Friday, December 19, 2008

Employee, Self Employed

Salam Pagi Jumaat...
Saya mencari-cari kelas Iqra' untuk Ammer sebagai kelas tambahan pada sessi Iqra' yang dia ikuti di kelas transit. Kalau ada private tution Iqra' di sekitar tempat tinggal saya ni cukup bagus sebab anak bertuah ni perlukan one to one coaching dan tak boleh ditegur dengan kasar. Cepat benar hujannya... Kalau dengan ibu alamatnya anak menangis ataupun ibu yang tumbuh tanduk sebab saya memang garang kalau mengajar Quran. Kakak berdua yang lancar pun terketar-ketar kalau saya semak fasohah mereka...

Kelmarin nampak iklan kecil ada kelas Iqra nak dibuka di blok saya dan saya pun hubungi pengiklan. Sembang punya sembang rupanya kami berjiran parking lot. Memang kenal dan selalu berbual tapi cuma bahasakan diri kak dan adik, tak tau nama.. ( boleh..?)
Pendek cerita saya pun daftarkan Ammer.
Petang itu kami bertembung dekat parking lot. Sementara anak-anak bermain berlari-lari kami bersembang panjang. Dalam bersembang tu saya tanya macamana Ani nak manage kelas ya, dengan kerja, anak kecil dan rumahtangga lagi...
"Ani berhenti kerja kak, ambik VSS".
Terkedu saya; bukan calang-calang dia ni, ada pangkat jugak.
" Oo... S08y offer VSS ka".
" Ya kak, kerja pun pening, sekejap ok sekejap tak, sementara S08y offer duit ni, Ani rebut lah".
"Elok la tu, at least kita ada sikit pampasan daripada berhenti tak dapat apa-apa".

Saya hormati keputusan Ani. Berenti kerja melepaskan gaji yang lumayan sewaktu oang lain memegang kukuh jawatan tak mahu melepaskan pintu rezeki. Seperti kata Ani, pening dengan kerja, pening dengan hal penjagaan anak. Ani ambil keputusan buak kelas Iqra sebab mahu mengajar anak sendiri. Dia sebelum ini lega bila anak sulungnya yang sebaya Ammer melaporkan sudah naik dari satu peringkat Iqra ke peringkat yang atas. Dek kesibukan, Ani tak sempat nak uji kebolehan anaknya hinggalah awal cuti lalu. Anak yang akan naikQuran, tu rupanya Iqra 1 pun masih tergagap...Hai ini membuat Ani berfikir panjang, bukan sedikit yuran Iqra yang mengalir, rupanya ilmu tidak terkesan di hati anak. Duit boleh dicari tapi usia anak semakin meningkat, tak boleh kita biarkan kosong tanpa isi..Kena pada masanya, Ani ambil keputusan drastik. Sambar duit VSS. Buka kelas Iqra' bersama kakak iparnya seorang guru Kafa yang terkenal.
Saya tahu dia bahagia dengan keputusan berhenti kerja. Saya nampak sinar gembira pada mata Ani. Sebelum ni kalau jumpa pun kami bersembang tapi masing-masing bernada risau, terkocoh-kocoh mengejar waktu nak naik ke rumah dan berkejar waktu nak ke tempat kerja masing-masing. Dalam senyum ramah ada risau sebab masing-masing mengejar banyak perkara yang nak di buat. Selamat berjaya Ani. Terima kasih juga keran membuka ruang untuk saya menghantar Ammer ke kelas tambahan Iqra yang paling dekat dengan rumah. Semuga di berkati Allah dengan kerjaya baru ini.

13 comments:

Kak Elle said...

sabas pada Ani:)

Milah bila nak JJCM?Happy holidays ye.

Queen Of The House said...

Semoga Ammer memperolehi ilmu dengan cepat & berkesan! Untung CikMilah, dalam tercari-cari, dapat yang dekat. Sama macam saya lah ..... cari punya cari, satu hari my son told me ada one couple in our apartment block nak mengajar mengaji & Iqra'. Husbandnya ustadz, yang isterinya ustazah yang juga sedang belajar di UIA. Alhamdulillah. Masalahnya, saya tak tahu nak bayar berapa sebab dia kata "Bagi ajelah, kak, berapa pun tak kisah". Ni yang susah ni. Jadi saya bagi RM100 untuk my two sons belajar. Tiap-tiap malam Mon-Fri. Malam Jumaat diorang baca Yassin. Tapi tiap-tiap bulan bila bayar, ustazah tu cakap "Tak banyak sangat ke ni?" dan kadang-kadang bagi balik RM50. Serba-salah saya dibuatnya. Tapi saya bagi jugak RM100 tu sebab rasanya, okay lah kan? Berapa CikMilah bayar? (eh, sorry la kalau busybody pulak dok tanya lagu ni).

