Wednesday, December 31, 2008

Nak pergi ke mana?

Sejak pagi tadi saya ditanya dengan soalan yang sama berulang kali oleh orang yang berlainan.
"where are you going to count down tonite?
Rasanya lebih dari 5 orang bertanya. Termasuk boss.
"Staying home".
Ada yang tunjukkan muka terkejut tapi tak berkata apa-apa.
"so square meh...your kids dont mind arrr?" My good friend at work A Lim bertanya.
"Does it really matter to you to do count down for new year?"
Dia senyum kemudian datang ke meja saya bercakap pelan-pelan...dengan pelat nyonya bukit.. hehehe ( dia tak kecil hati saya panggil dia nyonya bukit; A Lim ni seorang yang faham jenaka, dan kita sesama sendiri boleh mengutuk perkara tak baik tentang bangsa masing-masing dan masih boleh ketawa lagi)
"Frankly speaking arr, I oso neeeever go count down". ( intonasi macam Phua Chu Kang..)
Ha hahaha, kami ketawa besar sambil take high five...
"So, does it matter"?
Kami sambung ketawa.

Saya tidak nampak signifikasi menghitung angka kemudian bersorak ria dan letupan mercun dan bunga api menjulang yang kadangkala jadi dan adakalanya hanya asap berkelun. Itu sambutan terbuka; yang tertutup nya hanya Allah dan orang-orang yang pernah menghadirinya yang tahu. Dengar cerita waktu itu arak mengalir lebih laju dari air...
Detik 12 malam itu sepatutnya kita tafakur menghitung diri. Umur meningkat dan perjalanan ini entah bila akan terhenti.

A Lim setuju dengan saya bahawa kita tidak mulakan hari pada setiap tahun baru menjelang. Bagi saya, hari baru bermula setiap hari. Bak kata orang esok bermula hari ini. Pada setiap waktu maghrib, waktu matahari terbenam, itulah hari baru bermula. Kita perlu bersiap malam ini untuk teruskan kehidupan esok. Aturan Allah amat cantik. Kita difitrahkan untuk berehat bagi mencanai kehidupan yang segar esoknya.

Secara adatnya tahun baru penanda aras pencapaian kita sebagai insan. Bila penghujung calendar tahunan menipis, saya sering mengingatkan diri - kenapa kita harus menunggu tahun baru untuk memperkasakan azam sedangkan kelansungan hidup tidak pernah ada noktah selagi kita bernyawa. Seharusnya kita perlu ada kaizen ; continous improvement; istiqomah untuk menjadi manusia yang lebih baik dari kelmarin.

Saya bukannya anti sosial. Bukan tidak suka tengok bunga bunga api menghiasi gelap malam, cuma agak ralat kerana masyarakat kita terlalu melebih-lebihkan sambutan dan bersukaria hingga melebihi had hingga lupa hikmah peralihan waktu dek keseronokan sementara. Sebagai contoh umum bagi kami yang tinggal di Seberang Perai dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Nak sambut New Year selalunya kena menyeberang ke pulau kerana di sana lebih happening! Bayangkan jambatan sudah sesak sejak pukul 4 petang! Baru tadi anak buah saya yang paling nakal kat ofis beritahu yang tahun lepas dia tersangkut dari pukul 4 petang dan sampai ke Persiaran Gurney pukul 8 malam.
"Mana asar kamu? Kamu maghrib kat atas jambatan tu la ye?"
" Itulah puan, tahun ini saya pergi dengan motor. Tapi boleh bawak sorang awek sajalah".
Eiii,...budak ni. Kalau anak aku dah kena lesing dah ni...
Pemuda ini sudah dewasa tapi mengambil tanggungjawab hakiki dengan enteng. Kesihan, tapi saya tak sempat berkata apa-apa padanya kerana dia dengan riang-ria menghabiskan kerja dengan kadar segera untuk pulang awal mengisi agenda malam ini. Saya doakan supaya petang ini, malam ini dan hari-hari mendatang dia tidak lupa tuntutan solat padanya walaupun dia memilih jalan dekat untuk bersukaria pada malam tahun baru 2009 ini. Semuga hari esoknya dia bertemu arah dan halatuju untuk hidup yang lebih bahagia.

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Masa berubah. Dunia berubah. Fizikal kita pun berubah. Seharusnya aku berubah menjadi lebih baik. Aku mahu bergembira dalam hidup. Bergembira meniti hari mengunjur semua aktiviti harian kita jadi lapang, mudah, ceria dan bermotivasi untuk terus mencapai impian hidup. Padahal hidup tidak selalu indah. Matahari pun ada sinar dan kala mendungnya. Waktu itulah diri tercabar. Cabaran pukan saja dari sakit atau payahnya hidup, hidup mewah juga banyak cabaranya. Semuga cabaran dan dugaan membawa kita hampir dengan Maha Pencipta. Barangkali kesusahan itu kad kiriman dariNya untuk kita terus istiqamah dalam amal dan laku.
Melalui getar rasa dan sentuh deria pernah jua terfikir apakah aku mencari seronok atau mencari bahagia?
Salam Maal Hijrah untuk semua. Semuga keazaman kita terus kental untuk berubah mukminin dan mukminah yang lebih baik disisiNya.

Tuesday, December 23, 2008

Awak, Jangan Terus Bermimpi....

Telefon bergetar pukul 9.45 pagi. Dila waktu itu berjalan ke bilik konferens. Dila teruja melihat nama yang terpapar pada skrin kecil itu. Sekaligus rasa bersalah menyelinap sebab sms dua minggu lepas belum pun di jawab, sekarang telefon pula menyusul.
"Assalamualaikum awak, awak kat mana, awak apa khabar?"
"Saya kat seberang jalan ke rumah awak".
"Awak tahu saya kerja,kan?"
"Saya pun kerja"
"Habis apa awak buat sini, bila awak sampai"
"Awak boleh jumpa saya?"
" Bila awak balik KL, anak-anak dan Pipa kat mana?".
" Lepas kerja saya balik KL lah. Saya datang seorang, business trip"
" Alaa, awak balik esok la, esok saya dan Hakim off, awak datang rumah kita".
" Tak boleh, saya dengan kawan ni,awak leh jumpa saya tak"
" OK , nanti kalau boleh jumpa ,saya call awak ya".
Dengan ayat itu mereka berpamit. Didi faham benar Dila akan minta izin dari Hakim sebelum kemana-mana atau jumpa sesiapa, walaupun atas urusan kerja. Sudah beranak lima Dila masih macam anak manja. Sifat semulajadinya begitu. Zaman gadisnya dulu, dia selalu mengusik Dila, bertanya sudahkah minta izin dari mak dan abangnya kalau mereka nak pergi ke mana-mana lepas waktu kerja. Biasanya Dila akan tumpang kereta Didi waktu balik pejabat, kemudian ajaj Didi singgah kedai bahan kek atau kedai bunga sebab Dila suka sangat berkraftangan dan memasak.
Dila sibuk benar hingga lupa barangkali. Tengahari itu dapat telefon lagi.
" Hey,awak nak jumpa saya tak?"
"Boleh, boleh, awak kat mana?"
" Saya dah settle kerja, dah nak balik KL"
" OK, saya kat bank, tunggu saya kat Chandelliar Nasi Kandar"
" Hah.. kat mana tu?"
" hehehe, Pelita Nasi Kandar lah..kan dah mahal sangat, upgrade dah jadi Chandelliar!
" Ya kah?.
" OK , awak tunggu saya di sana, makan dulu kalau lapar, tapi jangan bayar, duit awak tak laku di sini!"
Dila ketawa. Dia tak habis lagi dengan lurus bendul dia. Senang ditipu. Dila melangkah cepat-cepat ke Restoren Pinang Serai. Di sana ada kuih lama dan moden. Boleh di kirim pada Pipa dan anak-anak. Sempat lagi Dila menyambar 4 bungkus rempeyek, tahu benar Luqman dan Nuha anak-anak Didi suka benar rempeyek. Dari situ dia menuju restoren nasi kandar yang tak berapa digemarinya. Tapi Dila ke situ kerana tahu Didi suka nasi beriyani mamak. Melilau mata Dila mencari Didi. Oh, kawannya perempuan, patutlah kalut sangat ajak makan. Seriau la tu agaknya keluar dengan perempuan.
"Ini Nur Halimah, boss saya" .
"Nur, ini kawan lama saya sejak kami mula-mula kerja sejak balik 'states' dulu".
NurHalimah minta diri mencuci tangan sbb nak menjamu selera makan cheese naan dengan tangan.
"Apa awak bawa ni?"
"Ini kuih awak boleh makan dalam perjalanan, bungkusan ini untuk anak-anak dan Pipa.
Eh, saya bawa tapai, awak suka tapai pulut kan?"
"Nak, nak!!!!"
Didi membuka bungkusan cepat-cepat , ambil sudu dan terus menyuap.
"Hei, awak tak Bismillah?"
Berhenti sekejap, mata tak berkejip dan terus menyuap lagi sambil ketawa . Malu.

