Updated with pics..
: maaf ya, ada problem sikit tak boleh upload gambar..
Asyiknya kalau dapat menikmati coklat. Hati panas pun jadi sejuk bila coklat mencair dalam mulut. Saya memang suka coklat dalam bentuk apa sekalipun tak kiralah minuman coklat, aiskrim coklat, kek coklat , asalkan ada coklat semua saya suka. Tak faham saya kalau ada orang cakap tak suka coklat kerana bagi saya ia amat istimewa. Saya pernah terbaca sebaris ayat yang diungkapkan seorang Inggeris yang buat kajian tentang coklat ( maaf tak ingat namanya ) Katanya,"9 out of 10 people like chocholate, with the 10th is a liar!" Macam lawak bunyinya dan agak prejudis sebab orang yang buat kajian dan rumusan ini pun seorang professor yang amat suka coklat! Saya percaya ungkapan ini benar. Pengalaman sendiri tentang seseorang yang selalu sebut, "I don't like chocolate". Tapi kalau saya makan aiskrim coklat ke, dia lah yang mengendeng minta dibelikan yang coklat juga. Begitu juga kalau ada yang bawa kek coklat ke pejabat, malah bila pejabat kami menerima pemberian coklat dari pelawat atau boss, orang itulah yang lebih-lebih. ( Saya mengata yang benar!)Setidak-tidaknya ungkapan orang Inggeris tadi saya nampak kebenarannya di depan mata.
Saya berangan-angan mahu buat coklat sendiri. Punyai kiosk coklat sendiri....kalau tak laku dijual; sendiri buat sendiri makan...hahaha, tak rugi kan! Cuti panjang sebulan lalu membolehkan saya merealisasikan anganan ini. Setelah 2 kursus teori dan praktikal,saya nekad melabur duit membeli bahan mentah yang original iaitu "Belgium Chocolate", cocoa butter, acuan dan perkakas lain.( sorry.. nak angkat diri sendiri). Coklat yang saya hasilkan, Alhamdulillah.. menepati cita yang saya angankan.
Enjoy....fresh coklat
Sample untuk cenderahati perkahwinan jiran: 4pcs in a box
Lollipop.
more to comes......

Sehari dua ini saya teringin makanan pedas. Bukan pedas biasa tapi pedas yang berlebihan. Tah la pasai apa pun tak tau. Nak kata mengidam, ishhh... dak kot...Saja suka. Kalau buat sambal belacan tu, sama banyak cilipadi campur dengan cili merah, letak belacan bakar banyak sikit, gula sikit, garam kasar dah tu tumbuk lesung.. perghhhhh...Lepas tu perahkan air limau nipis, duhhhh...pekena dengan ulam apa pun laju saja makan dengan nasi putih. Panas pedas sampai ke telinga...
Kudup melur cukup berkhidmat pada upacara perkahwinan apa jua bangsa ; menjadi bunga rampai, bunga manggar, menghias sirih junjung, melilit sanggul anak dara dan mak dara....
Melur susun kelapa pecah lima kelopaknya sering mendapat tempat dalam rawatan tradisi orang Melayu dan bunga wajib dalam upacara agama Hindu.
Dan bunga melur cina amat harum dan dinyanyikan sebagai lagu rakyat berbuai.