Saturday, September 27, 2008

Sesuci Lebaran


Salam Aidil Fitri..... Kad ucapan ini untuk semua pembaca dan pengunjung yang amat istimewa. Sudilah kiranya menerima nya. Terimakasih dengan kehadiran semua ynag memeriahkan suasana tak kira ketika. Seluruh kemaafan saya pohonkan pada segalanya, terutama pada pertingkahan kata , jika ada yang kurang manis sepanjang kita kenal di arena cyber. Saya pohonkan agar anda halalkan makan & minum, & juga segala pemberian samada yang saya ketahui lebih-lebih lagi yang tidak saya ketahui.

hampir berlalunya bulan ramadhan
terasa waktu semakin singkat
sekadar doa saya ucapkan
harapkan kejayaan dunia akhirat
*
yang merantau pasti merindu
jejak manis budaya raya kita
usah risau, usah hiba di hidu
seluruh alam bumi Allah semesta
*
rindu sajian lestari puan
ketupat lemang di putik rasa
adik kakak dan abang sekelian
itu petanda nikmat belaka
*
salam lebaran saya berpantun
mengusik andai penambah mesra
jemputlah kalian menyunjung santun
ke teratak saya sama merasa
***
Salam Aidilfitri dari saya dan keluarga. Semuga barakahNya milik kita.
pst... next entry saya hidang kuih raya ya...

Lega....all are delivered!

Orang lain sudah siap kuihnya saya masih berhempas pulas....
Bila siap kuih tempahan semua, rasa macam terlepas hutang besar. Selesai jugak kerja-kerja buat kuih ni walaupun macam-macam yang berlaku. Bukannya tak tahu lecehnya...tapi nak jugak buat kuih dan ambik tempahan. Saya memang suka buat kuih. Macam kata Maklang, bukan duitnya yang kita kejar sangat...Puas hati tengok hasil tangan dan hasil jualannya. Sejak beberapa tahun lalu saya jadi peniaga Ramadhan:) tahun ini pun saya melebarkan sayap.. he he he. Belum jadi taukeh ya Maklang, sebab semua kerja buat sendiri...kalau taukeh kita bagi arahan saja...kan.

Packed and gathered into big plastic bag for customers's name tagging.

Atas permintaan Maklang, ini antara kuih raja sajian saya tahun ini. Yang dekat datang lah merasa di teratak saya. Ada resepi di dapur saya kalau nak cuba.



Samperit kontroversi dan makmur

Biskut suji, resepi sama macam yang saya bagi Maklang...



Go ahead - cubalah.. kalau nak guna resepi di blog aya untuk jualan, pun, silakan...Chocolate Rainbow



Lazaros -konsep sama macam almond london tapi yang ini guna hazelnut dibalut dengan doh oats berperisa oren kemudian dituangkan coklat di atasnya.








Ini tat teratai; sama saja resepi dengan tat biasa, cara bentuk dan hiasannya lain sikit utuk variasi rupa!





Friday, September 19, 2008

Alahai biskut samperitku....!!!

Tempahan kuih raya tahun ini , saya beranikan diri ambik order lebih sedikit. Rasa macam OK jer mulanya tapi sekarang rasa cuak juga. Kalau tak cuba tak tahu penangannya kan? Adoi, it's not that easy rupanya. Tapi yang best nya, projek sendirian berhad ni boleh bend and curve ikut masa yang sendiri dianjalkan! Tak dak sapa nak komplen kan...he he he...sendiri tahu la kalau tak ikut disiplin ... lepas tu tanggung sendiri bila dah delay dan off timing....Opppss....
Saya main tepung pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Sesudah subuh hingga sebelum maghrib. Malam hari kasi oven tidur jugak! Di tambah cuti 2-3 hari, dapat juga siapkan hapir 90%. Target saya 24 Ramadhan semua biskut kena deliver. Angan-angan tu...nampaknya macam tak kesampaian. Sebabnya biskut Samperit saya tak menjadi. Ramai pulak yang tempah biskut ini. Batch pertama yang saya buat minggu lepas tak ada masalah pun. Tak tau mana silapnya, seharian petang semalam saya fail!
Tolong...
Kenapa jadi begini….Sudah empat kali bancuh, hasilnya sama…entah di mana silapnya..
4 x 7 kuning telur = 28biji
4 x 1 tin tepung jagung B&P
4 x 1.25 cup gula aising
4x 1.5 cup tepung
4 x 1 can/454 g butter golden churn @$9.50
Hasilnya tak menepati standard untuk jualan. Sepatutnya jadi gini.. mekar setaman;

