Showing posts with label Teman. Show all posts
Showing posts with label Teman. Show all posts

Sunday, May 17, 2009

I walk my foot loose in KL!

( amaran: Title English tapi ceriti Bahasa Melayu)
Sabtu
5.30 pagi : Anak-anak masih lena, saya cium pipi setiap seorang, ada yang merengek , ada yang mengeliat...Sebelum subuh suami hantar menyeberang ke pulau. Dah lama benar tak berjalan sendirian, rasa macam tak jejak kaki ke tanah sewaktu melangkah ke airport. Eh, berlaga bahu dengan GE...sorry sir! Makcik ni ghaplah jingga! Laaa, KM pun terbang dengan kelip-kelip! Sampai Subang, ambil teksi ke destinasi.Dah lama tak guna pengangkutan awam...hahaha.. jakun sekejap.
9.00 pagi:
Mendaftar di kursus lanjutan pembuatan coklat dengan Cocholatier tersohor.
1.00-2.00tengahari:
Merayau dengan KakZ dan M cari makanan sekitar Taman Desa.
5.08 petang: Lebih lapan jam berkurung, kelas tamat.
Sms dari D, arahnya..Milah naik cab ke Seputeh, ambil commuter turun stesyen Bangi. Saya jawab OK, walau sebenarnya saya tak tau pun nak hala ke mana mencari teksi. Orang terbaik yang saya terfikir untuk dirujuk ialah Pengarang Perunding Berita Publishing, KakAni. Pendek cerita, saya terlupa nama tempat ( Seputeh) dan terus cakap kat drebar teksi, ke MidValley...mantain cool men.. kot sat lagi orang tau kita ni jakun terlepas.. hahaha. Sampai sana, saya tengok arus orang berjalan sekaligus menjeling-jeling papan tanda. Akhirnya naik train pukul 6 petang dan sms D bila tiba ke stesyen Serdang. Turun di UKM, tunggu 5minit, tercangak-cangak, terima satu call..hey.. saya di sini, depan awak ni.. ooohhh...nampak suami Syidiah melambai-lambai. Katanya , mai cepat, depa dah tak ingat apa dok ruih rendah kat rumah tu...
Jalan ke Kampung Sungai Merap Ulu tenang damai berlengkang lengkok, tak macam yang pernah saya lalui 20 tahun lalu. Saya pernah ke sini, Sungai Merap dan UKM tampak hening dengan kenangan nostalgia zaman remaja.
Hampir pukul 7 malam: Saya memberi salam di muka pintu mahligai Syidiah.
D menerpa mendahului puan rumah. Senyum ketawa peluk mesra. Rindu sejak terakhir kami bertemu Aidilfitri lalu terlerai di sini.
Syidiah juga gembira saya sampai ke rumahnya.
Shikin datang terus memeluk; hang ingat aku dak? Ya Allah, mana bisa aku melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati! Saya peluk dia kuat, sembunyikan rasa terharu bila dia beritahu, saya duduk sorang la ni ( maksudnya, dia ibu tunggal) Suami tercinta meninggal dunia 2 tahun lepas, dan anak tunggal di Korea menyambung pengajian.
Rohaya maintain slim sampai la walau anak dah bujang panjang. Maaf Aya, saya pernah lupa terus pada kamu hingga D sebutkan nama kamu dalam email!
Sambil itu ada seorang sedang menjeling...hihihi. Itu Syah, kawan baik belahan hati. Kami sama-sama bulat berisi! Saya ucap Selamat Hari Guru, kemudian dia mengadu.. tau dak, depa sini sapa pun tak wish selamat Hari Guru kat I kecuali Milah.. hahahaha..ala sayang, depa lupa! Semua ketawa pada rajuk manja Syah!
Ida juga tetap berlenggang lenggok dengan senyum manja dan lesung pipit yang tak lekang walau pada usia pertengahan 40-an sekarang. Ya.. itu pipi biskut marie! Gigi rapat dan gelaknya tetap manja.
Anak-anak gadis Syidiah satu persatu santun bersalam.
Ida berdiri mempromosi cheese kek hasil tangan anak Shidiah dan Rohaya memujuk saya,
mesti cuba katanya
Selesai semuanya, saya di jemput duduk di meja makan.
D melawak.. ni ada sorang lagi classmate, hampa tak mau peluk ka...
Hah.. itu Ketua Pengawas....!!!
Hahahahaha, macam nak terangkat ruang itu dengan ketawa dari kaum bapa di ruang sebelah juga.
Yang D maksudkan ialah suaminya M.
D dan Ketua Pengawas M satu-satunya classmate couple yang lepas hingga berumahtangga aman damai hingga kini dan hingga ke hujung nyawa bersambung ke syurga al-Jannah... Amin..

Rindu bertautan sejak sekian lama lerai menatap mata bertukar cerita suka duka sepanjang waktu terpisah. Cepat sekali kami ulang sejarah lama bila momentum usik mengusik tangkis menangkis meratai rentak jenaka masa lalu. Sakit perut ketawa bila Shidiah keluarkan album lama. Tengok tu, stokin clorox, baju kurung senteng.. hahaha. Mana nak pi cari zaman la ni..
Semuanya ini bermula sejak 2 minggu lepas; kami berbalas email dan saya maklumkan yang saya akan ke KL sendirian pada 16-17 Mei, no husband no kids...jom dating! Saya mengumpan sebab terbayangkan boringnya nanti mengadap dinding di hotel seorang diri pada malam Sabtu.
Tak sangka rupanya mereka berkira-kira dan mengatur rancangan hingga orang Seremban pun turun. Suami Syidiah sarankan supaya bertamu ke rumah mereka untuk santai yang lebih selesa. Ya, amat selesa...dan mewah meriah dengan hidangan potluck penuh meja. MasyaAllah. Saya amat terharu. Tadi waktu terlepas keretapi di MV, rasa macam nak menangis teringat semua sudah lama menanti, tapi hati meronta-ronta mahu terbang sertai mereka walau apa rintangan jua. Posing jangan tidak; di halaman rumah Shidiah luas, Syikin yang pakai baju merah, pipi dia ni maintain tegang dan gebu! Shidiah puan rumah masih kekal jelita, Syah putih bersih, D lansing anggun, yours truely, Ida cute dan Rohaya juga masih slim macma budak tingkatan lima! Meraka sama-sama pemastuatin kotaraya, tapi tak pernah berjumpa jua. Jadi bila D dan Shidiah aturkan pertemuan ini, semua ny atak sabar menanti Sabtu. Saya amat terharu jadi penyebab pada penyatuan ini.
Kami reunion selepas lebih 27 tahun tak bertemu. Lepas SPM masing-masing mencipta hala tuju dan membina bahagia sendiri. Walau mereka pemastautin kotaraya, memang tidak bertemu muka. Mungkin inilah takdir yang menghimpunkan kami di sini. M hubungi Cikgu Ismail guru kelas kami dulu , sebak merantai rasa teringat guru yang mulia. Semuga cikgu sihat sejahtera.
Sebelum lewat kami bersurai dengan janji dan agenda. Semuga Allah beri kami kesehatan dan kelapangan untuk terus beraktiviti bersama...ziarah menziarah, melancung, re-union di Jitra.. InsyaAllah.
Terima kasih Syidiah dan En Anwar yang sudi melapangkan waktu dan ruang untuk kami mengacaubilaukan keheningan desa nan permai dan mahligai damai itu. Shikin, masih terharu, sebak dan kagum mengenangmu. I know you're strong and happy. Looking for our next meeting, InsyaAllah, panjang umur kita bertemu lagi.
( hi there Diah di UUM sana...awas......!!!!)
Aya, terima kasih,masih seperti dulu.
Syah, tak puas menatap mata itu. Nak lagi roti jala kari ayam itu....Anwar Adnan, terima kasih kesudian dan kesanggupan merentas sempadan demi isteri, juga untuk kami mengulang kemanisan lalu waktu pada usia begini.
D, tanpamu mungkin impian ini belum kita capai. Terima kasih tidak terhingga.
Pada M juga...Milah tak reti nak cakap apa-apa. Wish my husband was there meeting my friends...missing him loads through the entire moments. Dan kami ambil kesempatan sebelum pulang untuk clarify bahawa antara saya dan M sebenarnya bersaudara!
Ida, juga jutaan terima kasih. Apalagi kesudian Bidi membelah malam menghantar saya ke sarang inapan di rumah anak saudara di Ampang Jaya. Nanti balik kampaung kita dating kat tepi sungai itu lagi. Rupanya rumah ibu Ida berjiran dengan ibu mertuaku!
Semuanya, terima kasih kerana tetap menjadi kita walau saiz telah banyak berubah dan walau zaman telah menjarakkan kita dengan nostalgia remaja.
And those lovely foods.. MasyaAllah.. Sedapnya cheese cake anak dara, nasi beriani dan rakan-rakannya, kuih koci, kek coklat, dan banyak lagi...dan terima kasih juga bagi tapau lagi..

