Kalau penat, jangan komplen!!!
yang comel dan yang comot
....happiness is a domestic bird in our own courtyard...tame it!
Kalau penat, jangan komplen!!!
Posted by cikMilah at 3/30/2009 09:14:00 PM 14 comments
Labels: Cerita, Kerastangan
Dalam sibuk-sibuk tadi saya dapat panggilan ke hp dari satu nombor yang tak di kenali. Biasalah, terima panggilan dari pemanggil yg tak di daftar waktu kerja; itu mungkin supplier dari mana-mana..Saya menjawab dengan tenang.
Suaranya saya cam dan dapat mengagak pemanggilnya tapi dia berdolak dalik pada mulanya tak mahu perkenalkan diri. Suruh saya teka siapa dia. Saya cakap saya kenal suara dia tapi lebih manis kalau pemanggil yang kena perkenalkan diri. Betul tak? Akhirnya dia mengaku dan telahan saya benar. Kami agak rapat waktu belajar dulu.
Say ateruja dapat dengar khabar , tapi
Adoi, saya di soal siasat! Kawin bila, anak berapa, kerja di mana, suami siapa, rumah kat mana, suami orang mana, kerja apa dan macam macam macam macam. Tapi bila saya balas bertanya soalan sama ,dia tak jawab pulak!!! Dari mana dapat nombor telefon saya pun dia tak nak beritahu. Adoi! what a game?
Gelihati saya bila dia kata dia belum kawin. Apalagi, saya guna pakai tektik domino (hehehe.. don't play play arrr...20 years had changed me a lot!) Lastly kawan kita menyerah kalah bila saya tanya, isteri you berapa? Hah, boleh pun berterus terang,awat tadi susah sangat nak mengaku - cakap sajalah dah kawin.
Dia juga terkejut bila saya tahu di mana dia bekerja. Dah kena soal dengan banyak sangat tadi, saya pun tarik harga jugaklah. Saya cakap, dari mana saya tahu tak penting, yang pasti, apa yang saya tahu itu betul dan tepat.
Kenapa ya, kenapa ramai yang sukar bercerita pasal anak isteri? Tak rasa bangga kah mereka sebab sudah punya rumahtangga, isteri dan anak penyeri hidup. Memang lah tak semua macam itu, tapi ini bukan kes pertama yang saya lalui. Ada yang saya kenali, tak pernah pun mahu bawa isteri bertemu kawan-kawan lama. Apa salahnya isteri kenal kawan lama,kan.
Pada saya di usia sekarang, jika mahu menyambung semula persahabatan yang di pupuk sejak zaman sekolah atau universiti, lebih elok jadikan seluruh keluarga sebagai kawan. Biar para suami berkawan, para isteri berkenalan dan anak-anak pun dapat kenalan baru. Meriah hidup jadinya!
Posted by cikMilah at 3/24/2009 09:06:00 PM 33 comments
Labels: Tafakur
Pantasnya masa berlalu, hari ini sudah 21 haribulan, maknanya dah hampir sebulan di tempat kerja baru. Satu perkara yang saya suka tentang tempat kerja baru ini ialah kurang tekanan. Agaknya belum kena yang betul-betul hit lagi kot.. entahlah. Budaya kerja di sini kental dengan dengan teamwork. Timbul saja masalah, semua tangan dan kepala bersatu, cari jalan selesaikan masalah tanpa menuding jari kearah sesiapa atau tikam belakang orang lain. Saya bersyukur kerana Allah telah mengalihkan saya dari suasana kerja yang amat menekan sebelum ini pada keadaan yang lebih baik sekarang. Skop kerja lebih fokus. Industri elektronic memang begitu - kerja ikut buku. Tak banyak songeh manusia jadi otak tertumpu pada kerja. Lebih terarah ke situ sekarang, malas nak ambil tahu hal orang, asal tugasan dah tip-top dan bos puashati.OK. Aside of work, orang-orang industri di sini friendly dan lebih menghormati orang lain.
Official hour starts at 8.00, pukul 9 ada 15 minit break. Kalau tak smpat breakfast kat rumah atau dalam kereta saya join satu group 6 orang perempuan dan seorang lelaki lembut. Masing-masing ambil turn bawa breakfast dish dari rumah ( ataupun beli jer) sebab dah boring dengan makanan kantin ( biasala kan...)Saya dah masuk kandang kambing ni kena mengembek juga lah kan...Tapi, mmg best la kongsi breakfast gini.. macam morning coffee la pulak. Yang lelaki tu Pengurus Kejuruteraan -pandai masak woooo..dan ada salon rambut as a side business. Mereka panggil dia Awang. Tapi saya tak sampai hati la pulak, kita orang baru kan...
Geng morning coffee saya ni hampir semua ada side business. Seorang lagi ada spa kat rumah; yang seorang lagi pandai buat sulaman benang. Nanti saya cerita kan lagi ya!