tapi ini pulak hasil kerja semalam.

Dah banyak begini, saya simpan dalam balang plastik. Dah berbalang-balang siap, tapi saya tak tergamak nak menjual kuih yang kemetot gini…
Pening saya tengok balang kuih tak menjadi yang berderet-deret...Saya mengadu dengan kakak ipar. Nak tahu apa katanya.
"Tak apa aih, nanti bawak balik kampung, kak nanti pejam mata bila nak makan. Ha ahhahahh, tak cantik no problem, janji sedap…ke eekkek". Mengekek pulak dia, orang tengah tension nih.....
Betullah rasanya maintain, sama macam yang OK tu, tapi mengapa jadi begini….hu hu hu…
Awat la pulak kembang macam ni; walaupun rasanya tetap macam biasa, tapi tak cantik la...Lagipun nak jual mestilah yang cantik rupa dan sedap rasa..kannnn
Kenapa ya..
Akhirnya saya cuci perkakas baking dan rehat. Susun semula segala tepung , gula, butter...relax. For the first time puasa tahun ini, saya ajak anak pergi beli makanan kat pasar Ramadhan. Melompat anak seorang itu happy teramat nak beli semua benda ...!
Allah mahu menguji kesabaran saya. Nak ingatkan saya jangan lupa diri… bukan terrer sangat buat kuih! OK lah, saya pasrah. Tapi kena juga buat sampai dapat hasil yang mencapai tahap piawaian untuk jualan...
Doakan saya ya..
Samperit ohhhh samperit....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Updated 24th Ramadhan
Ini hasil pertama adunan ke lima. OK , tak kembang sangat.. tapi....ha ha ha :) hangus!!!!!

Tuesday, September 16, 2008

Alahai hero ku...

Back-dated posting.. kejadian berlaku pada 15 Ramadhan..

Selepas menghidang juadah, sempatlah saya rehat sebentar. Waktu ini Ammer ambik port dia kat balkoni atau tingkap bilik. Di situ dia tunggu azan dari mesjid politeknik sambil tengok budak-budak main di taman permainan atau tengok langit merah kala matahari terbenam. Ya.. dari tingkap rumah kami boleh nampak laut dan pulau berbalam-balam. Waktu matahari terbenam cantik sekali.

Bila saya panggil dia duduk dengan saya, dia tak menoleh, diam saja. Saya pun pergi tengok apa dibuatnya tu.
Tengok-tengok airmata sudah basah kat pipi.. Kenapa Ammer, sakit perut ke, saya meneka segala kemungkinan..ammer ingat kakak ka, Ammer sakit kat mana.. sapa marah
Semuanya dijawab dengan geleng kepala...hujan makin lebat lagi.
"Ammer lapar..." lemah dia bersuara sambil tu berlagulahhh menangis
"Alaahai... puasa mmg camni".
"tak tahan...nak buka"
"3 minit saja lagi. 2 minggu posa OK saja, Ammer buat apa kat sekolah hari ni".
"Tadi dah la sakit tekak , kena azan dua kali, kena azan kuat-kuat ;lepas tu susun meja,lepas tu buat homework, lepas tu..."

Hari ni memang agak panas...kesian tengok anak ini. Diam saja kalau letih.
Sejak umur 6 tahun dia tidak tinggal puasa. Kiranya tahun ni pun berazam nak puasa penuh...