tengok tu , cheesecake jugak yang di tatang! Seedappp, I tell you!

9.30 malam
Sampai di Pandan Perdana, sudah siap Awi dan Manja dengan kelitah 2 cucu manja saya menanti. Saya mahu menginap di MV hotel mulanya, tapi kena marah dengan Awi...konon macam tak ada waris di KL. Betul jugak! Lepas mandi baru terasa sakitnya kaki, macam dah tercabut lutut. Awi memang pandai mengurut , warisan ayahandanya. Tapi belum pun sempat memohon pinta di picit tapak kaki, saya dah tertidur saya di sofa dek keletihan dan kaki yang dah tercabut tapak dan buku lalinya dek jalan-jalan sepanjang hari!

Ahad:
8.30pagi; Awi hantar saya ke tempat kursus. Sehari lagi tubuh berat ini bergantung pada kaki yang belum hilang lenguh ini. Hati kedua kursus ini saya pandai curi waktu duduk di kerusi waktu buat praktikal. Waktu zohor saya rebahkan diri dan luruskan urat saraf di surau.
Tamat kursus, saya heret bagasi yang sudah berganda, cari teksi terus ke airport. Cadangnya nak MV, tengok ( baca=beli) apa yang patut. Tapi cepat-cepat sedar diri dan kesiankan kaki yang cape'!
6.30 petang: Lepas check in, saya benamkan diri dalam surau.. Lega rasanya dapat berbaring walaupun sebentar.
9.00 malam: letih dan sakit kaki terbang melihat senyum suami dan anak menanti di balai ketibaaan!
Thanks darling. Kerana kepercayaan , kerana izin, kerana sanggup menjaga dan melayan kerenah anak-anak pada hujung minggu ini.

Nota: masih sakit kaki! Dan melihat pada gambar-gambar yang di ambil, saya pasti penyebabnya bukan pada kasut, atau jarak perjalanan yang panjang, bukan juga pada kerja-kursus yang semuanya kena dibuat sambil berdiri. Diri sendiri mengaku, badan ku besar, kakiku tak mampu lagi menampung berat yang berlebih-lebihan!

Sunday, April 19, 2009

Suprise!!!

Memang naakk sangat jumpa KakElle in person. Bila Kak Elle cakap dia nak turun KL pada 17-19 April, saya aturkan urusan pada hari yang sama. Hari yang padat, ke sana ke mari antara Bangi- Kajang- Puchong Perdana- Pandan Perdana-Nilai-Setiawangsa-bloggers meeting @ the
Curve!
Nasib baik ada tour guide cum photographer comel tu, Suhaila mahu mengikut all the way dari Penang, mudah perjalanan. Memang sukar melepaskan pertemuan bloggers.. apalagi cumaKakElle dan Ummi saja yang tahu kedatangan saya...(Saya dah tak keruan sbb terlalu excited.. hahaha, bocorkan rahsia pada Silversarina) .

Bila sampai nampak lembu! Seb baik patung jer, kalau tak mahu ada yang kena kejar dek lombu tu kang...pakai baju merah tu! Ehem, I saw one and I guess tu Zino la tu sbb dia pakai merah menyala, so den boleh agak dah..Kemudian nampak a lady with jubah hitam and backpack..Nampak berat beg tu. I told my niece, may be she is one of us...sapa tu ya?

Mulanya ingat nak duduk kat luar dulu, keringkan peluh ke, betulkan tudung yang dah senget
ke, tambah lipstik ke...sambil tengok who is coming..sebab saya tahu, semua orang tak akan perasan saya di situ hingga Tulippurple tiba.
Tapi, plan tak menjadi. Bila mata bertentang dengan Ummi365. .. alamak!She is so lively and charming...tengok orangnya tak sangka miliki anak dara cantik dan anak bujang handsome! Entah sedar ke idak, laju jer kaki ku melangkah menonong kat Ummi sambil senyum lebar...sampai Ummi pun heran.. eh, siapa ya..!!!


Dah start dah....dengan terkejutnya, dengan peluk cium nya..KakEzza memang chek kenai, dan Aida yang comel loteh nya.. alahai PB, manisnya...

Mmg betul saya teka Zino, dan seronok dapat jumpa mem Kak Aisyah. Ohh , yang bawa backpack tu Raden Galoh yang saya kagumi! Puas dapat bertentang mata dan berbual sekaligus belek cincin batu jarum mas tu....( ishhh, pompuan kan, tak banyak sikit pun nak jugak cakap pasal cincin gelang ni...)

Dari jauh nampak KakNong and I am so sure that is her. So happy to see KakNong dengan heronya Abg Mus.. sporting habis. Kemudian Tulip datang dengan jeling manjanya..buat apa akak kat sini.. hahaha... marah la tu, tak telefon awak dan kasi awak suprise ya! Suka tengok orang tu marah, tanda sayang kan!

Lepas tu buat drama sebabak dengan Azzah8 dan KakAnie, dan dengan KakElle juga...Tak tergambar perasaan. Rasa macam jumpa long lost sister...sebak,terharu , happy. I share common story dengan Azzah - we're in states at almost the same time, tapi tak pernah jumpa.

Mas and Dodie.. as sweet as ever...Comel and fun dia orang ni. Suhaila pun nampaknya Ok jer dengan makcik yang lupa diri sebentar nih! I had fun sampai tak boleh nak makan! Makan mushroom soup and roti, rasa kenyang sangat. Lagipun rasa rugi masa kalau makan sbb I ni makan lambat nanti tak sempat nak bersembang dengan semua orang! Datang jauh kan,mestilah nak jumpa semua yang datang.

