Thursday, December 31, 2009

Terima kasih 2009

Sudah berlalu laluan berbatu. juga santai ria yang sering bertandang. Begitulah warna hidup...Indah dan kelabu silih berganti. Alhamdulillah, di penghujung tahun ini saya sujud bersyukur dengan rahmat dan kasihsayangNya kerana masih di berinya kekuatan mencipta keriangan dan terus produktif.
Begitu banyak kemanisan tahun ini.
Terima kasih Tuhan dengan rezeki dan ketenangan dan segala yang Engkau berikan tak terucap dan tertulis demi kasih pada hambaMu.
Terima kasih suami, anak-anak dan keluarga yang cukup memahami dan sedia teman berteman pada kesekian waktu
Terima kasih teman seperjuangan, teman-teman maya dan teman lama yang menyemarakkan
ukhuwah.

Allah telah berikan pelangi selepas hujan ribut, Allah berikan senyum selepas tangisan. Allah berikan hikmah dan kefahaman selepas setiap ujian. Allah berikan kawan pada kesunyian. Allah berikan jawaban manis seleaps setiap keluhan. Allah telah berikan yang lebih baik selepas harapan yang tak kesampaian.


Terima kasih semua. Anda hadir dan memberi impak manis dalam hidupku tahun ini. Tanpa kalian, tentu hidup ini boring!!

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah

Salam Maal Hijrah. Semuga hidup lebih sempurna dalam mencari mardhatillah...






Wednesday, December 16, 2009

Bayam Batu

Di bawah pohon itu kubawa rajukku. Tiada siapa tahu. Sendiri mengesat jurai airmata sambil tangan yang satu lagi mencapai butir kecil yang merah menyuapi mulut sendiri. Terhibur hati kala menjumpai buahnya yang hitam kerana ia begitu manis pada lidah. Begitu teduh di sana. Boleh membaca sambil menunggu padi di jemuran bawah terik mentari musim kemarau. Dahan pohonan yang jingga berkerutu bintil-bintil kekadang ku lelas hanya untuk suka-suka. Ada juga torehan catatan kata hati di perdu sana. Pohon bayam batu itu membesar bersamaku. Aku tahu mana pucuk yang baik untuk di sayurkan. Aku juga teliti memilih daun muda untuk direbus dan diulamkan dengan air asam berlauk haruan bakar! Sesekali hati bergegar juga melihat akar bayam batuku dikorek dan direntap putus dari tunjangnya. Akarnya berwarna oren segar. Tapi hati berbisik.. pohon itu redha akarnya di cabut kerana khasiat penyembuhnya untuk penyakit batu karang.
Masih segar senda dan gaduh-gaduh manja berebut buah yang paling besar, paling hitam dengan sepupu. Duduk-duduk senggang, sembang-sembang petang dan main aci ligan berkeliling pokok bayam batu yang berjiran dengan pohon nona dan keriang batu..mana lagi nak dicari tanaman itu sekarang...
Bersama waktu yang pergi , seusai SPM kudapati pohon bayam batu ku tiada lagi di hujung laman. Rindu juga, sayu pun ada. Tapi hakikat survival diri, tiap yang ada lawannya tiada. Mustahil ia kekal di bumi Allah.
Kelmarin, kujumpai pohon ini didaerah kelahiranku... dan nostalgia menyingkap kisah damai anak kampung yang mula memberitahu anak-anakku bahawa bayam batu dipanggil mulberi. Kala usia menginjak, segar rasa hati melihat buah merah hitam melekat subur di sana. Manis juga deria mengulang rasa masam manis buah kecil yang tidak pernah mengenyangkan , tapi cukup untuk menjadi perencah dewasa.

Monday, December 14, 2009

Khabar...

