Telefon bergetar pukul 9.45 pagi. Dila waktu itu berjalan ke bilik konferens. Dila teruja melihat nama yang terpapar pada skrin kecil itu. Sekaligus rasa bersalah menyelinap sebab sms dua minggu lepas belum pun di jawab, sekarang telefon pula menyusul.
"Assalamualaikum awak, awak kat mana, awak apa khabar?"
"Saya kat seberang jalan ke rumah awak".
"Awak tahu saya kerja,kan?"
"Saya pun kerja"
"Habis apa awak buat sini, bila awak sampai"
"Awak boleh jumpa saya?"
" Bila awak balik KL, anak-anak dan Pipa kat mana?".
" Lepas kerja saya balik KL lah. Saya datang seorang, business trip"
" Alaa, awak balik esok la, esok saya dan Hakim off, awak datang rumah kita".
" Tak boleh, saya dengan kawan ni,awak leh jumpa saya tak"
" OK , nanti kalau boleh jumpa ,saya call awak ya".
Dengan ayat itu mereka berpamit. Didi faham benar Dila akan minta izin dari Hakim sebelum kemana-mana atau jumpa sesiapa, walaupun atas urusan kerja. Sudah beranak lima Dila masih macam anak manja. Sifat semulajadinya begitu. Zaman gadisnya dulu, dia selalu mengusik Dila, bertanya sudahkah minta izin dari mak dan abangnya kalau mereka nak pergi ke mana-mana lepas waktu kerja. Biasanya Dila akan tumpang kereta Didi waktu balik pejabat, kemudian ajaj Didi singgah kedai bahan kek atau kedai bunga sebab Dila suka sangat berkraftangan dan memasak.
Dila sibuk benar hingga lupa barangkali. Tengahari itu dapat telefon lagi.
" Hey,awak nak jumpa saya tak?"
"Boleh, boleh, awak kat mana?"
" Saya dah settle kerja, dah nak balik KL"
" OK, saya kat bank, tunggu saya kat Chandelliar Nasi Kandar"
" Hah.. kat mana tu?"
" hehehe, Pelita Nasi Kandar lah..kan dah mahal sangat, upgrade dah jadi Chandelliar!
" Ya kah?.
" OK , awak tunggu saya di sana, makan dulu kalau lapar, tapi jangan bayar, duit awak tak laku di sini!"
Dila ketawa. Dia tak habis lagi dengan lurus bendul dia. Senang ditipu. Dila melangkah cepat-cepat ke Restoren Pinang Serai. Di sana ada kuih lama dan moden. Boleh di kirim pada Pipa dan anak-anak. Sempat lagi Dila menyambar 4 bungkus rempeyek, tahu benar Luqman dan Nuha anak-anak Didi suka benar rempeyek. Dari situ dia menuju restoren nasi kandar yang tak berapa digemarinya. Tapi Dila ke situ kerana tahu Didi suka nasi beriyani mamak. Melilau mata Dila mencari Didi. Oh, kawannya perempuan, patutlah kalut sangat ajak makan. Seriau la tu agaknya keluar dengan perempuan.
"Ini Nur Halimah, boss saya" .
"Nur, ini kawan lama saya sejak kami mula-mula kerja sejak balik 'states' dulu".
NurHalimah minta diri mencuci tangan sbb nak menjamu selera makan cheese naan dengan tangan.
"Apa awak bawa ni?"
"Ini kuih awak boleh makan dalam perjalanan, bungkusan ini untuk anak-anak dan Pipa.
Eh, saya bawa tapai, awak suka tapai pulut kan?"
"Nak, nak!!!!"
Didi membuka bungkusan cepat-cepat , ambil sudu dan terus menyuap.
"Hei, awak tak Bismillah?"
Berhenti sekejap, mata tak berkejip dan terus menyuap lagi sambil ketawa . Malu.
NurHalimah asyik dengan sms dan menjawab panggilan masuk semacam memberi ruang pada mereka melebarkan bicara. Lingkaran topik biasa dari kisah anak-anak, kawan-kawan dan kerja.
"Eh awak tau tak Isa dah jual rumah yang dekat rumah awak tu?"
"Tak, kenapa"
"Dia ikut Kimah balik T'ganu"
" Dia dapat kerja syarikat G&P ke? "
" Ha a.. tapi bukan sebab itu. Kimah kanser payudara stage 3, nak balik T'ganu tinggal dengan ibubapa".
