Saturday, August 22, 2009

Salam Pagi Ramadhan

Pagi ini basah dan segar. Saya buka semua tingkap dan angin sejuk menerobos masuk. Ada yang tarik selimut.. eeiiiiii...bangun....Sesudah subuh, putih samar diluar. Pulau hilang ditelan kabus. Kelip-kelip lampu Penang Bridge tak nampak lansung...Hujan, basuhlah dosa-dosa kami makhlukNya. Kabus...adakah kepulanmu di sana ada sayap malaikat membawa rahmat dariNya untuk kami di muka bumi. Pagi ini lain rasanya. Sementelah bulan ini penuh keberkatan,seharusnya kelainan dari biasa yang kita cari. Aduhai sang hati..lembutlah kamu dalam merasai nikmat, keraslah kamu dalam melawan godaan nafsu dalam diri.
Orang biasa seperti saya, memang ada azam dihati. Kuatkah diri meladeni segala impian, menerap kaki dan diri pada kehendak suci . Memang tiada daya melainkan dengan kehendakNya.
Ya Allah, kumohon keampunanMu, kurniaan Rahmat dan KasihsayangMu, PetunjukMu, Kekuatan dariMu untuk mengisi kantung hadiahMu pada Ramadhan ini.
Semuga semua Muslimin dan Muslimat mendapat yang terbaik dari Ramadhan kali ini, dan terus sambung bersambung dalam rahmat dan berkat Allah sampai bila-bila.

Diantara khutbah Rasulullah saw semasa kehadiran Ramdhan Kareem:
“Wahai manusia ! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah SWT dengan membawa berkah, rahmat dan maghfiroh; bulan yang paling mulia di sisi Allah SWT. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah SWT dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima, dan do’a-do’amu diijabah. Bermohonlah kepada Rabb-mu dengan membawa niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah SWT membimbingmu untuk melakukan shaum dan membawa kitab-Nya. Celakalah orang-orang yang tidak mendapatkan ampunan di bulan yang mulia ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlan orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraan, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari yang tidak halal kamu memandang, dan pelihara pendengaranmu dari yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihanilah anak-anak yatim. Bertaubatlah kepada Allah SWT atas dosa-dosamu. Angkatlah tanganmu untuk berdo’a pada waktu shalatmu, karena pada saat itulah saat-saat yang pertama ketika Allah Azza wajalla memandang hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab ketika mereka menyerun-nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdo’a kepada-Nya”.
“Wahai manusia ! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban dosamu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah, Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tiada akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tiada akan mengancam mereka pada hari manusia berdiri dihadapan Rabbul’alamiin”.
“Wahai manusia ! Barangsiapa diantara kamu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini maka disisi Allah SWt nilainya sama dengan membebaskan budak, dan dia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang telah lalu (Sahabat bertanya :” Ya Rasulullah, kami tidak semua mampu berbuat demikian.”) Rasulullah meneruskan : Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air”.
Dipetik: http://wisnusudibjo.wordpress.com/2008/08/30/khutbah-rasulullah-saw-dalam-menyambut-bulan-ramadhan-yang-penuh-berkah/

Di salin dari blog The Blue Tulip

Thursday, August 20, 2009

Awat la pulakkkk?