Ok lah.. tapi Ammer tahan kan, Ok jom basuh tangan.
Saya bagi dia sabun pencuci tangan baru. Dia suka wanginya. Senyum kemewek...bila dapat main buih kat sinki, leka lah dia sebentar. sampai azam berkumandang...

Lauk berbuka hari tu....sup sayur dan udang masak lemak cili api dengan cendawan tiram


Monday, September 15, 2008

Kad Ramadhan

Terharu saya mendapat Kad Ramadhan cyber kiriman Ibnurashidi dengan ucapan murni dari musafir ilmu ini.
Terima kasih saya ucapkan atas ingatan dan doa.
Semuga bertambah berkat perjalanan hidupnya.. Amin.
Doa saya, semuga kita semua dapat mengisi hari-hari Ramadhan yang masih ada untuk mempertingkatkan amalan , memohon keberkatan dan keampunan . Semuga kita mendapat kemenangan dari Allah Yang Maha Besar.

Saturday, September 13, 2008

13 Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan kian segar seperti pucuk kayu yang ada embun berkilau di hujungnya. Agaknya sistem badan saya sudah mula biasa dengan perubahan waktu tidur dan waktu makan. Setahun dua ini, rasa lain sikit. Ya lah kan.., hakikatnya dah masuk 4-carat club kan.. sendiri mau ingatlah..kan...

Seminggu pertama saya flat! Mental dan fizikal! Hari-hari kecewa dgn prestasi diri. . Asyik menguap dari dalam kereta ke tempat kerja hingga ke petang. Nasib baik lah juga tak ada meeting lama-lama ke, presentation ke...kalau tak habisla ...
Saya sampai ofis masih awal, lepak sekejap kt surau sebelum start kerja. Boleh ke saya hanyut selepas solat dhuha! Tiba-tiba rasa tergolek atas sejadah. Bukan pengsan ya, tapi hanyut... sbb saya baca doa sambil pejam mata.. Nasib baik kawan saya tak sedar sbb dia pun tidur, kalau tak alangkah malunya....Saya sempat lelap sekejap selepas solat dhuha, itupun saya set alarm kat hp.. agaknya kalau dibiarkan saya boleh lajak melepasi 8.30am waktu mula kerja resmi. Kelakar pun ada. Peliknya bila waktu lunch hour tu, puas ku pejam mata tapi tak mau jugak lelapnya!

Saya suka bila Kak Elle kerap ym - segar sikit mata saya dapat bersembang sambil buat kerja. Saya kena condut training hari Khamis lalu. Risau betul! Ishhh, kalau trainer ni asyik menguap, trainee nanti berdengkur agaknya. Malu! Alhamdulillah, sessi saya lancar dan riuh bersoal jawab dan bergelak ketawa.
Minggu ini rasa segar. Allah makbulkan doa saya, itu yang pasti. Kalau tak masakan datang kekuatan yang ada sekarang ini walaupun input makanan, air dan rehat semakin kurang...Enjin lambat panas rupanya tahun ni!

Selamat menyambung tugas Ramadhan ya...Saya nak packing.. nak balik kampung.. hooooo..hooo balik kampung.... Petang nanti nak ke pasar Ramadhan kat Alog Setaq dan esok kat Jitra.. Yeyy, kat sana tu best tau. Kuih muih sedap..lauk pun sedap. Saya memang dah tahu tempat dan penjual yang nak dituju.

Nanti nak cari gulai kawah umbut pisang dan somtam dan kerabu perut dan koleh kacang dan tepung bungkus.. dan serimuka bakar dan bingka ubikayu kuning dan pulut ayam...dan dan dan.... saya janji dengan diri sendiri, nak beli dalam kuantiti yang sikit saja untuk setiap jenis..kita tengok nanti ya!

Wednesday, September 10, 2008

Aku...