Mereka diam sejenak. Dekat tapi jauh, rumah Isa bukannya jauh sangat dengan rumah Dila, tapi bertemu sekali dua setahun, itu pun di pasaraya. Rapuhnya persahabatan sekarang, padahal waktu mula-mula memasuki arena pekerjaan dulu, mereka berkongsi masalah dan wang. Masa itu keadaan ekonomi teruk. Mereka pulang dari bumi Amerika dengan ijazah tapi pasaran kerja amat terhad. Jurutera muda dibayar RM800 sebulan, mereka terima saja kerana tidak mahu jadi penganggur. Sekarang masing-masing punya landasan teguh, sayangnya ukhuwah pudar dan terus hilang.
"Awak bahagia?"
Dila terhenti menyuap mee goreng mamak. Waktu itu NurHalimah sedang bertelefon dengan seseorang, berdiri agak jauh dari mereka.
"Ya."
Dila menelan segumpal angin kerana sedak yang terbuku.
"Baguslah...".
Dila nampak mata lelaki itu berkaca. Sama seperti yang Dila masih ingat pada hari perkahwinan dia dengan Pipa. Seperti waktu dulu, hari ini Dila tidak mampu berbuat apa-apa.
Tidak berani untuk bersuara juga. Bukan takut berkata-kata tapi takut dosa. Masing-masing sudah punya anak 5 tidak guna mengungkit keindahan masa remaja.
Dua bulan sebelum hari pernikahannya, baru Didi sedar tingkah Dila terhadapnya adalah manifestasi rasa yang halus. Mengapa dia tidak faham Dila suka mengajak dia mencari bahan masak, dan bawak bekal untuk mereka kongsi. Mengapa dia jahil menilai gadis itu cukup ambil berat soal pakaian dan penampilannya. Didi memang selekeh, gadis itu juga akan tegur dan suruh betulkan kolar yang separuh senget. Suaikan warna talileher dengan baju malah berkali-kali dia kena marah sebab pakai baju tak bergosok.
Sebagai gadis desa, walau Dila lulusan universiti luar negara, malu dan segan amat tebal mendinding rentak bicara dan gurau senda hinggakan Didi tak mampu mentafsir untaian kasih dan hormat yang luhur. Kala menyedarinya waktu itu diri sudah terikat janji ibu bapa. Dia bertunangan dengan Pipa atas kehendak ibu-bapa mereka. Bila soal hati sudah pasti, Didi memberontak mahu memungkiri janji aruah ayahanda. Dila pula menarik diri darinya , malah mula bersahabat dengan Pipa, menolong Pipa membuat bunga pahar dan segala bagai persiapan kahwin mereka.
"Kenapa awak buat gini?"
"Saya nak awak bahagia, saya nak awak gembira pada hari istimewa awak dengan Pipa".
"Awak tahu tak saya akan menangis pada hari kahwin saya nanti?"
"Maaf, tanggung jawab awak lebih besar bermula pada hari itu. Awak dapat banyak pahala tau. Awak lupa ke, biar kita susah sedikit asal orang tua bersenang hati."
"Pipa sayang awak, dia tak ada orang lan lagi.. awak jaga dia baik-baik ya"
Wahai..bodohnya diri.
Bidadarikah seorang Dila? Pandai menyembunyikan duka. Senyum ikhlas terpancar luhur pada mata. Hatinya mulus halus. Ceria dia berkraftangan untuk persiapan hantaran Didi untuk Pipa.
Sedikit pun tiada tanda pilu. Padahal Kimah memberitakan Dila basah dengan air mata berhari-hari bila dapat tahu berita Didi akan bersatu dengan Pipa. Patutlah pada tarikh pertunangan Didi dengan Pipa, Dila tawarkan diri pergi ke China menyelia kerja pembaikan walaupun memang mereka maklum Dila paling tidak suka di hantar ke benua kecil itu.
Hari perkawinan Didi, Dila datang dengan Hakim sebagai pasangan istimewa. Ketibaan mereka jadi tumpuan sebab keduanya bagai pinang di belah dua. Akhirnya Didi akur, bila dia bertunang, Dila biarkan Hakim menakluki hatinya. Sememangya sejak mula bekerja jejaka ini menaruh perhatian dan menyukai Dila; tapi Dila melayan dengan hormat dan menjauhi Hakim dengan merapatinya. Dia terpaksa akur. Jodohnya dengan sepupu sendiri wajib ditatang, seperti kata Dila,biarlah kita susah sedikit adal orang tua bersenang hati.
