Salam akhir Ramadhan...
semuga DIA memandang kita dengan penuh kasih
meski diri umpama debu
semuga malaikat rahmat menjumpai kita dicelah-celah debu duniawi
dan memberikan bejana rahmah dan hidayahNYA
semuga tersentuh saat indah bersama DIA
dipergentingan malam
antara lelah pengembara
mencari jalan pulang
Wednesday, September 9, 2009
Ia Datang....
Posted by cikMilah at 9/09/2009 10:58:00 AM 4 comments
Labels: Tafakur
Wednesday, August 5, 2009
Salam Nisfu Syaaban
Detik dan waktu sudah di tandakan. Malam nisfu syaaban mengulang agenda bagi kita yang amhu merebut kasihsayang Allah
---petikan email ..semuga sama-sama kita mendapat menfaat.
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada 05 August 2009 (selepas maghrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x2. Membaca Yasin 3xi)
Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah)
Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah)
Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Semoga, kita termasuk dalam hamba-hamba-Nya yang tidak menyia-nyiakan kesempatan ini, dengan memberikan yang terbaik dari diri kita untuk mengabdi pada-Nya, khususnya pada malam-malam dan kesempatan yang Ia Ta'ala muliakan. Aamiin ya Rabbal 'Aalamiin.
Posted by cikMilah at 8/05/2009 02:20:00 PM 8 comments
Monday, July 27, 2009
Syaaban
Sabtu malam, dalam kuliah mingguan di Surau Tuna, sebaris ayat begitu melekat. Kata Ustaz begini..."Syaaban, bulan dimana banyak daun-daun berguguran, dipetik oleh malaikat Izrail..dari Sidratul Muntaha, maka gugurlah ummat Muhammad , tertutup sudah peluang merebut kemanisan Ramadhan". Katanya lagi,usah tunggu tahun depan untk lakukan puasa sunat Syaaban kerana kita tidak tahu ada lagikah Syaaban untuk kita pada tahun hadapan.
Posted by cikMilah at 7/27/2009 12:37:00 AM 4 comments
Labels: Tafakur
Tuesday, April 7, 2009
Takut, gerun dan pegun.
Petang Sabtu, saya tahu suami tentunya nak tengok "live" FI, saya menghantar sendiri anak balik ke asrama. Tak kisahlah, bukan jauh sangat sekolahnya. Hujan rintik kasar masa kami bertolak. Kami singgah ke rumah Syaza, menjemput dia ; masa tu hujan mula lebat. Basah sedikit anak-anak bertiga ini waktu memasukkan beg dalam bonet walaupun MakTok siap payungkan mereka.
Bila melepasi tol ke Penang Bridge hujan mencurah-curah. Hujan hari ini lain benar, beserta angin kencang nampak air hujan yang turun bergaris-garis sendeng kekadang macam beralun melintang. Pandangan kabur, wiper maksima pun tak cukup melawan menguak air yang mencurah. Berbinau saya sebab ada kenderaan yang pasang lampu emergency. Mana tidaknya, saya hanya nampak kereta hadapan. Kereta yang ke dua di hadapan dah tak nampak. Sejuk bukan kepalang. Knob aircond saya pusing ke heater! Hati berdoa, jangan lah jadi sesuatu yang buruk. Macam-macam ayat yang terlintas saya baca, dan suruh anak-anak baca juga, minta dijauhkan segala musibah.
Saya menjeling ke laut di sebelah, nampak ombat pun berpuput di tolak angin kencang. Risaunya kalau kes crane tumbang berulang. Nauzubillah!!! Nampak serpihan papantanda sekeping sekeping atas jambatan. Ya ALLLAH, lindungilah kami dari sebarang musibah. Agaknya papantanda pun tak berdaya menahan tiupan angin. Anak-anak diam tak bersuara! Toleh ke tengah laut lepas, nampak cerah tapi awan gelap macam langit nak runtuh. Kecut hati saya melihat panorama alam begini. Bunyi hujan yang menimpa bumbung dan dinding cermin, macam di timpa batu, menakutkan. Berdoa tak henti-henti.
Tengahmalam pukul 3 pagi saya terjaga. Cerahnya bilik tidur walau lampu semua padam. Ke bilik air juga tak perlu petik suis lampu, cerah. Dari mana datangnya cahaya. Saya menyelak langsir, rupanya cahaya bulan menyelinap masuk, tepat bersetentang dengan unit apartment kami. Saya mendongak lihat bulan tiga suku begitu cerah, nampak awan kelabu berlari..Kecut hati saya. Air wudhu' terasa amat sejuk hingga ketar menggigil.
Pagi-pagi tadi saya memandu tenang-tenang di lorong kiri Butterworth-Kulim Expressway menuju ke tempat kerja. Segar nyaman. Di depan sebaris panorama bukit dan gunung. Yang dekat tampak hijau kelabu, yang jauh nampak biru berbalam kabus. Cuaca mungkin mendung hari ini. Saya menerka kerana kalau cuaca cerah, waktu begini saya memandu mengadap sinar jingga matahari terbit di antara puncak bukit. Indah. Melepasi Institut Perguruan Tunku Bainun, mendung semakin kelam. Nampak gumpalan awan (?) kelabu gelap berarak rendah di atas jalanraya. Spontan semua kenderaan seiring dan di belakang saya memasang lampu. Mungkin kabus yang sarat dengan wap udara berat tapi ini kali pertama saya jumpai kabus rendah di tanah datar...Kalau di kawasan gunung memang biasa kita lihat fenomena ini. Teruja , tapi gerun dan pegun!
Posted by cikMilah at 4/07/2009 12:10:00 AM 16 comments
Labels: Tafakur
Tuesday, March 24, 2009
Kenapa ya...
Dalam sibuk-sibuk tadi saya dapat panggilan ke hp dari satu nombor yang tak di kenali. Biasalah, terima panggilan dari pemanggil yg tak di daftar waktu kerja; itu mungkin supplier dari mana-mana..Saya menjawab dengan tenang.
Suaranya saya cam dan dapat mengagak pemanggilnya tapi dia berdolak dalik pada mulanya tak mahu perkenalkan diri. Suruh saya teka siapa dia. Saya cakap saya kenal suara dia tapi lebih manis kalau pemanggil yang kena perkenalkan diri. Betul tak? Akhirnya dia mengaku dan telahan saya benar. Kami agak rapat waktu belajar dulu.
Say ateruja dapat dengar khabar , tapi
Adoi, saya di soal siasat! Kawin bila, anak berapa, kerja di mana, suami siapa, rumah kat mana, suami orang mana, kerja apa dan macam macam macam macam. Tapi bila saya balas bertanya soalan sama ,dia tak jawab pulak!!! Dari mana dapat nombor telefon saya pun dia tak nak beritahu. Adoi! what a game?