Aku terlentang di atas meja. Aduh.. sakitnya sikatku baru disiat dan tercerai dari adik beradikku yang sejak azali bersama-sama aku sehidup semayang dari kecil hingga aku tua sekarang ni. Tak ada kesian belas betul encik penjual ini. Dia main rentap saja aku selepas menghiris sedikit tangkai aku yang melekap pada tandan. Meleleh air mata ku.. sakit dan sedih. Mana tak, sakit kulit tersiatkan. Ishhhh ish.. encik penjual ni kan, tak baca Bismillah pun masa dia potong-potong aku dan ceraikan adik beradik ku dari tandan kami. Hilang saja pahala pekerjaan dia. Tak kan tak tau berniaga ni sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Kalaulah dia baca Bismillah, berganda-ganda pahala dan berkat dari Allah pada pekerjaan ini. Sekarang ni kan bulan Ramadhan, lagi berganda 27 kali dari amalan kecil tapi siknifikan itu.
Eh, aku ni mengumpat pulak jadinya. Nauzubillah…ampun , Ya Allah.
Aku meneruskan zikir. Selagi hidup akau akan terus berzikir, kerana itu amanah yang Allah berikan pada kami seisi alam-al-banat. Sedih sungguh aku berpisah dengan saudara-maraku. Berpisah tak kan bertemu kembali. AdikNgah aku pun terlentang di sebelah aku. Dia belum berhenti menangis. Dia pun tentu rasa macam aku juga. Pedih kena siat dari tandan dan sedih nak berpisah selama-lamanya dengan kami semua. Dari sama-sama tumbuh dari jantung, membesar, berputik, berisi, mengkal dan tua ,kami bersama. Sihat membesar dengan cantik dan gemuk. Lepas ni, ikut nasib lah kami. Waktu ini kami masih bersama. Tersusun atas meja encik penjual. Riuh encik penjual mempelawa orang membeli kami. Aku rehat-rehat saja senangkan diri. Harap-harap ada orang yang tergoda dengan aku nanti.
Aku dengar ada orang bertanya harga kami. “Sekilo tiga ringgit setengah!” Jawab encik penjual. RM 3.50 la tu. Aku di pasar dekat utara negara ini, biasalah kalau lima puluh sen tu disebut setengah. Aku tahu jugaklah pasal ringgit Malaysia ni sebab selau dengar Pak Dali bercakap-cakap dekat ladang dengan pembeli saudara-maraku terdahulu. Tapi sekilo tu aku tak tahu la apa maknanya. Selalu nya pembeli dan Pak Dali sebut satu tandan dan satu tan.
“Ini pisang baru makcik, baru sampai – ini masak atas pokok, manis ni”.
Aku tersenyum dalam hati. Auta jugak encik penjual. Sekarang hujan pagi petang, mana ada pisang masak atas pokok! Kalau musim panas tu memang la betul kenyataan begitu. Hanya aku yang tahu asal usul aku. Tapi apa nak buat. Aku dijadikan Allah untuk menjadi makanan manusia. Sampai hari kiamat pun aku tak boleh membela diri. Macam kawan aku kat kebun dulu,Cik Timun, dia tu lagi lah kesian aku kenangkan. Menggolek dia luka, tergolek pun dia luka…
Tu dia.. makcik tu borong adik-adik aku empat lima sikat. Seronok aku tengok adik-adik aku sama-sama masuk dalam karung plastik. Sekurang-kurangnya mereka masih bersama untuk waktu ini, walaupun aku tahu mereka tentu lemas dan terhimpit dalam karung plastik warna hitam itu.
“Ni makcik nak sedekah kat surau, hang bagi diskaun la sikit”.
“ La, makcik nak sedekah pun nak minta diskaun jugak ka..”
Aduh, tak larat aku nak mendengar dialog manusia-manusia di sini. Aku pejam mata dan rehatkan diri. Dalam hati aku bersyukur kerana adik-adik aku mendapat kesudahan yang baik. Tempat terakhir mereka bernafas ialah di rumah Allah. Semuga berkat hidup mereka berbakti menjadi makanan kepada jemaah mesjid. Semuga juga keberkatan itu melimpah pada Pak Dali, petani miskin yang warak yang menanam dan menjaga kami di kebun pisangnya. Amin.
Tiba-tiba terasa aku disentuh dan diangkat sepasang tangan. Orang itu tersenyum. Eh eh..ada juga orang sedekahkan senyum kat aku! Serta merta aku teringat Pak Dali. Pak Dali selalu senyum dengan kami dan bercakap-cakap dengan kami. Macam gembira sangat orang itu bila nampak aku. Kenapa ya, agaknya dia teringin nak makan aku. Atau pun dia dah lama mencari pisang spesis aku tapi tak jumpa. Aku berdebar juga, tapi lega bila dia unjukkan aku pada encik penjual. Encik penjual ambik aku dan letak atas benda besi yang aku nampak sejak tadi. Adey.. sejuk la benda tu. Ada angka kat muka benda tu tunjuk $35.00. Aku dengar encik penjual cakap, tiga ringgit setengah! Tahulah aku, aku ni genap sekilo sesikat, dengan harga tiga ringgit setengah. Aku masuk dalam karung plastik. Perempuan tu beri sesuatu pada encik penjual dan berkata, “saya beli pisang dengan harga , ya”.