Di sini mereka panggil saya "Sis". Janggalnya!!! Kalau engineer, planner muda tu , ok lah, tapi dengan boss depa sekali panggil saya Sis. Tak kira bangsa. Pelik kan kalau Finance Director panggil you "Sis" dalam meeting - habis semua orang panggil saya Sis sejak itu! Bukan nya tak boleh terima hakikat kita ni senior aged, tapi aahhh..janggalnya kalau dalam urusan formal ber"adik-kakak". Akhirnya kena akur lah. Dah masuk kandang kambing kan...Setakat ini 2 orang wanita panggil saya adik; rakan sebelah meja dan seorang Pengurus QA yang sudah 50-an. Apa-apa je lah kan. Nampaknya dah jadi kebiasaan, orang besar pun di panggil dengan nama pendek saya; kecuali yang berPhD tu, saya dengar di panggil Doc.
Jadual padat, tak sempat nak berym mamcam dulu.. hehe. I miss you KakElle! Apapun, saya happy bekerja dalam suasana produktif begini. Semua orang sibuk. Tak terasa impak krisis ekonomi di tempat baru ini. Kita bekerja sekarang untuk laksanakan perancangan untuk projek 6 bulan akan datang dan untuk fasa seterusnya. Semuga kemarau ekonomi berakhir. Dalam rancak bekerja, kelmarin saya terkejut juga membaca headline "D**l akan offer VSS untuk 5000 pekerjanya...Saya masih phobia, kalau ia berlaku di sini, I am very vulnerable of being LIFO ( Last in First Out)!
Semuga di jauhkan Allah dari kejadian itu lagi. I am happy with my new work. I need to make a WONDERFUL weekend and looking foward on days ahead.
Have a good weekend , everyone.
Posted by cikMilah at 3/21/2009 05:30:00 AM 11 comments
Pertama kali guna coklat buatan sendiri untuk gubahan hantaran. Pertama kali juga bermain riben dan lace hitam untuk hantaran. Tak pernah terfikir rona hitam cantik untuk hantaran perkahwinan. Hmm..elegan dan macho! Dari cik abang untuk suri dihati...25 biji coklat dalam bekas bulat bertingkat.Dari cik adik untuk cik abang, sangkar cinta berwarna turqouise berpadu 27 biji coklat dalm bekas berbentuk hati... Sms dari empunya diri yang menempah "cntiknyerrrr....sure sedap.Trimaksh bbyk!
Handle with care ya Lilis, pengapit pengantin berarak dari Kulim ke Kota Bharu pada hari Jumaat.. semoga sampai dengan selamat dan pulang dengan gembira. Untuk Dr Hasrul Rashidi dan pasangan, Selamat Pengantin Baru!
Posted by cikMilah at 3/14/2009 03:36:00 PM 19 comments
Labels: Chocolate, Kerastangan
Saya ada urusan coklat di Ipoh dan kami ambil peluang ke taman air di Tambun bila kerja-kerja saya selesai pada pagi Ahad. Happy nya anak-anak, tangkap singa sorang seekor!
Tempat ini comel saja, cukuplah 3 jam kalau nak habiskan masa di sini. Kami masuk pukul 2 petang dan sebelum pukul 5 sudah habis explore. Begitupun, saya suka dengan kombinasi alam semulajadi dengan seni reka taman moden. Unsur gunung batu kapur menjulang tinggi bagai pagar, bersatu dengan taman tema air menjadikan ia unik walaupun tak sebesar dan seluas Sunway Lagoon atau Bukit Merak Lake Resort.
Dek sibuk mencari tube tadi kami lupa menjengok harimau Siberia walaupun dah lalu dekat kawasan itu. Ada juga tram membawa penumpang keseluruh kawasan, tapi anak-anak ni dah jadi itik bila dah jumpa air.Apa-apa sajalah kan... asal mereka seronok!
Posted by cikMilah at 3/09/2009 08:48:00 PM 21 comments
Labels: Jalan-jalan Makan-makan, Permata Hati
7 Mac. Saturday is a family day. After a thought,finally we left 3 kiddos home alone, MamaAbah taking-up invitation from PDRM for a community ride. Destination is somewhere near to us but of places of that never heard about before! Shame on us! Getting there is easy and accessible by a highway but the captain rider chose kampung road. Time to rrrramping... and lapping.., kata Cat Cat, oh no Cat! Head of Penang police contingent is a captain rider today...Kali ini ialah penunggangan motorbesar secara berhemah OK, tapi kalau dia rempit, kita kena ikut, betoi dak? hahahaha
Posted by cikMilah at 3/09/2009 07:23:00 AM 9 comments
Labels: Ziarah
Saya duduk di hadapan beliau dalam majlis syarahan Prf MKI. Bila waktu solat Isya', saya menoleh dan senyum, nampak dia kesaorangan macam saya. Kami berbual. Dia bertanya mana saya dapat buku THMSI. Saya akur susah nak dapat buku ini di daerah ini. Cepat benar stok habis.Saya cadangkan kami jumpa sendiri Prof, kalau-kalau dia bawak buku untuk jualan.
