Saturday, May 30, 2009

Cuti jugakkkk!

Just a short weekend break...
Baru siap packing...
Sat lagi nak kejutkan semua orang
zooommmmm...
KL jer...
tapi
kali ni tak nak footloose lagi
nak santai, makan dan bergelak ketawa

Majlis perkahwinan anak sedara
malam nanti
mak pengantin siap war-war
weeiii....pakai purple na...

hari Ahad
satu lagi jemputan kahwin
dan
makcik-makcik ni dah berjaya pujuk
cikAbang memasing
nak re-union lagi
kat majlis perkawinanan tu....
biar para suami yang dah kenal bertambah mesra
semuga anak-anak menyambung persahabatan kami

memang tak sabar
nak peluk sepupu sepapat
nak cubit pipi gebu kawan-kawan

Tuesday, May 26, 2009

Bawang putih

Panas! Mana-manapun orang bersungut panas. Saya sanggup mamah biskut kering dari keluar makan kalau tengaharinya matahari terik. Tak mampu untuk sakit dan saya amat berjaga-jaga, sebab kalau dah jatuh sakit.... susah nak sembuh! Tapi terkena juga sedikit demam sejuk ( flu dan batuk) Sebab itulah blog ini tak berupdate. Selain sibuk bermandi coklat, waktu lapang saya lebih suka tidur dari berblogging. Tekak saya sensitif, kalau sekali terkena batuk, lambat sembuhnya, mau berbulan jadinya! Sudah tiga minggu saya membawa batuk ini. Lagi di makan ubat lagi menjadi batuknya. Sirap ubat batuk macam tak berkesan lansung. Saya tinggalkan ubat dam minum secamca madu lebah tualang sebelum tidur...ada sedikit reda, tapi masih belum sembuh terus. Tiga empat hari lepas, entah macamana saya teringat amalan aruah bapa semasa hidupnya. Dia suapkan saya bawang putih bakar kalau saya terkena selsema atau batuk. Habis 2 labu bawang putih, Alhamdulillah, tidur saya terus ke pagi sejak 2 hari lepas. Aruah berpesan, kalau musim wabak penyakit, makan bawang putih. Itulah yang saya buat, dan dengan izinNya , batuk saya sudah hilang. Entahlah kerana sebab bawang putih atau apa-apa tak kisahlah, yang pasti batuk saya hilang lepas makan bawang putih bakar! Alhamdulillah.

Kalau ada yang cuba amakan bawang putih bakar tapi tak sembuh batuk, jangan salahkan saya
ya...Ini kes terpencil kot! Juga jadi bahan untuk saya merapu, tapi benar!

Wednesday, May 20, 2009

Mastering Skill

the Master Chocolatier at work ;who want to deny of that best chef is a man! He and his 2 panglima(s) at work teaching all 22 female student!A student from Penang romancing the converture...
She is learning the making of feraro roche'-type of chocolate
with her partner from PG Cake Craft practicing a new method of expelling air bubble
the outcomes;
all from chocolate










Sunday, May 17, 2009

I walk my foot loose in KL!