Sekian lama tak menulis. Banyak perkara berlaku dan banyak juga yang difikirkan. Terimakasih pada kawan-kawan yang menyokong dan memberi pendapat. Setelah meledak hati saya sudah maafkan orang berkenaan. Bila diulang lawat, design tiruan itu sudah ditarik balik dari laman mayanya. Baguslah andai ada yang sedar bahawa dalam mengejar impian, matlamat tidak menghalalkan cara. Usah ambil mudah meniru bulat-bulat tanpa izin kerana walaupun semuanya hak Allah, kita manusia perlu amanah dengan apa yang kita lakukan. Kreativiti adalah jatidiri; walau tiada akta mengawal tindakan tapi, andai ada hati yang tidak mengizini, berkatkah rezeki yang kita perolehi… Selainnya, menjadi kawan yang bernilai juga sebenarnya lebih manis dan lebih bererti andai tiada titik kelabu. Tiada manusia sempurna ,kerana itu salahkah meledak begitu. Tepuk dada tanya selera.. kan? Apapun yang terjadi, hikmahnya ada, barangkali masih belum ku jumpa. Barangkali diam lebih baik kerana ia menyelamatkan dari banyak masalah. Oleh itu diriku...berlapang dadalah...kerana dedaun dipohon hanya gemersik bila angin bertiup dan ia tidak pernah ribut sendiri. Lebah dan tebuan pun hanya diam dengan kerja mereka jika tiada yang menjolok sanggarnya. Perhatikan awan biarpun kusam atau bergelung ia tetap mengikut peraturan Allah. Dan virus juga bakteria, ia bangkit dan aktif kerana Allah menyuruhnya mengingatkan manusia tentang kejadianNya, qada' dan qadarNya , juga kifarahNya. Seperti gunung berapi, letusannya sekali, kemudian ia kembali pendam dengan aman. Mengumpul kekuatan diri bukan mudah kerana yang menilai bukannya manusia, cuma antara diri dengan Maha Pencipta. Berzikirlah...
Sibuk juga barangkali. Bekerja dalam industri pembuatan elektronik menuntut ketangkasan, ketepatan.. Ohhhh...ooohhhh. diri dah tua..tahu benar.. tak terkejar rasanya tuntutan itu...maka jadinya terkedek-kedek mengejar arus supaya tidak ketinggalan...Justeru sukar juga melayan selera anak-anak yang tidak pernah puas, barangkali kerana sibuknya ibu yang agak jarang menjerang kesukaan mereka; pun tidak punya banyak ruang bersama mereka. Tugasan hakiki yang bergerak selari meminta tenaga yang bukan sedikit. Makanya lelahku pada penghujung malam yang masih muda kala anak-anak masih mahu bergembira..menonton, bergurau, jadi suram kerana lelapku mendahului aktiviti mereka. Ampuni daku ya Tuhanku, kerana bukankah lebih afdhal memimpin tangan mereka dari menyerah pada kelesuan fizikku.
Sedikit masa dan tumpuan pada coklat dan baking juga barangkali menyejat kudrat diri. Sekadar suka-suka pada mulanya dah jadi ketagihan sekarang. Kelmarin seseorang bertanya, bila masa awak kerja, bila masa awak buat coklat, bila masa awak buat kerja rumah,bila masa awak mengajar. Tergeletek hati juga.. tapi bukanlah terlalu serius kegiatan ini. Setakat yang mampu dan tidak memberatkan diri. Bersyukurlah...bukankah itu pemanis hasrat perjalanan hari ...
Yang pasti.. face booking lebih menarikku ke sana. Lebih mudah kiranya berisyarat pendek dan kemas yang cukup ramah. Hehehe.. alasan ya, barangkali.. dan lagi satu...aktivitiku banyak

Teruja dengan kejutan dan nostalgia bila kini sudah berjaya mengumpulkan hampir seratus kawan-kawan lama. Hidup perlu diteruskan...

Friday, November 27, 2009

Korban Siapa?