Macam mimpi jumpa KaElle di depan mata! That's what I can say. Tak puas di sini, bila semua beredar kami duduk sekejap kat *buck. Thanks KakElle for the drink. Tiba-tiba Ummi pun buat detour and join us for few minutes..sampai Ilan dah merengek dah..

The kids are so cute. Sayang Ammer tak nak join sbb ikut cousins pergi zoo and Science Center...He had his own way enjoying KL trip kali ni...

Malam tu singgah Setiawangsa jemput Ammer yang ada di sana, sampai rumah rasa hilang kaki dan tangan entah kemana.. hehehe

I had TOO MUCH fun,thank-you everyone for being there.Thanks for all the gift...Kak Ezza, baulu tu "selamat" sebaik masuk kereta. Semuanya pun belum buka, sayang nak tanggalkan wrapper yang cantik-cantik tu. Ini PB sms cakap sayang pulak nak makan coklat tu, alahai dik, ngap jer...Norabella, thanks for the gift through KakElle.

KakElle, thanks for all the chocolate mould, wrapper, chocolate box, cute sock, kacang pool, T-shirt for Ammer and lots more. Above all, Thanks KakElle for being here.

Saya tak ambil banyak gambar tapi semuanya melekat dalam memori. Nanti Suhaila muat turun gambar ke flickrs dan saya akan letak url nya di sini.. semua gambar kita tanpa edit ya!

Wednesday, April 8, 2009

Silence

Who wanna share silence with me?

Copy this picture and post in your blog....( initiated by Nora )

Saturday, March 7, 2009

Saya dan Hasnah

Saya duduk di hadapan beliau dalam majlis syarahan Prf MKI. Bila waktu solat Isya', saya menoleh dan senyum, nampak dia kesaorangan macam saya. Kami berbual. Dia bertanya mana saya dapat buku THMSI. Saya akur susah nak dapat buku ini di daerah ini. Cepat benar stok habis.Saya cadangkan kami jumpa sendiri Prof, kalau-kalau dia bawak buku untuk jualan.
Tapi Prof cakap tak bawa buku dan tanya Puan Syam. Tapi kemudian katanya ada sebuah buku dalam kereta. Nanti lepas majlis, ikut dia ke kereta. Saya nampak mata Hasnah berseri-seri!
Kami duduk dan sambung bercerita pasal buku ini. Dia tanya kenapa ada helaian tisu di celah-celah muka surat, buat penanda ke..
"Hehe... bukan penanda kak, tisu tu untuk saya senang nak kesat airmata."
Seterusnya kami duduk bersebelahan, dapat kawan baru.
Selesai majlis, kami berbual lagi sebab saya rasa wajah dia memang familiar, pernah jumpa. Mungkin juga kami satu khariah, berselisih di jalan atau di market atau di mana-mana. Katanya dia jarang ada di sini ,cuma hari minggu balik ke Seberang Jaya. Hari biasa katanya dia berniaga nasi di Juru.
"Juru? berniaga makan? kat mana tu?" Bertimpa soalan saya.
"Restoren sebelah TNB dekat Sg Juru, sebelah belakang kawasan industri.."
"La....kak, saya selalu makan di situ masa kerja kat XYZ. "
"Aha la, memang kakak pernah jumpa adik kat sana."
"Ya lah, akak cashier kan."
Hahaha..kami baru sedar selalu berjumpa sebelum ini.
"Maaflah tak perasan, sebab selalu tengok pakai busines suit. Saya pulak dengan apron."
Memang pun Hasnah dengan apron duduk di meja cashier kat restoren tu. Makan harian Hasnah memang sedap. Ikan segar, penuh ulam-ulaman. Ikan bakar dengan air asam di restoren ini memang jadi "pemanggil" ke sana! Kalau lambat keluar dari ofis waktu makan tengahari, memang terlepas menu , dan kena order ala-carte/ goreng-goreng!
Hasnah gembira sangat dapat buku berkali-kali berterima kasih pada Prof.
"Teriam kasih ya dik, bawa kakak jumpa Prof. Kalau kak sorang, memang tak berani jumpa orang bijak pandai ni.."
"Apalah sangat kak, saya tak tolong apa pun, dah memang rezeki kakak."

Satu kebetulan. Memang ramai yang kita kerap berjumpa tapi sekadar berpapasan dan berurusan saja. Kita jarang berharap untuk bertemu semula dengan seseorang yang kita jumpa dalam urusan harian, kecuali orang tersebut sangat berbudi pada kita. Saya bayangkan, kalaulah antara saya dengan Hasnah ada pergerseran ke, masam muka ke dalam perjumpaan sebelum malam ini, tentu tak sedap hati bila berjumpa semula dalam situasi begini. Tentu tak ada rasa gembira dan teruja dapat berkawan. Kami berpamit dan berjanji akan bertemu lagi. Kelas haji di mesjid ini minggu depan, kami berjanji mahu jumpa di tempat letak kereta dan duduk bersebelahan lagi. InsyaAllah.

Thursday, March 5, 2009

Letih tapi Ceria

Bila berbual, Dikma al-Bazrah selalu sebut Prof MKI dan dari situ saya kenali beliau melalui blog, buku,tv dan MIDI. Kedatangan beliau ke mesjid khariah ini mmg tak di duga, terima kasih pada puan-puan penganjur. Satu jam untuk mukadimah sahaja. Majlis berhenti rehat tak lama selepas pembukaan memberi laluan pada waktu Isya', sekaligus memberi ruang pada yang bercuti mendekati Prof.
Prof bercerita bagaimana beliau membahagi masa

Bersemangat sungguh mendengar Prof. membicarakan mengenai falsafah dan hikmah di sebalik ibadat haji, berkisahkan pengalaman beliau sendiri. Kisah beliau kisah luar biasa, manifestasi doa dan istiqomah. Beliau menekankan tentang doa yang yang menjadi nadi amal ibadat dan segala niat. Doa yang tulus dan bersungguh-sungguh akhirnya mengubah sempadan iman, mengubah sebuah kehidupan; mendapat seperti yang diimpikan . Dalam fikiran saya, apalah agaknya doa yang diamalkan oleh isteri Prof, Puan Roza yang merupakan tulang belakang kejayaan lelaki ini.

Satu lagi tentang konsep kun fayakun.Allah itu Maha Berkuasa, Maha Pengasih Maha Penyayang, semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah SWT sahaja, jika Allah berkehendak, apa sahaja mungkin berlaku. Sebenarnya saya rasa banyak lagi yang hendak di sampaikan tapi nampak benar beliau keletihan. Sesekali terbatuk-batuk ; yang pasti pengisian lebih 2 jam cukup mendalam. Semuga Prof MKI dan keluarga sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah, kesihatan yang baik. Semuga satu hari nanti dapat saya bertemu Puan Roza.