NurHalimah asyik dengan sms dan menjawab panggilan masuk semacam memberi ruang pada mereka melebarkan bicara. Lingkaran topik biasa dari kisah anak-anak, kawan-kawan dan kerja.
"Eh awak tau tak Isa dah jual rumah yang dekat rumah awak tu?"
"Tak, kenapa"
"Dia ikut Kimah balik T'ganu"
" Dia dapat kerja syarikat G&P ke? "
" Ha a.. tapi bukan sebab itu. Kimah kanser payudara stage 3, nak balik T'ganu tinggal dengan ibubapa".
Mereka diam sejenak. Dekat tapi jauh, rumah Isa bukannya jauh sangat dengan rumah Dila, tapi bertemu sekali dua setahun, itu pun di pasaraya. Rapuhnya persahabatan sekarang, padahal waktu mula-mula memasuki arena pekerjaan dulu, mereka berkongsi masalah dan wang. Masa itu keadaan ekonomi teruk. Mereka pulang dari bumi Amerika dengan ijazah tapi pasaran kerja amat terhad. Jurutera muda dibayar RM800 sebulan, mereka terima saja kerana tidak mahu jadi penganggur. Sekarang masing-masing punya landasan teguh, sayangnya ukhuwah pudar dan terus hilang.
"Awak bahagia?"
Dila terhenti menyuap mee goreng mamak. Waktu itu NurHalimah sedang bertelefon dengan seseorang, berdiri agak jauh dari mereka.
"Ya."
Dila menelan segumpal angin kerana sedak yang terbuku.
"Baguslah...".
Dila nampak mata lelaki itu berkaca. Sama seperti yang Dila masih ingat pada hari perkahwinan dia dengan Pipa. Seperti waktu dulu, hari ini Dila tidak mampu berbuat apa-apa.
Tidak berani untuk bersuara juga. Bukan takut berkata-kata tapi takut dosa. Masing-masing sudah punya anak 5 tidak guna mengungkit keindahan masa remaja.
Dua bulan sebelum hari pernikahannya, baru Didi sedar tingkah Dila terhadapnya adalah manifestasi rasa yang halus. Mengapa dia tidak faham Dila suka mengajak dia mencari bahan masak, dan bawak bekal untuk mereka kongsi. Mengapa dia jahil menilai gadis itu cukup ambil berat soal pakaian dan penampilannya. Didi memang selekeh, gadis itu juga akan tegur dan suruh betulkan kolar yang separuh senget. Suaikan warna talileher dengan baju malah berkali-kali dia kena marah sebab pakai baju tak bergosok.
Sebagai gadis desa, walau Dila lulusan universiti luar negara, malu dan segan amat tebal mendinding rentak bicara dan gurau senda hinggakan Didi tak mampu mentafsir untaian kasih dan hormat yang luhur. Kala menyedarinya waktu itu diri sudah terikat janji ibu bapa. Dia bertunangan dengan Pipa atas kehendak ibu-bapa mereka. Bila soal hati sudah pasti, Didi memberontak mahu memungkiri janji aruah ayahanda. Dila pula menarik diri darinya , malah mula bersahabat dengan Pipa, menolong Pipa membuat bunga pahar dan segala bagai persiapan kahwin mereka.
"Kenapa awak buat gini?"
"Saya nak awak bahagia, saya nak awak gembira pada hari istimewa awak dengan Pipa".
"Awak tahu tak saya akan menangis pada hari kahwin saya nanti?"
"Maaf, tanggung jawab awak lebih besar bermula pada hari itu. Awak dapat banyak pahala tau. Awak lupa ke, biar kita susah sedikit asal orang tua bersenang hati."
"Pipa sayang awak, dia tak ada orang lan lagi.. awak jaga dia baik-baik ya"
Wahai..bodohnya diri.
Bidadarikah seorang Dila? Pandai menyembunyikan duka. Senyum ikhlas terpancar luhur pada mata. Hatinya mulus halus. Ceria dia berkraftangan untuk persiapan hantaran Didi untuk Pipa.
Sedikit pun tiada tanda pilu. Padahal Kimah memberitakan Dila basah dengan air mata berhari-hari bila dapat tahu berita Didi akan bersatu dengan Pipa. Patutlah pada tarikh pertunangan Didi dengan Pipa, Dila tawarkan diri pergi ke China menyelia kerja pembaikan walaupun memang mereka maklum Dila paling tidak suka di hantar ke benua kecil itu.
Hari perkawinan Didi, Dila datang dengan Hakim sebagai pasangan istimewa. Ketibaan mereka jadi tumpuan sebab keduanya bagai pinang di belah dua. Akhirnya Didi akur, bila dia bertunang, Dila biarkan Hakim menakluki hatinya. Sememangya sejak mula bekerja jejaka ini menaruh perhatian dan menyukai Dila; tapi Dila melayan dengan hormat dan menjauhi Hakim dengan merapatinya. Dia terpaksa akur. Jodohnya dengan sepupu sendiri wajib ditatang, seperti kata Dila,biarlah kita susah sedikit adal orang tua bersenang hati.
Begitupun dia masih menduga. Barangkali bukan menduga, lebih kepada meluahkan isihati dan kesal pada kebodohannya sendiri. Sewaktu melayan Dila dan Hakim makan, sewaktu Hakim bangun pergi merokok dan Pipa pergi menambah kerabu untuk Dila, Didi sempat berkata dengan mata berkaca,
"Awak nak tahu, saya menangis dah 4 kali hari ni"
"Bila?"
"Tadi masa lepas akad nikah, tadi waktu bersanding, tadi tengahari tadi waktu tetamu sedang ramai, dan baru sebentar tadi bila tengok awak turun dari kereta Hakim.."
"Kenapa?"
" Sebab saya tak boleh jadi suami awak lagi, sebab saya tak sanding ngan awak, sebab ingatkan awak tak datang, dan sebab awak nampak bahagia dengan Hakim sekarang".
"Awak jahat tau, awak jangan buat Pipa sedih. Awak janji awak bahagiakan Pipa".
"Ya, saya janji dengan awak".
"Kenapa dengan saya"
Diam
"Awak janji dengan Allah. Tadi awak tunai lafaz nikah, tadi awak bertaklik. Awak janji kerana Allah".
Setahun menyusul Hakim menikahi Dila. Dila masih menegurnya dan beralas cakap bahawa gembiranya dia dengan Hakim kerana bahagia itu di pupuk, kasih sayang itu di bela dengan hormat , doa dan perhatian. Dari kata-kata itu juga Didi belajar membelai bahagia dengan Pipa, dan membawa mereka jauh ke kota lain. Namun Didi masih mencari Dila hadir di dalam diri Pipa.
"Awak jangan terus bermimpi Didi."
"Macamana awak tenang"
" Saya mohon dari Allah"
" Supaya tidak mencintai saya"
" Ia. Supaya hati saya tetap pada yang satu; saya tak kan berpaling, Awak perlu didik hati, walaupun ada ruang untuk saya, tolong jangan buka ruangan itu. Saya mahu masuk syurga dengan Hakim".
Waktu itu NurHalimah menuju ke meja mereka.
" hei awak.. nanti kita berbesan ya"
'"ha ha ha"
Didi hampir tersedak, mujur sempat menutup mulut.
NurHalimah pun tumpang ketawa!

Nota: dailog dan watak semata-mata rekaan berdasarkan kisah cinta tak kesampaian dua orang sahabat yang saya kenali. Mohon ciplak pada Zany yang merekakan nama Nasi Kandar Chandelliar .

Saturday, December 20, 2008

Jalan-jalan Pesta Pulau Pinang

Sejak pertengahan November saya buat-buat lupa event ini.. ingatkan boleh escape! Kalau ikutkan hati memang nak duduk saja di rumah; sehari dua ini memang rasa tak "fit". Hati pun tak ceria entah mengapa. Suami pun ada cakap kalau Mama tak sihat kita tak pergi. Tak apalah, kesian kanak-kanak ribena tu...jom.
Macam hati saya jugak nampaknya pesta tahun ini kurang meriah. Tengok tu kat gerai makan pun lengang..Lepas maghrib kami masuk terus cari nasi beriyani daging keema yang kami makan tahun lepas. Sedap sungguh beriyani dia,lauknya wangi. Haa.. tu pun dia; tahun ni mamak kulit putih tu masih ada gerainya di sini. Sekali kami makan tahun lepas, selalu teringat tapi tak tahu nak cari di mana tempatnya. Suami terkejut saya minta nasi beriyani juga. Ada dua sebab. Pertama sejak hari Rabu lalu saya survive dengan roti wholemeal dan crakcer jacobs dengan air suam saja...Kedua kalau makan di restoren nasikandar saya order naan, bukannya nasi.
Sebenarnya kami jarang ( seingatnya tak pernah!) makan nasi mamak kat Penang sebelah pulau sini. Di sebabkan nasi beriyani yang ini lain rasa sikit, saya mencari lagi. Selalunya mamak nasi kandar kan mamak gelap, tapi mamak yang ni putih kulitnya. Macam Arab pun ada, muka Afghan pun ada kot. Bukan saya pilih warna ya, tapi itu kelainan yang saya nampak, selain manifestasi rasa nasi dan laukpauknya memang lain dari nasi beriyani kat restoren nasi kandar yang biasa saya jumpa. Tentu sekali lain suku bangsa lain masakannya kan. Kami tanya kat mana kedainya. Saya lega bukan kat Georgetown. Kedainya dekat simpang empat di Balik Pulau.. ok..nanti kita pi buat assessment.. he he..Kalau menepati piawaian ie jauh dari longkang dan bukan yang style atur meja kerusi kat atas jalanraya tu...saya tak kan kaciwa...
OK, itu pasal nasi beriyani pesta. Harganya? Nasi beriyani ayam dengan kari kuah daging kisar untuk 5 orang cuma RM30.00. Murah dan sedap.

Lepas itu kami susuri booth pameran. Ruang pameran tak ada yang nampak istimewal. Boleh dibilang dengan jari agensi kerajaan yang ambil bahagian tahun ini. Semuanya agensi kerajaan negeri. Kesian orang Penang.... Kami mencari-cari pavilion Thailand. Tahun lepas meriah sungguh dengan pameran permata, serba lengkap satu Siam agaknya depa bawak - tahun ini tak ada. Yang ada pun hanya gerai makanan dan jualan cenderamata, pakaian...tak ada specialty. Baru teringat tahun lepas salah satu penganjurnya ialah Tourism Malaysia.. hmmmmm..
Pavillion Sumatera, rumah Acheh tak ada perubahan pun, macam tahun-tahun lepas...boring!
Kami singgah sebentar di pavillion Perpustakaan Awam PP, ada pertunjukan makyong dan tarian kebudayaan..Kemudian mencari orang utan. Dengar kata ada seekor di bawa ke sini - tapi tak jumpa pun. Masuk ke ruang Perhilitan terbau semacam. Ammer teruja tengok musang,landak, tenggiling, biawak yang diawet. Saya rasa nak muntah tak tahan bau. Dalam hati berkata binatang awet mana ada bau. Bila saya dongak baru nampak dan tahulah baunya dari kulit dari seekor ular sawa yang lebih dari 12 kaki tergantung di atas kepala kami...erghhhhh.. ini baru thrilled!
Kulit ular sawa jadi langsir khemah!!!
Kemudian melayan anak-anak dengan paratrooper, drop zone, racing car entah apa-apa lagi. Area funfair inilah yang paling ramai orang berpusu-pusu...Saya dapat special spot bawah duduk di atas akar kayu besar di bawah pokok sementara menanti anak-anak selesai bermain. heeiiii.. macamlah tak pernah main padahal tiap-tiap tahun benda yang sama depa ulangi...dan asyik cakap kat BTS lagi best, tapi nak jugak ke pesta...
.............girls.. just wanna have fun a drop zone.............
Mama tak nak try ka..KakNgah tanya bila nampak ramai jugak parents sebaya kami menyertai anak-anak mereka. He he.. Mama dah puas main dulu .. tak larat dah nak oi...
Sebelum balik kami melencong ke pavilion Medan . Di satu sudut ada khidmat urutan. Bagus juga kalau dapat diurut kepala yang tak betul ni. Sedap nampak seorang kakak sampai berpeluh-peluh dahinya dipicit-picit juruurut wanita tu! Abah cakap pergilah cuba. Eh seganlah orang tengok. Bila di beritahu ada di sediakan bilik, ok saya nak!
Saya pilih urutan kepala dan wajah. Hmm nyaman, memang lain cara urutannya mengenakan tekanan dengan logam bulat, kemudian baru di urut dengan tangan. Di tekan pada kepala, rasa berdenyut tapak kaki. Power! Urutan terakhir dengan batu marmar berwarna putih bentuk telur. Cerah mata dan ringan kepala bila keluar dari bilik urutan tu. Memang power la. Dalam perjalanan pulang saya buka cermin kereta.. he he.. fahamlah kan, lepas berurut...Paling ketara, pagi tadi bila bangun subuh, sembab muka yang saya alami sejak 2 minggu lalu dah hilang...
So, I have reason to claim my facial massage allowance from him, once a month.. ha ha ha!

Friday, December 19, 2008

Employee, Self Employed

Salam Pagi Jumaat...
Saya mencari-cari kelas Iqra' untuk Ammer sebagai kelas tambahan pada sessi Iqra' yang dia ikuti di kelas transit. Kalau ada private tution Iqra' di sekitar tempat tinggal saya ni cukup bagus sebab anak bertuah ni perlukan one to one coaching dan tak boleh ditegur dengan kasar. Cepat benar hujannya... Kalau dengan ibu alamatnya anak menangis ataupun ibu yang tumbuh tanduk sebab saya memang garang kalau mengajar Quran. Kakak berdua yang lancar pun terketar-ketar kalau saya semak fasohah mereka...

Kelmarin nampak iklan kecil ada kelas Iqra nak dibuka di blok saya dan saya pun hubungi pengiklan. Sembang punya sembang rupanya kami berjiran parking lot. Memang kenal dan selalu berbual tapi cuma bahasakan diri kak dan adik, tak tau nama.. ( boleh..?)
Pendek cerita saya pun daftarkan Ammer.
Petang itu kami bertembung dekat parking lot. Sementara anak-anak bermain berlari-lari kami bersembang panjang. Dalam bersembang tu saya tanya macamana Ani nak manage kelas ya, dengan kerja, anak kecil dan rumahtangga lagi...
"Ani berhenti kerja kak, ambik VSS".
Terkedu saya; bukan calang-calang dia ni, ada pangkat jugak.
" Oo... S08y offer VSS ka".
" Ya kak, kerja pun pening, sekejap ok sekejap tak, sementara S08y offer duit ni, Ani rebut lah".
"Elok la tu, at least kita ada sikit pampasan daripada berhenti tak dapat apa-apa".

