Anak ni nak makan nasi dengan sambal belacan mak dia. Kami bawa bawa nasi, ayam tumis serai dari resepi yang Mama tengok dalam AFC pagi tadi, buttered prawn dan sayur campur untuk kawankan sambal belacan dan ulam. Karipap dan coklat pun ada. Sambil makan bercerita tak habis-habis..walaupun tiap minggu jumpa, ada-ada saja cerita baru dan lawak antarabangsa dari orang di rumah dan orang di hostel. Topik hot minggu ni ialah lawatan angkasawan negara SMS ke sekolah KakNgah. Ammer siap tanya, eee tak malu ka Dr SMS visit sekolah pompuan ( sekolah KakNgah ialah all girls' school). Padahal, dia pun lelaki dok mai tiap-taip minggu, tak nampak diri sendiri da.....ha ha ha ha.

Lepas makan baru sedar kamera mama ada dalam handbag...

KakNgah menunjukkan Kakak ke arah Menara Jam yang di bina sejak tahun 1800an ( gambar di ambil Ammer)

Menara Jam - gambar sendeng oleh KakNgah ...tempat larangan pelajar tak boleh panjat menara ni...yang membiru di belakang tu Penang Hill. Kakak dan Ammer tak habis-habis berkuntau. Ini Ammer berTKD cuba nak jatuhkan Kakak , tapi Kakak yng lebih besar cepat swing dan guna reverse defense. ( Gambar oleh Mama)
Ammer kalau jumpa padang memang tak reti duduk diam, kena tangkap masuk kereta nak balik dah!
Gelap muka Kakak, kamera dah abis bateri..... Letak juga kat sini sbb Mama suka padang hijau, pohon rimbun dan samar-samar Penang Hill yang membiru....

Saturday, April 12, 2008

Kiblat kita....

Hari Jumaat kelmarin,kawan sekerja memanggil saya untuk menentukan kiblat surau di Production Floor yang baru. Saya terkedu. Ikut sajalah arah kiblat surau kat Production Floor Tingkat 3 ni, kata hati. Macam dia tahu apa di hati saya, dia berkata,
"how do you confirm our surau now has precise direction". Saya pandang Siti yang lebih senior dari saya juga salah seorang pioneer kami .
"Errr...dulu Taha yang buat, I ikut jer anak panah yang dia buat!" Kata Siti tersenyum sumbing. Dia pun nampaknya dah merah padam mukanya macam saya juga!
"Encik Mirza, mesjid dekat sini pun hala macam gini...". Fahmi, anak buah saya mencelah.
Dalam hati malu tak terkira...Mirza ni baru saja bertugas sini. Orang penting juga. Bukan saya kagumkan pangkat dia, tapi pada keperihatinannya pada perkara yang saya ambil ringan dan mengikut saja arus sedia ada. Dia bawa 2 kompas penanda kiblat. Satu yang "low cost ", satu lagi dari syarikat yang ada nama, siap dengan arahan bergambarajah dalam bbrp bahasa.
Kesimpulannya, surau kami memang tepat arahnya.
Tapi kenapa saya tak pernah terfikir untuk memeriksa arah kiblat selama ini. Kalau kat rumah atau pergi tempat baru, suami saya yang pastikan semua ini.
Siti bertanya pada Mirza, "what make you think to re-check?".
Dia tak menjawab. Biarkan saja kakak senior dua orang ni cari jawaban sendiri, agaknya.
Jawab saya pada Siti , "Islam nya Mirza, Islam di cari. Islam kita ni Islam dapat. Sebab tu kita "take things for granted".
Sewaktu memandu pulang, saya melihat apa yang terjadi di pejabat tadi sebagai satu refleksi iman. Mirza sebenarnya lahir dari keluarga India, kemudian dia memeluk Islam. Dalam banyak kes yang saya temui, orang yang mencari Islam lebih perihatin dan istiqomah praktis Islamnya dari saya yang Islam sejak lahir. Kita ambil Islam sebagai cara hidup yang selesa walhal peningkatan iman itu sebenarnya perlu dicari dan diusahakan. Masalah hala kiblat ini sebenarnya perkara asas, tapi ramai orang termasuk saya "take it for granted".Perkara kecil ini perlu kita pastikan dulu keyakinan arahnya, barulah yang berikutnya tetap berpegang pada yang asas tadi. Saya teringat waktu singgah di R&R sepanjang lebuhraya, beberapa kali melihat ada jemaah yang sama-sama berhenti solat meletakkan kompas menentukan kiblat sebelum mereka menghampar sejadah.
Perkara kecil, tapi kesannya sampai ketulang hitam saya.

