Monday, June 29, 2009

Impian

Rasa dah lama diam dan jauh dari dunia blogging. Saya masih di sini. Blog hopped, tapi tak lah merayap jauh...
Sibuk.
Sukar untuk keluar dari kesibukan kerja dan kesibukan di rumah. Hidup antara dua dunia yang sama berat tuntutannya ; lansung tersepit dalam impian sendiri yang jarang tercapai tangan. Impian saya untuk punya lebih waktu untuk diri sendiri.
Impian saya nak menulis tiap-tiap hari. Banyak idea dalam kepala.
Impian hujung minggu hanyalah untuk berehat panjang. Saya mahu buat perkara harian yang tak sempat saya buat pada hari-hari kerja.
Antaranya baca maasurat, ( maasurat hanya pada hujung minggu, teruk kan!) sediakan sarapan istimewa, kemas rumah sebelum matahari naik, ampai baju sebelum matahari naik, bercakap dengan pokok tanaman, pergi aerobik dan pergi pasar basah. Simple kan, not stressful at all. No rushing at all. Berpeluh kuyup lagi. Berpeluh memang merimaskan tapi I feel good about it.
Bila selesai masak, saya hanya mahu lepak dalam rumah.- as simple as that! Banyak benda yang saya nak buat masa lepak ni...Macam-macam impian saya, nak buat itu dan ini, nak miliki itu dan ini. Tapi yang saya dapat ialah buat itu tanpa dapat yang ini! Pendekata, saya tk pernah dapat penuhi semua impian sendiri; walaupun tak perlu orang lain untuk realisasikan impian itu. Di penghujung hari saya masih juga terkebil-kebil sebelum mata lelap, menghitung diri, apa yang aku buat hari ini tak sepenuhnya macam yang aku rancang semalam!
Sebabnya, ( alasan kotttt...) ada perkara lain yg perlu didulukan. Bukan tak mampu buat untuk mencapai impian sendiri. Jika saya mahu, dengan izin Allah
saya pasti jadikan ia satu kenyataan. Namun, berbaloikan kita mementingkan impian sendiri padahal dalam hidup kita juga perlu merealisasikan impian orang lain terhadap kita, terutama impian insan-insan tersayang. Bukanlah mampu untuk menyenangkan hati semua orang, tapi sekadar terdaya buat apa yang di minta. Berbuat sesuatu yang diminta anak-anak misalnya seperti yang dilakukan ibu ini hingga malam menjelang pagi ialah sesuatu yang mungkin dapat menggembirakan hati anaknya dan memenuhi impian anak manis itu, sekaligus ibu juga puas dan happy. Betul tak Ummi?

Mungkin tak semua impian tercapai, tapi bila dapat mengecap hidup , merasa bahagia,membahagiakan insan-insan lain, melihat anak-anak ketawa gembira, suami senyum mesra, hidup rasa lapang dan puas. Syukur
.
Begitupun, ini bukan alasan untuk tidak berusaha mencapai impian, sekadar memujuk diri, lebih pada menyedarkan diri bahawa kita ini milik DIA, urusan hidup adalah dengan izinNya, kerana yang kita cari adalah bahagia dan redhaNYA.

Wednesday, June 24, 2009

Nadia dan Zakry - Updates

Alhamdulillah,
anak-anak comel ini sudah dikembalikan ke pangkuan keluarga oleh polis hasil sebaran awam dan kerjasama polis; malam tadi.
( Lihat detail pada komen Mas pada entri sebelum ini)

Nauzubilah, tapi kes begini sangat sangat menakutkan. Macam-macam perkara boleh jadi penyebabnya. Bagi ibu-bapa bekerja, cabaran penjagaan anak bukan perkara enteng. Jangankan anak kecil seusia Zakry dan Nadia, malah anak yang boleh di harap menjaga diri sendiri pun boleh hilang atau menghilangkan diri dari rumah.

Semuga Allah menjauhkan kejadian begini dari kita semua...

Tuesday, June 23, 2009

Nadia & Zakry Hilang- please help...

Mohon Bantuan Mencari Kanak-kanak Hilang. Help us to find the missing kids to Puan Miza that I knew through yahoogroup Rnet; She is missing her two kids.
Pls help to spread the message and LET'S PRAY for the SAFETY AND WELL BEING of Nadia and Zakry.


Zakry and friend



Semuga ALLAH melindungi mereka
Nadia

Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah
di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009.
Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun.
Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.

Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009,
last seen at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm.
Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information.

'Ya Allah, selamatkan kedua2 anak ini dari sebarang kejahatan dan kemungkaran. kembalikanlah kedua2nya dalam keadaan selamat kepada ibubapanya.. Amin..

Thank you.


Thursday, June 18, 2009

Protest!

Maaf ya posting ni kurang wangi....

