Thursday, September 24, 2009

Jalan-jalan Cari Cikgu, Kawan Lama...

Hakikatnya, memang sukar untuk kita melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati. Dalam sibuk-sibuk meladeni kehendak famili, ipar duai, sepupu-sepapat, saudara mara, hati mmg terpanggil untuk mengulang kemanisan berhariraya zaman remaja dengan kawan-kawan lama. Setahun dua ini, bila saya dan bbrp org kawan-kawan kembali bersatu sekaligus membawa keluarga masing-masing untuk kenal mengenal dan pasangan masing-masing pun kini berkawan baik. Alhamdulillah.... bila seorang bersuara untuk beraya di rumah guru-guru, yang lain setuju saja. Dulu-dulu, masa tingkatan satu, kita naik bas pi beraya rumah cikgu!!Hari Raya Kedua kami berjanji berkonvoi dengan keluarga masing-masing. Tempat pertama ke rumah Cikgu Aiyub; seronoknya bertemu, lagi-lagi dengan Syah yang pulang beraya di Jitra tahun ini. Gamat rumah cikgu Aiyub; kelakar nya mmg original dan cikgu perturunkan ilmu perguruannya pula pada kami yang antaranya juga memegang profession perguruan. Lupa nak ambik gambar dek gamatnya suasana. Menu istimewa yang cikgu masak sendiri..laksa tanpa belacan dan tapai pulut! Meriah anak-anak dapat duit raya dari cikgu yang menyebut dirinya Tok Wan pada anak-anak kami. Dan giliran kami pula bagi duit raya pada cucu dan isteri cikgu. Semuga panjang umur, kita jumpa lagi..

Dari rumah cikgu Aiyub saya telefon Cikgu Ahmad Rakhli- harap-harap cikgu tak terkejut. Kami nak mai beraya rumah cikgu , berkonvoi ni...Walaupun dia bukan lagi guru la ni, cikgu tetap cikgu. Kebetulan Cikgu Rakhli buat open house...terkejut agaknya dia. Terdiam sekejap cikgu tengok anak murid berderet bawak suami, isteri dan anak-anak. Anak-anak pulak bukan kecil lagi, dah sama tinggi dengan mama-abah dah. Cepat-cepat cikgu sambung dua meja panjang macam kat kedai mamak! Cikgu Rakhli memang sporting habis - kelakar dia walaupun subjek ekonomi tu serius dan berat! Kami murid batch pertama bila cikgu grad dari USM. Tak puas rasanya bersembang dengan cikgu dan isteri tapi kami akur cikgu harus melayan tetamu lain juga. Anak-anak kami berbisik-bisik mencari anak cikgu pemain bolasepak terkenal tu, tapi dia balik rumah mertua!..Kesian Ammer, Ariff dan Muzaffar tak dapat jumpa Akmal. Cikgu kata, mai lagi malam nanti... Adahahahaha.. tak apa , ada rezeki tahun depan kita jumpa lagi, InsyaAllah..
That's us..Syah, yrs truely, Mahadi, Cikgu Ahmad Rakhli dan Dillah

Dari sana, kami teruskan perjalanan menghala ke utara lagi. Sahabat lama ni dah lama kami jejaki, dan dah berkali-kali "kena marah" dengan dia sebab kami tak ziarah dia. Kerap sangat sampai ketelinga kami..." ala..maklumla aku orang kampung, ngaji tak tinggi, kerja kampung, hampa mana ingat kat aku....".
Heyyyy...biso bonar! Dulu kami panggil dia Putat; kali ini saya teragak-agak jugak.. tak kan nak panggil dia nama tu lagi. Alah.. Putat is Putat la...kata Dilah. Mahadi ingatkan aku, nama dia Shukri! Dari jalanraya dia dah terlambai-lambai atas tebing permatang sawah. Masih macam dulu jugak walaupun ada sedikit uban. Biasa la kan, semuanya dah 40 carat plus! Kecik ati aku Putat tak cam aku lagi..huhuhu, padahal dalam telefon sembang macam nak rak! Syah dia masih kenal. Off course Dillah dia kenal sebab dah jumpa Dillah-Mahadi sebelum ni.. Agaklama dia diam, baru teringat "..ooohhh, Milah...mana samatua hang? Tu la dia, "The best of Putat ialah bahasa Kedah lama yang tak lekang disebut.. antaranya.. "nak kata gena"dan"samatua". Tak kering gusi kami bergelak ketawa dengan kelakar selamba tuan rumah. Walaupun lebih 25 tahun tak jumpa, rentak cerita lama bersulam kisah cerita keluarga masing-masing.
Muzaffar anak Dilah, Ammer, my hubby dan Anuar suami Syah khusyuk mendengar gebang Putat! Putat sempat memanggil seorang lagi classmate lama datang bertemu kami, Mokhtar, pemilik butik kecantikan datin-datin kat Alor Star...Itu Pak Andam berbaju belang pink tu...Hos kami yang malatop di depan "rumah kampung" di tepi sawah. Halaman luas dengan pokok bunga ros berbunga berselang pokok mempelam di keliling rumah. Hasni isteri Putat cukup sporting dan mesra sepadan melayan kami macam dah kenal lama. Terima kasih Hasni dan Putat menerima kunjungan kami. Hari Raya Ketiga, Dillah call, katanya confirm kita ke rumah cikgu Ismail hari ini. Cikgu jemput kita ke open house. OK. Kami bertemu di perkarangan IPDA. Semalam kami bertiga, hari ini berlima, dengan Putat juga, sekali dengan Diah yang balik dari rumah keluarga mertuanya di Taiping. Cikgu Ismail guru kelas kami waktu Tingkatan 5A1 manakala isteri nyaCikgu Fatimah guru BM yang comel tapi garang waktu kami Tingkatan Satu. Bila kami sampai, Cikgu Ismail riuh mengajak kami masuk. Bila kami perkenalkan anak-anak, terdiam sekejap cikgu menatap anak-anak kami satu persatu..Tak tau apa perasaan cikgu tengok anak-anak kami yang dah besar-besar...
Rupanya disebalh rumah cikgu Ismail, seorang classmate kami Rozita berjiran dengannya. Kalut cikgu Ismail call suruh Rozita datang, jadi dapat kami jumpa seorang kawan lama lagi. There we're..bertukar cerita!Alhamdulillah, waktu kami bergebang sakan tu encik-encik suami dapat kawan baru juga..tu my hubby Azhar dan suami Diah " bawa diri" kat bawah pokok buluh di tepi garden. Finally, gambar kenangan di ruamh Cikgu Ismail dan Cikgu Fatimah. Tengok gambar tu cikgu maintain comel jer, anak murid yang besar gedabak daaa...Apa rahsia cikgu...? ayaq masak! Yes, rahsia cikgu maintain segak comel ialah minum air masak! From men side: Putat, PakTam suami Diah, Hakimi anak Diah, my hubby kat belakang Mahadi, Cikgu Ismail, Cikgu Fatimah ,bertudung putih belakng tu Rozita, sebelahnya Syah, me , Dilah, Diah , Hasni dan anak Diah!