Saya hormati keputusan Ani. Berenti kerja melepaskan gaji yang lumayan sewaktu oang lain memegang kukuh jawatan tak mahu melepaskan pintu rezeki. Seperti kata Ani, pening dengan kerja, pening dengan hal penjagaan anak. Ani ambil keputusan buak kelas Iqra sebab mahu mengajar anak sendiri. Dia sebelum ini lega bila anak sulungnya yang sebaya Ammer melaporkan sudah naik dari satu peringkat Iqra ke peringkat yang atas. Dek kesibukan, Ani tak sempat nak uji kebolehan anaknya hinggalah awal cuti lalu. Anak yang akan naikQuran, tu rupanya Iqra 1 pun masih tergagap...Hai ini membuat Ani berfikir panjang, bukan sedikit yuran Iqra yang mengalir, rupanya ilmu tidak terkesan di hati anak. Duit boleh dicari tapi usia anak semakin meningkat, tak boleh kita biarkan kosong tanpa isi..Kena pada masanya, Ani ambil keputusan drastik. Sambar duit VSS. Buka kelas Iqra' bersama kakak iparnya seorang guru Kafa yang terkenal.
Saya tahu dia bahagia dengan keputusan berhenti kerja. Saya nampak sinar gembira pada mata Ani. Sebelum ni kalau jumpa pun kami bersembang tapi masing-masing bernada risau, terkocoh-kocoh mengejar waktu nak naik ke rumah dan berkejar waktu nak ke tempat kerja masing-masing. Dalam senyum ramah ada risau sebab masing-masing mengejar banyak perkara yang nak di buat. Selamat berjaya Ani. Terima kasih juga keran membuka ruang untuk saya menghantar Ammer ke kelas tambahan Iqra yang paling dekat dengan rumah. Semuga di berkati Allah dengan kerjaya baru ini.

Tuesday, December 16, 2008

Intoducing New Artsy Craftsy Blogger

the more the merrier....please click to this url mama-aimansarahhandmade to meet new blogger friend..Mass. Cuba tengok hasil kerja Mass, halus berseni, comel-comel sesuai sangat untuk buah tangan atau untuk kegunaan sendiri. Ini mesej dari Mass untuk semua...

Salam....Sempena pembukaan blog "Mama-aimansarah Handmade" ni.... Mass pun nak buat macam orang selalu buat tu :P ...... "Give Away".

Kandungan "Give Away" tu;

1) HP Case (5 1/2 inch x 3 inch)

2) HP Case (5 inch x 3 inch)

3) HP Charm (Ms. Rabbit)

Semuanya adalah HP accessories.


Rules dia senang aje... actually macam orang selalu buat jugak;

1) Tinggalkan comment kat dlm n3 ni bersertakan link blog anda dengan memberikan Mass keizinan untuk menyimpan link anda di dalam blog ini.(if u will link me back... wow... I'm very much appreciated!)2

) Ceritakan tentang N3 Give Away ini di dalam blog anda.Itu je rules nya.

Very da simple. Kalau sesiapa yang sudi dengan hasil kerja tangan Mass.... sila lah join.OK..


Mass akan umumkan lucky winner by 22nd Dec (Monday).

Saturday, December 13, 2008

Happy nya jumpa Rina

Anak cakap Mama senyum sepanjang hari...he he he
Saya tak berhenti bersyukur dan wondering of blogging made bloggers made friends. Rasa macam dah kenal lama sebab tiap-tiap hari jumpa dalam blog, buatkan saya terlupa bahawa ini kawan baru!


Ralat juga tak dapat menjemput Rina ke rumah , untung juga Jumaat tu plant shutdown; kalau hari kerja, harus saya ambil cuti.. ha ha ha. Bukan senang nak "tangkap" Wanmommy datang Penang!
Setelah beberapa sms dan phone calls kami setuju untuk piknik kat RnR. Rina sekeluarga mengejar waktu ke KL dan saya ada urusan sekolah anak tengahari itu.
Waktu nampak Rina dan Mimi menanti kat depan surau, rasa macam mimpi. Itu lah Silversarina...Saya lewat tiba; terpaksa buat pusingan balik ke rumah sebab tertinggal
"beg penting" kat untuk Rina bawa balik ke T'ganu. Nervous jugak!
Alhamdulillah, sampai juga hajat bertemu Rina. Puas tatap mata Mimi yang bulat tu.
Jom breakfast ala kadar... Saya siap pesan Rina jangan ambik heavy breakfast kat hotel sebab nak jamu nasi lemak sambal udang dengan papedom!


Selesai makan senyum sokmo...

Terima kasih Rina dan famili kerana sudi meluangkan waktu bertemu saya dan anak-anak. Seronok dapat berjumpa, berbual dan piknik kat Juru RnR walaupun seketika. Banyak perkara nak di bualkan lagi, tak puas rasanya. InsyaAllah kita sambung bual bicara di alamaya; panjang umur kita jumpa lagi....dan terima kasih tidak terhingga pada cenderahati; sampai satu beg haa...kakElle jangan jeles tau!

Selamat jalan Rina, semuga perjalanan ke KL seterusnya ke Kemaman selamat sejahtera.

Wednesday, December 10, 2008

Anekdots Aidil Adha


Entry yang saya buat pada petang hari raya hilang $T%)^$(%&(&$(#)( entah apa-apa mesej dan it was gone with the wind from the nearby mountain!



Hari Tashriq belum berakhir dan takbir masih beralun selepas solat jadi belum terlewat saya ucapkan salam Aidil Adha untuk semua...semuga pengorbanan kita memberi menfaat pada orang lain dan di terima olehNya sebagai amal soleh pemberat neraca kebaikan. Ameen...

Hari Raya Haji di kampung halaman saya sama meriahnya macam sambutan Aidilfitri jadi persiapan kuih muih untuk balik kampung macam biasa. Awal-awal lagi saya ingatkan diri agar tidak terlalu memberatkan diri macam raya puasa dua bulan lepas! Tempahan kuih raya dan kek saya hadkan jumlah dan jenisnya. Saya buat jem tat, makmur, biskut peanut butter dan samperit saja. Hari Khamis saya selesaikan penghantaran jauh dan dekat; jadi saya ada tiga hari untuk tumpukan pada persiapan keperluan rumah dan rumah mertua. Tapi saat akhir begitu perlu juga melayan hantaran cupcake pertunangan dari jiran terdekat; tak sampai hati nak tolak lagipun Jumaat hari shutdown, dapat tolong selesaikan hantaran dia. Saya tidak tidur lagi selepas sahur dan terus "bekerja" hingga matahari terbenam. Usai solat Isyak saya tidur.. betul betul zzzzzzzzzzzzzzzz...dan bangun lagi awal pagi esok menyambung tugas seperti yang dirancang...Begitulah jadual 3 hari sebelum Raya. Dengan bantuan dua dayang kat rumah ni, ringan sikit kerja...sayang mama rupanya boleh di harap. Seorang teliti membentuk biskut dan seorang lagi suka buat cupcake...

Pagi Sabtu kami bertolak balik dan pergi jemput Tok kat rumah adiknya. ( Seminggu dua Tok kat rumah MakNgah)- nampak muka Tok macam sembab , bawah mata ada eyebag dan nafas pendek-pendek ;tapi saya tak cakap apa-apa. Sampai rumah Tok, saya bersilat lah apalagi - dah sebulan rumah tu kosong- faham-faham sajalah kan...Lepas solat zohor Tok tidur nyenyak . Agaknya dia rindu kat katil sendiri.. hujan pulak tu, sedap dia tidur. Petangnya sahabat lama yang baru di temui, Diah datang berziarah dengan anak-anak. Rancak kami bersembang hingga dekat maghrib.. rasa tak mau berpisah macam-macam nak di bualkan. Thanks Diah for a pleasant visit :) Malamnya kami ramai-ramai buka daun palas, sambil tu saya pujuk Tok pergi hospital buat check-up.

Pendek cerita esoknya pukul 7 pagi kami tiba di hospital dan Abah terus ke pasar beli bahan basah...Panjang list saya untuk dia.. he he he. almaklum lah petiais kosong!
Pukul 9 pagi kami dah balik dari hospital. Paru-paru Tok sedikit kembang, dia diberi dos tambahan untuk urinate dan saya suruh dia rehat saja. Tak larat dia berulang ke bilik air, akhirnya dia bawa selimut bantal tidur dalam bilik yang paling dekat dengan bilik air! Sementara dia rehat saya balut ketupat palas. Alhamdulillah sebelum azan zohor saya selesai balut ketupat dan buat agar-agar santan. Leganya bila ketupat dah naik api! Sambil merebus ketupat, saya dan suami tolong Tok kerjakan rendang daging, ayam dan kuah kacang. Masakan tradisi ni kena juga ada sentuhan orang tua, baru ada umph! Setuju tak?
Ipar dan biras tiba waktu kami sedang berbuka puasa. KakSyimah terus dengan projeknya kari daging mamak dan bihun sup! Cekapnya dia, szup szap zsup zsap... dua periuk besar bertenggek kat dapur dalam masa setengah jam saja. Sementara tu saya buat kek aiskrim ; ganti biskut sebab biskut raya yang di bawa balik sudah habis!!!! Nasib baik biskut makmur terlindung bekasnya- adalah jugak biskut raya untuk pemanis mulut nak dikawankan dengan kek buah dan agar-agar!
Malam raya ni ingat nak balik rumah pusaka keluarga saya yang didiami kakak. Biasanya malam raya ni kami berkumpul dan bertukar juadah; tapi bila Abah setuju balik sembahyang raya kat mesjid kampung saya esok pagi tak lah jadi balik. Rasa macam nak melompat ke langit! Thanks darling. Saya rindu sembahyang jemaah dengan orang kampung. Apatah lagi sembahyang raya gini,yang merantau jauh pun balik dan boleh jumpa.
Syahdu dan meresap alunan takbir. Puas mendengar qutbah raya yang di"qutbah"kan - bukan yang di"baca"kan. Qatib dan Imam anak kampung sendiri ; mereka lulusan al-Azhar yang kembali berbakti pada anak-anak dan wargatua kampung sendiri. Tanpa naskah, qatib berqutbah dengan tertib dan bernas; satu persatu perkataan bernas lancar di lidahnya.
Turun mesjid kami ziarah pusara ayah bonda, datuk nenek.. kemudian berkampung kat rumah pusaka. Abang1 datang dengan konvoi 5 buah kereta , riuh rendah anak cucu. 4 hero kecil ni sepupu antara satu sama lain, cucu Abang1 . Kat kolam antik ni la suka benar depa menyempit..Penat bergelak ketawa kemudian pergi tempat sembelihan korban. Abang3 buat nak berkenduri korban malam nanti. Tapi saya mengelat tak nak tolong masak! Selepas zohor kami pergi rumah Abang2 daerah yang agak jauh. Di sana dah siap hidangkan juadah daging korban. Sepetang kami di sana....relax dan lepak dibelai angin sawah. Tengoklah gambar ni, hati mana tak di sentuh damai...


Sebelum maghrib kami pulang semula ke rumah kakak dan Abang3. Kena "marah" dengan kakak ipar3 sebab tak tolong dia masak.. he he, jahatnya saya kan! Tapi saya tak kesah pun.,. marah-marah manja.. Pagi tadi waktu bersalam dengan dia kat mesjid pun dah kena marah sebab saya tak balik malam sebelumnya.. ya lah orang dah tunggu dengan lemang siap bungkus tapi kek coklat saya tak sampai-sampai!
Kenduri kali ini saya betul-betul lepas tangan. Anak dara ramai semua rajin buat kerja kenduri. Saya duduk melayan cucu saudara..menjeri-jerit budak-budak tu saya gomol.


