Saturday, December 13, 2008

Happy nya jumpa Rina

Anak cakap Mama senyum sepanjang hari...he he he
Saya tak berhenti bersyukur dan wondering of blogging made bloggers made friends. Rasa macam dah kenal lama sebab tiap-tiap hari jumpa dalam blog, buatkan saya terlupa bahawa ini kawan baru!


Ralat juga tak dapat menjemput Rina ke rumah , untung juga Jumaat tu plant shutdown; kalau hari kerja, harus saya ambil cuti.. ha ha ha. Bukan senang nak "tangkap" Wanmommy datang Penang!
Setelah beberapa sms dan phone calls kami setuju untuk piknik kat RnR. Rina sekeluarga mengejar waktu ke KL dan saya ada urusan sekolah anak tengahari itu.
Waktu nampak Rina dan Mimi menanti kat depan surau, rasa macam mimpi. Itu lah Silversarina...Saya lewat tiba; terpaksa buat pusingan balik ke rumah sebab tertinggal
"beg penting" kat untuk Rina bawa balik ke T'ganu. Nervous jugak!
Alhamdulillah, sampai juga hajat bertemu Rina. Puas tatap mata Mimi yang bulat tu.
Jom breakfast ala kadar... Saya siap pesan Rina jangan ambik heavy breakfast kat hotel sebab nak jamu nasi lemak sambal udang dengan papedom!


Selesai makan senyum sokmo...

Terima kasih Rina dan famili kerana sudi meluangkan waktu bertemu saya dan anak-anak. Seronok dapat berjumpa, berbual dan piknik kat Juru RnR walaupun seketika. Banyak perkara nak di bualkan lagi, tak puas rasanya. InsyaAllah kita sambung bual bicara di alamaya; panjang umur kita jumpa lagi....dan terima kasih tidak terhingga pada cenderahati; sampai satu beg haa...kakElle jangan jeles tau!

Selamat jalan Rina, semuga perjalanan ke KL seterusnya ke Kemaman selamat sejahtera.

24 comments:

Kak Elle said...

jeles..jeles...nak jugakkkkk....hahaha

yes meeting wanmommy macam satu mimpi kan cikmilah?
lah mana sambal udang feberet mimi tu?

maklang said...

apalah cenderahati dari kemaman tu...nak tengik sikit...he...he...

kalau jumpa wanmommy memang seronok...ada aje cerita...macam dah lama kenal kan...lama tak jumpa dia..

zura aini said...

amboi sukanya depa. nanti jumpa yang lain-lain pula. InsyaAllah.

Unknown said...

yess.....seronok bila bertemu!!!

dapat saya bayangkan...

naoer tak de gambar nasik lemak tu...hehehe

ummu asiah said...

wah..siap dapat piknik kat RnR..

hhmmm...kena cari masa la jumpa kakcik..tapi saya nak makan kek tiramisu ke..kek lapis ke..steamboat..macam2 lagi la yang pernah kakcik masak..

bila la boleh jumpa lagi ni..plan end of this year nak balik..

Neeza Shahril said...

memang best jumpa Kak Rina.. first time jumpa dia, tak sangka mulut dia becok! hehehee.. Neeza suka sangat sebab Neeza ni kurang sikit idea nak berborak kalau orangak mula...

Sedapnya nasi lemak makan dengan papedom.. nak la jugakkkk!!

Kak Cik, baru ingat.. masa singgah Penang tu, kami makan kat R&R Juru la.. makan meehoon sup kalau silap :)

Abang Long said...

Blogger bertemu blogger. Tak lama lagi kita anjurkan pertemuan bloggers antara negeri.

aNIe said...
This comment has been removed by the author.
aNIe said...

Hmmmm...nampaknya alam blogging memnemukan kita dengan ramai kawan...macam akak...sejak suami berada di luar negara...kawan2 bloglah menjadi teman di alam cyber...pastu...kalau diizinkan kami berjumpa...alhamdulillah...