Saturday, February 14, 2009

Bunga Melur

Dalam bersahabat, saya ingin menjadi bunga melur.
Memutih, mewangi dan menyembuh.
Bunga melur hanya berwarna putih tidak seperti bunga-bunga lain yang senama tapi punya warna yang berbagai. Barangkali ia dijadikan sedemikian untuk jadi lambang pernyataan hati yang bersih, ikhlas dan tulus.

Sepanjang riwayatnya dari kudup, sewaktu kembang mekar hinggalah menjadi bunga kering,bunga melur tetap wangi. Bunga melur berbau sangat harum terutama pada waktu malam dan ia mekar sepanjang tahun dihalaman saya. Bila berpindah dari rumah mak, saya bawa sepasu pokok bunga melur. Sewaktu anak-anak kecil masih dulu, saya kerap gunakan daun dan bunga untuk menjaram kepala anak demam dan mengubat mata saya yang selalu kena sakit mata merah. Aruah bapa meletakkan bunga melur yang diramas hancur pada bekas gigitan tebuan atau lebah, katanya untuk menghilangkan bisa dan bengkak. Aruah mak menyediakan air daun dan bunganya yang diramas dalam air untuk membasahkan kepala bagi menghilangkan pening kepala waktu saya mengandung sulung.

Kudup melur cukup berkhidmat pada upacara perkahwinan apa jua bangsa ; menjadi bunga rampai, bunga manggar, menghias sirih junjung, melilit sanggul anak dara dan mak dara....Melur susun kelapa pecah lima kelopaknya sering mendapat tempat dalam rawatan tradisi orang Melayu dan bunga wajib dalam upacara agama Hindu. Dan bunga melur cina amat harum dan dinyanyikan sebagai lagu rakyat berbuai.
Ayun laju-laju
sampai hujung sana
apa dalam baju
sekuntum bunga cina

Adat bunga akan layu dan kering. Biar pun begitu melur tetap harum dan ia di jadikan asas minuman teh melur yang lembut perisanya dan wangi aromanya. Semuga melur jadi petanda sebuah persahabatan yang luhur.

Thursday, February 12, 2009

Comel, kan?

tak payah teka, ramai yang tahu hasil tangan siapakah ini...comel kan.
Teringin sangat pada kecomelan booties ni, saya minta KakElle buatkan sepasang. Waktu ym tu KakElle dah dapat agak saya nak gantung dalam kereta... Inilah hasilnya, screen charm dan juga berfungsi sebagai pewangi kereta..

Saya isikan cotton bud yang di sembur pewangi kegemaran saya, kemudian gantungkan pada cermin atas Matrix saya....hmmm...bersemangat rasanya bila masuk kereta pagi-pagi.. wangi.....


Thank-you KakElle.
Mohon ampun jua kerana siaran tertunda ni..dah lama peram tak baik kan I, tapi wangi lagi tau booties ni..Bukan malas ( masih tak mengaku... ) tapi seminggu ni saya lebih senang membaca...dan banyak berfikir, mungkin sebab tu blog tak updated!

Friday, December 19, 2008

Employee, Self Employed

Salam Pagi Jumaat...
Saya mencari-cari kelas Iqra' untuk Ammer sebagai kelas tambahan pada sessi Iqra' yang dia ikuti di kelas transit. Kalau ada private tution Iqra' di sekitar tempat tinggal saya ni cukup bagus sebab anak bertuah ni perlukan one to one coaching dan tak boleh ditegur dengan kasar. Cepat benar hujannya... Kalau dengan ibu alamatnya anak menangis ataupun ibu yang tumbuh tanduk sebab saya memang garang kalau mengajar Quran. Kakak berdua yang lancar pun terketar-ketar kalau saya semak fasohah mereka...

Kelmarin nampak iklan kecil ada kelas Iqra nak dibuka di blok saya dan saya pun hubungi pengiklan. Sembang punya sembang rupanya kami berjiran parking lot. Memang kenal dan selalu berbual tapi cuma bahasakan diri kak dan adik, tak tau nama.. ( boleh..?)
Pendek cerita saya pun daftarkan Ammer.
Petang itu kami bertembung dekat parking lot. Sementara anak-anak bermain berlari-lari kami bersembang panjang. Dalam bersembang tu saya tanya macamana Ani nak manage kelas ya, dengan kerja, anak kecil dan rumahtangga lagi...
"Ani berhenti kerja kak, ambik VSS".
Terkedu saya; bukan calang-calang dia ni, ada pangkat jugak.
" Oo... S08y offer VSS ka".
" Ya kak, kerja pun pening, sekejap ok sekejap tak, sementara S08y offer duit ni, Ani rebut lah".
"Elok la tu, at least kita ada sikit pampasan daripada berhenti tak dapat apa-apa".

Saya hormati keputusan Ani. Berenti kerja melepaskan gaji yang lumayan sewaktu oang lain memegang kukuh jawatan tak mahu melepaskan pintu rezeki. Seperti kata Ani, pening dengan kerja, pening dengan hal penjagaan anak. Ani ambil keputusan buak kelas Iqra sebab mahu mengajar anak sendiri. Dia sebelum ini lega bila anak sulungnya yang sebaya Ammer melaporkan sudah naik dari satu peringkat Iqra ke peringkat yang atas. Dek kesibukan, Ani tak sempat nak uji kebolehan anaknya hinggalah awal cuti lalu. Anak yang akan naikQuran, tu rupanya Iqra 1 pun masih tergagap...Hai ini membuat Ani berfikir panjang, bukan sedikit yuran Iqra yang mengalir, rupanya ilmu tidak terkesan di hati anak. Duit boleh dicari tapi usia anak semakin meningkat, tak boleh kita biarkan kosong tanpa isi..Kena pada masanya, Ani ambil keputusan drastik. Sambar duit VSS. Buka kelas Iqra' bersama kakak iparnya seorang guru Kafa yang terkenal.
Saya tahu dia bahagia dengan keputusan berhenti kerja. Saya nampak sinar gembira pada mata Ani. Sebelum ni kalau jumpa pun kami bersembang tapi masing-masing bernada risau, terkocoh-kocoh mengejar waktu nak naik ke rumah dan berkejar waktu nak ke tempat kerja masing-masing. Dalam senyum ramah ada risau sebab masing-masing mengejar banyak perkara yang nak di buat. Selamat berjaya Ani. Terima kasih juga keran membuka ruang untuk saya menghantar Ammer ke kelas tambahan Iqra yang paling dekat dengan rumah. Semuga di berkati Allah dengan kerjaya baru ini.

Tuesday, December 16, 2008

Intoducing New Artsy Craftsy Blogger

the more the merrier....please click to this url mama-aimansarahhandmade to meet new blogger friend..Mass. Cuba tengok hasil kerja Mass, halus berseni, comel-comel sesuai sangat untuk buah tangan atau untuk kegunaan sendiri. Ini mesej dari Mass untuk semua...

Salam....Sempena pembukaan blog "Mama-aimansarah Handmade" ni.... Mass pun nak buat macam orang selalu buat tu :P ...... "Give Away".

Kandungan "Give Away" tu;

1) HP Case (5 1/2 inch x 3 inch)

2) HP Case (5 inch x 3 inch)

3) HP Charm (Ms. Rabbit)

Semuanya adalah HP accessories.