Selesai tahlil dan kenduri kami balik rumah Tok. Tak jauh, 10-15 minit jer.
Pagi Raya kedua kami ziarah ayah angkat Abah di Pedu. Petang kami bertolak balik Penang tapi Tok tak nak ikut sekali. Abah cuci periuk besar bekas memasak dan saya kemaskan pinggan mangkuk semua sebab ipar duai pun dah balik ke rumah masing-masing; sekurang-kurangnya tak lelah Tok nak mengemasnya nanti. Memang berat hati nak tinggalkan dia seorang kat rumah tu tapi apakan daya. Ikut lah saja kehendak dia, agaknya dia rindu kat rumah sendiri .Doakan yang terbaik saja.
Kami tak terus balik, sebaliknya singgah ke rumah sepupu saya. Melekat lagi kat situ sampai tengahmalam. Saya sempat tidur kat sofa sementara semua orang sibuk kat laman! Not only that, saya diberi cenderahati dari kilang dia.. he he he.. boleh tambah koleksi miniature roses roses...
Pagi ini.. malasnya nak pergi kerja; tapi saya dah tau kerja bertimbun-timbun. Balik ke sini, sirna segala suasana raya. Mujurlah masih dikumandangkan takbir selepas solat dari corong pembesar suara mesjid.. masih ada roh Aidil Adha di sini....

Monday, December 1, 2008

My First Tag & My first Friday off...

Yargghhhh.....kena tag dari Sya minta gambar my workstation!
Sebelum tu.. pst.. Tulip.. hari ni bahasa tadak bunga...hahaha
Dua minggu lepas, ya Sya; baru hari ni boleh buat. Dok fikirkan macamana nak cerita tanpa gambar. Ya, tanpa gambar sebab tak boleh ambik gambar. Kamera adalah no no no item di tempat kerja saya. KakElle pernah suruh ambik dengan hp...alamak, itu hidden security camera mana-mana pun ada. Takut woooo, kalau kena bukan saja kantoi tapi penalty amat berat. Syarikat saya bekerja ni certified by Mi(,080ft, jadi kena jaga customer related material, COA, licence , serial number and so on....Security is rigid. No tolenrance, no flexibility.
Back to my workstation. Macam work station orang lain, semua kelengkapan agak serupa,tak yah la cerita kan...Saya tuliskan di sini 3 benda pelik yang rasanya jarang orang lain tak buat
Kalendar -ini benda harus ada kat mana-mana pun. Lainnya saya ada banyak kalendar kat work-station saya. Semuanya untuk kegunaan harian. Yang pertama kalendar kuda. Ha ha haha. Jangan tak tau, saya suka kalendar kuda - semuanya jelas dan nyata, informasi lengkap. Satu lagi 3 month kalendar yang ada 3 bulan tertera atas satu muka; bulan lepas, bulan terkini dan bulan depan. Ia penting sangat utk kerja-kerja planning dan forecasting saya selain untuk memantau kekerapan cuti! Dua tiga lagi fiscal kalendar pelanggan dan pembekal menanda suku tahunan syarikat mereka. Ada syarikat yang fiscal year bermula Januari sama macam calendar year dan ada pula yang fiscal calendar bermula pada pertengahan tahun. Mengelak keliru, saya lekatkan pada dinding, yalah ..sudah tua ingatan pun sudah tumpul, tak payahlah simpan dalam kotak memori.
Kat dinding sebelah tepi ada sebaris perhiasan comel-comel yang dihadiahkan kawan-kawan. Selalunya bila ada yang bercuti keluar negara ada sajalah perhiasan comel yang diberi sebagai tanda mata. Inilah antaranya.. yang ni dah saya bawa balik ke rumah sbb tak nak sarat sangat koleksi atas meja tu...Yang ketiga ialah management diary. Saya masih guna management dairy sebab tak betah gunakan PDA. Jarang orang guna management diary sekarang. Beberapa tahun lalu, saya dihadiahkan PDA,tapi sampai kini saya lebih suka guna management diari. Tiap-tiap petang tulis "things to do" untuk hari esok, bila kerja tu dah siap saya tulis DONE.. he he he...puas rasa hati. Bila balik saya simpan dalam lagi dan kuncikan. Kalau lah hilang... hilang punca saya jadinya sebab semua nota ada di situ.

Jumaat kelmarin bermula lah Friday off day; mulanya macam seronok dapat cuti 3 hari seminggu tapi kami sesama sendiri macam "blank" tak tahu apa nak buat. Alhamdulillah untuk saya memang sentiasa ada kerja. Seminggu dua ini tempahan kuih dan kek sentiasa ada hingga hujung Disember. Inilah rezeki yang tak disangka-sangka. Ginilah rupanya work station saya kat dapur pada hari Jumaat kelmarin. Yang tu cupcake coklat di tempah kawan rapat saya di pejabat untuk meraikan graduan sulung tadika miliknya. Ada yang dah masak kat atas redai; dan ada juga yang dalam tray menanti nak masuk oven. Itu yang dalam pinggan tingkat tu yang dah siap letak foundation,belum solek lagi. Benda kecil2 dalam bekas 4 segi transparent ialah mini nozzle saya, sebelahnya aising yang siap di warnakan pink dan hijau. Aising plain dalam plastik bekas aiskrim tu. Mudah letak dalam tub aiskrim ni sebab klau ada lebihan, tutup jer dan terus simpan dalam petiais. Nampak tak kertas yang ada tanda warna oren tu? Itu senarai nama murid-murid tadika - saya nak tulis nama mereka atas cupcake, senang nanti tak payah rebut-rebut...Jangan tak tau, kalau tulis nama atas cupcake saya guna tangan kiri, padahal kalau menulis biasa saya tulis dengan tangan kanan. Pelik tak? Ini ha.. hasil tulisan tangan kiri...
Untuk tetamu lain, saya warna yang sama, cuma pelbagaikan corak free hand saja dan tak ada tema tertentu cuma warnanya masih hijau epal dan merah jambu.


Kek coklat harijadi ini juga dari workstation di dapur pada hari Jumaat..Simple, tempat kosong tu saya letakkan strawberi, lupa pulak nak ambil gambar bila dah siap...

Tuesday, November 25, 2008

Selamat Harijadi Dilah

Selamat hari jadi ke 4*...selamat berbahagia sahabat tersayang. Selebihnya adalah doa semuga hidup Dilah sentiasa dalam kesihatan yang baik, kasih sayang dan berada dalam payungan rahmat Allah.
4 Nov yang baru lalu, hari jadi Syah, Milah ingatkan Dilah tentangnya.
Hari ini 25 Nov, hari jadi Dilah, Syah ingatkan Milah.
Masakan kita lupa 3 tarikh kelahiran kita! Kita kan masih muda...hiksssss...( hey.... apa tidaknya, ada antara class mate kita dulu, dah bercucu tau!)
Lebih suku abad lalu kita tidak pernah berjanji untuk bersahabat sampai tua. Tapi ya, kita amat sukar untuk melupai setiap sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati. Biar jauh terpisah selepas STPM, biarpun antara kita tidak hadir pada majlis perkawinan sesiapa pun antara kita, ingatan kita tetap ada. Bayangan wajah tidak pernah luput. Benar kata Mahadi pada Dilah,"Milah tetap ingat Dilah, tapi tak tahu nak cari di mana".

Selagi kenangan remaja tidak hilang warnanya, kisah kita tersemat dalam sejarah diri, kerana seorang dari kita adalah sebahagian dari setiap satu antara kita. Kita bukanlah nakal, tapi tak juga terlalu baik. Tak terlukis imbasan wajah dan emosi waktu itu, segala warna bermain ceria. Mana ada masalah, bukan lagi kekusutan jika kita duduk dan berdiri bersama. Masalah kita hanya untuk lulus dengan cemerlang, bermain hingga juara dan beraktiviti hingga memimpin. Tamat persekolahan menengah kita tidak risau untuk berpisah dan tidak sedih kerana tidak bersama. Daerah kita bukanlah sebesar mana; kita yakin akan selalu berjumpa. Waktu itu kita lupa bahawa tuntutan hidup tidak serupa. Masing-masing membawa haluan dan nasib kita rupanya berbeza. Azam kita untuk bertiga ke kampus yang sama tidak kecapaian.

Kali terakhir kita bertiga bertemu pada tahun 1987, beberapa minggu sebelum Milah merantau jauh. Kita ziarah Syah, kita jelajahi kampus idaman perbukitan Bangi. Kita rahsiakan perjumpaan kita dari Mahadi, walaupun dia juga warga kampus itu. Sebabnya kita bertiga hanya mahu bertiga. Tak mahu nanti Mahadi jika ada antara kita,datang mengepit buah hatinya yang jelita, nanti Milah dan Syah melopong saja! Ha ha ha...

Di sana kita kenal Anuar, kekasih hati Syah. Selepas itu aerogram dan gambar penghubung bicara kita. Syah di Sabah, Dillah di kota dan Milah terpelanting jauh di negara empat musim. Tahun-tahun seterusnya, sewaktu masing-masing memanjat tangga kerjaya, anak-anak juga membesar dan kita jadi lupa pada keakraban lalu dan tenggelam dalam persekitaran sendiri. Seorang di utara, seorang di ibukota dan seorang di selatan. Bukannya jauh jarak, bukan rajuk dan bukan lupa. Diam-diam sudah lebih 20 tahun kita tidak berjumpa.

Dilah dan Syah,
rahmat Ramadhan dan Syawal tahun ini wangi dengan pertemuan semula. Kita sambung keakraban lalu, kita semarakkan ukhuwah , kita satukan sang suami dalam lingkungan keakraban yang sama. Manisnya Milah Dilah dan Syah menyambung persahabatan yang beku seketika. Kini mekar semula. Bahagia melihat Azhar, Mahadi dan Anuar juga selesa dalam dunia mereka. Anak-anak mungkin perlu masa yang lebih untuk kenal, tak mengapa, biar ada batas pergaulan meraka. Terima kasih dari Milah untuk kalian berdua.
Alhamdulillah, tahun ini , kita saling di izinkanNya mengulangi semula kiriman ucapan seperti kita muda-muda dulu. Salam hari lahir... bukankah ia manis...?

Sunday, November 23, 2008

Hmmmm.................

Ammer demam sejak hari Jumaat dan masih on and off suhu badannya. Masih batuk-batuk..
Kakak kena gigitan serangga dekat mata. Bengkak dan merah kelopak matanya, dan sedikit demam.
Subuh tadi, waktu saya sibuk siapkan nasi bekalan suami pergi kerja; KakNgah bangun dan menonong ke arah saya dan bertanya..adik demam ka, mama? Saya letak tangan atas dahinya dan, sahkan. Yes.
Tok nampak "layu" sedikit hari ini. Agaknya letih sebab semalam saya bawak dia keluar, lunch diluar dan beli barang dapur kemudian ambil angin...Dia berjalan sendiri dan tak mahu bawa kerusi roda. Kemudian kami pergi fish spa.... 80% ikan dalam kolam tu berkerumun dekat kaki Tok...he he he . Kenapa ya?

Waktu ni semua orang sakit dalam bilik masing-masing, masih tidur. Lepas lunch tadi, semua mereka makan ubat dan tidur...Saya diam-diam ke kedai beli barang tambahan untuk buat kek tempahan raya haji. Dah balik dan tengok mereka masih tidur. Teringin nak tidur macam mereka, tapi tak terlelap. Dok teringat tempahan cheesecake esok, dan kuih cara berlauk juga ada yang menempah untuk dihantar esok pagi...
Heiii.. malasnya nak bergerak.......
Dan itu biskut tempahan Raya Haji yang dah siap belum lagi packing..
hmmmm....
Saya macam tinggal seorang dalam rumah ni...sunyi sepi!

Wednesday, November 19, 2008

It begins....

There is one place near a busy highway. On the rightside of the highway heading south is a new blooming business avenue called JA. Lots of happenings there days and night. In a tall and wide building facing this place, there are few people sitting around an oval table waiting for their bigboss. A little women is looking out to the hustle & bustle of lunch hour traffics through a tempered glass wall, with a nerve wrecking inside her that bothered to none of other members in that board room. That little women is me! No good news is expected. That is known to everyone; but how to say this out to my adik-adik. Let me re-phrase, how would they take this news. Few of them are single bread-winner.

As known, is about reduced schedule loading from key customers.

that in-lieu of that and the forthcoming December holidays

then

we are given a four days workday in a week

until end of the year.

Sighhhh.....I want to sleep. Wake me up when December ends....