( amaran: Title English tapi ceriti Bahasa Melayu)
Sabtu
5.30 pagi : Anak-anak masih lena, saya cium pipi setiap seorang, ada yang merengek , ada yang mengeliat...Sebelum subuh suami hantar menyeberang ke pulau. Dah lama benar tak berjalan sendirian, rasa macam tak jejak kaki ke tanah sewaktu melangkah ke airport. Eh, berlaga bahu dengan GE...sorry sir! Makcik ni ghaplah jingga! Laaa, KM pun terbang dengan kelip-kelip! Sampai Subang, ambil teksi ke destinasi.Dah lama tak guna pengangkutan awam...hahaha.. jakun sekejap.
9.00 pagi:
Mendaftar di kursus lanjutan pembuatan coklat dengan Cocholatier tersohor.
1.00-2.00tengahari:
Merayau dengan KakZ dan M cari makanan sekitar Taman Desa.
5.08 petang: Lebih lapan jam berkurung, kelas tamat.
Sms dari D, arahnya..Milah naik cab ke Seputeh, ambil commuter turun stesyen Bangi. Saya jawab OK, walau sebenarnya saya tak tau pun nak hala ke mana mencari teksi. Orang terbaik yang saya terfikir untuk dirujuk ialah Pengarang Perunding Berita Publishing, KakAni. Pendek cerita, saya terlupa nama tempat ( Seputeh) dan terus cakap kat drebar teksi, ke MidValley...mantain cool men.. kot sat lagi orang tau kita ni jakun terlepas.. hahaha. Sampai sana, saya tengok arus orang berjalan sekaligus menjeling-jeling papan tanda. Akhirnya naik train pukul 6 petang dan sms D bila tiba ke stesyen Serdang. Turun di UKM, tunggu 5minit, tercangak-cangak, terima satu call..hey.. saya di sini, depan awak ni.. ooohhh...nampak suami Syidiah melambai-lambai. Katanya , mai cepat, depa dah tak ingat apa dok ruih rendah kat rumah tu...
Jalan ke Kampung Sungai Merap Ulu tenang damai berlengkang lengkok, tak macam yang pernah saya lalui 20 tahun lalu. Saya pernah ke sini, Sungai Merap dan UKM tampak hening dengan kenangan nostalgia zaman remaja.
Hampir pukul 7 malam: Saya memberi salam di muka pintu mahligai Syidiah.
D menerpa mendahului puan rumah. Senyum ketawa peluk mesra. Rindu sejak terakhir kami bertemu Aidilfitri lalu terlerai di sini.
Syidiah juga gembira saya sampai ke rumahnya.
Shikin datang terus memeluk; hang ingat aku dak? Ya Allah, mana bisa aku melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati! Saya peluk dia kuat, sembunyikan rasa terharu bila dia beritahu, saya duduk sorang la ni ( maksudnya, dia ibu tunggal) Suami tercinta meninggal dunia 2 tahun lepas, dan anak tunggal di Korea menyambung pengajian.
Rohaya maintain slim sampai la walau anak dah bujang panjang. Maaf Aya, saya pernah lupa terus pada kamu hingga D sebutkan nama kamu dalam email!
Sambil itu ada seorang sedang menjeling...hihihi. Itu Syah, kawan baik belahan hati. Kami sama-sama bulat berisi! Saya ucap Selamat Hari Guru, kemudian dia mengadu.. tau dak, depa sini sapa pun tak wish selamat Hari Guru kat I kecuali Milah.. hahahaha..ala sayang, depa lupa! Semua ketawa pada rajuk manja Syah!
Ida juga tetap berlenggang lenggok dengan senyum manja dan lesung pipit yang tak lekang walau pada usia pertengahan 40-an sekarang. Ya.. itu pipi biskut marie! Gigi rapat dan gelaknya tetap manja.
Anak-anak gadis Syidiah satu persatu santun bersalam.
Ida berdiri mempromosi cheese kek hasil tangan anak Shidiah dan Rohaya memujuk saya,
mesti cuba katanya
Selesai semuanya, saya di jemput duduk di meja makan.
D melawak.. ni ada sorang lagi classmate, hampa tak mau peluk ka...
Hah.. itu Ketua Pengawas....!!!
Hahahahaha, macam nak terangkat ruang itu dengan ketawa dari kaum bapa di ruang sebelah juga.
Yang D maksudkan ialah suaminya M.
D dan Ketua Pengawas M satu-satunya classmate couple yang lepas hingga berumahtangga aman damai hingga kini dan hingga ke hujung nyawa bersambung ke syurga al-Jannah... Amin..