Rules dia senang aje... actually macam orang selalu buat jugak;

1) Tinggalkan comment kat dlm n3 ni bersertakan link blog anda dengan memberikan Mass keizinan untuk menyimpan link anda di dalam blog ini.(if u will link me back... wow... I'm very much appreciated!)2

) Ceritakan tentang N3 Give Away ini di dalam blog anda.Itu je rules nya.

Very da simple. Kalau sesiapa yang sudi dengan hasil kerja tangan Mass.... sila lah join.OK..


Mass akan umumkan lucky winner by 22nd Dec (Monday).

Saturday, December 13, 2008

Happy nya jumpa Rina

Anak cakap Mama senyum sepanjang hari...he he he
Saya tak berhenti bersyukur dan wondering of blogging made bloggers made friends. Rasa macam dah kenal lama sebab tiap-tiap hari jumpa dalam blog, buatkan saya terlupa bahawa ini kawan baru!


Ralat juga tak dapat menjemput Rina ke rumah , untung juga Jumaat tu plant shutdown; kalau hari kerja, harus saya ambil cuti.. ha ha ha. Bukan senang nak "tangkap" Wanmommy datang Penang!
Setelah beberapa sms dan phone calls kami setuju untuk piknik kat RnR. Rina sekeluarga mengejar waktu ke KL dan saya ada urusan sekolah anak tengahari itu.
Waktu nampak Rina dan Mimi menanti kat depan surau, rasa macam mimpi. Itu lah Silversarina...Saya lewat tiba; terpaksa buat pusingan balik ke rumah sebab tertinggal
"beg penting" kat untuk Rina bawa balik ke T'ganu. Nervous jugak!
Alhamdulillah, sampai juga hajat bertemu Rina. Puas tatap mata Mimi yang bulat tu.
Jom breakfast ala kadar... Saya siap pesan Rina jangan ambik heavy breakfast kat hotel sebab nak jamu nasi lemak sambal udang dengan papedom!


Selesai makan senyum sokmo...

Terima kasih Rina dan famili kerana sudi meluangkan waktu bertemu saya dan anak-anak. Seronok dapat berjumpa, berbual dan piknik kat Juru RnR walaupun seketika. Banyak perkara nak di bualkan lagi, tak puas rasanya. InsyaAllah kita sambung bual bicara di alamaya; panjang umur kita jumpa lagi....dan terima kasih tidak terhingga pada cenderahati; sampai satu beg haa...kakElle jangan jeles tau!

Selamat jalan Rina, semuga perjalanan ke KL seterusnya ke Kemaman selamat sejahtera.

Tuesday, November 25, 2008

Selamat Harijadi Dilah

Selamat hari jadi ke 4*...selamat berbahagia sahabat tersayang. Selebihnya adalah doa semuga hidup Dilah sentiasa dalam kesihatan yang baik, kasih sayang dan berada dalam payungan rahmat Allah.
4 Nov yang baru lalu, hari jadi Syah, Milah ingatkan Dilah tentangnya.
Hari ini 25 Nov, hari jadi Dilah, Syah ingatkan Milah.
Masakan kita lupa 3 tarikh kelahiran kita! Kita kan masih muda...hiksssss...( hey.... apa tidaknya, ada antara class mate kita dulu, dah bercucu tau!)
Lebih suku abad lalu kita tidak pernah berjanji untuk bersahabat sampai tua. Tapi ya, kita amat sukar untuk melupai setiap sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati. Biar jauh terpisah selepas STPM, biarpun antara kita tidak hadir pada majlis perkawinan sesiapa pun antara kita, ingatan kita tetap ada. Bayangan wajah tidak pernah luput. Benar kata Mahadi pada Dilah,"Milah tetap ingat Dilah, tapi tak tahu nak cari di mana".

Selagi kenangan remaja tidak hilang warnanya, kisah kita tersemat dalam sejarah diri, kerana seorang dari kita adalah sebahagian dari setiap satu antara kita. Kita bukanlah nakal, tapi tak juga terlalu baik. Tak terlukis imbasan wajah dan emosi waktu itu, segala warna bermain ceria. Mana ada masalah, bukan lagi kekusutan jika kita duduk dan berdiri bersama. Masalah kita hanya untuk lulus dengan cemerlang, bermain hingga juara dan beraktiviti hingga memimpin. Tamat persekolahan menengah kita tidak risau untuk berpisah dan tidak sedih kerana tidak bersama. Daerah kita bukanlah sebesar mana; kita yakin akan selalu berjumpa. Waktu itu kita lupa bahawa tuntutan hidup tidak serupa. Masing-masing membawa haluan dan nasib kita rupanya berbeza. Azam kita untuk bertiga ke kampus yang sama tidak kecapaian.

Kali terakhir kita bertiga bertemu pada tahun 1987, beberapa minggu sebelum Milah merantau jauh. Kita ziarah Syah, kita jelajahi kampus idaman perbukitan Bangi. Kita rahsiakan perjumpaan kita dari Mahadi, walaupun dia juga warga kampus itu. Sebabnya kita bertiga hanya mahu bertiga. Tak mahu nanti Mahadi jika ada antara kita,datang mengepit buah hatinya yang jelita, nanti Milah dan Syah melopong saja! Ha ha ha...

Di sana kita kenal Anuar, kekasih hati Syah. Selepas itu aerogram dan gambar penghubung bicara kita. Syah di Sabah, Dillah di kota dan Milah terpelanting jauh di negara empat musim. Tahun-tahun seterusnya, sewaktu masing-masing memanjat tangga kerjaya, anak-anak juga membesar dan kita jadi lupa pada keakraban lalu dan tenggelam dalam persekitaran sendiri. Seorang di utara, seorang di ibukota dan seorang di selatan. Bukannya jauh jarak, bukan rajuk dan bukan lupa. Diam-diam sudah lebih 20 tahun kita tidak berjumpa.

Dilah dan Syah,
rahmat Ramadhan dan Syawal tahun ini wangi dengan pertemuan semula. Kita sambung keakraban lalu, kita semarakkan ukhuwah , kita satukan sang suami dalam lingkungan keakraban yang sama. Manisnya Milah Dilah dan Syah menyambung persahabatan yang beku seketika. Kini mekar semula. Bahagia melihat Azhar, Mahadi dan Anuar juga selesa dalam dunia mereka. Anak-anak mungkin perlu masa yang lebih untuk kenal, tak mengapa, biar ada batas pergaulan meraka. Terima kasih dari Milah untuk kalian berdua.
Alhamdulillah, tahun ini , kita saling di izinkanNya mengulangi semula kiriman ucapan seperti kita muda-muda dulu. Salam hari lahir... bukankah ia manis...?