Gelihati saya bila dia kata dia belum kawin. Apalagi, saya guna pakai tektik domino (hehehe.. don't play play arrr...20 years had changed me a lot!) Lastly kawan kita menyerah kalah bila saya tanya, isteri you berapa? Hah, boleh pun berterus terang,awat tadi susah sangat nak mengaku - cakap sajalah dah kawin.
Dia juga terkejut bila saya tahu di mana dia bekerja. Dah kena soal dengan banyak sangat tadi, saya pun tarik harga jugaklah. Saya cakap, dari mana saya tahu tak penting, yang pasti, apa yang saya tahu itu betul dan tepat.
Kenapa ya, kenapa ramai yang sukar bercerita pasal anak isteri? Tak rasa bangga kah mereka sebab sudah punya rumahtangga, isteri dan anak penyeri hidup. Memang lah tak semua macam itu, tapi ini bukan kes pertama yang saya lalui. Ada yang saya kenali, tak pernah pun mahu bawa isteri bertemu kawan-kawan lama. Apa salahnya isteri kenal kawan lama,kan.
Pada saya di usia sekarang, jika mahu menyambung semula persahabatan yang di pupuk sejak zaman sekolah atau universiti, lebih elok jadikan seluruh keluarga sebagai kawan. Biar para suami berkawan, para isteri berkenalan dan anak-anak pun dapat kenalan baru. Meriah hidup jadinya!
Posted by cikMilah at 3/24/2009 09:06:00 PM 33 comments
Labels: Tafakur
Friday, January 23, 2009
Jobless
blank
the MOST beatiful words is ALLAH
hang on there, tough cookie!!!!!
Posted by cikMilah at 1/23/2009 10:48:00 AM 30 comments
Labels: Tafakur
Sunday, January 18, 2009
Dendang Ringkas Pagi Minggu
Bila celik mata dari tidur, Alhamdulillah
diri masih bernafas, tiada pening, tiada mual, tiada sakit-sakit sendi atau otot
pendeknya sihat wal-afiat
syukur kerana mendapat nikmat tidur yang baik
Toleh sebelah, si dia masih bernafas,
tengok muka dia sekejap
letak tangan kat dahinya
tak panas tanda tak demam
dan tak mengeruh
tanda pernafasannya baik
Alhamdulillah
Masuk ke bilik anak lelakiku
tidur tertonggeng, meniarap
hish...tibai bontot..
ku ubah posisi tubuhnya
supaya tidur melentang
tapi dia menyendeng ke kanan
itu lebih afdhal!
Terkenang anak-anak perempuanku
semalam pukul 11 hampir tengahmalam
ku hantar pulang ke asrama
setelah senja itu
aku jemput mereka dari sana
ke jemputan dinner
pagi ini kena bangun lebih awal kata mereka
ada solat jemaah fajar
dan kuliah subuh
Alhamdulillah,
kalau mereka di rumah
sudah tentu waktu ini masih dalam selimut
Jengah ke dapur
tengok ke setiap ruang
rumah kecil ini bersepah sikit
tak apa, sekejap lagi touch-up sikit
kemas la tu..
Buka pancuran
tadah air panas
memang sejuk pagi ini
nikmatnya menjirus dengan air suam
Kutip pakaian kotor
masukkan dalam mesin
lega satu tugas ringkas selesai
kerana kalau ringkas pun jika bertangguh
memang tak menjadi
terkenang abangku di hospital
kerana pembedahan
khabarnya masih sakit
kerana tulang rusuk di cungkil sedikit
untuk menampal tulang lengannya yang patah
akibat di libas lembu
waktu sembelihan korban kami musim lalu
haruslah aku ziarah hari ini
sakitnya dia, terasa jua sakit padaku
Sunyi pagi ini
berbalam bunyi zikir munajat
mungkin dari menara Mesjid Batu,
ataupun corong pembesar Politeknik SP di sebelah pagar di sini
belum pun masuk waktu subuh
ada sedikit waktu untuk diri
Alhamdulillah...
maafkan aku
wahai saudaraku ibu, isteri dan anak Palestine
hidupku biasa di sini, tapi dilimpah nikmat
tidurku selesa
pelindungku di sini
anak-anakku sihat dan selamat
rumahku selesa walau tidak mewah
sekolah anakku masih berdiri
mesjid dan surau masih utuh
hospital tersedia khidmatnya
Maafkan aku saudaraku
terkenang keluh kesahmu
pilu melihat hidupmu;
semuga terangkat doaku
dari secebis hati nan parah dan pedih
semuga sejahtera jua milikmu
aku bangun dalam sedar
waktu ini bukan masa untuk aku
memikirkan kenapa kejamnya mereka
waktu ini bertangguh tidak menjadi
lebih baik mengental iman
memperkasa amal
kerana bila hampir dengan Allah Yang Satu
aku juga hampir denganmu
Posted by cikMilah at 1/18/2009 07:14:00 AM 14 comments
Labels: Tafakur
Friday, January 16, 2009
Kembali pada diri...
Salam petang Jumaat. Dalam sedih , marah, sakit hati pada Zionis yang menggila,saya rasa terpukul bila membaca risalah dalam blog Abu Zahrah ini. Membacanya , terasa ada air sejuk menimpa kepala, sedar dan insaf. Ini lah jawaban yang saya cari pada kemelut soalan kerana rasanya tak tertahan hati menanggung kezaliman pada saudara sendiri. Peristiwa ini adalah cabaran taqwa pada setiap individu mukmin. Pucuk pangkalnya ada pada kita....bacalah...semuga kita mendapat peringatan dari catatan ini. Saya cuplik tanpa izin dari Abu Zahrah.