Saya melalui 2 round-about untuk keluar masuk setiap hari. Malah berkali-kali dalam sehari. Melingkungi round-about tak dapat nak dielakkan, walau dari arah mana saya datang, dari Butterworth-Kulim Highway, dari HighWay Timur Barat, dari BM, malah dari mana hala pun kena lalui roundabout Bukit Tengah dan roundabout Seberang Jaya. Kedua-dua roundabout ini memang sibuk, siap ada jejantas, malah jejantas bertingkat, tapi SELALUNYA, perjalanan lancar.
Round-about Bukit Tengah Bukit Tengah ada 5 cabang, memang sibuk dan kita perlu berhati-hati sebab tak ada traffic light. Mungkin sebab semua orang begitu berhati-hati, jarang sangat accident kat sini. Setiap hari bekerja sebelum pukul 7.45pagi ada polis mengawal traffic. Acapkali polis berdiri saya di tepi jalan, dengan muka garang di sebelah white horse-nya, dan biarkan lalulintas berlalu free-flow dan SELALUNYA, tak ada jem /jam ( eh, macamana nak eja ya). Ya la semua orang pun mana suka nak buat kesalahan lalu lintas kannn... Lagipun gerun gak tengok encik polis tu, memang berwibawa. Tapi kalau ada encik polis tu rajin,berdiri kat tengah jalan buat giliran kawalan lalu lintas,sah binti konfem, jammed dan kena tunggu giliran dari 10 hingga 15 minit untuk lepasi bulatan besar tu. Kami dari arah UiTM/Politeknik tersenguk-sengguk dari depan SIRIM hingga ke round-about. Encik polis mungkin tak sedar sebab dalam arah pandang dia di sekitar roundabout tu semua licin teratur, tapi traffic dari semua aliran ni dah berbatu-batu jammed kat belakang.
Di round-about Seberang Jaya pun tak ada masalah dalam waktu-waktu biasa. Memang alitan trafik sentiasa padat di sini tapi dengan traffic light semua teratur saja. Kalau kenderaan bersusun panjang pun sebab tunggu lampu merah. Dalam masa 2-3 minit dah clear dah.
Masalah saya ( saya sorang ka?) la ni..dalam waktu terkini, dalam musim pilihanraya DUN Permatang Pasir ini ialah sebab RAMAI,yakni lebih dari 3 orang polis berkawal dekat kedua-dua roundabout ini. Bukan pilihanraya kali ini saja, malah yang sebelum ini jugak. Kawasan saya ni dah almaklum, kan kawasan panas yang sentiasa menggelegak,sebab tempat lain cuma sekali voting , kami dah nak masuk empat dah ni.. (rekod utk yang dok wonder awatlah banyak sangat pilihanraya kat sini; pilihanraya umum Mac 2008; kemudidan pilihanraya masa KakWan letak jawatan; kemudian masa Fairus letak jawatan, dan ini kali pulak...)
Setiap musim pilihanraya, encik-encik polis memang lebih banyak dari biasa. Dah tugas depa jaga keselamatan kan, tapi yang peliknya, traffic jam la pulak kat roundabout yang mereka kawal rapi tuu.. bukan sikit-sikit wei, satu roundabout dari 5 hingga 15 minit X 2 roundabout, dekat 1/2 jam masa chek terbang...Lepas saja dari roundabout Seberang Jaya, masing-masing pecut macam mafia. Hadlaju 90 kat BKE kami tak nampak dah...berdesup jer. Dah la kami kena tol kat Penanti dan Lunas lagi..queue lagi... smart tag pun queue, apalagi Touch N GO dan TUNAI...Minggu ni, clock in lewat jer.. bukan seorang, ramai-ramai lewat sambil tergelak sesama sendiri.
Kami kat manufacturing ni, bab lewat masuk ni, amatlah sensitif. Nak salahkan siapa.. huhuhu....kena awalkan 30 minit waktu keluar pagi-pagi, baru boleh on-time.
30 minit.. banyak benda boleh di buat kat rumah tu.....

Monday, August 17, 2009

Keras Lidah Keras Tangan

Hingga pagi semalam saya belum dapat idea nak satukan coklat dan bear dalam satu package hadiah sempena konvokesyen. Tiba-tiba Joanne telefon minta dihantar 2 kotak coklat ke kedainya, saya pun tanya pendapat dia sebab Joaane ni mmg kreatif, pemilik florist di Juru Autocity. Kami jadi kawan bila saya selalu singgah kedai dia selepas makan tengahari, Singgahlah selalu, jemputnya, you can enjoy the smell and my art. Kedai Joane mmg wangi sekali. Lama-lama minta dia saya ajar bercakap dalam BM. Baru-baru ni Joanne mula guna coklat homemade saya dalam package hadiah yang ditempah dari kedainya.
"Wa BM very telok"
" See, see.. you can say VERY in English with proper R , why you in BM terok jadi telok" ! Saya mmg suka sakat dia.
Ala biasala.. sbb tu mau belajar sama you.... Joane bersekolah rendah JKC, sekolah menengah di Jit Sin private, result bagus tapi BM dapat 7 jadi tak dapat masuk U tempatan. Zaman kita dulu mana ada IPTS macam la ni Kemudian papa mama dia hantar ke Kent State U dan mula berkawan dengan orang Melayu waktu di Ohio. Sekarang ni dia makin giat belajar cakap Melayu sebab malu dengan anaknya yang lebih fasih.
ehh dah melalut pulak ah
Berbalik pada kisah bear dan coklat tu..
Joan cakap...
"You cali laga buroh, letak bear dalam, kasi macam pegang itu kotak, wrap saja and kasi riben atas"
"laga buroh...apa tu Jo.."?
"ata itu basket mah...bakul lotan aaar"
"Adoi.. lorat nya MakNya ni,raga buluh la.."
"ahhhaaa. ha ha.. betul-betul.."
Sakit kerut ketawa dgn Joanne pagi tu. Puas nak ajar dia sebut berulang-ulang, raga buluh, bakul rotan, bakul buluh, raga rotan..
Dah siap saya mms dia..

Friday, August 14, 2009

Nota Pendek

Jumaat datang lagi! Pantasnya masa berlalu. Penat Jumaat lepas belum habis .
Hari –hari sibuk dan hari minggu lagi sibuk.
1. Pasal kerja, minggu ini, saya bangga dengan pencapaian diri…
Apa tu?
Clock off dari ofis sebelum pukul 5.40 petang.
Big achievement eh…hahahaha!!!
“Kewajiban” kami penjawat industri perkilangan, kerja tak boleh bertangguh ; inter-department response mesti less than 3 hours. Inter office response in South East Asia including Far East mesti less than 8 hour. Data, response dan maklumat dari EU & US mesti dapat within 24 hours.
Mana tak terkejar.
Sebab itu, kalau boleh siap semua kerja sebelum 5.35ptg waktu resmi pejabat tu, kira macam satu pencapaian bagus untuk diri sendiri.

