Monday, May 11, 2009

Ikan Laga

Syiok habih....be at home doing nothing. Perut lapar tapi malas nak masak. Boleh gitu? Ammer melompat bila ajak keluar makan. Sejak semalam dia menyanyi nak pergi beli hadiah untuk Mama. Dia nak ke Pet Shop, ikut sajalah. Jumpa ikan laga dua ekor diborong sekaligus dengan balang dan akuarium kecil . Kenapa dua ekor? Satu untuk Mama, satu lagi Ammer punya !!! Apa-apa je lah...
Blue Half Moon, cantik berkilau. Dulu masa kecik Mama sauk dalam parit jernih kat sawah tepi bukit belakang rumah Tok. Mula-mula Ammer tak setuju letak money plant dalam balang Red tapi nampaknya Red suka mencelah antara akar dan daun.Garangnya Blue mengacah sampai kembang ekor dan siripRed lari....kemudian U-turn dan melawan.. amboi garangnyaaaa....
Tak habis-habis nak melaga saja kerjanya. Sudahnya.. meraka perlu di pisahkan.

Red di meja sudut dan Red atas rak buku. Sesekali nanti boleh main-main lagi...

Seronok tengok ikan dalam air tapi saya malas nak maintain akuarium jadi bila orang tu hadiahkan ikan laga, sukanya hati sebab ikan ni tak payah pakai water pump dan segala bagai. Dalam hati tergelak juga rupanya ada sebab nak hadiahkan Mama ikan , sebab dia pun dapat beli satu untuk dirinya sendiri...hehehe...at least ingat juga dia untuk belikan hadiah sempena Hari Ibu....

20 comments:

Sya said...

Cik Milah.. sya can never bela ikan2 ni sume, bukan apa, sian kat ikan mati aje... dah banyak kali cuba.. tapi mati gak..

Faradilla Rashid said...

Assalamualaikum akak.....

Selamat Hari Ibu.... bestnya dapat hadiah kan... dapat hadiah ikan cantik lak tu...ermmm

Time saya dulu tak tau pun bila ke tarikh hari ibu tu kak...sekarang pun saya tak kira hari main belasah je mana yg sempat ngan ekonomi la...tanda ibu dan ayah sentiasa di ingatan...

Semoga akak menjadi ibu yg cemerlang.... Selamat Hari Ibu...

silversarina said...

sebelum mimi bela tuti , dia bela ikan laga, memang senang nak jaga, satu hari datang budak kecik anak jiran, dia genggamnya ikan tu, petang tu mati ikan laga tu...dah tak nak bela ikan atau apa2 binatang dah setakat ini :)

cikMilah said...

sya.. kalu gitu tok sah bela.. makan ikan cukup lah.. hehehe
Saja melayan si kecik ni.. tiba-tiba kita pulak jadi asyik tengok ikan ni...

cikMilah said...

Fara, akak sejak jadi ibu ni lah baru kenal hari ibu...
GEmbira dan terharu dapat hadiah dari anak.. mengenagkan dia sanggup kumpul duit nak belikan mamanya hadiah...

cikMilah said...

ala kesian Mimi ikan laga nya mati genggam, tak pe tunggu besar sikit mungkin minat timbul semula...

zlaa said...

Cantiknya Cikmilah. Saya memang suka tengok ikan belaan. Mendamaikan. Tapi sedih bila ikan belaan kita mati..

Neeza Shahril said...

ikan laga memang tak boleh duduk dekat, mati salah seekor sebab dia suka berlaga hehee..

cantiknya ikan tu kak cik.. ingat dulu Ja bela ikan laga dalam balang kecik, letak money plant tu la..
one day, dia bunuh diri, terjun keluar.. sedih sangat... :(

cikMilah said...

Zlaa, over feeding pun boleh buat ikan mati tau..Hopefully ikan lagi Ammer ni hidup lama.. tapi ya.. takdirnya memang gitu, tiada yang kekal melainkan Allah.

cikMilah said...

Alamak, dia boleh lompat keluar ke.. ni kena jaga-jaga ni, sebab si Red ni suka duduk atas daun yang dekat denagn permukaan air...

aNIe said...

Cik Milah...anak akak ada bela 2 ekor ari tu...tapi matilah pulak...sian ikan tu. Ikan2 laga ni mmg cantik dijadikan hiasan kan...warna warni...

Pandainya ammer mengambil hati mama dia...hehehe

Nong said...

Cantik warna ikan laga tu. Jangan bagi makan banyak2, kalau over-feeding cepat mati.

My goldfishes are still on diet...

cikMilah said...

Ka Anie,ikan belaan mmg sensitif; hopefully ikan ni hidup lama.. Ammer tengah belajar jaga ikan dr abahnya.. hehe

cikMilah said...

KakNong, tu la pasal... sampai saya sembunyikan makanan ikan tu..Tiap kali Ammer makan, ikan tu pun nak di baginya makan....hahaha

maklang said...

kawan maklang ada kasi ikan ni letak kat opis...senang je jaga..le ni dah letak luar dari bilik, biar cantek kat luar office...

bila sirip dia kembang memang cantek sangat kan...:)

happy belated mothers day...boleh gitu?

Mulan said...

takut nak bela ikan. ramai sangat tukang bagi makan, nanti banyak ikan terkorban..

MAMAMIA said...

Teringat zaman tangkap ikan kat parit..

Bila tengok ikan2 ni berenang, boleh hilang stress...

Masayu said...

Salam perkenalan, saya suka baca blog ini.

Niezam said...

Salam...sukanya saya tgk ikan laga tu...hehehe ..saya ni memang x leh tgk ikan laga ..leh gila dibuatnya..tambah2 lagi bila tgk ikan tu kembang..indahnya ciptaan Tuhan :)

Schaa Swirl said...

cute ahh ikan laga wak..