To all my brothers and sisters warga kilang especially adik-adik in my dept, below doa is for you....

Wednesday, November 12, 2008

Tempias.....

"Let's think of xxx families, that is supported by this organisation" . Bigboss ended today's meeting with this phrases.
Sedar atau tidak, nak mengaku atau tidak, kami yang bekerja dengan kilang yang berpusat di AS terkena tempias krisis kewangan. Kalau di sana sudah demam di sini tentu dah seram sejuk da bersin. Bulan lepas sudah digariskan lima platform untuk mengawal kos. Tumpuan kami untuk mengekalkan jumlah tenaga mahir dan kurang mahir yang berkerja di organisasi kami. Faktor manusia agak sensitif. Minggu ini sejumlah operator pengeluaran yang kontrak mereka tamat ; tidak dapat di sambung kontrak baru, dengan ertikata lain, terpaksa diberhentikan. Permintaan menurun sebanyak 12 peratus. Ramalan untuk 3 bulan akan datang dijangka pada tahap penurunan 15-18%. Kami menganggarkan pola penurunan tidak kurang dari 22% sehingga Mac. Ada juga yang kurang setuju bila saya unjurkan ramalan penurunan hingga Mei 2009 - alasan saya satu saja; "Mr Obama is not a magician". Bbrp orang ketawa....Ketawa lah... saya serius. Saya bukan arif berpolitik tapi Obama will needt least a couple of years to straighten things.....
Sheila, pakar sumber manusia kami datang memeluk saya dari belakang, senang kerja I kalau kita manpower kita tak di usik! Nakal dia!

Saya pernah kena VR ( tak lama kemudian kilang S yang nampak macam hotel dari hiway terus tutup) - memang sakit hati dan sedikit rasa rendah diri walaupun dapat wang besar. Walaupun tak sempat tanam anggur dan bulan seterusnya saya dapat kerja di satu syarikat yang lebih besar; bayang-bayang VR menggerunkan.
Tiada kerja lebih masa sekarang. Operator pengeluaran, store hand, despatch boy, securiti guard, ramai yang mengeluh. Tapi budak-budak ni kreatif. Pandai promosi, hari ini ada sample karipap atas meja, esok bungkusan kacang...siap dengan contact number pada packing. Macam-macam mereka jual. Dari pampers hingga ke madu lebah. Kesempitan hidup membuka minda mereka untuk cari pendapatan sampingan.

Aci yang kerja sapu sampah tunggu saya datang, suatu pagi. Dia minta saya buatkan kek coklat banyak-banyak. Dia mau beli dengan saya dengan harga murah , nak di jual pada kawan dan jiran yang nak sambut Diwali. Saya minta maaf sebab masa tu ibu mertua sakit dan saya tak ada masa nak baking. Saya bagi resepi suruh dia buat kek coklat sendiri dan bawa dia ke kedai pembekal yang saya berlanggan. Dapatlah dia harga bahan yang murah sikit berbanding harga biasa pasaran runcit. Lepas Diwali dia bukan main riuh bercerita kek dia laku sungguh. Saya pun tumpang gembira. Sekarang ni tak habis- habis senyum...katanya, hari-hari duit masuk sebab dia hantar kek potong untuk jualan ke kantin kilang anak dia bekerja. Rezeki awak lah aci...andai rajin berusaha tentu ada hasilnya...Mungkin pada sesetengah kita berpendapat berapa la sangat hasil jualan kecil-kecilan begitu, tapi air menitik kalau ditakung, penuh juga tempayan kan?
( ada yang tak tahu ka, tempayan tu apa?....saja cikMilah nak usik!)

Seorang lagi minta ajarkan buat kek dan pulut serimuka. Dia jiran sekampung saya, ada juga bau-bau bacang. N namanya bekerja di kilang mikrocip terkemuka di Bayan Lepas. N ni mangsa tsunami dulu. Waktu itu dia bercuti syif, mereka suami isteri turun memukat di laut Balik Pulau. Kedua mereka di telan ombak dan dia dijumpai terdampar atas batu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Sejak itu dia phobia dengan laut. Hanya suaminya turun ke laut pada waktu lapang mereka. Kesian mereka sekarang berkerja hanya waktu biasa dengan sekadar gaji pokok, sedangkan belanja keperluan meningkat. N sejak dulu ambil upah menjahit untuk tampung pendapatan. Oleh kerana kesihatan terjejas akibat tsunami dulu, majikan benarkan dia bekerja waktu pejabat, jadi sebelah malam, dia ambil upah jaga anak kecil kawannya, jika kawan itu bekerja shif malam. Dia kan buat segala kerja untuk mengumpul duit lebih.
Bak kata N, siapa nak di harapkan untuk menolong, jadi perlu berusaha sendiri.

Tengahari kelmarin saya tengok Buletin Utama kat kedai makan, tentang seorang cashier sambilan di tetak perompak hingga mati. Dia juga seorang ustaz...Lihat lah dan fikirkanlah. Kalau imbuhan seorang ustaz itu mencukupi semua keperluan, tak mungkin dia sanggup bekerja sambilan...

Saya ceritakan tentang Aci dan N bukan untuk membangga diri atau menghebahkan pertolongan kecil saya pada mereka, Nauzubillah...Saya ingin berkongsi contoh kecil masyarakt kita yang berpendapatan sub-RM1K. Demi hidup yang lebih selesa mereka memerah keringat dengan idea kecil dan kudrat yang tak seberapa. Pada kebanyakan kita, berapalah sangat hasil jualan kuih, upah menjaga anak orang, atau kerja menyapu sampah. Mereka kurang bernasib baik dari kita yang ada pergantungan kukuh, aset yang stabil dan ijazah bekalan ekonomi. Mereka tak tahu apa itu blog dan tak kisah kecoh-kecoh politik tanahair kerana waktu yang ada mereka gunakan untuk bekerja menambah pendapatan. Mana ada waktu untuk membaca atau blogging macam kita....rezeki dan nikmat dari ALLAH datang dalam berbagai bentuk.

Mungkin ramai yang tak sedar bahawa ada kilang yang bekerja 4 hari dalam seminggu sekarang.
lagi baca di sini....

Saturday, November 8, 2008

Biasa...

Hari ini Sabtu, kembali pada kelansungan hujung minggu yang biasa. Rasanya dah 10 minggu, hari minggu saya jauh berubah dari kebiasaan yang biasa - ya lah sejak bulan puasa, kemudian raya ,bersambung pesta makan dan akhir sekali kesihatan Tok. Semuanya itu mengubah kebiasan hujung minggu sekaligus saya amat lelah. Sepatutnya giliran saya jaga Tok hari ini dan esok, tapi KakLong bawa Tok ke rumahnya sejak dari keluar hospital ; jadi seminggu dua ini Tok akan tinggal di rumah KakLong.
Boss cakap duduk rumah, rehat.
Baek Boss....( tunduk dan senyum ala-al isteri solehah.............................hiks)
Bangun macam biasa dan lepas solat dapat baca Quran lebih sikit, kemudian masak untuk sarapan sambil on kan mesin basuh. Hari-hari lain sarapan ready-made tapi hujung minggu ini lainlah sikit kan. Tak ada yang istimewa pun,pagi ni saya buat cucoq udang. Bukan cucur udang yang makan dengan tauhu goreng, kentang goreng dan segala mala tu ya. Saya buat jemput-jemput udang, istilah orang selatan...Dah lebih dua bulan tak buat cucoq udang. Saya suka letak bawang lebih, dua labu bawang besar saya dadukan, campur 2 batang cili merah yang di hiris halus, 5-6 batang daun bawang, udang basah yang siap di kopek, udang kering yang di tumbuk, sebiji telur dan tepung secukupnya.. Macam biasa kalau buat kuih ka, cucoq ka saya lebih suka gaul dengan tangan. Boleh rasa teksture adunan, lagipun, pueh rasa hati. Sementara dok bancuh bater cucoq udang, saya panaskan minyak. Dan ya, bila adunan dah sebati, saya masukkan 2 sudu besar minyak panas tu dalam adunan dan kacau cepat-cepat dengan sudu itu juga. ( Cari nahas la kalau nak kacau dengan garpu asli ni kan...). Kenapa ya? Saya nampak aruah mak dulu buat camtu, saya ikut saja.. Tak lama selepas itu saya jumpa petua dalam majalah Wanita, katanya, buat macam tu utk ranggupkan kulit cucoq... Hmm sedap jugak...masuk lif tekan butang sendiri la kan....:) Makan dengan sos cili dan kuah kacang lebihan open house dulu. Masih banyak, saya bekukan. Nak makan , panaskan saja.
Sambil goreng cucoq, siapkan nescafe dan telur setengah masak untuk Abah. Abah kerja hari Sabtu, tapi sempatlah duduk sarapan sekali. Bye bye...
Masuk tidur balik.. ? No no no...
Banyak kerja nak di buat.. maklumlah tak ada pembantu. Kakak dan Ammer tidur balik selepas subuh. Tidur tak bergerak anak 2 orang tu, malam tadi training TKD. KakNgah pun macam tu, masing-masing bangun solat dengan mata separuh buka...Dia tengah berlatih hoki waktu Abah gi jemput kat asrama petang kelmarin.
Dah lama tak pergi pasar. Pi mar-ket, kat orang utara. Walaupun tinggal di jajahan Bkt Mertajam, saya tak betah denga market BM...setia dengan market Seberang Jaya. Dah kenal pakcik ayam,abang daging, apek udang, mak nya telur, adik sayur dan kakak bawang. Adik-adik yang jual santan segar pun tegur dah lama tak nampak!
Selalunya pukul 8 pagi saya mesti nak sampai ke rumah sebab nak ikut yoga kat tv.
Pagi ini saya tak perlu tergesa-gesa. Sejak keluar kenyataan tentang persamaan gerak yoga dengan amalan agama lain, dan ura-ura fatwa yoga itu haram bagi umat Islam , saya dah stop senaman ini. Tak ada dakwa-dakwi. Bagi saya mudah - sekiranya sesuatu perkara itu subahat dan saya tak pasti kehalalannya, dah termasuk dalam kiraan haram, tinggalkan saja. Saya terkejut besar bila tahu tentang ini.. Ya Allah, ampuni hambaMU yang jahil. Inilah padahnya beramal tanpa ilmu. Yang pasti, semasa buat yoga tu saya berniat untuk senaman fizikal , keluarkan peluh dan regangan. Meditasi yang duduk bersila tegak dengan tangan atas lutut tu saya tak pernah buat. Betul, seingat saya tak pernah buat meditasi. Orang meditasi saya pelan-pelan gulung tikar senaman dan menyelinap keluar...balik.
OK- drive sambil melamun pasal yoga tadi, dah sampai pun rumah...
Aik.. sarapan atas meja dah licin tapi tak dak sorang pun luar ni.. Jengok tengok bilik, ada sorang masih golek-golek dengan novel kakUmmi kat tangan, Seungu Lavendar. Kat bilik satu lagi ada orang tengah belek kuku dan si bujang terlentang atas katil dibilik saya.
Hari ini nak masak lauk kampung. Tadi beli ikan keli yang dah siap di besiang. Saya kenal Abang keli ni, dia jual keli dari kolam ternakan sendiri. Sejak kecil saya suka keli tapi yang jenis keli keras sahaja. Keli lembut tu, tak makan. Senang saja nak bezakan keli keras dengan keli lembut, yang keras warnanya perang dan saiznya kecil. Kalau yang jenis keli lembut, saiznya besar dan warnanya hitam. Keli keras jarang di jumpai dan sekali jumpa, layan la...Anak-anak pun suka.... ibu orang kampung dibendang...keli haruan memang suka...ulam dan umbut apatah lagi...
Leceh nak cuci ikan darat ni, rendam dalam air asam, kemudian cuci, ulang lagi dengan garam kasar dan cuci hingga lendir dan bau hilang.. Inilah sudahnya.