(KakMilah sebarkan ya, AZ)
Risalah: Kewajipan Umat Islam
oleh al-Habib Husein bin ‘Abdul Qadir as-Saggaf
“Bismillah…Shalawat dan Salam buat Saidina Rasulullah, serta buat ahli keluarga dan para sahabat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم… Amma ba’du…
Telah sampai kepadaku beberapa risalah daripada saudara dan saudari tentang ahli Ghaza dan mereka juga bertanyakan tentang kewajipan kita (umat Islam) terhadap peristiwa tersebut?Maka, saya katakan: Tidak syak lagi bahawa apa yang dapat kita saksikan daripada apa yang berlaku di Ghaza sangat menyayat hati kita, sangat menggerunkan dan menyebabkan air mata berlinangan daripada apa yang dilakukan oleh golongan pelampau lagi pembunuh para nabi iaitulah dari kalangan Zionis.Tidak menghairankan lagi bahawasanya sememangnya mereka dilaknat atas lisan para nabi mereka sendiri. Oleh yang demikian, tidak perlulah saya memanjangkan kata tentang mereka kerana yang saya sangat ambil berat bukan mengenai mereka, tetapi yang sangat saya pentingkan dalam risalah ini adalah tentang hal umat Islam dan pendirian mereka.Suatu Penilaian: Sesungguhnya tiada sesiapa yang dapat melemahkan Allah Ta’ala daripada menghilangkan kezaliman golongan Zionis sebagaimana Allah Ta’ala pernah menjatuhkan nenek-moyang mereka suatu ketika dahulu serta merta. Tanyalah kepada umat-umat terdahulu tentang bagaimana kemusnahan bangsa Zionis tersebut suatu ketika dahulu? Akan tetapi, apakah alternatif yang wujud setelah kemusnahan Bani Zionis? Adakah umat Islam hari ini sememangnya bersedia untuk diberi kekuasaan di muka bumi ini? Adakah kita sedang bersatu hati dan tenaga sesama muslim?Apa yang lebih saya takutkan adalah, jika musuh berlalu pergi daripada negara Islam, umat Islam pula sendiri yang menghuni di negara orang Islam tersebut sendiri yang saling berbunuhan sesama sendiri (saling berbunuhan sesama muslim) yang mana menyebabkan mereka yang membunuh dan yang dibunuh masuk neraka (berdasarkan hadith shahih). Sedangkan, jika seorang muslim dibunuh oleh Yahudi, maka dia akan mati syahid lalu mendapat syurga.Bagi Allah, dalam setiap perbuatanNya, ada urusan dan kebijaksanaanNya. Allah Ta’ala tidak memberi kemenangan kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melainkan setelah sepuluh tahun, iaitu pada peperangan Badar, sedangkan sebelum itu, ramai para sahabat رضي الله عنهم dibunuh (dalam tempoh sebelum kemenangan tersebut) secara ditindas, dizalimi, dihukum dan dibiarkan mati dalam keadaan lapar.Mengapa Allah melewatkan kemenangan kepada NabiNya sehingga pada perang Badar? Dikatakan, Allah Ta’ala ingin menguji keimanan para sahabat رضي الله عنهم dalam ketabahan mereka menghadapi sebarang cabaran kerana Allah, untuk menilai adakah mereka mampu bersabar ataupun mereka tidak berpuas hati dengan Allah?Kemudian, kemenangan tersebut tidak datang melainkan setelah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berjaya mencabut perasaan hasad, bermegah-megah dengan nasab, harta dan cintakan dunia daripada hati umat Islam pada ketika itu. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasululllah صلى الله عليه وآله وسلم adalah mengikat tali persaudaraan sesama Muhajirin dan Ansar. Jika telah bersatunya hat-hati dan apa yang menjadi cita-cita dan kecintaan mereka adalah apa yang lebih agung daripada keduniaan (iaitulah redha Allah), maka, datanglah kemenangan serta-merta tanpa ada yang dapat menghalang kemenangan tersebut.Adapun hari ini!! Adakah hati-hati umat Islam sudahpun bersatu? Boleh jadi, dalam ramai-ramai orang yang berdiri dalam saf-saf ketika mendirikan solat di masjid itu sendiri, tidak ada satu saf pun yang mana semuanya bersatu hati sesama mereka, kecuali sedikit. Sampai peringkat manakah tahap rasa keagungan Allah Ta’ala dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam diri umat Islam hari ini?Sejauh mana rasa kecintaan umat Islam kepada Allah Ta’ala dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم? Adakah kita ingin membantu Allah dan RasulNya (dengan membela agamaNya) kerana sememangnya merindukan dan mencintai Allah dan RasulNya, ataupun berperang kerana inginkan kedudukan, kekuasaan di muka bumi, harta dan sebagainya?Hendaklah kita kembali memuhasabah diri kita sendiri dan jujur terhadap diri kita sendiri lalu kita meneliti niat-niat kita dan tujuan-tujuan kita?Umat Islam hari ini yang tidak mampu untukmembantu masyarakat di Ghaza dengan tenaga dan kekuasaan, maka saya seru kepada mereka sebagaimana berikut:Kembalilah kepada Allah Ta’ala dan banyakkanlah berdoa serta mengadu kepada Allah Ta’ala. Banyakkanlah bertaubat kepada Allah Ta’ala, banyakkanlah bersedekah dan banyakkan berhimpun dalam majlis-majlis zikir, majlis ilmu dan majlis dakwah, berbanding sekadar berhimpun dalam perhimpunan demonstrasi dan sekadar melaungkan slogan-slogan semata-mata.Suatu hal yang lain adalah, hendaklah kita berusaha menambahkan kecintaan kita kepada Saidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam hati kita, mempelajari sunnah-sunnah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan akhlak Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, menyebarkan akhlak dan sunnah Baginda dalam sudut praktikal samada dalam rumah kita, pada sesama anak-anak dan keluarga kita dan sebarkan ia ke serata dunia.Hendaklah kita menghidupkan sunnah-sunnah, Akhlak dan sifat-sifat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dalam kehidupan kita seluruhnya dan menyebarkan kasih sayang dan persaudaraan kerana Allah kepada seluruh muslimin. Hendaklah kita meninggalkan ideologi-ideologi dan budaya orang-orang kafir dan fasiq yang merupakan musuh-musuh agama Islam ini, samada meninggalkannya daripada diri sendiri mahupun daripada masyarakat Islam umumnya.Seterusnya, setelah kita menunaikan kewajipan dan menjauhi larangan, hendaklah kita memperbaiki niat dan tujuan kita dalam mempertahankan agama (bukan kerana ingin mendapat kedudukan dan pujian tetapi kerana Allah).Hendaklah kita menyebarkan kasih sayang dan persaudaraan sesama kita, sekalian umat Islam dan mengukuhkan kesetiaan kita kepada Allah Ta’ala dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلمKalau sempurna apa yang disarankan tersebut, insya Allah, kemenangan Allah pasti hampir.Kalau tidak, keadaan kita (umat Islam) akan terus sebagaimana hal kita sekarang, sehinggalah kita sendiri yang mengubah keadaan kita.“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum melainkan setelah mereka sendiri mengubah apa yang ada dengan diri mereka sendiri…” (Surah al-Ra’d: 11)
Ditulis oleh al-Faqir ila Allah(al-Habib) Husein as-Saggaf
28 Disember 2008
Dinukil dan diterjemah oleh Khadim Ilm al-Faqir al-Haqir ila Rabbihi al-Jalil al-Kabir Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin al-Razi, ‘AmalahuLlahu bi Lutfihi al-Khafiyy.
