Showing posts with label Upacara. Show all posts
Showing posts with label Upacara. Show all posts

Wednesday, August 5, 2009

Salam Nisfu Syaaban

Detik dan waktu sudah di tandakan. Malam nisfu syaaban mengulang agenda bagi kita yang amhu merebut kasihsayang Allah

---petikan email ..semuga sama-sama kita mendapat menfaat.

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada 05 August 2009 (selepas maghrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x2. Membaca Yasin 3xi)
Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah)
Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah)
Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Semoga, kita termasuk dalam hamba-hamba-Nya yang tidak menyia-nyiakan kesempatan ini, dengan memberikan yang terbaik dari diri kita untuk mengabdi pada-Nya, khususnya pada malam-malam dan kesempatan yang Ia Ta'ala muliakan. Aamiin ya Rabbal 'Aalamiin.

Thursday, March 5, 2009

Letih tapi Ceria

Bila berbual, Dikma al-Bazrah selalu sebut Prof MKI dan dari situ saya kenali beliau melalui blog, buku,tv dan MIDI. Kedatangan beliau ke mesjid khariah ini mmg tak di duga, terima kasih pada puan-puan penganjur. Satu jam untuk mukadimah sahaja. Majlis berhenti rehat tak lama selepas pembukaan memberi laluan pada waktu Isya', sekaligus memberi ruang pada yang bercuti mendekati Prof.
Prof bercerita bagaimana beliau membahagi masa

Bersemangat sungguh mendengar Prof. membicarakan mengenai falsafah dan hikmah di sebalik ibadat haji, berkisahkan pengalaman beliau sendiri. Kisah beliau kisah luar biasa, manifestasi doa dan istiqomah. Beliau menekankan tentang doa yang yang menjadi nadi amal ibadat dan segala niat. Doa yang tulus dan bersungguh-sungguh akhirnya mengubah sempadan iman, mengubah sebuah kehidupan; mendapat seperti yang diimpikan . Dalam fikiran saya, apalah agaknya doa yang diamalkan oleh isteri Prof, Puan Roza yang merupakan tulang belakang kejayaan lelaki ini.

Satu lagi tentang konsep kun fayakun.Allah itu Maha Berkuasa, Maha Pengasih Maha Penyayang, semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah SWT sahaja, jika Allah berkehendak, apa sahaja mungkin berlaku. Sebenarnya saya rasa banyak lagi yang hendak di sampaikan tapi nampak benar beliau keletihan. Sesekali terbatuk-batuk ; yang pasti pengisian lebih 2 jam cukup mendalam. Semuga Prof MKI dan keluarga sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah, kesihatan yang baik. Semuga satu hari nanti dapat saya bertemu Puan Roza.

Sunday, October 12, 2008

Selamat Pengantin Baru Azma dan Amni

Selamat Pengantin Baru

Noor Azma & Noorkhairun Nizam

dan

Noor Amni & Roslan...


Cenderahati perkahwinan mereka amat istimewa....


"Buku kecil bernama Reflection ini dikeluarkan bersempena hari bersejarah, hari gembira "Walimatul'Urus untuk kedua-dua puteri kepada Mohd Khassim Ibrahim dan Rahmah Ahmad pada 11 October 2008 bersamaan 11 Syawal 1429H. Buku ini menjadi buah tangan, kenang-kenangan untuk saudara dan teman-teman yang sudi datang dan mendoakan keberkatan kedua-dua pengantin serta keluarga...." -petikan Reflection.
Azma hadiahkan buku ini pada malam sebelum hari lansungnya- waktu itu kami selesai susun hantaran dan makan tart nenas yang amat sedap. Ianya himpunan puisi dan prosa yang amat bermakna tulisan Azma yang direalisasikan dan di cetak di Thailand oleh sahabat karib Azma, Natjawa Sri-sa-Ard ( read Najwa).

Agak ralat sebenarnya kerana tak dapat menghadiri majlis mereka lebih awal pada hari Sabtu itu sebab ada juga majlis perkahwinan sebelah keluarga saya. Saya tiba lewat petang. Cantik ayu berseri-seri pengantin perempuan sambil melayan tetamu yang masih ramai walaupun hari menjelang malam...

Thanks Dikma, kerana mempercayai saya menguruskan hantaran perkahwinanmu ini.

Saya buat bekasnya saja, tart nenas ini di buat oleh mak sedara Azma, sedap you....

Bekas berisi Al-Quran.

Semuga kedua pasang pengantin mendapat rahmat dan berkat, di kurniakan zuriat yang baik penyambung perjuangan menegakkan Islam.

Thursday, January 24, 2008

Charity Food Fair

Assalamualaikum,
Saya sibuk benar hari ini hingga Ahad. Sibuk buat kek untuk jualan kebajikan. Pertama kali menyertai jualan begini, tak konfiden pun ada. Maklumlah cikMilah ni bukannya pandai masak atau buat kek gini, tapi peluang sudah di depan mata...lagipun jemputan dari Mamazieza dari Resipi.net sukar di tolak.
Penang Charity Food Fair anjuran CIMB Bank di Jalan Sultan Ahmad Shah, Penang (depan bangunan BHL) dekat2 dengan Citibank di adakan pada hari Ahad, 27 Jan 2007 pukul 9 pagi hingga malam. Charity Fair ini akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang dengarnya juga ada lintas langsung dari TV3 ke, masuk berita ke.. mana laa tau..
Kalau kawan-kawan tinggal di Penang atau mai Penang, jemput lah singgah memeriahkan suasana , membeli sambil menderma ke rumah-rumah kebajikan .
Gerai Rnet ni... ada cupcakes, cheesekek ,carrot kek,brownies, buns ,kek butter , kek coklat dan pizza di selenggarakan bersama 3 lagi kawan-kawan yang memang terror masak!