Ikan keli masak sambal cili dan tomato

Masak lemak cili api rebung dengan ikan bilis. Cili padi tu hiasan saja ya...tak berani saya gigit cili padi buat ulam macam KakAnie.. he he.. Tengok tu, kuah menitik atas pinggan alas jadi bentuk love - sumpah, jadi sendiri, saya tak bentukkan...


Sambal belacan dengan ulam, kangkung rebus dan bendi celur.

Memang pedas....sampai panas telinga sebab saya tambah cili api. Lepas makan, saya kulum 2 biji kurma sekaligus...nak hilangkan pedas....

Alhamdulillah, finally I have back my quiet Saturday afternoon, a time for myself....

Thursday, November 6, 2008

Alhamdulillah...Tok dah sembuh

Sejambak bunga untuk semua...
Terima kasih pada segala doa saudara mara dan kawan-kawan yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Tok ( ibu mertua) saya. Dia telah pulih dan kembali ke rumah.
Jazakallahu khairan kathiira...
Special thanks to KakElle yang banyak bagi nasihat dan suruh saya bersabar...

Semuga semuanya dilimpahi rahmat dan kasihsayang Allah




Monday, November 3, 2008

About Tok.. and of Our Almost Missing Solat

Seen her condition on Saturday - I convinced Abah and BIL then we took her to hospital right away, and the best is to refer her to the nearest hospital . Her breath is short and her face and both of the feet swollen. Kesian sangat tengok dia diam tak bersuara sambil berteleku atas kerusi. Teringat aruah MaK dulu. Kalau jadi macam ni, myKakak akan cepat-cepat bawa kehospital.

I accompanied her to the doctor and requested an X-ray onto her lung. Yeah...her lung swollen and that caused her short breath..As my silent guessing, she is warded. To be exact, dr gave her options either to give medication and go home and get the urine flow naturally or get it done by hospital procedure . I left the decision to be made by her own blood and flesh besides my silent doa for her to be warded here ( they have plan to take her home then send her to private hospital). Tak sampai hati la..nak transport dia sana sini. dengan keadaan dia yang lemah dan semput gitu... I suggested to my hubby to let her making her own choice which she finally wanted to be warded there at the GH. Hubby and BIL went home to get some rest and check on kids we left at Tok's house. BIL has to go back to KL , he's sitting on his exam this week.
I was more prepared this time. I had in my Sew Pretty Pink bag a bottle of drinking water, a pack of biscuit, asam boi and a novel to read. With a bundle of telekung in , this bag had turn up to a good pillow, at the same time my phone and purse are safely intact if in case I fall asleep.

At once,her short breath became intense and I called the nurse. Know what her answer was?
"so, nak bagi dia oksigen ke kak?"
Saya macam nak telan itu nurse hidup-hidup! Do I look like one of those doctors? Do I need to advise you what to do? Nasib baik tak meletup ayat-ayat ni!
"Dr tak bagi order suruh letak oksigen, pasai tu saya tanya kak.." Agaknya dah gelabah kot dia, Saya tenung dia dengan mata bulat dan geram!

"Sebab masa dengan dr tadi dia tak penat terok macam ni!". Lancangnya engkau cikMilah!

Saya memang tak boleh tolerate kalau petugas dok lengai tak tau apa nak buat waktu emergency . Sebab ini memang tugas dia. Kalau tak pasti, refer la kat doktor ka, atau misi yang lebih senior. Yang mai tanya kat penjaga pesakit tu buat apa! Tok tenang semula selepas bbrp waktu oksigen di pasang, mukanya mula merah, peluh mercik lagi. Saya salinkan pakaian , pakaikan dia baju hospital dan dia tidur.

I need a bath and wanted to lye down flat. Both of my legs are swelling - water retention agaknya sbb agak lama kaki berjuntai di kerusi malam tadi. Saya tunggu Abah datang, kemudian balik mandi dan berkemas sbb kami kena balik Penang. Times up. Esok hari sekolah dan kerja.

Bila datang balik ke wad, baju hospital Tok dah lembab sbb dia banyak berpeluh. Saya offer nak lapkan badan dia. Menitik gak ayaq mata ni masa lapkan Tok, sbb teringat aruah MaK dulu - dia suka kalau saya lapkan badan dia. Selesai lap badan dan kepala, saya sapu bedak dan salinkan baju. Kasi pakai kain batik dan baju Kedah.. hmmm... baru nampak segar sikit dan wangi lagi...Lega rasa hati bila mak dah mula bercakap dan senyum. Tapi memang tak sampai hati nak tinggalkan dia. Waktu kami tinggalkan dia, ramai jiran-jiran datang ziarah.

Selalunya, kami bertolak pukul 6 petang dari kampung, jadi bila sampai Dataran Gurun, memang ngam-ngam masuk waktu maghrib. Kami suka berhenti di sini sebab kemudahannya cukup dan ruang solat wanita juga luas. Bilik air bersih dapat menampung ramai pengunjung. Tapi semalam kami bertolak 30 minit lewat. Saya ingatkan anak-anak, ambil wuduk siap-siap di hospital, jadi nanti kami tak perlu buang masa di bilik air kat Dataran Gurun.

Jalan pula agak sesak dengan lori dan trailer yang menguasai kedua-dua lorong. Saya dapati trailer ini bergerak dalam kumpulan antara 3 - 5 biji .Sepatutnya mereka di lorong kiri sebab trailer ni agak kurang laju berbanding kereta. Ini tidak, kedua-dua lorong pun mereka guna jadi berderetlah kereta di belakang trailer yang guna lorong kanan itu. Perjalanan dari Jitra ke Gurun selalunya cuma 45 minit - sekarang sudah pukul 7.30 kami masih belum separuh jalan!
Nak potong macamana, ada dua tralier beriring sepanjang jalan. Mereka macam berlumba masing-masing tak nak beri laluan. Saya ketap gigi jer.. rasa macam nak...honnnnnnnn panjang!
Bila nak masuk ke kawasan Dataran Gurun, barulah trailer yang sebelah kanan tu memotong trailer yang sebelah kiri jalan.. apalagi semua pecut....
Tiba di sana, maghrib sudah tua... Cari parking lot pulak!. Banyak kereta, macam biasa. Tapi yang saya kesalkan mereka lepak-lepak di ruang parking, sembang-sembang.... Sepatutnya mereka lebih ambil kisah. Jangan la lepak kat situ, orang lain pun nak park jugak. Bukan orang muda saja. Yang berkopiah lebai pun lepak sama kat situ. Kalau dah solat tu, undurla kereta atau pi la sembang kat tempat lain. Kerusi banyak kat dataran tu..Inilah orang kita kan, tak bertimbang rasa. Sepatunya kenalah faham, kemudahan awam untuk di kongsi, bukan monopoli.. sikap aku punya dan aku masuk dulu, pentingkan diri sendiri...sukar dikikis...
Kami terpaksa parking kat stesyen minyak nuuun jauh dan menapak hampir 80 meter ke surau. Nasib baik masih berwudhuk , basuh kaki dan sempat lah tunaikan solat dlm surau yang hampir lengang...

Ya Allah, jika ini yang Engkau aturkan, aku mohon Engkau berikan bersamanya kasih sayang, rahmat, kekuatan, ketenangan ,keteguhan dan kekuatan pada kami.. Amin....

Friday, October 24, 2008

In Between Two Birthdates

Happy Birthday Ammer
A delayed entry...apologize me my dear. Mommy is spinning like gasing and it is better late than never...simply excuses mommy has to defeat guilty concious inside me. Alhamdulillah, Petang Jumaat Ammer sudah sambut dengan rakan-rakan sekolah di kelas transit dan hari Sabtu dengan kawan-kawan di kejiranan kami.
Dengan Syawal yang masih berbaki,majlis hari jadi yang simple untuk Ammer berlansung jua serentak open house kami sekeluarga.Ramai kawan Ammer tak dapat datang sebab hari Sabtu bersekali hujung minggu yang panjang masing-masing ambil peluang bercuti keluar dengan famili masing-masing. Suram sikit wajahnya bila tak ramai kawan datang tapi bila Abah keluarkan hadiah...waaa weeee.. besarnya!!!! Happy dan berseri-seri senyum sampai telinga! Memang dah lama dia nakkan control car sejak Ferrari F1 dulu sudah rosak! Bukan rosak tapi di rosakkan ( kata KakNgah!) Ammer jadi mekanik sendiri keluarkan itu ini dan pasang semula guna allen key and skru driver, bila siap dipasang ada skru terlebih dan kereta dah tak boleh jalan....
Happy juga dia dapat kek coklat Spiderman buatan mama yang comot dek terkejar waktu...
Sudah besar anak ini. Rasanya baru semalam mengendong dia keluar dari klinik bersalin. Sembilan tahun dah Ammer. Macam kata KakElle, anak ibu jantung ibu; Ammer banyak persamaan dengan Mama. Kami sama-sama excema, jadi makanan dan kepantangan kami sama - kami alah daging kambing,kucai dan susu...dan kami juga ambidextrous! Semuga membesar jadi orang yang soleh beriman, memperolehi segala peluang menyerap ilmu yang terbaik, berjaya dunia dan akhirat.

Rumah Terbuka

Alhamdulillah, sempat juga masak menu seperti yang di rancang..Mee kari,lemang ciplak* + rendang ayam,ketupat nasi + kuah kacang,kek nenas, kek coklat, agar-agar santan+ pandan, sosej roll dan kari daging untuk roti jala. Cuma roti jala yang saya tempah tak cukup sbb orang yang saya tempah tu ada emergency...
Sebelah petang cuma bbrp org kawan pejabat, kawan-kawan kakak dan bbrp org kawan Ammer yang datang. Risau jugak sbb makanan banyak lagi. Lepas maghrib barulah ramai tetamu. Jiran-jiran datang serentak! Abah dah gelabah dan "lari" pergi beli lemang asli tambahan!!!Kelamkabut juga la puan rumah ni, nasib baik Kakak cekap membantu...Terima kasih sayang...
Geng surau Abah stay entah sampai pukul berapa. Kelakar sangat bila jenguk keluar tengok ada yang balik tukar pakaian,pakai kain pelikat dan datang balik dan mereka bersembang di luar. Saya buatkan minuman panas dan masuk tidur sekejap. Terjaga selepas tengahmalam bila terdengar bunyi krrreeek....abah kemaskan meja. Saya bangun, tunaikan solat isya', cuci pinggan mangkuk dan apa yang patut. Kena cuci malam ini jugak sebab esok sesudah subuh nak balik kampung! Hampir pukul 3 pagi baru masuk tidur.

Sehari di Hospital
Dalam sibuk masak dan menjamu, hati tak sedap sejak dapat tahu Tok (MIL) sakit dada dan penat/semput. Pertama kali sejak jadi menantu sepanjang 16 tahun ini dia sakit begitu.Klinik swasta tempat dia dapat rawatan pertama buat reference ke hospital kerajaan. Pukul 8.30 pagi kami tiba dan bawa Tok ke hospital. Nampaknya keputusan ECG kurang elok. Dia dihantar ke Unit kecemasan untuk ujian ECG kedua. Saya suruh Abah balik makan dan rehat. Tok diberi ubat yng diletak dibawah lidah dan disuruh berehat. Kami ditempatkan di satu bilik yang ada 2 katil. Menantu mithali ni pun.. apalagi.. terus la letak kepala dan mata yang berat ni pun automatik terpejam. Siap pesan kat Tok..."kalau mak rasa lain macam , mak gerak chek na!" bertuah punya menantu...! Saya lelap hampir 45 minit. Itu pun bila nurse datang nak buat ECG..and the result is...worse than before!!!
BP Tok naik mendadak dari 117 pada ujian pertama pagi tadi ke 185 sekarang! Agaknya nervous dan takut sbb di masukkan ke wad kecemasan kot. Waktu ini myKakak yang bertugas di hospital ini datang... Lega sikit ada moral support dari misi berpengalaman ini. Saya ni bukan reti nak jaga orang sakit... Tok diberi ubat darah tinggi dan kencing manis, dan di suruh berehat lagi. Lagi sekali kena buat CG test. Sementara kakak ada dengan Tok dan Abah pun dah datang balik, saya pergi solat dan cari vending machine....lapar!
Bila balik ke wad, Tok tidur. Saya nampak seorang misi yang memang saya kenal, saya panggil dia KakGayah. Dia yang jaga saya waktu melahirkan Alia di hospital ini dulu, dan dia juga kakak kepada my best friend, Syah ( refer Jejak Kasih!) Ohhhh... happynya!( more stories later)
Berbalik pada Tok, bila kakGayah buat ECG dan BP lagi sekali... the result is better. BP dah turun ketahap normal. Tak pastilah sebab makan ubat tadi atau pujukan dari misi berpengalaman yang menenangkan Tok. Saya call myKakak , bagi tau dia about the better result. Apalagi kena sembur..." tu la hang, jaga orang sakit kena baca ayat Quran, baca doa dalam hati, pujuk dia bagi dia tenang......ini hang pi tidoq... bla blaa...."
OK lah.. Ok lah...saya surrender...memang patut kena pulas telinga pun...Tapi ya.. saya memang letih seletih-letihnya.

