Wednesday, February 4, 2009

Baling katak....

Siang tadi saya kemaskan closet baju dan almari kasut anak-anak.
Ada sekarung besar kasut lama yang dah tak muat kaki anak-anak, ada antaranya masih baik dan boleh dipakai.
Belum habis berita tivitiga, saya asingkan yang masih boleh dipakai untuk re-cycle dan simpan dalam kotak.
Selonggok kasut lagi memang uzur.
Anak bertanya,
"mama nak buat apa kasut ni.."
"nak baling ke Perak!"
"kenapa?" kesian anakku confuse dia dengan mak yang tengah marah dan bengang...
"Baling katak yang suka melompat-lompat."

17 comments:

zura aini said...

kakcik,
katak kat umah ai berkecuali ye,dia setia okay. "janganlah baling saya " kata katak ijau

Neeza Shahril said...

katak tu patutnya direbus dalam air panas aje..
teringat cerita katak yang duduk selesa duduk dalam air panas lepas tu mati katak..
tak guna punya katak perak..

Kak Elle said...

Baling katak tu apa ye saya pun tak faham...nanti nak tanya cikgu chin lah...

Abang Long said...

Ya Allah, HANCURKAN MUSUH ISLAM.
Ya Allah, HANCURKAN MUSUHMU,
Ya Allah, HANCURKAN PENGKHIANAT AGAMA.


Ya Allah, kami tidak berdaya. Turunkanlah tenteraMU membantu kami.

TOLONG AMINKAN BERAMAI - RAMAI.

ummu asiah said...

kakcik..

oopppss...baling kasut gak..kalau ada kasut crocs lagi bagus..ringan laju sikit terbang and melompat:)..

saya pun ada selonggok kasut kat depan rumah ni..dah lama bertapa dlm garbage bag..tak tau nak bagi kat sapa..jom kita pakat baling..

mata ngantuk badan letih..tapi i don feel like sleeping!!!!

ummu asiah said...

Kakcik..

menarik..baca di bawah dari harakahdaily...

Wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang dianggap sebagai pengkhianat. Iklan

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perbuatan berpaling tadah di kalangan Adun tidak menghargai pengundi yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

"Saya rasa cukup dukacita mendengar berita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia.

"Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas mendapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Perbuatan itu berlaku kerana ada pihak yang memujuk ," katanya di sini, lewat petang ini.

Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak bagi membolehkan rakyat memberi mandat baru untuk membentuk kerajaan.

Beliau juga berkata, pemimpin yang sanggup menerima rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan.

Kak Elle said...

cikmilah smlm bila membaca mlm2 tak ingat ada katak2 yg melompat2 di Perak...pagi baru baca paper ok dah faham maksud nya....hehehe

Tie said...

Adoi, .... Kat rumah Tie pun ada kasut2 menimbun ni...pening tengok laa... mungkin hujung minggu ni nak buat operasi macam tu...

pB said...

Wakil rakyat yang macam ni , padan dihumban jer ...

muka yang bertalam talam ....

cikMilah said...

OK katak ijau kat umah Zany; dont worry...you tak de pouch kat bawah perut.. hehehe
I target 4 katak jer...hahaha

tulipurple said...

uih..sy pun dok kemas rak kasut semlm..meh kita pakat ramai2 pi baling katak ngan kasut..kami siap ada terompah lg ni...benci tul kan diorg yg main2 kepercayaan rakyat!!

Ibnurashidi said...

Merujuk kepada perkataan BALING..sebuah daerah kampung saya..hehe.

Kalau di kampung saya, ada orang siam suka datang malam. Depa ni tukang cari katak sungai nak jual. Depa kata buat sup katak sedap. Dagingnya enak..hehe..

Jualkan je Makcik..mungkin ada yang lebih baik:)

cikMilah said...

Ja, katak tu dah dicium Puterijaya, jadi putera kacak dan kaya sekarang.. kita tengok apakah kesudahan kes rasuah yang didakwa atas depa masa orang berdua tu dalam PKR...

cikMilah said...

kakElle dah faham kan...pening kepala fikirkan hal YB ni. Asyik polotiking, entah bila nak bela nasib rakyat.

Ameeen,, ameen. Kemenangan masih jauh.. tapi janji Allah sentiasa benar..

Ummi365 said...

lompat si katak lompat.. LOMPAT!
lompatlah tingi tinggi.. TINGGI!
sambung cikmilah...

Abang Long said...

JOM LUAHKAN DI BLOG ABANG LONG.

Anonymous said...

aduh...
malu aku jadik org perak...
byk keturunan katak ghopenyer!!