Thursday, April 10, 2008

Kenapa aku letih bekerja!

Sudah 3 bulan jadual kerja saya amat padat. Satu projek baru yang perolehannya bakal mengubah tanda aras purata pendapatan syarikat. Itu belum termasuk bebarapa kejutan yang mesti di tangani serta-merta ( saya istilahkan kes ini " die die must do case"). Saya tidak keluar makan kerana waktu itulah paling aman berehat, solat dan layari internet. Hari ini saya tergelak-gelak dengan email ini....ringan kepala. Jom layaaaannn....Sumber: Anonymous


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason)

: Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku

:Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.

:7 juta darinya sudah bersara.Jadi tinggal 21.3 juta orang.

: 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.Jadi tinggal 20 juta orang...

: Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

:Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

:Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

: Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

: Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,08 4 , 4 88 orang yang boleh buat kerja....

:Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,08 4 , 4 86 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... Mana aku tak letih!!


Kwang kwang kwang.....ha ha ha...nonsense ...It made me laugh in between works, though.

Sunday, April 6, 2008

Bertemu Tulipurple

Waktu Tulipurple balik ke rumah MIL nya bulan lepas, kami asyik merancang tapi tak menjadi. Frust jugak tapi mengharap dapat jumpa bila dia balik lain kali...Tiba-tiba hari ini cik adik manis ni telefon saya yang waktu itu memandu dalam sesak trafik di Jalan Mesjid Negeri. Katanya dia berada di Gurney Drive. Memang saya pun nak ke situ sebab anak-anak nakbeli barang keperluan di asrama yang dah kehabisan. Cadangnya kami mahu ke pasaraya di Gurney Plaza; kemudian cari GUiT kat MPH Bookstore yang baru di buka kat situ. Hajat hati elok sangatlah bertemu sambil makan2 kat kompleks tepi laut tu. Saya dan anak beli barang cepat-cepat dan call Tulip; oh, rupanya dia di Balik Pulau. Ronda-ronda...
Saya pun hantar anak balik ke sekolah dan terus pulang kerana Ammer dan Alia tak ikut. Mereka nak rehat di rumah, masih letih kerana hari ini ada ujian grading TKD. Bila saya menyusur masuk ke Penang Bridge, dia telefon, katanya dah sampai Gurney Drive nak makan char koay teow! Alahai, kesian nya, berselisih lagi jalan kami...Selepas itu Tulip nak ke Queensbay pulak. Oklah,kami pun setuju nak jumpa di Seberang Jaya dalam perjalanan mereka dari island ke rumah MIL di Bertam. At last saya sampai kat Key's CharKoay Teow dan nampak Tulip melambai-lambai, cepatnya dia tangkap saya yang terjengah-jengah. Kami pun peluk-peluk Arab ( pinjam phrasing Maklang dan Ummi 365!) dan mula berkenalan. Kanda Tulip ( of course ) ada, EA and DQ juga. EA cool jer, DQ ramah, tuit, tuit tuit! Geram tengok anak-anak Tulip comel macam maknya yang ayu.Saya datang sendiri saja. ( Anak-anak tak ikut kalau keluar malam, dan suami masih dalam perjalanan pulang dari Bangkok) Sembang-sembang dan makan-makan. Terima kasih kanda Tulip yang belanja makan sate. Dia pulak makan nasi goreng dengan telur goreng mata kerbau...teringat pulak satu entry Tulip katanya kanda dia ni kalau nak makan mesti ada telur goreng...Maaf ya dik, ngusik sikit.
DQ dari duduk atas baby chair dah turun mengejar kucing ( teringat kakSilverSarina!!!)Tapi itu kucing bersih punya tau kakRina, di bela Key's. Kesian kan EA yang dah mengeliat-mengeliat sambil gosok mata, ngantuk baby tu...kami pun beredarlah...Sempat gak kanda Tulip ambik gambo kami, eh risau akak pasal gambar-gambar ni.. kot nanti terkeluar gambar burger! ( Sebab tu jugak lah entri ni tak dak gambar orang.. he he he...)
Untuk Tulipurple, terima kasih kerana sudi berjumpa akak. Walaupun singkat, ia adalah permulaan yang manis. InsyaALLAH kita jumpa lagi. Untuk kandaTulip juga terima kasih. Oh ya, suami akak berkirim salam, nanti kita jumpa lagi boleh cakap pasal enjin dan motor ya!