" Ya, saya jual. Terimakasih puan".
Cepat pulak urusan puan ini. Tak sempat aku “kiss and say goodbye” pada AdikNgah. Bersalam pun tak sempat. Aku pun duduk diam-diam dalam karung, dan sempat pula nampak Adik Ngah yang tenang-tenang berehat sebab karung plastik ini translucen berwarna kuning air. Selamat tinggal AdikNgah. Semuga kita mendapat kesudahan hayat yang baik. Doaku lagi. Aku mengikut saja ke mana-mana di jinjing. Takkan nak lompat keluar dari karung ini. Aku tak boleh nak bayangkan kalau aku lompat keluar dan jatuh ke tanah. Tentu nanti kena pijak atau kena lenyek…eeeeiii tak nak la aku mati eksiden gitu. Kalau tak kena pijak pun nanti tak ada sesiapa yang hirau kat aku. Mati kering saja. Atau hanyut dibawa air hujan dan tentu sekali kotor. Kalau hanyut dan tersadai hatta di lembah subur pun, aku bukannya boleh membiak. Aku pisang raja. Tak ada biji dalam dalam isiku. Tak macam saudaramaraku spesis pisang awak yang lain-lain. Mereka ada biji yang mungkin boleh menumbuhkan anak baru menyambung zuriat untuk berbakti di bumi Allah ini. Aku mahu berbakti pada orang ini, jadi makanan dia. Rugilah kalau aku tidak dapat memberi nikmat pada manusia dengan isi ku yang manis ini.
Puan ni tidaklah tua dan tidak lah muda sangat. Dia letakkan aku pada satu tempat dan tutup. Gelap lah! Terdengar bunyi enjin berderum dan terasa aku bergerak. Oh.. apa benda ni , macam lori. Aku tak pernah pun naik benda ni. Kelmarin ada Pak Dali letak aku atas lori, tapi yang ini aku tak tahu apa namanya. Bila dah gelap macam ni, aku tidur..sedap pulak tidur di sini. Ada benda lembut mengalas aku, dan aku terasa sedikit suam. Kalau suam begini, aku suka. Aku pun pejamkan mata sambil berdoa. Mudah-mudahan, bila orang ini tengok aku nanti, kulit aku akan bertambah kuning petanda isiku cantik manis untuk jadi makanan dia. Tentu dia gembira dan sedekahkan senyum pada aku lagi. Itulah, walau di mana pun aku berada, aku tak lupa matlamat hidup aku, berbakti pada manusa sebagai tanda pasrahnya aku pada hukum alam ciptaan Allah, nawaitu menjadi makanan pada manusia amnya, khususnya pada orang ini yang membeli aku dari encik penjual tadi.
Lama aku tidur. Bila terjaga puan itu sudah membawa aku masuk ke satu tempat. Aku dengar dia becakap-cakap tapi tak nampak pun manusa lain dekat dengan dia. Dia bercakap pada satu benda yang di lekap pada mulut dan telinga. Ahhh.. tak ada faedahnya aku hirau benda itu. Yang penting, aku tahu matlamat aku menjadi makanan orang ini hampir tercapai
Aku dengar dia berkata dengan gembira ,
"Abah, dah jumpa pisang raja".
“Tadi, pergi market lepas hantar Ammer sekolah Haa a...ada pun pisang raja kat situ. Dah lama dok cari, beli jugaklah , mahal pun..”
Dia diam sebentar, kemudian menyambung cakap.
"Ya ya , mama kat umah ni, balik rumah waktu lunch hr ni, nak buat pengat ni haa. Sempat.. kejap je buat pengat ni…ok lah.. bye… "
"See you later.Puasa elok-elok tau, jangan tengok amoi, nanti kurang pahala ..Hee he he heh…"