Terima kasih Cikgu. Tergelak kami bila cikgu Ismail jemput kami secar resmi untuk open house raya tahun depan. InsyaAllah..

kalau ada sumur di ladang

boleh kita menumpang mandi
kalaiu ada umur nan panjang
boleh kita berjumpa lagi

Next destination, rumah N. Kawan yang ni mmg dah lost contact tapi Putat bijak menjejak.

Rumah N macam rumah Putat jugak, banglo di pinggir sawah. Di sini, kami bertemu juga Shikin. Saya dah jumpa Shikin di Bangi April lepas.

Inilah kami, Aidilfitri ini menjejak kasih sahabat.
Mahadi, Shikin, DIah,Dilah, Milah, Syah, NoorHasnah, Putat.

Terima kasih sahabat.

Terima kasih suamiku, suami Diah, suami Syah, isteri Putat, suami Noor Hasnah yang sabar melayan kerenah kami.

Terima kasih anak-anak ; melihat mama dan ayah kembali meransang deria remaja dalam diri kami...Untuk Haikal anak Dilah-Mahadi di Kaherah, dan anak Shikin di Korea; semuga catatan kecil ini mampu menjamu rindu pada bunda-ayahanda.

Kami berpamit di sini. Syah akan balik Seremban petang nanti. Dilah dan Mahadi menjejak seorang lagi sahabat kami yang baru kehilangan anaknya dalam kemalangan Feb lalu dan saya perlu hadir ke Hari Keluarga. Putat dan Diah meneruskan misi mencari classmate kami yang tinggal di daerah ini. Semuga satu hari kami dapat realisasikan impian Cikgu Ismail mahu melihat sekali lagi anak-anak murid Tingkatan 5A1 didepan matanya. InsyaAllah.

11 comments:

silversarina said...

Seronoknya memang bukn mudah dapat peluang bertemu guru dan rakan2 lama... kalau akak memang taktau nak cari mana mereka semua .

Dr.UmiKalthumNgah said...

Salam Syawal...

Seronok mentautkan kembali rakan dan taulan..

Wasalam

Kak Elle said...

wah hebat nya raya cikmilah .... jeles saya ..hahaha

aNIe said...

Cik Milah...rasanya Raya tahun ni meriah sekali bagi cik Milah...banyak mengimbau kenangan lama...syok sungguh mendengar cerita Milah berjumpa kawan2 lama...akak ni kawan sekolah semua dah hilang ntah ke mana...huhuhu

Kak Ezza@makcik Blogger said...

cik milah..

saya ni dah lupa nama dan rupa cik gu saya....teruk kan..kawan kawan pun sekolah pun ntah kemana haluan nya....kamu ni kemain lah tajam ingatan ....syabas....

cikMilah said...

Alhamdulillah KakRina, masing-masing ambil effort menyambung persahabatan. Agak muah bagi kami sbb berasal dari daerah yang sama...walaupun merantau, time raya, pulang ke lubuk..

cikMilah said...

Salam Aidilfitri KakUmmi, semuga bahagia lebaran ini.
Tu la..manis kenangan lalu, manis lagi pertemuan hari ini...

cikMilah said...

Kak Elle, mmg meriah beraya denagn kawan lama...

cikMilah said...

KakAnie, kami pun dah lost contact - at one time blank semuanya.. sejak last year kami bertemu.. Alhamdulillah, pertemuan itu buat raya makin meriah, Ambik peluang bertemu bila masing-masing balik kampung...dan kampung kami pun dalam satu daerah.

cikMilah said...

KakEzza, bagai di kata..susah nak lupa sejarah lama..:)InsyaAllah lambat laun nanati KkaEzza boleh jumpa semula guru dan kawan lama..

The best part is; cikgu-cikgu maintain jer, kita ni yang kembang gedabak...

Abang Long said...

Salam Lebaran.

SELAMAT HARI RAYA.

Jangan lupa malam ini ... di Blog Abang Long :)