Wednesday, October 15, 2008

Jejak Kasih

Semenjak Ramadhan yang baru lalu saya telah menjejak 13 orang sahabat lama yang tak di temui kira2 20 tahun lamanya
Terbaru ialah Mufa.
Hari Isnin saya MC, boringnya rasa berbaring saja jadi saya kemaskan meja kerja suami dan terjumpa kad business Mufa. Terperanjat juga! Business kad Mufa ada pada suami saya. Dia salah seorang pengendali Asrama Anak Yatim yang kami sumbangkan sedikit sedekah pada bulan puasa dulu. Mufa adalah junior saya saya buat saya macam kakak sendiri. Kali terakhir kami jumpa bila dia datang ziarah saya di STL tahun 1989. Katanya dah lebih 20 tahun dia cari saya, tapi tak jumpa. Akhirnya dia give-up bila ada seseorang beritahu yang saya ( kononnya) berada di Qatar, kawin dengan Pak Arab dan jadi jutawan! Ha ha ha.. saya gelak besar...( sapa la yang punya cerita ya...ha ha ha)
Tunggu ya Mufa, kami memang sedang merancang utk melawat asrama anak-anak itu lagi.. nanti saya kenalkan Pak Arab Qatar or my Habibi saya pada awak...


Sehari sebelumnya saya terserempak RA waktu singgah bersarapan di Kopitiam dekat Menara Alor Setar. Dah lama kami nak makan di sini tapi kali ini baru ada kesempatan. RA adalah kawan ketika kami sama bertugas di SriManjung, Perak. Dah 15 tahun dia menetap di AS-Langkawi dan sekarang orang kuat Kedah.fm...


Sehari sebelum perkahwinan Azma, saya menghantar hantaran ( lihat N3 lalu), bertemu ayah bonda nya. Ustaz Mohd Khassim guru agama sekolah rendah dulu..MasyaAllah...


Hari Raya saya bertemu Dilah dan Mahadi. Kami berkawan baik sejak Tingkatan Satu. Masih in contact tapi tak pernah berjumpa sejak 1987! Waktu itu saya sebelum nak ke US saya ajak Dilah ziarah Syah dan Mahadi di UKM. Mereka berkahwin waktu saya masih belajar, kemudian masing-masing sibuk dengan rumahtangga dan kerjaya. Ramadhan lalu saya nekad mencari dan Alhamdulillah.. bertemu jua di Aidilfitri.


Bersama Dilah dan Mahadi, kami kerumah seorang guru, dan bertemu anaknya, Abu Zahrah..rupaya dia kawan baik suami!


Syah, sahabat paling rapat- Dia terperanjat besar bila saya hubungi hpnya. Saya dapat dari seorang pekerja pejabat sekolahnya....tunggu Syah.. nanti kita suprisekan awak lagi... he he he
Tak sabar tunggu Aidil Adha, semuga kita panjang umur dan dapat bersua...


Win dan Roshdan saya temui di alamaya. Win roomate saya di NC. dan Roshdan adalah jiran rumah sebelah! Di NC dulu cuma ada 2 rumah Melayu. Kami serumah 5 perempuan dan jiran sebelah selang 5 pintu di sana ada 5 lelaki. Di sana cinta mereka berputik dan berkahwin bila balik Malaysia...Saya jumpa bila hopblog melalui Zany - nampak gambar Win dan Roshdan dalam blog Tobiaq... masakan ku lepaskan dari menghubungi adik-adik ku ini...


Saya hopblog dari Neeza ke blog Hj Safian...ahhhhh.. suami Safiah rupanya dia! Safiah ni cute sangat, roomate saya di STL! Tak sabar nak jumpa lagi. Let me know bila you balik Penang...ya...

Minggu yang sama Rosma beri komen di blog saya... yayyyyy...kami kenal sejak di Jalan Gambang, kemudian sama-sma di STL.. Rosma dah half-Penang... jom jumpa ya....bila balik rumah mertua kita kasi gempaq ya!


Dan saya terus menjejak. Hari ini saya menjejak Diah melalui pejabatnya di UUM. Mengumpul kembali sahabat-sahabat lama yang pernah memberi kemanisan pada hati, terasa kasih sahabat dan ukhuwah yang perlu dikemaskan.
Sahabat baru saya kelek dan yang lama saya kendung...

Hari ini jua, saya mendapat jejak seorang sahabat lama melalui blog anak muridnya. Sedihnya saya "berjumpa" dia pada hari jenazahnya baru disempurnakan. Al- Fatihah untuk Allahyarhamah Napidza Abdullah, kawan sejak Tingkatan 1 hingga 5. Alahyarhamah meninggal duni pada 14 Oct 2008 jam 7.30 malam akibat kanser payudara. Semuga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Untuk seorang kawan baru hari ni....Terima kasih Diya kerana sudi YM dengan auntie tentang cikgu tersayangmu.
Friends are forever...

Monday, July 14, 2008

Hujung minggu yang panjang...

Seminggu saya diam...hati tak tenang, malas nak tulis sebab yang ada dalam kepala cuma rasa tak puas hati pada suasana sekeliling....
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hujung minggu lalu saya cuti 3 hari sebab hari Sabtu itu harijadi TYT Gabenor P Pinang, jadi dapat lah cuti ganti pada hari Isnin.. Best, best, kalau cuti 3 hari. Dari awal dah plan nak jumpa kawan-kawan siber yang tingggal sekitar utara ni ,pergi belajar masak, pergi jemputan perkahwinan dan penuhi undangan sepupu yang dah berkali-kali ajak melawat kilangnya.
Wah, berjalan saja... tapi kat area sini dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya saja....
Hari Sabtu ! Sebelum pergi rasa suspen juga sebab Ana, Rinn,& Aini..yang saya kenal mereka melalui Rnet dan fotopages juga akan turut serta...Seronoknya dapat jumpa di alam nyata. Bila pertama kali jumpa, macam baru jumpa kawan lama..apalagi kongsi hobi yang sama. Kita belajar buat kek yang fancy-fancy! Saya memang gila tiramisu...Sebelum ni saya buat Asian Tiramisu saja,guna kek span. Alhamdulillah ada peluang belajar buat Tiramisu Asli. Tengok tiramisu in the process nii....nyum nyum nyum..nanti kawan-kawan mai rumah saya kat Penang ni , saya buatkan ye.....he he heh..

Tiramisu asli yang dah siap, belanja membuatnya memang mahal jugak sebab sukar nak cari gelatin halal dan biskut jari tu...tapi rasanya memang berbaloi.
Lagi kek.. coklat , tuti fruity, lapis strawberi, kek aiskrim.
Chef selitkan satu hidangan savoury untuk kami, Baked Sandwich. Mudah membuatnya dan sedap. Sessi petang pula belajar buat biskut raya. Dekat nak masuk waktu asar mata saya kuyu tak larat nak angkat lagi...letih jugak ya!

Pagi Ahad dah berjanji dengan Ammer nak bawa dia jumpa kawan baru dari Turki. Tengok lah tu.. malu-malu saja. Gelihati campur kesian tengok Ammer dan Baddin bermain sama-sama tanpa suara....Ammer malu nak cakap Inggeris, dan Baddin pun berbisik saja dengan Hatice dan Anne Simah..Pemalu amat si comel ni... geram tengok.

Woww.. Hatice is a beautiful young lady. Tak jemu mata memandang...she is so sweet..
Simah.. macam yang selalu kita baca.... as sweet as ever....