Eh,potpet nya puan ni. Tak macam MakBedah isteri Pak Dali yang lebih banyak senyum dari cakap. Dia baca Bismillah dan ambil 5 biji yang berwarna kuning dari sikat. Kali ni tak sakit lagi sebab tektur sikat aku dah masak.. Dia letakkan beberapa yang masih hijau kekuningan dalam satu bekas. Hairan jugak aku kenapa tak ambil semuanya. Sambil tu aku dengar dia selawat atas Nabi lalu aku pun menyertainya. Saspen jugak tadi, tapi bila dia berselawat aku rasa redha.
Aku perhatikan saja puan ini yang bekerja cepat-cepat. Dia pulas satu benda, aku nampak air jernih turun. Jernih macam air hujan tapi itu bukan air hujan. Dia masukkan dalam satu bekas dan letak atas api. Kemudian aku nampak dia ke hujung sana,dan balik bersama sehelai daun pandan. Eh, ada pun pandan di sini! Kami dulu berjiran dengan pandan. Sebab itu aku kenal pandan walau di mana aku berada. Dia cuci pandan dan potong2 kemudian dimasukkan dalam bekas atas api itu. Bila pulak giliran aku??
Buatlah apapun pada aku. Aku sakit pun tak mengapa kerana aku telah redha untuk di perlakukan apa saja demi mencapai hajat ku dan memenuhi tujuan aku hidup, untuk menjadi makanan manusia. Aku pejamkan mata tapi masih mendengar puan pot pet ini bercakap walau pun aku tahu tak ada manusia lain di sini.
“All right, air gula merah dah mendidih, masukkan sagu, kacau sampai jernih. Letak santan…..” Kesian dia tak ada kawan bercakap. Kalau dia faham bahasa aku, aku tak kisah, aku sudi jadi kawan bercakap. Aku nak tanya apa dia nak buat dengan aku…

Aku disentuh lagi. Aku tahu saat ajalku sampai. Kulitku di kupas tarik menjadi tiga kelopak, tersembul isiku yang kuning keemasan. Ohh.. baru aku tahu rupanya manusia mengopek pisang , sama seperti sang monyet ya. Aku memang kenal monyet. Sejak kecil aku kenal , tapi kami budak hijau selamat sebab monyet tak datang hampir dengan kami. Monyet selalu pergi pada pakcik makcik aku yang dah kuning masak atas pokok. Pst... pasal tu aku kata encik penjual tadi auta!..Suku sakat aku kalau masak atas pokok, jarang sampai ke pasar. PakDali akan ambik dulu sebagai makanan dia anak beranak. Itu pun kalau monyet tak nampak pisang masak atas pokok tu. Kalau monyet nampak menang Pak Dali kira sedekah saja kat monyet dan kera sebab selalu sangat makhluk ini datang sekawan. Senang hati saja bising bingit memulas pakcik makcik aku yang dah masak, kupas kulit jadi 3 kelopak kemudian sumbat penuh-penuh dalam mulut. Kemudian, bila dah penuh perut monyet ni diam-diam saja masuk semula ke hutan di pinggir ladang Pak Dali. Monyet…monyet…memang monyet suka kami!
Tapi puan ini tak buat macam monyet tu. Dia letakkan kami 5 sekawan dalam satu bekas, kemudian setiap kami di potong serong jadi 3 keping. Sekaligus kami di masukkan dalam bekas atas api tadi. Adoi, panasnya! Tapi aku redha. Di sini aku berkenalan dan bermesra dengan kawan-kwan baru. Si hitam manis tu, gula merah namanya. Yang jernih berbiji-biji tu sagu. Tapi mana santan, tadi aku nampak dia masuk sini. Agaknya bila berkawan dengan gula merah tu , dia pun jadi tak putih lagi agaknya.