Dah jadi kebiasaan kami satu bahagian kerja lebih masa dari bahagian lain. Sebelum ini waktu masuk kami agak flexible ; kalau dah stayback sampai pukul 9-10 malam , esoknya kami masuk lewat sikit, tapi sebelum pukul 9 pagi. HR pun tak pernah hi-light soal late clock-in ni sebagai satu isu - mungkin sebab mereka tahu waktu kami clock-out.
Rupanya ada orang department lain yang tak happy. Boss pun keluarkan arahan suruh kami "improve yr timing". Merungut jugaklah sbb kami semua balik lewat tiap-tiap hari - jarang keluar breakfast atau tea-break. Malah lunch pun escape dengan buah dan roti saja...
Kami datang lewat 30 minit banyak mata memandang dan mulut mengata; kami kerja sampai lewat malam tanpa elaun, sapa pun tak tahu...
Hish... macam budak baru masuk kerja la pulak.. timing pun nak berkira.
Well, no matter how old you are.. time is money.. babe!
Kami perlu pantas, tepat. No delay. Longgoklah bukit sekalipun, semuanya kerlu kami tarah sebelum pulang. Ada juga yang berdiri di sebelah menunggu request mereka di penuhkan pada masa itu jugak!
Gila jadinya.
Letih ? Tak ada dalam kamus!
Anak dan suami.. sendiri jawablah...
kerja-kerja di rumah, sendiri bereskan...
bye ym, ber blogging pada waktu kerja.. no way Jose!
urusan dengan bank, pejabat pos, bayar bill, beli barang keperluan rumah.. tunggu hujung minggu.
Sedihnya ada satu arahan baru - elaun di ketatkan. Sesen pun tak dibayar jika balik sebelum pukul 9.30malam. Kalau sesekali, tak kisah lah, tapi sejak seminggu dua ni dah jadi rutin harian.Adik-adik yng belum berkahwin tak kisahlah..boleh stayback dan boleh claim elaun. Bagi kami yang ada keluarga...tak mampu nak sambung kerja lagi kalau jam naik ke angka 8.00malam.
Kerja lebihmasa dari pukul 5.30 hingga 8.00 malam tu di kira kerja kebajikan sajalah..
Kalau nak ditinggalkan kerja tak siap; nanti esok pagi ribut taufan melanda.

Kesian kami kan; projek baru bertambah; good for the company's stability;
tapi kami kerja berganda loooohhh...
staff yang resign tak berganti
yang cuti bersalin pun tak ada staff sementara yang ganti...
minta assistant ; frozen headcount
Director kami yang pencen pun belum ada pengganti

Ni dah arahan baru; untuk kami claim elaun, mesti kerja tambahan 4 jam. ( Sebelum ni, 2 jam)
Kami tak setuju. Protest!
Esok kami semua nak pakai baju hitam!

Kami tahu, tak ada yang akan berubah. Kerja tetap kerja. Elaun tetap diketatkan.Nothing will be changing. Sementelah langkah kami selalu di perhatikan, silap sedikit dicungkil dan dibesarkan; kami cuma nak tengok reaksi:Just for FUN!

( fikir balik , macam kerja bodoh jer... tapi orang yang menjolok sarang tebuan kami pun lebih kurang jer usia dengan kami....let's have FUN tomorrow)

Wednesday, June 17, 2009

Pesta Bunga 2009

Suka lah dia tu kali ini naik tram keliling Botanical Garden, Penang! Hari panas tapi tak terasa sangat bahangnya ; mungkin sebab dikelilingi kehijauan...The Fountain





Geram tengok kaktus ni...






Antara panas dan redup...bunga berkembang.

another view near the fountain

Array of bonsai yang tak menang
The winning bonsai



The winning cempaka merah; Daun muda berputik bbrp sentimeter, penuh warna merah bunga yang dominan!Kategori bonsai berbuah. Pokok mullberry yang di bonsaikan. Buah nya merah agak masam. Tunggu sehari dua lagi buahnya warna ungue hitam.. manis!
Bonsai botak ! Pun menang jugak!





Orkid pulak!


Saturday, June 13, 2009

Sanpshot Cuti.. gambar bercerita

Ros putih segar mewangi majlis....




30 Mei KL: perkahwinan anak sedara. Farid dan Lily, semuga bahagia berpanjangan hingga hujung usia. Gadis-gadis purple...... dari pelusik Malaysia bertemu di majlis meraikan sepupu mereka...
Farid memperkenalkan kami pada isteri pada PakLong dan MakSu (my brother and me yng nampak kepala tu... ) 2 hari 2 malam: kenduri , ziarah sedara mara , sedikit shopping. Back to Penang direct to Kedah.