Posted by cikMilah at 1/16/2009 06:21:00 PM 5 comments
Labels: Tafakur
Wednesday, January 14, 2009
Lagu itu...
Gadis kecil itu telah bertahun
dilanda derita
di khemah pelarian
yang menjanjikan dukacita
Munir tak mengenal erti cinta
telah kering airmata
menangisi
kematian
ayah bunda
dan
saudara
Pada satu senja
langit Shatila
menyaksikan pembunuhan
anak kecil dan wanita
Munir ditembak penuh luka
tapi ajalnya belum tiba
kerana Tuhan
mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
telah menjadi bukti
sempurnalah
kekejaman
satu bangsa yang sombong dan hina
Lagu ini saya dengar pertama kali dalam satu pertandingan mencipta lagu, terus saya hafal lagu dan liriknya sampai saat ini. Waktu itu masih sekolah menengah, saya menggilai lagu puisi, apatah lagi lagu-lagu puisi dari pencipta lirik dan lagu ini, Zubir Ali. Saya selalu menyanyi sendiri lagu ini dengan airmata. Satu waktu pada majlis pembacaan puisi Palestin, selepas Sdr Puzi Hadi bersemangat membacakan sajaknya, saya capai mikrofon yang diunjukkan oleh Puzi, tapi tak baca sajak Tanah Air seperti yang di rancang, sebaliknya sepenuh hati mengalunkan lagu ini di khalayak. Sedar-sedar seorang seniman jalanan memetik gitar di sisi...dan Siti Zaleha Mohd Hashim turut sama menyanyi...Hari itu, kami mengutip jumlah wang yang besar untuk di salurkan pada tabung bantuan Palestin. Itu dulu, tahun 80-an...
Hari ini, sejak awal Muharram 919 saudara Palestin kita gugur di Ghazzah, termasuk antaranya 284 kanak-kanak dan 100 wanita di bunuh Yahudi laknat dan 4260 lagi cedera dan menerima rawatan minima. Berpuluh ribu lagi tak keruan hidup mereka; meletakkan nyawa pada satu risiko; demi al-Aqsa.
Lemahnya aku, hanya mampu menyumbang dengan doa dan sedikit dana, juga boikot produk mereka. Selemah-lemah imanku; cuma mampu melawan dengan hati. Tebal yakinku di hati, terus berdoa, kerana itulah senjata Muslimin yang paling ampuh.
Posted by cikMilah at 1/14/2009 10:30:00 PM 16 comments
Tuesday, January 6, 2009
Kata Hati
Seminggu lalu ada beberapa perkara yang benar-benar menguris hati berlaku. Satu persatu sambung bersambung. Saya memilih untuk diam. Bercakap pun hanya dengan anak dan suami bila perlu. Malas melayan sengketa, enggan meningkah tohmah. Biarlah, Allah itu Satu. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Paling penting, saya menetapkan niat dan memperbetulkan arus perasaan yang kala itu bersimpang siur. Hanya satu harapan saya bahawa segala yang saya curahkan di terima olehNya sebagai ibadah dan sedekah pendinding diri dari api neraka. Saya ingat pesan abang saya,"kalau manusia tidak boleh menerima kebaikkan kita, hatta niat baik kita, Allah akan menerimanya". Benar, kita tidak berupaya menyenangkan hati semua orang, aduhai hati, berpadalah dengan apa yang ada. Biar hati di sakiti asal kita jangan sekali menyakiti hati orang lain. Ironinya, dalam menjunjung kemanisan budi, manusia jua sukar melupai kekasaran yang dilampiaskan oleh insan lain, samada ianya berlaku secara sengaja atau tidak. Sebab itu saya diam meminggir diri.
Hey... don't despair!!!!
Saya bisikkan pada diri berulangkali; Allah humm ma inni a'u zubikaminal hammi wal hazan.. hingga akhir ayat....
Bila kepala dah clear baru berani menulis; dari menulis merawan meraban macam mak nenek.... ada baiknya saya hilangkan diri sekejap...hehehehe.
Sorry Ummi365...( pst.. nama beg yang KakElle kasi tu cukup sweet!!!)
Pagi tadi, sewaktu menandatangani bbrp dokumen, jari saya automatik menulis 6/1/2009 di bawah tandatangan. Laaaa....hari pertama tahun 2009 saya di ofis. Saya merenung daun hari dan memasukkan kalendar 2008 dalam raga bahan buangan di bawah meja tanpa melihat sekali lalu. Mahu membuang segala yang masih membungkam...rain..rain go away...Betapa waktu yang berlalu bbrp hari ini saya bazirkan dengan mendung. Biarpun segalanya sudah reda, saya masih terbawa perasaan tidak ceria. Terkenang orang-orang tersayang.. bagaimanakah agaknya perasaan mereka mengadap wajah saya yang tegang seminggu lalu.. ohhh.. ampun..sungguh tidak adil! Kesian mereka.
Bukan saya bengkak emosi tapi fizikal juga ada masalah sikit. Saya antara mereka yang berbangga memulakan hari dengan kesegaran secawan nescafe, kalau tak minum rasa mengantuk. Sejak akhir-akhir ni lepas minum rasa berdebar pulak. Ini bukan petanda yang baik. Tambahan pulak rasa dedar badan dan ada kesulitan lain yang sungguh tidak selesa. Dari melayan hati baik bawa diri jumpa doktor. Saya dinasihatkan supaya berhenti dari minum nescafe, diberi 3 jenis ubat dan MC. Makan, rehat, dan tidur sambil menguruskan keperluan anak-anak di awal tahun.
Now..I 'm back to normal. Looking into new ventures positively. Pray hard.. pray harder...
( Blue Tulip, minta izin menfaatkan doa pada header anda. Jazakallahu khoiran kathira..)
Ya Allah! Sesiapa saja yang bermaksud buruk kepadaku, tahanlah dia, Sesiapa saja yang memperdayakan daku, gagalkan dia, Jadikan daku hambaMu yang paling baik nasibnya di sisiMu, Dan yang paling dekat kedudukannya denganMu, dan yang paling istimewa tempatnya dgn Mu, Sesungguhnya, semua ini tidak akan tercapai, melainkan dengan kurniaMu, dan limpahkanlah kepadaku kemurahanMu, Dan sayangilah daku dengan kebaikanMu, dan peliharalah diriku dengan rahmatMu...