SalamAidil Adha. Bening nya subuh..saya mengejan anak-anak bersiap awal. Kami keluar rumah seiring suami pergi bertugas. Lancar saja perjalanan selepas subuh ini. Sampai di tol Hutan Kampung, kereta tidak bergerak walaupun injin masih bebunyi. Aaiiikkkk.. Saya matikan enjin dan hidupkan semula suis...alamak! tak ada contact...Awatla pulak ni. Waktu itu belum pun pukul 8, saya mahu mengejar solat aidil-adha di kampung. Waktu-waktu biasa, selalunya kami akan sampai dalam 8-10 minit lagi. ufffff...macamana ni...kakitangan tol datang dan beritahu plus service akan sampai sebentar lagi. Kereta dah
berbaris di belakang saya terpaksa menunggu sebelum toll booth baru di buka!
Kereta breakdown memang tak pernah saya bayangkan! Apalagi di pagi raya begini! Saya dah berpeluh-peluh dalam dingin pagi. Rasa macam dalam sarkis pun ada,semua orang menoleh tengok kami...
Panik gak.. tapi saya cool down. Memang dah tak sempat solat sunat denagn orang kampung la nampaknya. Saya tak terus telefon Abang dan kakak, biarlah depa selesai solat dulu. Telefon suami pun tak berjawab...OK lah,mungkin dia pun tengah solat.
Pendek cerita;plus service datang danmenolak kereta kami.Ammer pun meleleh peluh.Kesian Kakak danKakNgah; yala kan.. anak darasunti tercegat dekat situ.Cuba juga depa tengokkan, tapi tak banyak dapat membantu.Bagitu pun, trimakasih kerna tolong tolak kereta ke tempat parking..
Blank...taktau nak buat apa. Waktu itu, takbir bergema dari mesjid berdekatan. Sedih rasanya.Termangu... anak2 pun diam saja...tak boleh panikkan.. tapi blank... tak tau nak buat apa.

Rabbi Yassir....saya ulang berkali-kali sambil pejam mata. Berderai juga airmata;begini di takdirkan Aidil Adha tahun ini! Talian hayat pun semuanya tak berjawab.
Mana ada workshop pagi raya begini.
Dalam termangu nampak pelekat insurance.. ya/... 24 hr service. Alhamdulillah suara di hujung sana melegakan sedikit hati yang bergalau dan fikiran yang bercelaru waktu itu.
Begitupun saya perlu berhati-hati. Rasionalnya; pusat service hanya akan dibuka hari Ahad..saya perlu balik Penang petang ini. Berkira-kira sendiri. Cuba kumpul maklumat dari pihak insurance dan wakil Hyundai Service Centre.
Setelah selesai berkira bicara denagn mereka; baru saya telefon abang dan kakak. Bateri telefon pulak nak kehabisan bateri padahal semalam dah charge. Ni adalah yang main game malam tadi ni....Ke surau, berehat sementara dapat pula re-charge bateri. Dari situ baru dapat cakap denagn cikAbang. Dia pun terperanjat sebab selama 6 tahun, cikMatrix ni mmg tak pernah sekalipun buat hal.
Kesian anak-anak mengadu kelaparan. Ada makanan tapi macamana nak makan nasi impit yang belum di potong, kek juga sebiji tak berhiris. Yakin orang kampung dah selesai solat, saya tlefon minta depadatang...Abang dan kakak samapai, kami tinggalkan kereta di situ... sian cikMatrix!!!
Sampai rumah..penuh sesak tetamu.Tak banyak soal,saya mengadap nasi dagang tak pandang orang dah!Lapar sangat, the last time I ate was masa buka posa semalam! Sedih masih berbekas...tapi saya masih boleh bergelak ketawa...Masa tu my dearest niece Suhaila tiba. Baru rasa kaki dah tumbuh balik...yeayyyyy...Sepanjang waktu on line dengan cikAbang.Lepas makan saya ajak Suhaila pergi tengok cikMatrix lagi sekali. Cuba setting lagi sekali tapi tak dapat. Arrange dengan insurance service. Depa mai tow lepas solat jumaat. Tetiba cikAbg call. Kansel semuanya; kawan dia akan datang petang ni dan tow cikMatrix dari Hutan Kampung balik ke Prai....and that's the end of my worry and action!

Kami terus ke Alor Setar, cari cash sikit..Satu hal pulak dok ronda Alor Setar cari bank..instead of jalan-jalan raya. Saya plan nak ziarah sedara mara yang tak sempat kami ziarah masa Idilfitri lalu..ok lah..pasrah.
KakLiza...maaf....kaki saya patah...macamana nak jumpa akak.
Nashita...macamana nak jumpa....

Salam AidilAdha.....