2. Coklat INDAH di MICCOS, Serdang.
Tiga hari Jumaat, Sabtu, Ahad lepas saya bermandi coklat untuk menyambut jemputan seorang insan yang menawarkan peluang memasarkan coklat saya. Macam mimpi jadi nyata, saya terus setuju terima pelawaan itu. Saya sedar saya kerdil tapi tak mampu menolak peluang menghantar produk saya ke Malaysian International Comodity Conference itu
Alhamdulillah, dengan kekerdilan diri saya berjaya siapkan 6 jenis coklat untuk di promosi dan dipasarkan oleh Aynuf Food Sdn Bhd. Jadi, kawan-kawan siber , silalah kunjung ke MICCOS dari 13 – 16 Ogos, Booth 24, Hall B, MAES, Serdang, Selangor

4. Midnight Baker
Hari Selasa, muffin hangus kerana mengantuksss!
Feeza, rakan sekerja minta buatkan muffin untuk doorgift perkahwinan adiknya. Dah cukup 3 ratus biji, Cuma tinggal 40 biji dalam tray terakhir tu - entah macamana saya terlelap 45 minit dan tak dengar pun bunyi “ting” dari oven! Bila terjaga, tengok-tengok dah hangus hitam keras macam batu. Tak ada rezeki nak bagi extra untuk keluarga Feeza makan-makan dan anak-anak bawa bekal sekolah…
Hah, risiko mid-night baker! Tahun ini saya berjanji tak mau lagi mengulang kegilaan masa menghasilkan 13000 keping biskut musim raya tahun lepas. Masa perlu lebih terurus. Dua perkara yang tak boleh tidak, mesti dijaga ialah air dan tidur. Minum secukupnya, mandi sekerapnya dan tidur secukupnya.

5. Alfatihah, Ustaz Mohd Asri…
Saya memang peminat Rabbani. Lagu-lagunya Pergi Tak Kembali, Intifadhah terngiang-ngiang sepanjang hari roh beliau di angkat bertemu Allah. Saya masuk blog MakLang Kerteh waktu lunch dan amat terkejut waktu baca updates ML tentang kematian beliau..Semuga dia dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan mendapat pengampunan.
Ammer teresak-esak menangis bila saya khabarkan. Dia minat sungguh dengan Allahyarham. Tiap hari dia tunggu azan maghrib di tv 9 nak tengok /dengan / dan praktis azan dengan aruah. Bulan Jun lalu Ammer menang tempat ketiga dalam pertandingan azan peringkat daerah sekolahi. Lagu azan Ustaz Asrilah yang dibawanya ke pertandingan itu .

6. Coklat lagi dan lagi..
Tempahan besar seorang usahawan MARA untuk jualan karnival yang di sertainya. Dia jemput saya duduk di gerainya, tanpa apa-apa bayaran. Manis sekali budinya walaupun kami baru kenal waktu dia membeli coklat saya 2 bulan lepas. Agak sibuk hari Sabtu dan Ahad ini, dia setuju bila saya cakap saya nak hantar coklat saja, dia tolong jualkan. Setiap malam saya buat sekilo coklat. Lebih baik berdikit-dikit begitu dari cramp-up sampai pukul 3 pagi nak siapkan semuanya . Esoknya tetap fresh waktu bekerja di pejabat.
Petang tadi, jurulatih tae-kwan-do Alia telefon minta tangguhkan tempahan coklat ; minta dihantarkan stok pada hari Ahad. Hari Sabtu hantar muffin saja. Hari Ahad hantar coklat...Leganya, dapat lah duduk buat entri merapu meraban ni...sementara tunggu muffin tray terakhir tu...kejap lagi boleh berkemas dan ZZZZZZZZZZZZ..............
Hari Ahad , konvokesyen Univ Petronas...ada tempahan untuk coklat graduation.. Mana lah perginya idea kreatif ni.. Tu ada seekor bear dihantar tadi, dia nak bear pegang kotak coklat..ishh.. ish...puas ku tenung kugayakan, tapi tak menjadi...Dodie... tolong.......!!!!
Tidur dulu, esok pagi mungkin ada idea....

Stock renewal
7. Hari Ahad perlu renew inventory dapur. Semuanya dah habis. Jadinya esok hari spring cleaning; manakala Ahad hari mencari stok bahan kering. Opppss ada kenduri lagi....

Selamat berhujung minggu....

Wednesday, August 5, 2009

Salam Nisfu Syaaban

Detik dan waktu sudah di tandakan. Malam nisfu syaaban mengulang agenda bagi kita yang amhu merebut kasihsayang Allah

---petikan email ..semuga sama-sama kita mendapat menfaat.

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada 05 August 2009 (selepas maghrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x2. Membaca Yasin 3xi)
Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah)
Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah)
Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Semoga, kita termasuk dalam hamba-hamba-Nya yang tidak menyia-nyiakan kesempatan ini, dengan memberikan yang terbaik dari diri kita untuk mengabdi pada-Nya, khususnya pada malam-malam dan kesempatan yang Ia Ta'ala muliakan. Aamiin ya Rabbal 'Aalamiin.