Posted by cikMilah at 1/06/2009 12:50:00 PM 21 comments
Labels: Tafakur
Wednesday, December 31, 2008
Nak pergi ke mana?
Sejak pagi tadi saya ditanya dengan soalan yang sama berulang kali oleh orang yang berlainan.
"where are you going to count down tonite?
Rasanya lebih dari 5 orang bertanya. Termasuk boss.
"Staying home".
Ada yang tunjukkan muka terkejut tapi tak berkata apa-apa.
"so square meh...your kids dont mind arrr?" My good friend at work A Lim bertanya.
"Does it really matter to you to do count down for new year?"
Dia senyum kemudian datang ke meja saya bercakap pelan-pelan...dengan pelat nyonya bukit.. hehehe ( dia tak kecil hati saya panggil dia nyonya bukit; A Lim ni seorang yang faham jenaka, dan kita sesama sendiri boleh mengutuk perkara tak baik tentang bangsa masing-masing dan masih boleh ketawa lagi)
"Frankly speaking arr, I oso neeeever go count down". ( intonasi macam Phua Chu Kang..)
Ha hahaha, kami ketawa besar sambil take high five...
"So, does it matter"?
Kami sambung ketawa.
Saya tidak nampak signifikasi menghitung angka kemudian bersorak ria dan letupan mercun dan bunga api menjulang yang kadangkala jadi dan adakalanya hanya asap berkelun. Itu sambutan terbuka; yang tertutup nya hanya Allah dan orang-orang yang pernah menghadirinya yang tahu. Dengar cerita waktu itu arak mengalir lebih laju dari air...
Detik 12 malam itu sepatutnya kita tafakur menghitung diri. Umur meningkat dan perjalanan ini entah bila akan terhenti.
A Lim setuju dengan saya bahawa kita tidak mulakan hari pada setiap tahun baru menjelang. Bagi saya, hari baru bermula setiap hari. Bak kata orang esok bermula hari ini. Pada setiap waktu maghrib, waktu matahari terbenam, itulah hari baru bermula. Kita perlu bersiap malam ini untuk teruskan kehidupan esok. Aturan Allah amat cantik. Kita difitrahkan untuk berehat bagi mencanai kehidupan yang segar esoknya.
Secara adatnya tahun baru penanda aras pencapaian kita sebagai insan. Bila penghujung calendar tahunan menipis, saya sering mengingatkan diri - kenapa kita harus menunggu tahun baru untuk memperkasakan azam sedangkan kelansungan hidup tidak pernah ada noktah selagi kita bernyawa. Seharusnya kita perlu ada kaizen ; continous improvement; istiqomah untuk menjadi manusia yang lebih baik dari kelmarin.
Saya bukannya anti sosial. Bukan tidak suka tengok bunga bunga api menghiasi gelap malam, cuma agak ralat kerana masyarakat kita terlalu melebih-lebihkan sambutan dan bersukaria hingga melebihi had hingga lupa hikmah peralihan waktu dek keseronokan sementara. Sebagai contoh umum bagi kami yang tinggal di Seberang Perai dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Nak sambut New Year selalunya kena menyeberang ke pulau kerana di sana lebih happening! Bayangkan jambatan sudah sesak sejak pukul 4 petang! Baru tadi anak buah saya yang paling nakal kat ofis beritahu yang tahun lepas dia tersangkut dari pukul 4 petang dan sampai ke Persiaran Gurney pukul 8 malam.
"Mana asar kamu? Kamu maghrib kat atas jambatan tu la ye?"
" Itulah puan, tahun ini saya pergi dengan motor. Tapi boleh bawak sorang awek sajalah".
Eiii,...budak ni. Kalau anak aku dah kena lesing dah ni...
Pemuda ini sudah dewasa tapi mengambil tanggungjawab hakiki dengan enteng. Kesihan, tapi saya tak sempat berkata apa-apa padanya kerana dia dengan riang-ria menghabiskan kerja dengan kadar segera untuk pulang awal mengisi agenda malam ini. Saya doakan supaya petang ini, malam ini dan hari-hari mendatang dia tidak lupa tuntutan solat padanya walaupun dia memilih jalan dekat untuk bersukaria pada malam tahun baru 2009 ini. Semuga hari esoknya dia bertemu arah dan halatuju untuk hidup yang lebih bahagia.
Posted by cikMilah at 12/31/2008 03:36:00 PM 15 comments
Labels: Tafakur
Monday, December 29, 2008
Salam Maal Hijrah 1430
Posted by cikMilah at 12/29/2008 08:03:00 AM 13 comments
Labels: Tafakur
Saturday, September 6, 2008
Nota Enam Ramadhan
i
masih terpinggir di sini
berteleku menangisi hari berlari
mutiara Ramadhan terburai
dari untai amalku
ii
Allah beri musibah ini
kerana dosa-dosaku yang lalu
siapalah diri
aku redha
iii
mohon perlindunganMu Ya Allah
dari gelisah dan sedih
Lindungi ku dari
kebimbangan
dan keluh kesah
iv
Ya Allah
hamba mohon padaMu
ampunan dan kesihatan
demi satu keyakinan
janji surah al-Insyirah
v
jadikan hamba Ya Allah
wanita yang cantik jiwa
Wa tub 'alaiyya, taubatan nasuha
vi
ku senyumi jua marahmu
demi cerah hari esok
dari menghitung resah
kerana masa silih berganti
Ramadhan tidak harus pergi
tanpa isi
Posted by cikMilah at 9/06/2008 07:42:00 PM 17 comments
Labels: Tafakur
Friday, August 29, 2008
Ketibaan Ramadhan
Alhamdulillah, kita dah sampai ke bulan Ramadhan, yang diberkati di dalamnya, disediakan jutaan peluang dan pengampunan bagi yang mahu mengambilnya...
Semuga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik bagi kita.
Saya mengambil kesempatan ini meminta ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang pengenalan kita, tulisan dan tindakan yang tidak disenagi sehingga ke hari ini.
Mana lah tau kot ada terkasar dan tersilap, harap dimaaf dan dihalalkan..
Jom kita rebut peluang yang tersangat banyak dari Tuhanmu....Semoga kita penuhi masa Ramadhan, dgn pengampunan, taubat, dan kesucian hati. Keluar darinya dengan tertingkat taqwa yang dapat dibawa sebagai bekal bila bertemu Allah.Sama-sama doakan semuga kita tidak termasuk dalam mereka yang rugi.
Posted by cikMilah at 8/29/2008 02:55:00 PM 15 comments
Labels: Tafakur
Wednesday, August 13, 2008
SYAABAN DATANG KINI...
REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.