Pertemuan Jejak Kasih di Hospital
kakGayah cakap Syah balik kampung in emergency sbb PakNgah (panggilan saya pada ayahanda Syah dan KakGayah) tak sihat. Saya tak buang masa call Syah dan tanpa banyak bicara kami setuju bertemu di sini. Unit Kecemasan - jadi saksi pertemuan dua sahabat yang berpisah sejak 1987! Suami-suami kami terpempan! Nasib baik kami tak nangis..tapi mmg ada airmata bergenang di kelopak mata kami. Airmata gembira dan syukur. Gelak dan rentak sembang masih macam dulu......Kami berpegang tangan sepanjang waktu dan berjanji akan bertamu ke rumah masing-masing. Lebih 20 tahun kami biarkan manis persahabatan berlalu, alangkah ruginya kalau kami tak mengambil berat macam dulu. Memang berat nak berpisah, tapi Syah harus pulang ke Seremban segera.
Sebelum itu saya bawak Syah melawat Tok, berkenalan dan ziarahi ibu mertuaku .Waktu ini Tok dah nampak OK dan bersedia untuk jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Abah ambilalih , temankan Tok dan saya di suruh berehat dan menunggu di ruang tamu. ( Syyyyy, dia tak tau saya tidor tadi...)

Waktu menunggu agak lama. Saya teringat Diah (refer Jejak Kasih) dan saya pun sms, bertanya khabar dan bagi tau yang saya ada di kampung! Ohhh, rupanya rumah Diah hanya di sebelah hospital ini - betul-betul sebelah pagar Unit Kecemasan. Another session of Jejak Kasih? Why not. Tak sampai 15 minit, dia telefon, saya disuruh keluar ke korridor dan dia sudah melambai-lambai...Yes...she is as sweet as ever! datang naik motor sebab nak cepat. Groovy kan! Tak lama kami berbual, Tok dan Abah keluar. Sempatlah berkenalan juga sahabat lama ini dengan ibu mertuaku. Bila Abah datang dengan kereta,bertanya khabar dan nama suami Diah(kot kot kenal...sbb suami Diah anggota polis dan family Abah memang tinggal di kuarters polis masa Aruah FIL masih dlm perkhidmatan). Dan ya,Abah kenal dengAn suami Diah!! What a small world! Suami-suami berkawan tanpa tahu yang isteri masing-masing juga berkawan sejak lama...
Beria-ia Diah ajak Tok pergi berehat dan makan di rumahnya, tapi terpaksa menolak untuk kali ini..Lain kali, kita bertemu lagi dalam suasana yang lebih baik.
Terima kasih Syah dan Diah, dalam sibuk-sibuk mereka dan waktu emergency kami, sanGgup datang bertemu saya dam melawat Tok.

Back to Penang on the same Day.
Tok dah nampak segar selepas mandi dan makan. Kami harus balik sbb Abah on duty pada hari Deepavali. Sebelum bertolak, kawan baik Abah telefon, remind suruh datang ke rumah dia, mesti datang. ( Memang dah jemput awal dan kami plan nak skip saja majlis ini, sbb tak terkejar dah rasanya)tapi tak tergamak pula kalau tak pergi ...
OK lah.. suruh girls and boy bersiap seadanya dan kami shoot balik Penang, tinggal Tok dengan mak sedara temankan dia. Berhenti solat maghrib di Dataran Gurun kemudian bergabung dengan konvoi motosikal di RnR Juru sebelum bertolak ke jemputan rumah terbuka Encik Ijat. Banyak nya hidangan, saya mencubit setiap satu dalam qty sedikit. Mmg sedap...Kami mohon diri balik awal..

Deepavali off day and Raya Open House Lagi
Hari ini saya duduk diam-diam sambil mencuci dan mengemas rumah. Sementara menanti waktu asar, saya baring-baring sekejap. Tiba-tiba Abah telefon cakap suruh bersiap. Ada open house lagi, kita kan pergi sebaik Abah bali kerja . Kali ini di Sungai Petani. Dia ni kawan rapat Abah juga. Kami bertolak lewat dan sampai serentak dengan azan maghrib. Solat dan makan dan berbual. Saya sms abah ajak balik sbb esok kerja!

Another Birthday
Back home form the open ouse, I made a base for cheese cake dan tutty-fruity cake...Just a sponge cakes..nanti nak potong jadi 3 layer, bolehlah guna untuk buat 2 kek tersebut.
28 October birthday Abah.... Kids is still on Deepavali holiday so they will be home taking care of each other. After Abah left to work at 7 am, I work on the cheese cake topping and layering the tutty fruitty cake. Simpan diam-diam dalam freezer then pergi kerja. As reach home late, I stopped by nasi lemak stall and bought 5 bungkus...that is our birthday menu! Kids nampak macam tak happy jer..he he he..tak baik tau.. ini rezeki kita malam ni :) Abah came from work around 9.00pm, so the nasi lemak is for them to lapik perut before the birthday meal...
Before maghrib when they ate their nasi lemak, I quietly took out 2 large pizza base, topped with all sort of things and cheeses and put in the oven. Ready to be heated just before Abah reach home. We are having just a simple celebration makan pizza tonite with blueberry cheesecake kegemaran Abah. Happy 42nd birthday darling. Let's grow old together.. Semuga Allah berkati Abah dengan amalan yang soleh dan kesihatan yang baik. Semuga mendapat bahagia dunia dan akhirat.

Wednesday, October 15, 2008

Jejak Kasih

Semenjak Ramadhan yang baru lalu saya telah menjejak 13 orang sahabat lama yang tak di temui kira2 20 tahun lamanya
Terbaru ialah Mufa.
Hari Isnin saya MC, boringnya rasa berbaring saja jadi saya kemaskan meja kerja suami dan terjumpa kad business Mufa. Terperanjat juga! Business kad Mufa ada pada suami saya. Dia salah seorang pengendali Asrama Anak Yatim yang kami sumbangkan sedikit sedekah pada bulan puasa dulu. Mufa adalah junior saya saya buat saya macam kakak sendiri. Kali terakhir kami jumpa bila dia datang ziarah saya di STL tahun 1989. Katanya dah lebih 20 tahun dia cari saya, tapi tak jumpa. Akhirnya dia give-up bila ada seseorang beritahu yang saya ( kononnya) berada di Qatar, kawin dengan Pak Arab dan jadi jutawan! Ha ha ha.. saya gelak besar...( sapa la yang punya cerita ya...ha ha ha)
Tunggu ya Mufa, kami memang sedang merancang utk melawat asrama anak-anak itu lagi.. nanti saya kenalkan Pak Arab Qatar or my Habibi saya pada awak...


Sehari sebelumnya saya terserempak RA waktu singgah bersarapan di Kopitiam dekat Menara Alor Setar. Dah lama kami nak makan di sini tapi kali ini baru ada kesempatan. RA adalah kawan ketika kami sama bertugas di SriManjung, Perak. Dah 15 tahun dia menetap di AS-Langkawi dan sekarang orang kuat Kedah.fm...


Sehari sebelum perkahwinan Azma, saya menghantar hantaran ( lihat N3 lalu), bertemu ayah bonda nya. Ustaz Mohd Khassim guru agama sekolah rendah dulu..MasyaAllah...


Hari Raya saya bertemu Dilah dan Mahadi. Kami berkawan baik sejak Tingkatan Satu. Masih in contact tapi tak pernah berjumpa sejak 1987! Waktu itu saya sebelum nak ke US saya ajak Dilah ziarah Syah dan Mahadi di UKM. Mereka berkahwin waktu saya masih belajar, kemudian masing-masing sibuk dengan rumahtangga dan kerjaya. Ramadhan lalu saya nekad mencari dan Alhamdulillah.. bertemu jua di Aidilfitri.


Bersama Dilah dan Mahadi, kami kerumah seorang guru, dan bertemu anaknya, Abu Zahrah..rupaya dia kawan baik suami!


Syah, sahabat paling rapat- Dia terperanjat besar bila saya hubungi hpnya. Saya dapat dari seorang pekerja pejabat sekolahnya....tunggu Syah.. nanti kita suprisekan awak lagi... he he he
Tak sabar tunggu Aidil Adha, semuga kita panjang umur dan dapat bersua...


Win dan Roshdan saya temui di alamaya. Win roomate saya di NC. dan Roshdan adalah jiran rumah sebelah! Di NC dulu cuma ada 2 rumah Melayu. Kami serumah 5 perempuan dan jiran sebelah selang 5 pintu di sana ada 5 lelaki. Di sana cinta mereka berputik dan berkahwin bila balik Malaysia...Saya jumpa bila hopblog melalui Zany - nampak gambar Win dan Roshdan dalam blog Tobiaq... masakan ku lepaskan dari menghubungi adik-adik ku ini...


Saya hopblog dari Neeza ke blog Hj Safian...ahhhhh.. suami Safiah rupanya dia! Safiah ni cute sangat, roomate saya di STL! Tak sabar nak jumpa lagi. Let me know bila you balik Penang...ya...

Minggu yang sama Rosma beri komen di blog saya... yayyyyy...kami kenal sejak di Jalan Gambang, kemudian sama-sma di STL.. Rosma dah half-Penang... jom jumpa ya....bila balik rumah mertua kita kasi gempaq ya!


Dan saya terus menjejak. Hari ini saya menjejak Diah melalui pejabatnya di UUM. Mengumpul kembali sahabat-sahabat lama yang pernah memberi kemanisan pada hati, terasa kasih sahabat dan ukhuwah yang perlu dikemaskan.
Sahabat baru saya kelek dan yang lama saya kendung...

Hari ini jua, saya mendapat jejak seorang sahabat lama melalui blog anak muridnya. Sedihnya saya "berjumpa" dia pada hari jenazahnya baru disempurnakan. Al- Fatihah untuk Allahyarhamah Napidza Abdullah, kawan sejak Tingkatan 1 hingga 5. Alahyarhamah meninggal duni pada 14 Oct 2008 jam 7.30 malam akibat kanser payudara. Semuga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Untuk seorang kawan baru hari ni....Terima kasih Diya kerana sudi YM dengan auntie tentang cikgu tersayangmu.
Friends are forever...

Sunday, October 12, 2008

Selamat Pengantin Baru Azma dan Amni

Selamat Pengantin Baru

Noor Azma & Noorkhairun Nizam

dan

Noor Amni & Roslan...


Cenderahati perkahwinan mereka amat istimewa....


"Buku kecil bernama Reflection ini dikeluarkan bersempena hari bersejarah, hari gembira "Walimatul'Urus untuk kedua-dua puteri kepada Mohd Khassim Ibrahim dan Rahmah Ahmad pada 11 October 2008 bersamaan 11 Syawal 1429H. Buku ini menjadi buah tangan, kenang-kenangan untuk saudara dan teman-teman yang sudi datang dan mendoakan keberkatan kedua-dua pengantin serta keluarga...." -petikan Reflection.
Azma hadiahkan buku ini pada malam sebelum hari lansungnya- waktu itu kami selesai susun hantaran dan makan tart nenas yang amat sedap. Ianya himpunan puisi dan prosa yang amat bermakna tulisan Azma yang direalisasikan dan di cetak di Thailand oleh sahabat karib Azma, Natjawa Sri-sa-Ard ( read Najwa).