Seronok sungguh bertemu Simah. Dua dua pun chatterbox...he he he. Anak diam bermain, emak nya tak kering lidah dan gusi asyik berbual dan ketawa! Hinggakan Ibu Simah sendiri macam susah nak percaya yang kita baru pertama kali bersua. Terimakasih makcik kerana mee goreng mamak yang pedas vogue gitu! :p dan juga sudi mengundang kami untuk menyerikan majlis perkahwinan Yana minggu depan. InsyaALLAH dapat bertamu lagi, nak tengok Hatice pakai gown warna gold ..:))) Tak sedar masa berlalu, dan tak puas berbual, InsyaAllah mudah-mudahan ada lagi masa bertemu sebelum Simah balik Turki. Terima kasih Simah kerana sudi menerima saya bertamu...a scarf is lovely, a tasbih is handy , my girls love the bead bracelet; thanks again and again for the thought that count.

Balik dari rumah Simah pula ke majlis perkahwinan anak jiran. Sungguh ekslusif majlis ini..pengantin cantik bak bidadari. Ralit tengok slideshow pengantin dari zaman bayi hingga kezaman sekolah dan menuntut di luar negara...Saya berkenan dengan warna purple dan silver dengan serba-serbi perkakas majlis yang simple tapi elegan.

Simple tapi cantik bunga telur ni kan...Terima kasih Kak Noni kerana izinkan saya copyright design bunga telur ini untuk saya penuhi tempahan bulan Oktober nanti...

Plan terakhir saya menjadi juga. Dah lama sepupu saya menjemput baru hari ini terluang melawat kilang porcelain itu. Seronok tengok bumiputera maju ...Punya la excited tengok hasil kilang ni sampai terlupa ambik gambar...Cuma ini saja tangkapan saya.