Kini muncul pula bulan SYAABAN dan sudah12 hari meninggalkan detik. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.
Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pula bulan untuk mengubat hati dan jiwa.
Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
KEUTAMAAN SYAABAN:
Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”
Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”
Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?
Memperbanyakkan puasa sunat:
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”
Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.
MALAM NISFU SYAABAN:
Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban ( untuk peringatan, malam nisfu Syaaban tahun ini adalah pada tanggal 16 Ogos, 2008. Sabtu (15 Syaaban 1429H = 17 Ogos 2008 ).
Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.

Posted by cikMilah at 8/13/2008 10:18:00 AM 14 comments
Labels: Tafakur
Wednesday, July 30, 2008
Salam Isra' Mikraj
Assalamualaikum & salam israk mikraj untuk semua...
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tecantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad s.a.w didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Betlehem, tempat lahirnya Isa putera Maryam.
2. Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama. Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang wajib dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
Posted by cikMilah at 7/30/2008 07:54:00 AM 9 comments
Labels: Tafakur
Monday, July 21, 2008
Saya Tenang Bila Membaca Artikel Ini...
Pasrah Di Zaman Badai Fitnah
Posted on Jul 20, 2008 under Akidah
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Nabi Muhammad s.a.w banyak mengajar doa-doa yang indah. Namun, keindahan doa-doa itu kadang-kala tidak dapat seseorang hayati sehinggalah muncul suasana kehidupannya yang benar-benar disentuh oleh doa-doa tersebut. Apabila suasana itu hadir, barulah dapat dinikmati kesyahduan doa-doa tersebut.
Ketika itu, doa yang dahulunya kita baca berulang kali terasa biasa bertukar menjadi begitu menusuk kalbu dan jiwa. Terasa betapa keperluan menghayati apa yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malangnya dalam masyarakat kita, doa-doa Nabi s.a.w yang asli ditinggalkan, sementara doa-doa rekaan yang dipetua oleh buku atau orang tanpa bersumber daripada Nabi s.a.w pula menjadi pilihan.
Tokoh ulama umat yang besar al-Qadi `Iyadh berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengizinkan untuk berdoa kepadaNya. Dia mengajar doa dalam kitabNya kepada hamba-hambaNya. Nabi s.a.w pula mengajar doa kepada umat baginda. Dalam doa-doa tersebut mengandungi tiga unsur, iaitu; ilmu mengenai tauhid, ilmu mengenai bahasa dan nasihat kepada umat.
Maka tidak wajar bagi seseorang berpaling daripada doa-doa baginda s.a.w. Syaitan telah menipu manusia dalam hal ini, lalu dia telah mewujudkan untuk mereka satu puak yang jahat (kaum yang mencipta doa-doa palsu ini). Lantas mereka mencipta secara palsu untuk diri mereka doa-doa yang memalingkan mereka daripada mencontohi Nabi s.a.w.
Lebih buruk lagi, mereka menyandarkan doa-doa tersebut kepada para nabi dan orang-orang soleh, lalu mereka kata: Doa Adam, doa Nuh, doa Yunus dan doa Abi Bakr al-Siddiq r.a.”( Ibn al-Imam, Silah al-Mu’min fi al-Du`a wa al-Zikr, m.s. 22-23, Damsyik: Dar al-Kalim al-Tayyib)
Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah.
Demikian syirik, kufur, bid’ah, maksiat, pembunuhan, ketidak tenteraman, kekacauan dan seumpamanya diistilahkan juga sebagai fitnah. Hidup di zaman fitnah adalah sesuatu yang memeritkan. Sehingga kadang-kala insan akan terpinga-pinga dalam menentu pendirian dan keputusan yang betul.
Nabi s.a.w dalam banyak hadis-hadis baginda mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada fitnah iaitu ancaman yang menggugat agama dan ketenteraman hidup. Sebab itu, antara yang diajar oleh baginda kepada setiap yang bersolat agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada empat perkara. Iaitu “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Doa ini dibaca semasa tasyahud (tahiyyat) sebelum memberi salam. Banyak lagi doa-doa yang cantik banyak diajar oleh baginda dalam solat. Namun ramai yang tidak tahu kerana solatnya ikut-ikutan. Mereka tidak mempelajari solat menerusi hadis-hadis Nabi s.a.w, sebaliknya hanya mewarisi solat apa yang dilihat semata.
Tanpa tahu bagaimanakah solat itu diajar oleh Rasulullah s.a.w. Lalu hilanglah peluang kemanisan doa-doa tersebut. Sebab itu, antara buku yang baik untuk dibaca oleh setiap lapisan tentang solat ialah buku tulisan ulamak hadis yang terkenal Nasiruddin al-Albani yang bertajuk “Sifat Solat Nabi s.a.w”.
Banyak bacaan-bacaan yang amat indah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dapat dipelajari. Antara yang indah itu bahawa Nabi s.a.w apabila bangun bersolat pada malam hari, baginda membuka solatnya (membaca doa iftitah) seperti berikut: (maksudnya) “Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim).
Demikian doa yang seperti ini -dengan keindahan bahasa arabnya- menusuk jiwa di kesunyian malam, di kala manusia lain masih nyenyak tidur dan tenggelam dalam mimpi, sedangkan hamba Allah yang ikhlas merintih merayu agar ditunjuk jalan yang lurus atas segala perselisihan yang berlaku di kalangan masyarakatnya.
Doa ini lebih menyentuh jiwa dan kehalusan nurani tatkala kita hidup di zaman kegawatan tingkah manusia dan perselisihan yang tidak sudah-sudah. Setiap pihak mendakwa dia yang benar. Sehingga kita tidak tahu siapa syaitan yang bertopengkan malaikat, atau malaikat yang dituduh syaitan.
Telah berulang kita membaca doa Nabi s.a.w. “Ya Allah, jika Engkau kehendaki berlaku dalam sesuatu kaum itu fitnah, maka matikanlah aku dalam keadaan tidak terfitnah” (Riwayat al-Imam Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani). Namun membaca hadis ini dalam zaman atau keadaan yang penuh fitnah benar-benar memilukan jiwa.
Terasa keperluan kepadanya. Terasa kerinduan kepada kedamaian hidup yang hakiki. Lalu airmata tanpa sedar membasah pipi dalam kelesuan gelora hidup dan syahduan perasaan yang rindukan bimbingan Tuhan. Dalam doa ini Baginda Nabi s.a.w mengajar agar kita memohon supaya jangan ditimpakan fitnah iaitu kerosakan yang menggugat pegangan atau pendirian yang benar dalam beragama.
