Wednesday, September 12, 2007

Salam Ramadhan 1408

Setiap kali Ramadhan bertamu, suatu perasaan yang tak tergambar menyelinap. Musim ini tak terkecuali. Hujan bertandang seiring bulan mulia ini. Aku cuba mencari apakah itu … umpama meraba dalam sendu sendiri. Tak mengapalah… aku cuma berdoa musim ini adalah Ramadan yang terbaik dalam kehidupan ku , dan Ramadahn terbaik untuk semua muslimin dan muslimat.
Usai solat asar terakhir bulan Syaaban ini, airmataku laju entah kenapa…
Pada yang jauh di mata – doa mengiring ingatan pada kalian semua…semuga semuanya selamat dan bahagia….
Pada yang telah tiada...rindu nya tidak terkata...Al-Fatihah.

Monday, September 10, 2007

Ramadhan Episod 1


Episod makanan dalam bulan mulia ini menuntut perhatian yang tidak enteng bagi aku. Dengan segala kos melambung beserta kenaikan kakitangan kerajaan baru-baru ini ( Alhamdulillah rezeki mereka..) aku perlu kaizen kerana peruntukan belanjawan ku walaupun tak defisit, ia tidak bertambah jumlahnya dari tahun lepas.
Selain itu, memasak untuk juadah bulan mulia ini umpama satu passion bagi ku Pertama, teringin mewarisi semangat aruah mak – paling kurang 2 jenis kuih terhidang untuk buka puasa – satu jenis manis dan satu lagi jenis pedas. Sebagai anak aku amat kagum dan gembira di sajikan dengan airtangan ibu yang sentiasa senyum melihat aku makan sambil bertanya, esok nak makan apa….
Kedua , aku mahu meraikan anak-anak yang tak tinggal puasa sejak umur 6 tahun ( oops, sejak tahun lepas, dah ada orang yang wajib tak puasa untuk bbrp hari… ehemmm) . Bukankah orang-orang yang berpuasa itu di beri Allah 2 ganjaran, satu ketika berbuka dan satu lagi tatkala bertemu Tuhannya ?
Ketiga, sebab anak dan suami selalunya makan sampai licin apa saja yang aku masak. Alhamdulillah. (pssstttt…rahsianya ialah , kecilkan kuantiti masakan, cukup-cukup untuk 5 orang jer…) Sah tak berbekas punya…..
Aku perlu kurangkan siri lawatan ke pasar Ramadhan tahun ini. Secara praktikal kesannya kurang elok pada aku sekeluarga. Se harusnya dalam masa 2 jam antara waktu lepas pejabat dan waktu berbuka itulah aku terpaksa berkejar. Tepat lima tiga puluh, swis dan lampu ruang 15”x20’ ini mesti OFF hukum nya. Berlari anak ke parking lot kerana perlu “beat the traffic jam” kat Autocity Juru ( hanya orang Prai saja yang tahu….), ambil anak kat day-care, kemudian pecut kereta balik umah. Apa saja yang melintang, aku perlu mengatur masa dan tangkas untuk pastikan makanan yang seadanya sedia untuk santapan berbuka.
Sidang merancang dah aku siapkan hujung minggu lepas termasuk urusan membeli bahan kering dan menginventori.. Waktu beratur di kaunter bayaran seorang lelaki ( ketua keluarga layak nya) memerhati aku menolak 2 troli ….bukan membazir atau tak ingat fakir miskin, brother… aku memborong sakan kerana jika tercicir sebarang keperluan asas ini, aku harus mengimbal balik MASA yang amat bernilai kerana mesti singgah kedai runcit dalam perjalanan pergi-balik pada hari bekerja. Andai ini berlaku, seluruh jadual kacau bilau….penat ….. Kadang-kadang cemburu dengan kawan-kawan suri sepenuh masa yang tak perlu berkejar melangsaikan hal-hal begini....
Hari Minggu ini,…dari pagi aku kunci diri kat dapur dan buat marathon masak . Ini lah hasil nya. Karipap , cucur badak, risolles, cucur keria, sosej roll coated with oats dan sardine roll serta abuk-abuk . Semua ini akan masuk peti beku. Menjelang maghrib, dah terduduk, tak boleh bangun lagi untuk masak agar-agar. Aku berharap malam esok boleh masak agar-agar jagung, kacang merah , pudding cendol, agar2 pandan.
Cukuplah untuk minggu pertama .Tiap2 hari pukul 4.30 dah wajib aku akan telefon ke rumah , selain ingatkan Alia sembahyang Asar dan angkat kain, dia ada lagi satu tugasan keluarkan kuih , ikan / daging atau apa-apa kemudian de-fros….Bila aku sampai rumah, sebelum salin pakaian, aku dah boleh terus panaskan minyak , siapkan kukusan, atau apa-apa yang patut.
Sekurang-kurang nya aku tak pening cari parking kat pasar ramadhan , atau sakit kaki meninjau dari gerai ke gerai, dan tak lenguh tangan menjinjing bekas plastik . Juga hendak nya tak perlu menderma ke BALING lebihan makanan yang tak sedap tak terhabis….Paling utama, tidak berbelanja di luar peruntukan seperti tahun-tahun lalu….
Sambil sambil tu aku boleh lah jeling2 tv dan pasang telinga mendengar Jejak Rasul ke, Ziarah ke…Sementara nasi masak boleh la menggulai / menyayur / meng-kerabu / menggoreng atau men-juskan buah-buahan ala kadarnya….
Plan 7 hari pertama dah kaw tim, menu frozen minggu kedua:cheese cracker, murtabak mini, atau apa-apa lagi yang boleh di ceduk dari cerita dongeng orang dapur….yang masih dalam proses penambahbaikkan
Arak-arak kelapa puan ,
tidak puan kelapa bali ,
harap menjadi angan ku tuan ,
kalau tak jenuhlah membeli….