MAMAMIA said...

Saya pun ramai kenalan yang dok bahasakan diri kak, adik, makcik esp kaum2 ibu yg jumpa masa nak jemput anak sekolah. Bukan tak minat nak tahu nama, dah bertanya, tapi asyik lupa aje. Ya lah, dah tua2 ni, memory bank tu kurang efficient sikit/banyak...

Masa saya berhenti kerja dulu, ramai juga yang questioned my judgement. Tapi, Alhamdulillah, saya rasa saya telah buat keputusan yang tepat.

zura aini said...

kakcik,
ammer dan ammar, macam sepesyen je? Cepat sentap dan mengalah, itu anak saya. Saya ajar math, lepas tu saya yang nak dapat sakit kepala.

Kakcik, kat sini kelas iqra dua tiga, tusyen center pun sama, dalam 1 seksyen, laris. Kelas agama makin banyak sebab permintaan. Baguskan.

aNIe said...

Cik Milah...dulu masa akak berhenti kerja pun...memula terasa sayang...tapi bila dah berhenti...banyak masa terluang untuk anak2...dan anak kedua memperolehi 5A dlm UPSR...terasa berbaloi berhenti kerja...

Selamat berjaya buat Ani...

cikMilah said...

Sama-sama kita doakan ya kak.
JJCM around Penang je kak...

cikMilah said...

Alhamdulillah Queen dapat jumpa guru yang baik begitu. Kita pun terharu kan.. kira rezeki tu.Bukan senang nak jumpa guru yang mengajar kerana Allah.
OK la $100 untuk 2 orang. Kat sini $40 sebulan.

Neeza Shahril said...

neeza pun mencari guru mengajar Iqra' untuk anak2 neeza. Tapi of courselah bukan di Malaysia ;).
Susah betul kak cik nak cari guru. Yang ada.. 1/2 jam naik bas. Lepas tu weekdays pulak tu. Terkejar2 budak2 ni sebab balik pun dah lewat. Duduk 1 jam, nak kena pergi dah. Pergi balik dan campur masa belajar 3 jam! Kesian kan..
neeza ajar jugak sikit2 tapi kan.. kalau dah mak sendiri yang ajar, memang lah mengalahkan singa lapar. Cepat aje angin tu naik kepala..

memang murni usaha kawan kak cik tu.. banyak pahala buka kelas Iqra'

Abang Long said...

Dekatkan diri dengan AL QUR'AN. Dekatkan diri dengan ALLAH.
InsyaAllah, selamat dan berkat hidup.

Diharap Puan sudah menerima emel dari saya. Semoga Puan sekeluarga sentiasa berada didalam rahmat dan perlindunganNya. AMIN.

Nong said...

Masa anak2 saya kecil2 dulu takde kelas ngaji. Jadi sama masak sama ajar anak ngaji. Sebelah tangan pegang senduk, sebelah lagi pegang rotan. Alhamdulillah, masuk darjah satu dorang dah pandai ngaji quran.

Sekarang dan banyak kelas ngaji, kita boleh outsource je...

maklang said...

Kami di sini ALhamdulilah..dah 5-6 tahun ustadz datang mengajar kat rumah...3 kali seminggu...

cikMilah said...

kadang-kadang malu jugak kat jiran sbb tak ingat nama dorang kan, Mamamia...ni satu social skill yang kena pertajamkan...

Zany, tu la pasalnya.. manja lebih!Kalau sekadar semak baccan lepas maghrib tu boleh la dalam 10 minit, tapi kalau nak mengajar..memang mak dak failed!

cikMilah said...

KakAnie, bertuah KakAnie dapat berhenti kerja awal ya..

Ja, mencari ilmu Allah memang ada sukarnya. KAkcik doakan di permudahkan urusan mencari guru Quran yan gbaik untuk simanja tu..

Abang Long, Amin....

Maklang, bertuah Maklang ada ustaz datang mengajar, Alhmadulillah

Kak Nong,he he ua du atangan bergerak serentak ya!
dengan kakaknya dulu oleh saja mengajar sendiri; tapi si bujang ni ehhhh.....banyak benar main nya...