Tuesday, November 24, 2009

Tolong dan Tikam

Dah lama tak update sebab malas bercerita. Bukan tak ada cerita yang nak diceritakan tapi kekadang malas nak buat ceritakan cerita yang tak boleh dicerita! Kalau cerita namanya mengata. Dah namanya pun tak manis diceritakan, jadi duduk diam-diam. Tapi hari ni dah nak meletop pasal kisah ni. Saya tak kuat menanggung tikaman, dari membenkak, menanah memakan diri... nahhhh.. ini kisahnya.

Apa yang nak di ceritakan hari ini tentang kisah orang pompuan. Kisah kawan saya nan seorang ini sebijik macam saya. Dia pun serupa saya malas nak update sebab ada orang yang asyik ambil idea dia untuk majukan bisnes depa. Ni pasal pompuan yang buat bisnes dari rumah lah, apa lagi kan. Setiap kali dia update blog bisnes dia, ada saja yang meniru. Bukan setakat itu saja, diburukkan dari belakang lagi..kali ni tak nak cerita pasal cerita buruk tu, cuma pasal tolong dan tikam saja.

Selalunya kalau sesama buat home bisnes tak kira la cupcake ke, apa-apa ka.. kalau meniru idea tu, kita akan telefon atau sms pada orang yang kita tiru tu, minta izin atau sekadar berbasa basi... atau masukkan secara public dalam blog kita bahawa design atau resepi ini di ambil dari sumber mana. Lebih manis di ucapkan terimakasih pada orang yang mula-mula initiate design tu. Atau bagi la credit sikit kat kawan yang bagi resepi. Ini tidak....mana tak bengkak kawan saya ni. Dia berhabisan beribu-ribu ringgit pergi belajar, tapi pemberian dia atas dasar ikhlas berkawan dan sikap ingin "bersama kita maju" di pergunakan ke tahap maksimum untuk diri sendiri.

Macam terkena tikaman dari belakang dari seorang itu. Homebaker yang seorang ni.. punya la baik dengan kawan saya, selalu offer diri beri pertolongan nak bantu kat studio masakan kawan saya ni. Ingatkan ikhlas.. tapi drama bermula bila dia beri semua resepi kat orang tu. Bila dah dapat resepi....setiap kali minta tolong ; orang tu dah tak nak tolong lagi. Contohnya, kawan saya buat kelas cupcake dan dia perlukan 200 biji cupcake. Kawan ni akan minta orang tu "tolong" buatkan cupcake sebagai persediaan kelas dan dia bayar $1.00 untuk setiap biji pada orang yang menolong buat cupcake itu. Kemudian orang itu akan tolong dia kendalikan kelas itu. Bukan tolong mengajar, cuma tolong siapkan perkakas, menimbang dll dan dibayar lagi
Begitulah ikhlas nya; niatnya mahu menolong supaya sama-sama maju dan sama-sama berjaya. Sekarang bila dah dapat resepi dan tip secara percuma, menoleh pun tidak lagi...Sah! Orang yang memberi pertolongan berbayar itu sebenarnya menghirup kemanisan percuma, berbekal lidah yang tak bertulang!

Begitula resamnya kan.. berkawan dan berbaik sebab ada udang di sebalik batu. Bukan sekali perkara begini terjadi pada dia. Juga pada saya dan beberapa orang lagi homebaker. Sekarang kami sama-sama bengang! Bagaimana mahu kekalkan niat ikhlas dan berbaik sangka kalau ditikam dari belakang?

Wednesday, November 18, 2009

Hening Zulhjjjah

Salam satu Zulhijjah. Bulan rahmat bertamu lagi. Saban malam saya tonton khabar haji dengan harap dan doa. Melayan rindu yang satu. Meriahnya di sana. Semuga mereka semuanya mendapat haji yang mabrur.
Di sini kita masih dingin dalam tengkujuh yang mencurah. Rasanya hujan musim ini lebih lebat dan lama dari biasa. Sudah 2 minggu negeri utara tergenang air; hari ini pusat metereologi mengabarkan taburan hujan yang memungkinkan banjir di pantai timur pula...Zulhijjah yang basah!
Hujung minggu depan kita berhari raya lagi. Apa korban kita? Harta? jiwa?, tenaga?
Terhimpun segala ibadat dalam sepuluh pertama Zulhijjah ini. Semuga kita kuat menghimpunnya.
Salam Aidil Adha