Sunday, May 11, 2008

Balik Kampung...Catatan Selamat Hari Ibu

Balik kampung zairah pusara mak, seperti biasa ia bersih terpelihara. Teduh dek pohon cempaka yang kami tanam telah rimbun berbunga. Semuga tenang roh mak di sana. Doa chek tidak pernah pernah putus-putus. Untuk mak mertua, Hajjah Che Puteh Othman, chek sayang mak. Semuga sentiasa dalam kesihatan yang baik.
~~~~~~~~stop sat, skrin komputer dah kabur.....~~~~~~~~~~~~
Selamat Hati Ibu Haya,
Saya ziarahi sahabat saya ini yang baru melahirkan putera puteri kembar pada hari Jumaat 9 Mei. Teruja hati tengok putera puteri comel sedang lena. Kulit Haya putih terserlah dan suaminya bertubuh gelap. Kembar ini seorang mengikut kulit bunda dan seorang lagi menyalin kulit ayahanda. MasyaALLAH. Ibu ini tidak alami sebarang alahan dan kesukaran fizikal waktu mengandung, aktif sampai hari bersalin. Namun emosinya hebat tercabar. Dalangnya juga seorang perempuan berstatus isteri dan ibu. Kami tak banyak bercakap berbeza kalau dalam telefon. Saya tinggalkan Haya yang masih di hospital dengan semangat untuk dia tabah dan terus mencipta bahagia. Dia ibu yang hebat - dia menangis waktu gembira dan ketawa waktu dia takut dan marah. Setia kasihnya tidak bersyarat, demi anak-anak yang bertambah dari tiga sekarang berlima. Semuga Haya memperoleh kemenangan menyisih pengacau rumahtangganya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam perjalanan pulang dari kampung dan ziarah Haya, kawan saya Afni telefon minta dibuatkan sebiji lagi kek coklat untuk di beri pada emaknya. Baru semalam dia tempah satu, kenapa nak lagi. Saya ingatkan untuk di beri pada ibu mertua. Rupanya tidak...kek untuk mak dah habis separuh dimakan ayah! Separuh lagi dihabiskan cucu! Mak kata OK tak mengapa, tapi Afni kesiankan mak tak sempat nak merasa. Alahaiiiii, kesiannya saya dengar. Saya pun cakap Ok, tapi tak jamin deco yang cantik sbb tak sempat buat. Menjelang maghrib, dapatlah juga Afni datang ambik kek coklat yang saya curahkan ganache dan taburan coklat flakes ... Semuga ia cukup untuk Afni memggembirakan hati mak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya tidur awal sebab amat letih dan terjaga lebih awal pagi ini dengan ring tone sms ucapan selamt hari ibu dari kakak saya!!! Thank-you dear sis... Tengok-tengok, anak-anak lena bergulingan tidur di bilik saya! Waktu bila mereka menyelinap pun saya tak sedar. Entah-entah buat plan denagn abah nak suprise mama ni... Ammer memegang envelop warna pink! Ha ha ha...terkantoi! Nak buat suprise hari ibu tapi tak jadi! Mama bangun lebih awal....
Terima kasih anak-anak mama.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini pula anak yang baru 5 hari lahir...

Bebek lahirkan 4 ekor anak, semuanya betina...
tak reti duduk diam baby Bebek nihhhh....

Bapa anak-anak Bebek, kambing baka sanen yang tekenal khasiat susunya..
Di keliling tempat belaan kambing, rambutan sedang berputik.. dokong sedang berbunga...
nangka sedang membesar...
cili padi berbuah lebat...

Selamat Hari Ibu, untuk semua ibu-ibu yang hebat! Salam ceria dan bahagia selalu...

Saturday, April 12, 2008

Kiblat kita....

Hari Jumaat kelmarin,kawan sekerja memanggil saya untuk menentukan kiblat surau di Production Floor yang baru. Saya terkedu. Ikut sajalah arah kiblat surau kat Production Floor Tingkat 3 ni, kata hati. Macam dia tahu apa di hati saya, dia berkata,
"how do you confirm our surau now has precise direction". Saya pandang Siti yang lebih senior dari saya juga salah seorang pioneer kami .
"Errr...dulu Taha yang buat, I ikut jer anak panah yang dia buat!" Kata Siti tersenyum sumbing. Dia pun nampaknya dah merah padam mukanya macam saya juga!
"Encik Mirza, mesjid dekat sini pun hala macam gini...". Fahmi, anak buah saya mencelah.
Dalam hati malu tak terkira...Mirza ni baru saja bertugas sini. Orang penting juga. Bukan saya kagumkan pangkat dia, tapi pada keperihatinannya pada perkara yang saya ambil ringan dan mengikut saja arus sedia ada. Dia bawa 2 kompas penanda kiblat. Satu yang "low cost ", satu lagi dari syarikat yang ada nama, siap dengan arahan bergambarajah dalam bbrp bahasa.
Kesimpulannya, surau kami memang tepat arahnya.
Tapi kenapa saya tak pernah terfikir untuk memeriksa arah kiblat selama ini. Kalau kat rumah atau pergi tempat baru, suami saya yang pastikan semua ini.
Siti bertanya pada Mirza, "what make you think to re-check?".
Dia tak menjawab. Biarkan saja kakak senior dua orang ni cari jawaban sendiri, agaknya.
Jawab saya pada Siti , "Islam nya Mirza, Islam di cari. Islam kita ni Islam dapat. Sebab tu kita "take things for granted".
Sewaktu memandu pulang, saya melihat apa yang terjadi di pejabat tadi sebagai satu refleksi iman. Mirza sebenarnya lahir dari keluarga India, kemudian dia memeluk Islam. Dalam banyak kes yang saya temui, orang yang mencari Islam lebih perihatin dan istiqomah praktis Islamnya dari saya yang Islam sejak lahir. Kita ambil Islam sebagai cara hidup yang selesa walhal peningkatan iman itu sebenarnya perlu dicari dan diusahakan. Masalah hala kiblat ini sebenarnya perkara asas, tapi ramai orang termasuk saya "take it for granted".Perkara kecil ini perlu kita pastikan dulu keyakinan arahnya, barulah yang berikutnya tetap berpegang pada yang asas tadi. Saya teringat waktu singgah di R&R sepanjang lebuhraya, beberapa kali melihat ada jemaah yang sama-sama berhenti solat meletakkan kompas menentukan kiblat sebelum mereka menghampar sejadah.
Perkara kecil, tapi kesannya sampai ketulang hitam saya.

Sunday, April 6, 2008

Bertemu Tulipurple

Waktu Tulipurple balik ke rumah MIL nya bulan lepas, kami asyik merancang tapi tak menjadi. Frust jugak tapi mengharap dapat jumpa bila dia balik lain kali...Tiba-tiba hari ini cik adik manis ni telefon saya yang waktu itu memandu dalam sesak trafik di Jalan Mesjid Negeri. Katanya dia berada di Gurney Drive. Memang saya pun nak ke situ sebab anak-anak nakbeli barang keperluan di asrama yang dah kehabisan. Cadangnya kami mahu ke pasaraya di Gurney Plaza; kemudian cari GUiT kat MPH Bookstore yang baru di buka kat situ. Hajat hati elok sangatlah bertemu sambil makan2 kat kompleks tepi laut tu. Saya dan anak beli barang cepat-cepat dan call Tulip; oh, rupanya dia di Balik Pulau. Ronda-ronda...
Saya pun hantar anak balik ke sekolah dan terus pulang kerana Ammer dan Alia tak ikut. Mereka nak rehat di rumah, masih letih kerana hari ini ada ujian grading TKD. Bila saya menyusur masuk ke Penang Bridge, dia telefon, katanya dah sampai Gurney Drive nak makan char koay teow! Alahai, kesian nya, berselisih lagi jalan kami...Selepas itu Tulip nak ke Queensbay pulak. Oklah,kami pun setuju nak jumpa di Seberang Jaya dalam perjalanan mereka dari island ke rumah MIL di Bertam. At last saya sampai kat Key's CharKoay Teow dan nampak Tulip melambai-lambai, cepatnya dia tangkap saya yang terjengah-jengah. Kami pun peluk-peluk Arab ( pinjam phrasing Maklang dan Ummi 365!) dan mula berkenalan. Kanda Tulip ( of course ) ada, EA and DQ juga. EA cool jer, DQ ramah, tuit, tuit tuit! Geram tengok anak-anak Tulip comel macam maknya yang ayu.Saya datang sendiri saja. ( Anak-anak tak ikut kalau keluar malam, dan suami masih dalam perjalanan pulang dari Bangkok) Sembang-sembang dan makan-makan. Terima kasih kanda Tulip yang belanja makan sate. Dia pulak makan nasi goreng dengan telur goreng mata kerbau...teringat pulak satu entry Tulip katanya kanda dia ni kalau nak makan mesti ada telur goreng...Maaf ya dik, ngusik sikit.
DQ dari duduk atas baby chair dah turun mengejar kucing ( teringat kakSilverSarina!!!)Tapi itu kucing bersih punya tau kakRina, di bela Key's. Kesian kan EA yang dah mengeliat-mengeliat sambil gosok mata, ngantuk baby tu...kami pun beredarlah...Sempat gak kanda Tulip ambik gambo kami, eh risau akak pasal gambar-gambar ni.. kot nanti terkeluar gambar burger! ( Sebab tu jugak lah entri ni tak dak gambar orang.. he he he...)
Untuk Tulipurple, terima kasih kerana sudi berjumpa akak. Walaupun singkat, ia adalah permulaan yang manis. InsyaALLAH kita jumpa lagi. Untuk kandaTulip juga terima kasih. Oh ya, suami akak berkirim salam, nanti kita jumpa lagi boleh cakap pasal enjin dan motor ya!

Sunday, March 23, 2008

Sajak Rindu


Ia cuma sebuah buku nota. Bertahun-tahun saya kehilangan buku ini, hingga saya tak berharap lagi untuk menjumpainya. Sesekali masih terkenang-kenang kandungannya, terutama catatan resepi yang saya kutip sepanjang tempoh di sana. Agak ralat kerana resepi yang saya salin dalam disket juga tersimpan di poket buku itu. Tercatat juga di situ nota-nota kecil sepanjang jalan kenangan. Ah, sukarnya melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati.
Pagi Sabtu yang bening saya keseorangan di rumah. Saya mengemas masukkan barang simpanan dalam kotak, dan menyelongkar laci chestdrawer dalam bilik anak. MasyaAllah, di sini rupanya bulu itu! Alhamdulillah... kalau jumpa RM seribu pun rasanya saya tak teruja sampai begini. Disket pun masih di situ, tapi mahu dicari kemana ya, komputer yang pakai floppy disk sekarang ni!
Sudahnya, hampir setengah hari saya membelek buku ini. Mengimbau kenangan lalu, terkenang zaman muda dan menyalin resepi dari buku ke blog masak saya, takut hilang lagi bila berpindah ke rumah baru nanti...
Antara catatan kecil saya waktu kerinduan dulu....


fingers joint stiften
like steel part of an old clock
frozen with rust
these hands recall
my father's strength
mother's pain
brother's grip
I want to sleep
without dreaming


Greenville, NC 26/4/1989,
sitting with Don Rutlegde at AJFletcher Recital Hall


Ini pula lukisan Emmanuele Vargas untuk saya

khabar terakhir beberapa tahun lalu dia kembali ke Mexico mengepalai satu gereja besar di sana. Ini pula sling purse berian Achariya Ketudat, entah di mana anak petani kaya Thailand ini..tapi cenderahati ini masih cantik dan boleh dipakaiguna.


Waktu itu kami sama-sama baru sampai dan mengambil kelas English di bimbing Don. Bukan kami saja yang gementar tapi cikgu ini pun rupanya seriau jugak mengendalikan enam orang pelajar antarabangsa yang lintang pukang bahasa kami dengan slanga dari tanah peribumi. Saya Melayu tunggal di sini. Saya lah paling banyak buat kontroversi sebab saya tak makan semua yang mereka makan, tak join mereka pergi parti dan mereka terpaksa tunggu saya solat waktu kami pergi berjalan-jalan. Macam-macam aktiviti kami buat dan pelbagai rasa pengalaman kami tempuh. Kami sungguh rapat walaupun mengambil kurus berlainan dan saling bantu membantu. Sajak di atas saya tulis sewaktu amat rindukan keluarga dan saya luahkan pada Don. Dia mendorong saya untuk menulis. Waktu itu kami sedang menunggu masuk untuk menyaksikan persembahan tamat kursus (recital) oleh Kim Yung yang bermain piano untuk kelas Music Theraphy. Sampai kini saya dan Don masih berutusan, sejak zaman surat menyurat hingga sekarang beremail dan YM!