Oh tidak, aku mahu kekal kuning. Aku enggan berpisah dengan kecantikan isi ku. Aku mahu kekal kuning. Biarlah aku berwarna kuning ini tampak mengancam selera hingga akhir hayatku…Doaku termakbul. Aku kekal kuning bila puan ini selesai pengatkan kami. Dia tutup bekas dan hilang entah kemana. Aku masih bernafas. Tidak lagi berdebar, kena aku pasti, aku akan jadi makanan manusia. Aku redha dan terus berehat….Tiba-tiba aku terjaga dari rehatku. Bunyi bising-bising orang bercakap. Ada 4 suara yang berlainan. Aku fakamlah sekarang. Puan ini tidak makan aku sendirian.
“Ehhh wanginya.. mama masak pengat .ye ye…”
Siapa pulak ni…ada budak lelaki. Ini Ammer agaknya yang puan ini sebut tadi. Ohhh nama puan ini mama…
“Ya. Pengat pisang raja. Kan sejak awal puasa lagi mama nak makan..Mama beli kat pasar tadi. Dah kakNgah kat asrama ni, elok mama buat, nanti kalau KakNgah balik, dia tak suka.”

Ohh, ada orang yang tak suka pisang rupanya atas bumi Allah ni ya. Kenapa pulak ya. Dia sebut KakNgah , lantas aku teringat Adik Ngah aku, entah apa la nasibnya…

“Err.. kakak, tolong sendukkan pengat dalam manguk besar tu, kemudian letak 4 biji mangkuk kecil kat sebelah ya… Ambil sudu sekali. Jangan lupa letak senduk dalam mangkuk tu ya..Letak atas meja sekali” .

Heyyy, betullah puan bernama mama ni sangat pot pet.!

Aku rasa terhormat dimasukkan dalam mangkuk yang cantik dan dimuliakan berada di atas meja bersama yang lain. Hajatku tercapai. Aku menanti saat ajalku dengan tenang.
Kemudian aku terdengar satu suara yang amat syahdu. Selalu aku dengar alunan ini bersama keluarga aku di ladang dulu. Suara azan menandakan masuknya waktu maghrib dan waktu berbuka di Permatang Pauh dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Aku dengar Ammer membaca doa..kemudian aku di ceduk ke dalam mangkuk kecil, kemudian terasa aku dipotong dengan sudu.....dan….masuk ke dalam satu rongga kecil, dimamah dan dicerna, kemudian aku sendiri relai dan hilang melayan selera seorang puan bernama mama. Alhamdulillah.

Saturday, September 6, 2008

Nota Enam Ramadhan

i
masih terpinggir di sini
berteleku menangisi hari berlari
mutiara Ramadhan terburai
dari untai amalku

ii
Allah beri musibah ini
kerana dosa-dosaku yang lalu
siapalah diri
aku redha

iii
mohon perlindunganMu Ya Allah
dari gelisah dan sedih
Lindungi ku dari
kebimbangan
dan keluh kesah

iv
Ya Allah
hamba mohon padaMu
ampunan dan kesihatan
demi satu keyakinan
janji surah al-Insyirah

v

jadikan hamba Ya Allah
wanita yang cantik jiwa
Wa tub 'alaiyya, taubatan nasuha

vi
ku senyumi jua marahmu
demi cerah hari esok
dari menghitung resah
kerana masa silih berganti
Ramadhan tidak harus pergi
tanpa isi