Tapi Prof cakap tak bawa buku dan tanya Puan Syam. Tapi kemudian katanya ada sebuah buku dalam kereta. Nanti lepas majlis, ikut dia ke kereta. Saya nampak mata Hasnah berseri-seri!
Kami duduk dan sambung bercerita pasal buku ini. Dia tanya kenapa ada helaian tisu di celah-celah muka surat, buat penanda ke..
"Hehe... bukan penanda kak, tisu tu untuk saya senang nak kesat airmata."
Seterusnya kami duduk bersebelahan, dapat kawan baru.
Selesai majlis, kami berbual lagi sebab saya rasa wajah dia memang familiar, pernah jumpa. Mungkin juga kami satu khariah, berselisih di jalan atau di market atau di mana-mana. Katanya dia jarang ada di sini ,cuma hari minggu balik ke Seberang Jaya. Hari biasa katanya dia berniaga nasi di Juru.
"Juru? berniaga makan? kat mana tu?" Bertimpa soalan saya.
"Restoren sebelah TNB dekat Sg Juru, sebelah belakang kawasan industri.."
"La....kak, saya selalu makan di situ masa kerja kat XYZ. "
"Aha la, memang kakak pernah jumpa adik kat sana."
"Ya lah, akak cashier kan."
Hahaha..kami baru sedar selalu berjumpa sebelum ini.
"Maaflah tak perasan, sebab selalu tengok pakai busines suit. Saya pulak dengan apron."
Memang pun Hasnah dengan apron duduk di meja cashier kat restoren tu. Makan harian Hasnah memang sedap. Ikan segar, penuh ulam-ulaman. Ikan bakar dengan air asam di restoren ini memang jadi "pemanggil" ke sana! Kalau lambat keluar dari ofis waktu makan tengahari, memang terlepas menu , dan kena order ala-carte/ goreng-goreng!
Hasnah gembira sangat dapat buku berkali-kali berterima kasih pada Prof.
"Teriam kasih ya dik, bawa kakak jumpa Prof. Kalau kak sorang, memang tak berani jumpa orang bijak pandai ni.."
"Apalah sangat kak, saya tak tolong apa pun, dah memang rezeki kakak."
Satu kebetulan. Memang ramai yang kita kerap berjumpa tapi sekadar berpapasan dan berurusan saja. Kita jarang berharap untuk bertemu semula dengan seseorang yang kita jumpa dalam urusan harian, kecuali orang tersebut sangat berbudi pada kita. Saya bayangkan, kalaulah antara saya dengan Hasnah ada pergerseran ke, masam muka ke dalam perjumpaan sebelum malam ini, tentu tak sedap hati bila berjumpa semula dalam situasi begini. Tentu tak ada rasa gembira dan teruja dapat berkawan. Kami berpamit dan berjanji akan bertemu lagi. Kelas haji di mesjid ini minggu depan, kami berjanji mahu jumpa di tempat letak kereta dan duduk bersebelahan lagi. InsyaAllah.
Posted by cikMilah at 3/07/2009 04:48:00 AM 8 comments
Labels: Teman
Bersemangat sungguh mendengar Prof. membicarakan mengenai falsafah dan hikmah di sebalik ibadat haji, berkisahkan pengalaman beliau sendiri. Kisah beliau kisah luar biasa, manifestasi doa dan istiqomah. Beliau menekankan tentang doa yang yang menjadi nadi amal ibadat dan segala niat. Doa yang tulus dan bersungguh-sungguh akhirnya mengubah sempadan iman, mengubah sebuah kehidupan; mendapat seperti yang diimpikan . Dalam fikiran saya, apalah agaknya doa yang diamalkan oleh isteri Prof, Puan Roza yang merupakan tulang belakang kejayaan lelaki ini.
Satu lagi tentang konsep kun fayakun.Allah itu Maha Berkuasa, Maha Pengasih Maha Penyayang, semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah SWT sahaja, jika Allah berkehendak, apa sahaja mungkin berlaku. Sebenarnya saya rasa banyak lagi yang hendak di sampaikan tapi nampak benar beliau keletihan. Sesekali terbatuk-batuk ; yang pasti pengisian lebih 2 jam cukup mendalam. Semuga Prof MKI dan keluarga sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah, kesihatan yang baik. Semuga satu hari nanti dapat saya bertemu Puan Roza.
Posted by cikMilah at 3/05/2009 11:53:00 PM 6 comments