Fitnah jika turun sehingga menggugat apa yang diajar oleh Allah dan rasulNya, maka kehidupan itu adalah racun sekalipun disangkakan madu. Jika benar fitnah akan berlaku maka kita disuruh memohon kepada Allah agar mati dalam keadaan tidak terlibat dengan fitnah atau kerosakan tersebut. Walaupun asalnya seseorang tidak disuruh bercita-cita untuk mati, namun baginda dalam hadis lain menyebut: “Jangan seseorang kamu berharap agar mati disebabkan kemudaratan yang menimpanya. Namun jika tidak boleh, katakanlah: Ya Allah! Hidupkanlah daku sekiranya kehidupan itu baik untukku. Matikanlah daku jika kematian itu baik untukku” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kadang-kala kematian lebih baik daripada hidup menyusahkan orang lain sehingga menjadi fitnah atau gangguan kepada umat. Demikian mati lebih baik daripada cuba menghadapi ujian yang akhirnya membawa kita tewas lagi rugi pada kehidupan akhirat. Maka tidak pelik jika Saidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya: “Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh.
Demikian Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu. Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami’ al-Muntakhab, 103, Lebanon : Muassasah Fuad).
Ini adalah cebisan kisah daripada sirah insan-insan soleh yang lebih rela mati daripada hidup menjadi beban dan fitnah kepada orang lain. Bandingkanlah mereka ini dengan orang-orang politik yang rela sesiapa pun mati, asalkan mereka dapat hidup. Segala macam ‘kelentong’ dikeluarkan. Biar manusia pecah kepala, asal mereka mendapat kuasa.
Saya bukan menimbulkan kisah ini untuk kita putus asa dengan kehidupan. Tetapi supaya orang yang daif seperti saya sentiasa beringat walaupun kaki berpijak di bumi, namun jiwa hendaklah sentiasa tenggelam dalam kehidupan hakiki selepas berakhir episod di bumi ini. Jika itulah jiwa dan perasaan kita, tentulah politik kita tidak sekelam kabut begitu.
Walaupun kadang-kala politik berbunyi agama, namun bukan sedikit juga agama hanya jambatan untuk dipijak agar sampai ke kerusi politik. Maka, berapa ramai yang hanya membaca nas-nas yang mengharamkan itu dan ini untuk menyalahkan orang lain. Tidak pula membacanya untuk dirinya dan puaknya.
Umpamanya, ketika menuduh orang lain dengan berbagai tuduhan, tidaklah pula kedengaran nas dan dalil pengharaman menuduh orang tanpa bukti dan saksi. Tetapi segala dalil dan nas akan keluar dengan lancarnya ketika orang lain menuduh kita. Sehingga ramai yang keliru. Siapakah yang jujur, siapa pula hanya bermadah pujangga? Atau kesemuanya jembalang yang menjelma dalam berbagai wajah demi menggoda kita semua?
Siapakah yang selamat dalam suasana yang sebegini? Berdasarkan hadis-hadis Nabi s.a.w golongan yang paling selamat adalah sesiapa yang tidak melibatkan diri dari menyertai mana-mana pihak yang bertempur sesama muslim. Itulah fitnah yang merosakkan agama kerana bertempur atas isu yang tidak pasti. Firman Allah dalam Surah al-Isra, ayat 36: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.
Pada zaman Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a. telah berlaku fitnah yang telah memecah belahkan kaum muslimin, termasuk para sahabah Nabi s.a.w. Kesemuanya berpunca daripada isu pembunuhan Saidina ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Isu dan peribadi mereka jauh lebih mulia. Bukan seperti peribadi-peribadi samar dan kabur yang diselubungi oleh berbagai tanda tanya seperti sesetengah orang pada hari ini.
Para pengkaji sejarah cuba mengkaji pendirian siapakah yang paling tepat dalam suasana fitnah ketika itu. Berbagai kesimpulan telah dikeluarkan, namun saya bersetuju bahawa pendirian yang paling tepat adalah pendirian para sahabah yang tidak mahu terlibat dengan perbalahan tersebut. Ini pendirian majoriti sahabah.
Kata Muhammad bin Sirin (meninggal 110H): “Ombak fitnah melanda, sementara para sahabah yang masih hidup berpuluh-puluh ribu, namun yang terlibat dalamnya tidak melebihi seratus orang. Bahkan tidak melebihi tiga puluh orang” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/264, Lebanon : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Sebelum pertempuran antara dua sahabah; ‘Ali dengan Mu’awiyah tercetus, banyak pihak berusaha agar peperangan Siffin itu tidak terjadi. Antara yang berusaha mendamaikan kedua belah pihak ialah dua orang tokoh sahabah yang mashyur Abu Umamah al-Bahili dan Abu Darda’ yang datang menemui Mu`awiyah dan berkata: “Wahai Mu`awiyah! Apakah alasanmu memerangi `Ali? Demi Allah! Sesungguhnya dia lebih dahulu menganut Islam daripadamu dan ayahmu. Dia lebih dekat hubungannya dengan Rasulullah dan lebih berhak daripadamu dalam urusan pemerintahan”.
Jawab Mu`awiyah: “Aku memeranginya kerana darah `Uthman dan sesungguhnya `Ali telah melindungi pembunuhnya. Kamu berdua pergi kepadanya dan beritahu dia, laksanakan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh `Uthman nescaya akulah orang Syam yang pertama berbai`ah (janji taat) dengannya”.
Maka Abu Umamah dan Abu Darda’ pun pergi menemui `Ali, dan menyatakan kepadanya seperti yang diminta oleh Mu`awiyah. Saiyyidina `Ali pun menunjukkan kepada mereka sejumlah tentera yang ramai yang menyebut: “Kami adalah pembunuh `Uthman, sesiapa yang mahu, sila serang kami”. Akhirnya Abu Umamah dan Abu Darda’ pun pulang dan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri di dalam peperangan.(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/270).
Begitu juga Abu Muslim al-Khaulani dan mereka yang bersama dengannya, pernah datang menemui Mu`awiyah dan bertanya: “Engkau memerangi `Ali, apakah engkau ini setaraf dengannya?”.
Jawab Mu`awiyah: “Demi Allah, aku benar-benar tahu bahawa dia lebih baik dan afdal serta lebih berhak di dalam pemerintahan daripadaku. Namun kamu semua tahu bahawa `Uthman dibunuh secara zalim dan aku adalah sepupunya. Aku menuntut darah `Uthman. Beritahu `Ali, serahkan pembunuh `Uthman kepadaku nescaya aku menyerahkan urusan ini kepadanya.” (Ibid 8/132).