Rindu bertautan sejak sekian lama lerai menatap mata bertukar cerita suka duka sepanjang waktu terpisah. Cepat sekali kami ulang sejarah lama bila momentum usik mengusik tangkis menangkis meratai rentak jenaka masa lalu. Sakit perut ketawa bila Shidiah keluarkan album lama. Tengok tu, stokin clorox, baju kurung senteng.. hahaha. Mana nak pi cari zaman la ni..
Semuanya ini bermula sejak 2 minggu lepas; kami berbalas email dan saya maklumkan yang saya akan ke KL sendirian pada 16-17 Mei, no husband no kids...jom dating! Saya mengumpan sebab terbayangkan boringnya nanti mengadap dinding di hotel seorang diri pada malam Sabtu.
Tak sangka rupanya mereka berkira-kira dan mengatur rancangan hingga orang Seremban pun turun. Suami Syidiah sarankan supaya bertamu ke rumah mereka untuk santai yang lebih selesa. Ya, amat selesa...dan mewah meriah dengan hidangan potluck penuh meja. MasyaAllah. Saya amat terharu. Tadi waktu terlepas keretapi di MV, rasa macam nak menangis teringat semua sudah lama menanti, tapi hati meronta-ronta mahu terbang sertai mereka walau apa rintangan jua. Posing jangan tidak; di halaman rumah Shidiah luas, Syikin yang pakai baju merah, pipi dia ni maintain tegang dan gebu! Shidiah puan rumah masih kekal jelita, Syah putih bersih, D lansing anggun, yours truely, Ida cute dan Rohaya juga masih slim macma budak tingkatan lima! Meraka sama-sama pemastuatin kotaraya, tapi tak pernah berjumpa jua. Jadi bila D dan Shidiah aturkan pertemuan ini, semua ny atak sabar menanti Sabtu. Saya amat terharu jadi penyebab pada penyatuan ini.
Kami reunion selepas lebih 27 tahun tak bertemu. Lepas SPM masing-masing mencipta hala tuju dan membina bahagia sendiri. Walau mereka pemastautin kotaraya, memang tidak bertemu muka. Mungkin inilah takdir yang menghimpunkan kami di sini. M hubungi Cikgu Ismail guru kelas kami dulu , sebak merantai rasa teringat guru yang mulia. Semuga cikgu sihat sejahtera.
Sebelum lewat kami bersurai dengan janji dan agenda. Semuga Allah beri kami kesehatan dan kelapangan untuk terus beraktiviti bersama...ziarah menziarah, melancung, re-union di Jitra.. InsyaAllah.
Terima kasih Syidiah dan En Anwar yang sudi melapangkan waktu dan ruang untuk kami mengacaubilaukan keheningan desa nan permai dan mahligai damai itu. Shikin, masih terharu, sebak dan kagum mengenangmu. I know you're strong and happy. Looking for our next meeting, InsyaAllah, panjang umur kita bertemu lagi.
( hi there Diah di UUM sana...awas......!!!!)
Aya, terima kasih,masih seperti dulu.
Syah, tak puas menatap mata itu. Nak lagi roti jala kari ayam itu....Anwar Adnan, terima kasih kesudian dan kesanggupan merentas sempadan demi isteri, juga untuk kami mengulang kemanisan lalu waktu pada usia begini.
D, tanpamu mungkin impian ini belum kita capai. Terima kasih tidak terhingga.
Pada M juga...Milah tak reti nak cakap apa-apa. Wish my husband was there meeting my friends...missing him loads through the entire moments. Dan kami ambil kesempatan sebelum pulang untuk clarify bahawa antara saya dan M sebenarnya bersaudara!
Ida, juga jutaan terima kasih. Apalagi kesudian Bidi membelah malam menghantar saya ke sarang inapan di rumah anak saudara di Ampang Jaya. Nanti balik kampaung kita dating kat tepi sungai itu lagi. Rupanya rumah ibu Ida berjiran dengan ibu mertuaku!
Semuanya, terima kasih kerana tetap menjadi kita walau saiz telah banyak berubah dan walau zaman telah menjarakkan kita dengan nostalgia remaja.
And those lovely foods.. MasyaAllah.. Sedapnya cheese cake anak dara, nasi beriani dan rakan-rakannya, kuih koci, kek coklat, dan banyak lagi...dan terima kasih juga bagi tapau lagi..

tengok tu , cheesecake jugak yang di tatang! Seedappp, I tell you!

9.30 malam
Sampai di Pandan Perdana, sudah siap Awi dan Manja dengan kelitah 2 cucu manja saya menanti. Saya mahu menginap di MV hotel mulanya, tapi kena marah dengan Awi...konon macam tak ada waris di KL. Betul jugak! Lepas mandi baru terasa sakitnya kaki, macam dah tercabut lutut. Awi memang pandai mengurut , warisan ayahandanya. Tapi belum pun sempat memohon pinta di picit tapak kaki, saya dah tertidur saya di sofa dek keletihan dan kaki yang dah tercabut tapak dan buku lalinya dek jalan-jalan sepanjang hari!