Begitupun dia masih menduga. Barangkali bukan menduga, lebih kepada meluahkan isihati dan kesal pada kebodohannya sendiri. Sewaktu melayan Dila dan Hakim makan, sewaktu Hakim bangun pergi merokok dan Pipa pergi menambah kerabu untuk Dila, Didi sempat berkata dengan mata berkaca,
"Awak nak tahu, saya menangis dah 4 kali hari ni"
"Bila?"
"Tadi masa lepas akad nikah, tadi waktu bersanding, tadi tengahari tadi waktu tetamu sedang ramai, dan baru sebentar tadi bila tengok awak turun dari kereta Hakim.."
"Kenapa?"
" Sebab saya tak boleh jadi suami awak lagi, sebab saya tak sanding ngan awak, sebab ingatkan awak tak datang, dan sebab awak nampak bahagia dengan Hakim sekarang".
"Awak jahat tau, awak jangan buat Pipa sedih. Awak janji awak bahagiakan Pipa".
"Ya, saya janji dengan awak".
"Kenapa dengan saya"
Diam
"Awak janji dengan Allah. Tadi awak tunai lafaz nikah, tadi awak bertaklik. Awak janji kerana Allah".
Setahun menyusul Hakim menikahi Dila. Dila masih menegurnya dan beralas cakap bahawa gembiranya dia dengan Hakim kerana bahagia itu di pupuk, kasih sayang itu di bela dengan hormat , doa dan perhatian. Dari kata-kata itu juga Didi belajar membelai bahagia dengan Pipa, dan membawa mereka jauh ke kota lain. Namun Didi masih mencari Dila hadir di dalam diri Pipa.
"Awak jangan terus bermimpi Didi."
"Macamana awak tenang"
" Saya mohon dari Allah"
" Supaya tidak mencintai saya"
" Ia. Supaya hati saya tetap pada yang satu; saya tak kan berpaling, Awak perlu didik hati, walaupun ada ruang untuk saya, tolong jangan buka ruangan itu. Saya mahu masuk syurga dengan Hakim".
Waktu itu NurHalimah menuju ke meja mereka.
" hei awak.. nanti kita berbesan ya"
'"ha ha ha"
Didi hampir tersedak, mujur sempat menutup mulut.
NurHalimah pun tumpang ketawa!
Nota: dailog dan watak semata-mata rekaan berdasarkan kisah cinta tak kesampaian dua orang sahabat yang saya kenali. Mohon ciplak pada Zany yang merekakan nama Nasi Kandar Chandelliar .
Tuesday, December 23, 2008
Awak, Jangan Terus Bermimpi....
Posted by cikMilah at 12/23/2008 11:18:00 PM
Labels: Cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
ingatkan cerita kak cik tadi hehehe.. boleh la diolah untuk buat novel kak cik ;)
neeza baru habis baca novel ni..
meleleh jugak lah air mata...
happy ending :)
Wahai Puan. Kenapa tidak mencuba terus menulis novel ?
best sebab hepi ending....
Salam Ja,
Novel.. hmmmm..
Wahai Abang Long
saya tak tahu nak mulakan novel dan mula tak tahu pulak nak sambung...
boleh ajarkan?
Dik Cendawan, hidup memang indah.. smile..
Dah baik tekak tu?
boleh saya kenal cikmilah... add blogs cimilah apa ye?
Salam mama
silakan link
http://alamjamilah.blogspot.com
http://icookwithlove.blogspot.com
Mama pandai masakan Arab ya.. nanti kita share resepi, boleh?
Assalamualaikum,
Ada bakat nampak!
Bilakah mahu diterbitkan karya pertama?
Wasalam...
kak cik..
ni kira dah mula dah la..teruskan..pembaca setia dah ada..
ishh..nape saya klik kat projek hujung tahun asyik tak keluar je entry nye..cantik st tengok gambar tudung tingkap tu:)..nak gak order satu..:)
amboi memang berbakat menulis ni, siap novel bagitau akak nak beli .
hehheh takde la pandai sangat kak... rajin mencuba je... dulu pun dapat belajar satu resepi je time di jordan.
sudah menulis kawan kita ni .. bagus teruskan.. seronok baca novel nikan tapi ummi kalau dapat membaca habislah tak berasap dapur dan kereta hahaha..
Tulis apa sahaja. Dan kirimkan kepada abang long. Biarlah kelab buat penilaian. JIka kami berminat, kami akan kirimkan novel contoh.
Hello Cik Milah, here's wishing you and family the best of Seasons greetings and Selamat Tahun Baru.
Wishing you and family good health and laughter always, Lee.
Post a Comment