Mencari durian. Tak jumpa. Alang-alang dah sampai terus ke Lumut borong ikan kering, ikan bilis dan sedara mara mereka. Mana gerai-gerai Melayu; hampir semuanya penjual dari Pattani.
Hajat nak makan keropok lekor dan ABC sedap yg pernah kami makan dulu, tak selera tengok gerai bersepah puntung rokok dan meja...Jalan-jalan kat water front sambik tengok telatah budak-budak main.

Kelly Castle. Cantik sekali lokasi, castel mengadap anak sungai...

Ni kes buli, Ammer suka sungai jernih dan airnya laju dan ajak turun main air, terus kakak-kakak cempung dan nak campak dia masuk sungai...

Nothing much other than kenduri dan tempahan kenduri. Pada yang order coklat tu, maaf ya; stok coklat premium saya kehabisan dan saya baru terima bekalan dari pembekal. Baru start buat hari ini. Anda akan diberitahu bila saya dah courrier dalam minggu ini.

Mmg banyak jemputan kenduri hingga tak terpenuhkan.Ammer cakap: boringla asyik asyik kenduri, asyik asyik kenduri..OK la sayang, memenuhi jemputan kenduri itu salah satu tuntuan fardhu kifayah..

Pesta Bunga 2009, Penang Botanical Garden ... tram riding on next enty, InsyaAllah.


Sunday, June 7, 2009

Sehari Main Panas!

Plan nak ke satu tempat itu tertunda lagi...hey..malas nak fikir sebab musabab. Kalau ada rezeki nanti sampailah ke sana.

Sementelah plan itu tak menjadi, saya sanggupkan saja tempahan last minute dari seorang kawan. Dah berzaman tak buat baulu. Adoi, loteh den! ( pinjam ayat Zino) penangan 800 biji baulu coklat chip. Nasib baik cikAbang dan anak bujang tolong.. kalau tak , mau saya melolong....
Sehari bermain panas dan bermandi tepung tapi happy with the outcomes. Seribu muffin coklat kenit, kemudian packing untuk diisikan dalam goodie bag perkahwinan seorang kenalan.

Bila selesai rasa nak demam !

Wednesday, June 3, 2009

Bahaya wooooo...

Petang semalam.
Kakak telefon: Mama..dapur kita berbau gas la...
Saya: ya ka...simpan semua gas starter,lighter, mancis ke.. jauh-jauh, jangan bagi adik-adik main kat dapur. Buka tingkap dapur dan pintu belakang. Jangan cuba main api. Ammer dengan Adik ada kat mana?
Kakak: Adik ngan Ammer gi swimming.
Saya: OK, Mama balik sekarang.

Sampai di rumah...
Laa.. satu knop dapur tak di offkan. Penunjuk nya pada angka kosong!
Bahaya wooohh...

Sapa la punya kerja, kalau jadi macam ni, sapa pun tak mengaku...
Saya diam kan dulu.. kalau berbunyi nanti bersembur marah.
Bahaya woooh.. kalau saya mula marah , susah nak berhenti berleter!

Pagi ini; saya masak dan tutup paip saluran gas, sembunyikan semua pemetik api, gas starter, mancis di tempat yang tak mungkin di jumpai.

Pagi tadi:
Saya kelamkabut bila satu vendor lambat dari appointment; satu vendor datang tanpa appointment dan kena chair satu meeting dengan satu kumpulan vendor. Ketiga-tiga mereka datang SERENTAK pada waktu yang sama.
Saya tackel (1) yang dtg tanpa appoinment sebab urusan dia agak kritikal. 5 minit dan bila dia balik, saya kumpulkan kumpulan ketiga dalam bilik mesyuarat, minta tangguh 3 minit; dan pergi jumpa vendor yang lewat. Bertalu dia minta maaf. Saya bagi satu saja pilihan. Tunggu saya selesai meeting atau datang lain kali. Padan muka sapa suruh lewat dan tak telefon bagi tau akan sampai lewat. Kelat muka mamat tu dalam senyum sumbing.
Bahaya wooo, nanti kalau saya nak minta dia supply barang, dan dia jual mahal , camana?

Waktu meeting denagn kumpulan 3, panggilan semulajadi saya tahan sebab tak nak lengahkan waktu mereka yang dah 8 minit saya curi tadi. Bila engineer ambil alih dari saya, saya ke rest room.
Eh, kenapa lain sikit hari ni..
Toleh kanan , nampak ...
ALAMAK
tandas lelaki....

Bahaya woooohhh
Lari keluar
Catherine kebetulan lalu, saya menerpa peluk dia.
hey.. what had happened to you...
kami ketawa....sampai berair mata.
nasib baik tak ada orang lelaki kat luar ruang ini. Nasib naik tak ada lelaki kat dalam tadi...

huhuhu.. terketar ketar saya...
Bahaya wooooh....

Terus tak jadi qadha hajat!
Bahaya wooohhhh...toksid terkumpul dalam sistem,tak bagus untuk tubuh badan kan...Bahaya wooohhh...