Macam tak caya kan bila dpt jumpa dengan kawan blog...selalu sgt baca catatan mereka buatkan kita rasa dah lama mengenali mereka...

Nur said...

Salaams kak...

Kami pernah berhenti kat situ...errkk...rasa2nyer la...hehehhehehehe

best best...nak balik msia!

cikMilah said...

Kak Elle..jom kita share...:))
hmmm..tak la pulak saya ambik gambar sambal udang tu..syiok tengok Mimi pandai kopek kulit udang...

Maklang,sekejap sangat jumpa tak puas rasanya nak jumpa Rina lagi; hopefully nanti jumpa Maklang sekali, InsyaAllah

cikMilah said...

Zany , memang syok tak sangga! InsyaAllah satu hari pun kita boleh jumpa ya. Hari tu Zany kat Penang kakcik ada kat kampung...

cikMilah said...

Abg Arif, Alhamdulillah.. seronok!
Nanti kita minta Rina uploadkan nasi lemak sambal udang tu ye....

cikMilah said...

Ta, bila tu nak balik!...
boleh kita arrange!

cikMilah said...

Ja, Tempat tu memang convinient - tapi la ni crowded sikit sbbb under renovation. Apa pun, tetap best jumpa Rina!

Abang Long,
kalau ada pertemuan gitu, sure best tu!

cikMilah said...

betul KakAnie, kalau nak bandingkan setahun sebelum ini - saya belum blogging masa tu; memang banyak beza - susah nak jumpa kawan sbb masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Bila kenal dlm blog macam dah biasa jumpa - sambil lalu pun dapaty bertemu.
Harapan saya satu hari saya dapat bertemu KakAnie dan Sya..

cikMilah said...

Waalaikum salam dik Fakhzan
cepat habiskan PhD, balik M'sia kita jumpa... he he
Take care.

silversarina said...

salam,

baru tiba semalam di kemaman.

next entry nak tulis kisah bertemu bloggers ..apapun nasi lemak sambal udang tu memang yummy sungguh..rasa tak puas jumpa dan amir tu malu-malu kucing tapi comel betul dia ...semoga persahabatan kita berpanjangan, InsyaAllah.

cikMilah said...

Rina,
Ammer malu sbb ada gadis ayu... ha ha ha. Control macho sampai tak mau join makan.. hi hi

Tie said...

Wah...best bila bloggers berjumpa dan berborak...Tentu tak abis2 cerita..hihi..

Tie lak malu...takut ada orang yang tak boleh terima . Tie tak macam dalam blog ni...masih kurang berkeyakinan...huhu..

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Ja (this is the name I remember calling u masa kat Kuantan,donkey years back :)

Came across your blog today but tak ingat how i got here. Kita satu hostel dulu but i dont know if u can remember me - i was staying depan bilik Kak Ani, sebelah Kak Saamah. Enjoyed reading your blog. Would love to meet you again tapi takut u tak ingat lagi dah times kat Kuantan tu...

Anyway, have a nice day.

cikMilah said...

salam Tie, laaa hai , apa nak malu...kakcik dulu pun camtu, tapi sekali dah jumpa - tak cukup masa nak berbual.. :)

cikMilah said...

Lina.. MasyaALLAH!
What a pleasant suprise!!!!
I know you, I remember you!
you're then the only one yg buat Actuarial Sc kan? Yes, I am sure;Roomate you Liza, yang dok kat Felda LB Johnson tu.
Hey sis,,, how could we forget those donkey years... hiksssss...
Thanks for dropping by, and keep in touch.

simah said...

akak bawak tak kek coklat akak yg sedap tu masa jumpa kak rina n wonmommy?

wah.. bertuah akak dapat jumpa kak rina...memang interesting kan dari blog boleh terpancar persahabatan yg berkekalan...

selamat berblog akak hehehe