Entry yang saya buat pada petang hari raya hilang $T%)^$(%&(&$(#)( entah apa-apa mesej dan it was gone with the wind from the nearby mountain!
Hari Tashriq belum berakhir dan takbir masih beralun selepas solat jadi belum terlewat saya ucapkan salam Aidil Adha untuk semua...semuga pengorbanan kita memberi menfaat pada orang lain dan di terima olehNya sebagai amal soleh pemberat neraca kebaikan. Ameen...
Hari Raya Haji di kampung halaman saya sama meriahnya macam sambutan Aidilfitri jadi persiapan kuih muih untuk balik kampung macam biasa. Awal-awal lagi saya ingatkan diri agar tidak terlalu memberatkan diri macam raya puasa dua bulan lepas! Tempahan kuih raya dan kek saya hadkan jumlah dan jenisnya. Saya buat jem tat, makmur, biskut peanut butter dan samperit saja. Hari Khamis saya selesaikan penghantaran jauh dan dekat; jadi saya ada tiga hari untuk tumpukan pada persiapan keperluan rumah dan rumah mertua. Tapi saat akhir begitu perlu juga melayan hantaran cupcake pertunangan dari jiran terdekat; tak sampai hati nak tolak lagipun Jumaat hari shutdown, dapat tolong selesaikan hantaran dia. Saya tidak tidur lagi selepas sahur dan terus "bekerja" hingga matahari terbenam. Usai solat Isyak saya tidur.. betul betul zzzzzzzzzzzzzzzz...dan bangun lagi awal pagi esok menyambung tugas seperti yang dirancang...Begitulah jadual 3 hari sebelum Raya. Dengan bantuan dua dayang kat rumah ni, ringan sikit kerja...sayang mama rupanya boleh di harap. Seorang teliti membentuk biskut dan seorang lagi suka buat cupcake...
Pagi Sabtu kami bertolak balik dan pergi jemput Tok kat rumah adiknya. ( Seminggu dua Tok kat rumah MakNgah)- nampak muka Tok macam sembab , bawah mata ada eyebag dan nafas pendek-pendek ;tapi saya tak cakap apa-apa. Sampai rumah Tok, saya bersilat lah apalagi - dah sebulan rumah tu kosong- faham-faham sajalah kan...Lepas solat zohor Tok tidur nyenyak . Agaknya dia rindu kat katil sendiri.. hujan pulak tu, sedap dia tidur. Petangnya sahabat lama yang baru di temui, Diah datang berziarah dengan anak-anak. Rancak kami bersembang hingga dekat maghrib.. rasa tak mau berpisah macam-macam nak di bualkan. Thanks Diah for a pleasant visit :) Malamnya kami ramai-ramai buka daun palas, sambil tu saya pujuk Tok pergi hospital buat check-up.
Pendek cerita esoknya pukul 7 pagi kami tiba di hospital dan Abah terus ke pasar beli bahan basah...Panjang list saya untuk dia.. he he he. almaklum lah petiais kosong!
Pukul 9 pagi kami dah balik dari hospital. Paru-paru Tok sedikit kembang, dia diberi dos tambahan untuk urinate dan saya suruh dia rehat saja. Tak larat dia berulang ke bilik air, akhirnya dia bawa selimut bantal tidur dalam bilik yang paling dekat dengan bilik air! Sementara dia rehat saya balut ketupat palas. Alhamdulillah sebelum azan zohor saya selesai balut ketupat dan buat agar-agar santan. Leganya bila ketupat dah naik api! Sambil merebus ketupat, saya dan suami tolong Tok kerjakan rendang daging, ayam dan kuah kacang. Masakan tradisi ni kena juga ada sentuhan orang tua, baru ada umph! Setuju tak?
Ipar dan biras tiba waktu kami sedang berbuka puasa. KakSyimah terus dengan projeknya kari daging mamak dan bihun sup! Cekapnya dia, szup szap zsup zsap... dua periuk besar bertenggek kat dapur dalam masa setengah jam saja. Sementara tu saya buat kek aiskrim ; ganti biskut sebab biskut raya yang di bawa balik sudah habis!!!! Nasib baik biskut makmur terlindung bekasnya- adalah jugak biskut raya untuk pemanis mulut nak dikawankan dengan kek buah dan agar-agar!
Malam raya ni ingat nak balik rumah pusaka keluarga saya yang didiami kakak. Biasanya malam raya ni kami berkumpul dan bertukar juadah; tapi bila Abah setuju balik sembahyang raya kat mesjid kampung saya esok pagi tak lah jadi balik. Rasa macam nak melompat ke langit! Thanks darling. Saya rindu sembahyang jemaah dengan orang kampung. Apatah lagi sembahyang raya gini,yang merantau jauh pun balik dan boleh jumpa.
Syahdu dan meresap alunan takbir. Puas mendengar qutbah raya yang di"qutbah"kan - bukan yang di"baca"kan. Qatib dan Imam anak kampung sendiri ; mereka lulusan al-Azhar yang kembali berbakti pada anak-anak dan wargatua kampung sendiri. Tanpa naskah, qatib berqutbah dengan tertib dan bernas; satu persatu perkataan bernas lancar di lidahnya.
Turun mesjid kami ziarah pusara ayah bonda, datuk nenek.. kemudian berkampung kat rumah pusaka. Abang1 datang dengan konvoi 5 buah kereta , riuh rendah anak cucu. 4 hero kecil ni sepupu antara satu sama lain, cucu Abang1 . Kat kolam antik ni la suka benar depa menyempit..
Kenduri kali ini saya betul-betul lepas tangan. Anak dara ramai semua rajin buat kerja kenduri. Saya duduk melayan cucu saudara..menjeri-jerit budak-budak tu saya gomol.
Selesai tahlil dan kenduri kami balik rumah Tok. Tak jauh, 10-15 minit jer.
Pagi Raya kedua kami ziarah ayah angkat Abah di Pedu. Petang kami bertolak balik Penang tapi Tok tak nak ikut sekali. Abah cuci periuk besar bekas memasak dan saya kemaskan pinggan mangkuk semua sebab ipar duai pun dah balik ke rumah masing-masing; sekurang-kurangnya tak lelah Tok nak mengemasnya nanti. Memang berat hati nak tinggalkan dia seorang kat rumah tu tapi apakan daya. Ikut lah saja kehendak dia, agaknya dia rindu kat rumah sendiri .Doakan yang terbaik saja.
Kami tak terus balik, sebaliknya singgah ke rumah sepupu saya. Melekat lagi kat situ sampai tengahmalam. Saya sempat tidur kat sofa sementara semua orang sibuk kat laman! Not only that, saya diberi cenderahati dari kilang dia.. he he he.. boleh tambah koleksi miniature roses roses...
Pagi ini.. malasnya nak pergi kerja; tapi saya dah tau kerja bertimbun-timbun. Balik ke sini, sirna segala suasana raya. Mujurlah masih dikumandangkan takbir selepas solat dari corong pembesar suara mesjid.. masih ada roh Aidil Adha di sini....





