Friday, January 30, 2009

Sedih lagi!

Updated: 2/2/2009

Assalamualaikum,Terima kasih dari kami sekeluarga untuk semua komen dan doa dari kalian. Hanya Allah yang membalas kebaikan ini.

Zany, siapalah kita dapat menangguh detik maut ; kepadaNya kita serahkan seluruh kehidupan , semuga sama-sama mendapat berkat.
Ummi, thanks a lot - ujian yang bertimpa-timpa ini tentu kerana kasih sayayangNya kepada kita yang banyak dosa...

InsyaAllahKakElle,terimakasih yang tidak terhingga pada kesudian buat entry dlam blog akak.

Fakhzan, semuga roh mereka berterbangan di syurga... Ameen,, ameen...

OO, sesudah kemudahan ada kesusahansesudah kesusahan itu ada kemudahan, tiada yang kekal melainkan Allah. Doakan saya kuat menghadapi hari muka.

Maklang, thanks for the doa, call and reminder.

Simah, thanks...keep well, InsyaAllah we'll be allright.

Neeza, InsyaAllah.. ameen.

Ustaz Farid,ia sejenis serangan jantung.. ada orang tua-tua kata macam angin ahmar. Aruah tak ada penyakit yang kami tahu, malah sahabat sebilik / rapatnya pun tak tahu, kecuali demam biasa. Aruah seorang aktif dalam sukan juga.Perginya menyedarkan kami seluruh keluarga akan mahalnya peryataan kasihsayang dan never take thingd for granted.

Terimakasih Tie. InsyaAllah semuga Allah makbulkan doa kita, ameen.

Madam Chin Siew Lin,
terima kasih atas email anda yang KakElle siarkan membuka mata ramai tentang pentingnya nilai kasihsayang dan penguasan bahasa Melayu yang amat tinggi dan autentik!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Selepas 2 entry yang berat, saya berazam tak mahu lagi menulis tentang suram dan sedih. Rupanya kisah sedih belum berakhir di situ. Pada hari yang sama, Jumaat minggu lepas, bapa saudara tersayang pergi di jemput Allah.. tapi saya tak menulis tentangnya; walaupun peristiwa ini amat memilukan kerana Allahyarham merupakan ayah saudara terakhir yang kami ada dari sepuluh orang adik beradik emak.
Semuga Allah menempatkan PakNjang, Allahyarham Hj Ishak bintu Rahmah pada darjat tertinggi di sisiNya, Amin.Kami pulang ke Kedah menziarahi jenazah dan terus bercuti CNY - rehat, JJCM hingga selatan Siam mencari durian.

Seminggu berlalu, ada lagi kejutan besar yang datang. Petang Khamis kelmarin kami dikejutkan lagi dengan kematian seseorang yang tidak kami duga. Anak saudara kami; anak kepada abang suami meninggal dunia secara tiba-tiba. Allahyarham dijemput olehNya sewaktu berehat di rumah; mengadu sakit dada yang amat sangat kemudian koma. Terus di bawa kehospital yang letaknya cuma kurang 500m dari rumah dan disahkan meninggal sebaik tiba di sana.
Acute Coronary Syndrome - begitulah yang tercatat sebagai penyebab kematian. Sepanjang semalam dan hari ini kami di sana. Terngiang bacaan talqin
"Wahai Azrul Zhafrizal bintu Roshimah, kami serahlan engkau kepada Allah..."
Dengannya kami redha.. semuga rohmu disusuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. AlFatihah.
Kami akan di kenang Abang Azrul ( panggilan seluruh keluarga pada aruah) sebagai anak yang cukup baik dan tertib, abang yang penyayang, kawan yang baik, atlet yang berwibawa.
Hiang sudah raut wajah handsome dan tubuh atlet ala-ala model yang jadi idola pada adik-adik sepupu yang mengkagumi Abang Azrul sepagai pelajar yang cemerlang akademik dan pelumba basikal tanahair yang sedang meningkat.
Abang Azrul adalah abang kesayangan semua sepupu, dia adalah cucu sulung lelaki Tok. Sifat nya yang lembut, tertib dan cukup berhemah disenangi semua. Dari petang hingga ke tengahmalam hingga subuh pagi, pengunjung bertali arus..Sahabat handai dan guru-guru dari Penang Free School. UiTM, UIAM semuanya datang dan keluar dengan mata berkaca. Malah urusan jenazahnya begitu mudah. Kawan-kawannya tidak meninggalkan sisi jenazah dari mula meraka sampai , menolong segala urusan hingga ke akhir pengkebumian.
Semuga KakShimah dan Abang Razak tabah , Dija dan Duan juga mesti sabar kerana cukup setakat itu Allah pinjamkan Abang Azrul pada kita. Perginya di hari Jumaat yang mulia, semuga dia mendapat kemuliaan di alam kubur nya dan di tempatkan dikalangna orang -orang beriman...al Fatihah.

10 comments:

zura aini said...

Takziah untuk kakcik sekeluarga. Setakat itu yang Allah pinjamkan, semoga rohnya dicucuri rahmatNya.

Kak Elle said...

salam takziah milah poada keluarga arwah semoga roh di cucuri rahmat ye.

saya pun pagi tadi baru buat n3 tentang arwah.

Ummi365 said...

Takziah to cikmilah and family atas pemergian dua saudara tersayang. semoga rohnya dicucuri rahmat

Nur said...

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun...

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". (Al-baqarah 156)..

Sampaikan salam takziah saya pada seluruh keluarga, moga2 roh-roh mereka berterbangan di Syurga...

IKHWANI said...

begitulah segala apa yang ada pada kita ni hanyalah pinjaman dari Allah swt. Sampai masa semua akan di ambil balik. Tabahlah kita menghadapi kehilangan orang tersayang..Semoga roh yang kembali ke rahmatullah ditempatkan bersama-sama para mukminin dan solehin.Takziah untuk CikMilah seisi keluarga. ((hugs))

maklang said...

Salam takziah dari kami sekeluarga buat keluarga Cik Milah...

Tabahkan hati mu wahai sahabat ku...

Al Fatihah...

simah said...

İnnalillahi...

Takziah dari kami di sini..
*hugs*...
sabar yea akak...
semoga ruhnya ditempatkan dikalangan org org beriman

Neeza Shahril said...

Takziah untuk Kakcik dan seluruh ahli keluarga arwah..
ada orang kata, kalau kita pergi awal, itu tandanya Allah sayangkan kita..
semoga roh kedua-dua mereka berada bersama para muslimin yang menjadi kesayanganNya.. Ameen...

Ibnurashidi said...

Salam..

Takziah diucapkan buat keluarga cikMilah sekeluarga..semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin..alfatihah.

Acute Coronary Syndrome tu sejnis penyakit kah?

Tie said...

Takziah dari Tie....Terimalah dugaan ini dengan redha. Tuhan lebih sayangkanNya.....

Maaflaa... kalau ada kesempatan, sudilah kiranya utk menerima friendsip award dari Tie, ye..(http://kaytieze.blogspot.com/)