Agak ralat sebenarnya kerana tak dapat menghadiri majlis mereka lebih awal pada hari Sabtu itu sebab ada juga majlis perkahwinan sebelah keluarga saya. Saya tiba lewat petang. Cantik ayu berseri-seri pengantin perempuan sambil melayan tetamu yang masih ramai walaupun hari menjelang malam...

Thanks Dikma, kerana mempercayai saya menguruskan hantaran perkahwinanmu ini.

Saya buat bekasnya saja, tart nenas ini di buat oleh mak sedara Azma, sedap you....

Bekas berisi Al-Quran.

Semuga kedua pasang pengantin mendapat rahmat dan berkat, di kurniakan zuriat yang baik penyambung perjuangan menegakkan Islam.

Friday, October 10, 2008

A better day...

Assalamualaikum, semuga ceria selalu

Sepuluh hari Syawal masih segar....Alhamdulillah, I feel much better. Ramai juga antara kita yang masih buat jamuan rumah terbuka ya, terutama yang balik kampung bercuti raya. Saya sendiri baru siap bersolek rumah dan nak keluarkan balang kuih raya esok...He he he...:)
Seminggu ini, kalau ada tetamu, saya hidangkan biskut raya dalam 3-tier plate saja...Bila ada kawan cakap nak bertandang, barulah saya masak yang simple-simple. Sebab siangnya berkerja, tiap-tiap malam kami ada tetamu. Saya hidangkan koay teow, mee atau meehon. Rencahnya saya siap tumis dan udang dan ayam sekali saya siap potong kecil-kecil dan simpan dalam peti ais. Bila nak masak, keluarkan saja, panaskan rencah dan masak. Dari satu rencah tu saya dah kemudian "mamak"kan, "goreng"kan dan "bandung"kan . Mudah kerja. Untung juga ada orang jual lemang ekat depan Politeknik tu, beli lemang panas dan panaskan rendang tok yang saya sejukbeku juga. Ala kadar jer hidangan raya kali ini...
Hari ini stok rencah tumis dan rendang dah bo ka liao....Saya nak lari.... balik kampung.

Masih bersemangat nak beraya sebab satu syawal dulu saya tak keruan. Makan ketupat pun sehiris saja, rendang tak boleh masuk sebab tak terasa lidah..Dah siap pesan orang kampung... saya nak balik makan ketupat...jom....
Ada majlis heboh-heboh kat kampung ku....orang itu nak kawen di Jitra....dan sepupu saya pun jemput saya sertai rombongan pengantinnya ke rumah besan di SP. Petang nya MamaAni jemput kenduri tahlil, dan malam nya ada jemputan open house cum birtday party kat rumah jiran...
Selamat berhujung minggu dan terus memeriahkan syawal....

Tuesday, October 7, 2008

Off-line...

Salam, semuga terus berhari-raya...
Campur tolak projek raya yang amat memenatkan, main hujan, tidur tak cukup dan tak rehat, saya demam dan tekanan darah sudah low in pressure.
Saya offline bbrp hari - off blogging and InsyaAllah will be back ....
Raya kan sebulan!!!!!

Saturday, October 4, 2008

Cerita Raya

i)Kuih raya lagi....
Selesai deliver biskut raya, saya ada 4 hari cuti sebelum hari besar menjelang dengan harapan semuanya dapat diselesaikan. Senarai kerja berderet tak payah tulis reminder kat petisejuk. Semua yang nampak pada mata kasar perlukan sentuhan ! Dalam masa yang sama mahu juga menfaatkan malam-malam terakhir Ramadhan - yang entah sempat atau tidak dapat merasainya lagi pada tahun-tahun mendatang....Sudahnya saya cuma lelap 2 jam lepas tarawikh...
Hari Sabtu dan Ahad saya bakar kek dan buat topping kek coklat. Sejak malam Ahad hujan turun lebat seiring ribut. Lebat sungguh! Kampung-kampung di sekitar kawasan saya sudah banjir. Saya bimbang kalau banjir, macamana nak deliver kek esok. Pagi-pagi Isnin dalam hujan lebat, saya sumbat kereta matrix sampai ke bumbung...kalau JPJ tahan, mana nak tunjuk lesen perniagaan? Haru biru....he he heh. Dalam hujan lebat juga saya turun naik kereta.. yang penting kek tak masuk air, sudahnya saya yang basah kuyup! Pukul 11 pagi saya pulang dan mandi untuk bertukar pakaian. Saya isikan satu load lagi dan hantar ke kilang-kilang. Sebelum zohor dah selesai, saya pulang , tengok dapur sendiri , sebiji kek pun tak tinggal. Dah mulalah operasi lagi dan lagi bakar kek coklat untuk bawa balik kampung.

Alahai penatnya, macam nak patah pinggang...kepala pun dah rasa berat. Entahlah ya, kalau diingatkan penat dan sibuk , rasa tak nak buat dah tahun depan..... ya ka?!!

Biskut Green Tea& Toasted Coconut


2. Persiapan terakhir..


Pagi Selasa selepas solat subuh suami masih kerja jadi saya ke pasar ambil daging segar dan ayam yang kami pesan sejak awal. Memang kebiasaan kami beli bahan mentah dan bawa balik untuk masak di rumah MIL. Bila masuk kereta saya mula rasa berat kepala dan mata dah tak boleh angkat dah. sepanjang jalan hujan, sejuk pulak tu, sedap rasanya zzzzz. Tapi kesian Abah memandu sorang-sorang, Antara pejam dan celik, temankan Abah berbual , panjang rasanya waktu walaupun perjalanan cuma 1 jam setengah. Sampai rumah MIL, Abah tidur terus selepas zohor dan saya pulak kelentung kelentang dengan MIL kat dapur. Kalau ikutkan pening kepala memang nak tidur saja, tapi saya gagahkan juga. Dalam pada tu baru teringat, samping Ammer belum beli. Pukul 6.45 ptg, saya dan anak-anak keluar ke PJ, sunyi lengang.. ya la.. dah dekat waktu berbuka. Kami jer yang shopping tak habis. Masuk satu butik.. hmm apa yang kami nak semua ada di situ..sempatlah sauk 3 helai selendang panjang... Ada-ada saja la kan....Pecah rekod tau shopping 10 minit ! Lepas tu sempat lagi ke supermarket beli bbrp kelengkapan menyambut tetamu esok...kaunter bayaran pun tinggal seorang saja. Tersenyum anak siam comel tu tegur saya kalut menyambar pack tisu, kordial, dan bbrp pack makanan ringan. Makanan ringan itu saya kena siapkan goodies untuk anak-anak untuk majlis hari keluarga pada hari kedua Raya.

Saya cakap dengan MIL nak buatkan dia ketupat pulut hitam, sebab MIL tak boleh makan pulut biasa. Tapi sebab banyak kerja lain mak cakap tak payahlah. ( Agaknya dia pun perasan saya dah nak tumbang...) Saya telefon kakak sebab memang dia selalunya dia mesti buat ketupat pulut hitam untuk kami semua, jadi saya pesan bahagian saya lebih sikit.. He he he..TQ TQ...dapatlah juga tunai janji...

Usai solat maghrib saya ingat nak buat topping kek dan coating biskut almond london, lazaros dan choc rainbow. Sementara tunggu rendang masak dan dapur free saya baring kat dapur...Lastly, plan tinggal plan. Saya tidur kat dapur, bila anak kejutkan saya tak boleh buka mata sbb rasa silau dan pening. Sakit nya kepala berpusing-pusing..Agak lama...saya bangun perlahan-lahan, berjalan sambil pegang dinding, masuk bilik dan terus hanyut...Nasib baiklah terjaga pukul 4 pagi tunaikan isyak dan sunat sambil duduk sebab rasa nak rebah bila nak bangun nak sambung rakaat. Alhamdulillah..

3. Hari pertama raya

Macam biasalah berlalu kelansungan rutin syahdu syahdan di pagi Aidilfitri. Antara saat paling saya enjoy ialah kami berlima berjalan ke surau berdekatan untuk solat sunat Aidilfitri. Sejuk nyaman dan hening rasanya. Pagi ini kami berbaju coklat keemasan tapi tak sedondon. Saya pastikan baju raya kami ada tone warna senada tapi warnanya tak sama. Boring jugaklah kalau boria.. dah la mai dari Penang....! Rumah MIL raya ini meriah dengan anak saudara kecil yang ceria sepanjang masa. Kami dah lama tak ada anak kecil rasa terhibur melayan keletah mereka. Ammer lah paling teruk kena buli dengan adik-adik sepupu, tapi nampaknya dia ada bakat jadi abang yang sporting...

Separuh hari di rumah MIL, kami balik kampung saya. Jaraknya cuma 15 minit perjalanan. Tempat pertama kami tuju tentulah pusara ayah bonda...Mata saya yang separuh terbuka berair juga...semuga bahagia roh mereka di sana.



Ammer di pusara nenda....





Kalau nak di ikutkan pening kepala yang berpusing-pusing, mahu rasanya saya tidur sahaja. Tapi kan raya setahun sekali, saya diamkan saja dan kami terus mengatur dari rumah ke rumah semua kakak dan abang-abang. Dalam perjalanan saya tidur...Anak-anak pun happy saja nak ke rumah adik beradik saya... biasalah kan... budak-budak..ada misi mereka sendiri...:) Rumah pertama, kami balik ke rumah pusaka yang sekarang di diami kakak saya. Mereka memang sedia menunggu kami. Selalunya saya akan balik ke sini sehari sebelum raya, tapi semalam pun kami balik lewat jadi pagi ini lah kami bertukar juadah. Sementara yang lain berbual dan makan-makan, saya zzzzz....mana-mana rumah pun saya ambil kesempatan lelapkan mata...tak malu lagi dah.. rumah abang-abang sendiri....Tapi bila pergi rumah mak saudara tu, maintain jugaklah walaupun kepala berdenyut-denyut....

Selalunya saya yang kecoh nak bergambar.. tapi sebab pening kepala agaknya sampai lupa nak ambil gambar...bukan lupa bergambar saja, kotak duit raya pun saya lupa. Tertinggal kat rumah MIL. Nasib baik Abah bawa duit raya extra dan sampul duit ada dalam kereta...nasib baik... nasib baik....

Balik ke rumah MIL hampir malam, kawan lama saya nak datang. Saya excited dan berdebar-debar sebab kami dah lebih 20 tahun tak jumpa. D&M kawan sekelas sejak kami Tingkatan 1 hingga 6 Atas. The last time kami jumpa ialah sebelum saya ke US, saya dan D ke UKM , ziarah M dan S, sorang lagi sahabat kami. Waktu saya senior year, D&M berkahwin.... Bulan puasa lalu saya menjejak kasih mencari sahabat-sahabat ini. Terkejut besar mereka dan selepas itu kami merancang untuk bertemu di Aidilfitri...

Wow.. D masih seperti dulu, cantik dan cool...macam ratu , berdiri antara suami dan semua anak-anaknya lelaki..M juga kenal Abah, malah aruah ibubapa D juga kenalan MIL....what a small world...Tak cukup bahasa kami bercerita...Abah dan M pulak ada cerita mereka sendiri...

Tak puas berbual, kami kemudian menziarah cikgu kesayangan kami yang tinggal berhampiran.. Cikgu Aiyub menyambut kami macam ayah menyambut anak yang pulang. Tak semena-mena tengok Abah dan anak lelaki Cikgu Aiyub berpelukan... oooo kawan lama rupanya depa. Dari situ pun tahu dia juga seorang blogger. Excited punya pasal, saya lupa ambil gambar lagi....

Raya pertama kami tutup di sini. Esok lagi gamat agenda menanti....Hari Keluarga..larat ke badan ni nak beraya sakan lagi....:)