Maka atas kekaburan itu, kebanyakan sahabah dan tabi’in mengambil pendirian tidak mahu menyertai peperangan tersebut.
Jikalau peperangan yang dikepalai oleh tokoh-tokoh sahabah seperti ‘Ali bin Abi Talib sepupu Nabi s.a.w juga khalifah yang sah, ‘Aisyah isteri Nabi s.a.w sendiri, Mu’awiyah sahabah Nabi s.a.w, majoriti para sahabah enggan menyertainya disebabkan kekeliruan yang berlaku. Padahal tokoh-tokoh itu adalah insan-insan soleh yang dijamin syurga oleh baginda Nabi s.a.w.
Apakah kita di zaman ini ingin menyertai pertembungan sesama muslim dalam isu-isu yang kabur dan dikepalai pula oleh peribadi-peribadi yang tidak pasti? Fitnah oh fitnah. Ya Allah, kami pasrah kepadaMu dalam fitnah yang mengelirukan ini.
Posted by cikMilah at 7/21/2008 04:51:00 PM 6 comments
Labels: Tafakur
Wednesday, July 9, 2008
Pejamkan Mata, Pekakkan Telinga
Sudah berminggu-minggu; sakit hati dan bengkak jiwa kerana bernafas dalam pertelingkahan suasana . Di mana aman dan makmurnya bumi bertuah ini. Yang di dengar adalah amarah nafsu dan serakah ego. Mata kita tidak lagi mampu terpejam kerana telinga terngiang bicara bertingkah dan riuh berkemelut di media massa. . Arah mata dan dan arus kata lebih kepada soal fitnah dari masalah ekonomi, pulangan, carian, rohani, pendidikan, keadilan sosial dan pembaikan. Zaman ini bukan lagi zaman rakyat di bela pemerintah. Yang di atas bertingkah, yang di bawah berceragah. Pertelingkahan dan percanggahan, walaupun atas nama mencari kebenaran, menyakitkan hati dan telinga.
Ya ALLAH, selamatkan bumi bertuah ini dari serakah nafsu manusia angkuh dan rakus. Ke mana mahu kami melarikan diri selain dari ke pangkuanMU; mencari sunyi dan damai hati, mencari tenang dan menyerah pasrah.
1) Mengucap BISMILLAH pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2) Mengucap ALHAMDULILLAH pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3) Mengucap ASTAGHFIRULLAH jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4) Mengucap INSYA ALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.
5) Mengucap LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6) Mengucap INNA LILLAHI WA INNA ILAHI RAJIUN jika menghadapi dan menerima musibah.
7) Mengucap LA ILAHA ILAL ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahanjadi bisa, kerana sudah biasa. Semuga ketenangan segera menghampiri kita.

Posted by cikMilah at 7/09/2008 01:20:00 PM 12 comments
Labels: Tafakur
Monday, June 9, 2008
Doa ku kirim
Saya sendirian di rumah hari ini selepas menghantar anak ke sekolah dan tentu sekali waktu ini saya menfaatkan sebaiknya. Rehat dan buat handycraft. Selesai mengemas, ampai baju dan masak saya relax2 depan tv sambil menjahit manik pada baju kurung. Dah lama tak tengok Martha S+^82t, tapi topik hari ni tak best la pulak! Waktu selingan saya tukar channel dan tertonton slot drama TV#. Ia tentang seorang gadis muda bernama Mira menuntut harta peninggalan ayahnya yang baru meninggal dunia.
Antara dialog yg saya amat menyentuh hati saya dan sempat diingat...
"Mira mencari-cari rasa kesedihan di hati Mira bila ayah meninggal, tapi tak ada kak, tak ada! Ini semua salah ayah, Mira tak pernah merasa kasih-sayang ayah, mungkin itu Mira tak rasa sedih bila ayah mati. Sekarang, Mira nak hak Mira".
Menyirap darah saya, sedih dan sendu. Sampai hati dialog itu keluar dari mulut seorang anak. Walaupun itu cuma skrip drama, tapi lakonan iti cermin budaya masyarakat. Sudah hilangkah rasa kesiah belas di hati anak2 zaman kini.
Menuntut harta peninggalan ibu bapa tapi sedikit pun tidak mengenang jasa dan kasihsayang mereka.
Lalu teringat Kak Elle sekeluarga yang kini bapanya kini koma. Saya tak sanggup lagi tengok drama tu..airmata laju mengalirkan sebak di dada.
Teringat aruah mak dan bapa. Kasihsayang terasa walau mereka telah tiada. Saya tak mahu terus bersedih. Pada KakElle, semuga terus tabah menghadapi saat-saat sedih dan getir begini. Semuga Atok diringankan penanggungannya dan segala-galanya di permudahkan oleh NYA. Hanya doa yang mampu saya kirimkan pada saat ini.
Rindu pada mak dan bapa..semuga mereka bahagia di sana. Semuga kita terus di beri kekuatan untuk menyambung amalan baik mereka yang diajarkan pada kita.
1. Sentiasa memanjatkan doa untuk kesejahteraan roh ibu dan bapa. Kita adalah harta yang terbaik bagi mereka jika ini dapat kita laksanakan.
2. Rajin bersedekah jariah atas nama ibu dan bapa. Bukan sahaja pahala akan sampai pada mereka tapi ganjaran untuk kita ada juga bahagiannya.
3. Menghubungi dan menyayangi orang yang mereka sayang sewaktu hidup di dunia. Menjaga silaturrahim dengan kawan atau saudaramara yang mereka sayangi yang masih hidup amat dituntut kerana ini akan membahagiakan mereka; dan kita pun secara zahirnya akan mendapat kasih-sayang dari orang-orang ini.
4. Melangsaikan hutang mereka-hutang dengan manusia sekiranya masih ada. Melakukan fidyah untuk sembahyang dan puasa yang tak sempat mereka qada.
5. Mengerjakan haji untuk mereka jika mereka belum menunaikan haji.
6. Eloklah kita sentiasa menziarahi pusara mereka, membersihkannya dan mensedekahkan bacaan ayat Quran dan tahlil untuk mereka.
Posted by cikMilah at 6/09/2008 04:37:00 PM 5 comments
Labels: Kasih sayang, Tafakur
Thursday, May 22, 2008
Jangan Mengeluh....
Kadang2 kita ingat, kadang kita lupa,sbb itu diciptanya manusia ini ramai2, yg ingat akan megingatkan yg lupa,Alhamdulillah...
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 12
Nota:Peringatan ini saya terima dari saudara yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada KEBENARAN ( HAQ )
Posted by cikMilah at 5/22/2008 02:10:00 PM 9 comments
Labels: Tafakur