Ahad:
8.30pagi; Awi hantar saya ke tempat kursus. Sehari lagi tubuh berat ini bergantung pada kaki yang belum hilang lenguh ini. Hati kedua kursus ini saya pandai curi waktu duduk di kerusi waktu buat praktikal. Waktu zohor saya rebahkan diri dan luruskan urat saraf di surau.
Tamat kursus, saya heret bagasi yang sudah berganda, cari teksi terus ke airport. Cadangnya nak MV, tengok ( baca=beli) apa yang patut. Tapi cepat-cepat sedar diri dan kesiankan kaki yang cape'!
6.30 petang: Lepas check in, saya benamkan diri dalam surau.. Lega rasanya dapat berbaring walaupun sebentar.
9.00 malam: letih dan sakit kaki terbang melihat senyum suami dan anak menanti di balai ketibaaan!
Thanks darling. Kerana kepercayaan , kerana izin, kerana sanggup menjaga dan melayan kerenah anak-anak pada hujung minggu ini.

Nota: masih sakit kaki! Dan melihat pada gambar-gambar yang di ambil, saya pasti penyebabnya bukan pada kasut, atau jarak perjalanan yang panjang, bukan juga pada kerja-kursus yang semuanya kena dibuat sambil berdiri. Diri sendiri mengaku, badan ku besar, kakiku tak mampu lagi menampung berat yang berlebih-lebihan!

Monday, May 11, 2009

Ikan Laga

Syiok habih....be at home doing nothing. Perut lapar tapi malas nak masak. Boleh gitu? Ammer melompat bila ajak keluar makan. Sejak semalam dia menyanyi nak pergi beli hadiah untuk Mama. Dia nak ke Pet Shop, ikut sajalah. Jumpa ikan laga dua ekor diborong sekaligus dengan balang dan akuarium kecil . Kenapa dua ekor? Satu untuk Mama, satu lagi Ammer punya !!! Apa-apa je lah...
Blue Half Moon, cantik berkilau. Dulu masa kecik Mama sauk dalam parit jernih kat sawah tepi bukit belakang rumah Tok. Mula-mula Ammer tak setuju letak money plant dalam balang Red tapi nampaknya Red suka mencelah antara akar dan daun.Garangnya Blue mengacah sampai kembang ekor dan siripRed lari....kemudian U-turn dan melawan.. amboi garangnyaaaa....
Tak habis-habis nak melaga saja kerjanya. Sudahnya.. meraka perlu di pisahkan.

Red di meja sudut dan Red atas rak buku. Sesekali nanti boleh main-main lagi...

Seronok tengok ikan dalam air tapi saya malas nak maintain akuarium jadi bila orang tu hadiahkan ikan laga, sukanya hati sebab ikan ni tak payah pakai water pump dan segala bagai. Dalam hati tergelak juga rupanya ada sebab nak hadiahkan Mama ikan , sebab dia pun dapat beli satu untuk dirinya sendiri...hehehe...at least ingat juga dia untuk belikan hadiah sempena Hari Ibu....

Sunday, May 10, 2009

Releasing Stress

I woke up 5 mins before 7am!!! Something that was never happened in decades! Hubby said I slept like log - quiet and deep. Thank-you for ylang-ylang massage oil I had all over me last night. (seb baik cuti dot dot dot kalau tak jenuh berebut waktu dengan matahari,sbb I mmg ambik masa agak lama kalau mandi ...) .
Hubby off to work as he's company follow Kedah's calendar day, so I have all times for me today. Still feeling yo-yo after cold bath, I took a glass of warm water with lemon slice, dried my hair and put on aerobic gear..I smelt my pillow smells ylang-ylang. Aromateraphist said ylang-ylang evokes feelings of deep, languid calm that melt away anxiety, tension and stress....ahhhh. But I like my pillow fresh, out you go dear smelly pillow sham. It took me almost 5 minutes making bed with refreshing set of new bedsheet! Arghhh, that's my stretching excersice and with that I excused my self from aerobic session this mornig.. yea... mengelat! I changed to a loose housecoat instead and duzzzzz...back to bed.
Off late, I would not have words to describe my conditions. Rasa tak ada energy dah! Today is the day I just want to be home, no plan, no dues..just be at home ... just spending my own sweet times releasing stressed body and mind.

Monday, May 4, 2009

My Passion

my pasion is like coloring flowers
sprinkling dews and blooming the blossoms
of picking wild berries
and stealing out of a picking basket
in a warming breeze
smell buttery smoothered cocoa
like fluffy clouds

Like cueing a bird song
making chocolate is grooming
love of one creation
I am obsess!!!

Visit my new empowered SeniCoklat.....yes...I am dreaming over my dreams...am seriously dreaming..