Tuesday, April 7, 2009

Takut, gerun dan pegun.

Petang Sabtu, saya tahu suami tentunya nak tengok "live" FI, saya menghantar sendiri anak balik ke asrama. Tak kisahlah, bukan jauh sangat sekolahnya. Hujan rintik kasar masa kami bertolak. Kami singgah ke rumah Syaza, menjemput dia ; masa tu hujan mula lebat. Basah sedikit anak-anak bertiga ini waktu memasukkan beg dalam bonet walaupun MakTok siap payungkan mereka.

Bila melepasi tol ke Penang Bridge hujan mencurah-curah. Hujan hari ini lain benar, beserta angin kencang nampak air hujan yang turun bergaris-garis sendeng kekadang macam beralun melintang. Pandangan kabur, wiper maksima pun tak cukup melawan menguak air yang mencurah. Berbinau saya sebab ada kenderaan yang pasang lampu emergency. Mana tidaknya, saya hanya nampak kereta hadapan. Kereta yang ke dua di hadapan dah tak nampak. Sejuk bukan kepalang. Knob aircond saya pusing ke heater! Hati berdoa, jangan lah jadi sesuatu yang buruk. Macam-macam ayat yang terlintas saya baca, dan suruh anak-anak baca juga, minta dijauhkan segala musibah.

Saya menjeling ke laut di sebelah, nampak ombat pun berpuput di tolak angin kencang. Risaunya kalau kes crane tumbang berulang. Nauzubillah!!! Nampak serpihan papantanda sekeping sekeping atas jambatan. Ya ALLLAH, lindungilah kami dari sebarang musibah. Agaknya papantanda pun tak berdaya menahan tiupan angin. Anak-anak diam tak bersuara! Toleh ke tengah laut lepas, nampak cerah tapi awan gelap macam langit nak runtuh. Kecut hati saya melihat panorama alam begini. Bunyi hujan yang menimpa bumbung dan dinding cermin, macam di timpa batu, menakutkan. Berdoa tak henti-henti.


Tengahmalam pukul 3 pagi saya terjaga. Cerahnya bilik tidur walau lampu semua padam. Ke bilik air juga tak perlu petik suis lampu, cerah. Dari mana datangnya cahaya. Saya menyelak langsir, rupanya cahaya bulan menyelinap masuk, tepat bersetentang dengan unit apartment kami. Saya mendongak lihat bulan tiga suku begitu cerah, nampak awan kelabu berlari..Kecut hati saya. Air wudhu' terasa amat sejuk hingga ketar menggigil.

Pagi-pagi tadi saya memandu tenang-tenang di lorong kiri Butterworth-Kulim Expressway menuju ke tempat kerja. Segar nyaman. Di depan sebaris panorama bukit dan gunung. Yang dekat tampak hijau kelabu, yang jauh nampak biru berbalam kabus. Cuaca mungkin mendung hari ini. Saya menerka kerana kalau cuaca cerah, waktu begini saya memandu mengadap sinar jingga matahari terbit di antara puncak bukit. Indah. Melepasi Institut Perguruan Tunku Bainun, mendung semakin kelam. Nampak gumpalan awan (?) kelabu gelap berarak rendah di atas jalanraya. Spontan semua kenderaan seiring dan di belakang saya memasang lampu. Mungkin kabus yang sarat dengan wap udara berat tapi ini kali pertama saya jumpai kabus rendah di tanah datar...Kalau di kawasan gunung memang biasa kita lihat fenomena ini. Teruja , tapi gerun dan pegun!

16 comments:

Kak Elle said...

kalau yg drive agak tension jugak tu tapi alhamdulillah semua nya selamat sampai kan?

Ni cerita 3 dlm 1 nampak kalau ikut title nya.

take care.

silversarina said...

Kalau saya pun akan rasa gerun sebab tiba2 je terjadi dan atas jambatan pulak tu, bukan boleh berhenti sementara reda hujan dan ribut, Alhamdulillah semua selamat . Memang cuaca sekarang tak menentu , dah akhir zaman betul.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Syukur pada tuhan,tak ada apa apa musibah berlaku waktu menghantar anak pulang ke asrama. Apa apa pun ,semua kejadian menunjuk kan kebesasan Ilahi....

Sya said...

Kalau sya pun gerun kalau memandu hujan lebat serta angin kencang, terutama kalau lalu tempat banyak pokok.. nampak pokok ditiup angin kekiri kanan.. kalau sorang2 dlm kereta.. mulut kumat kamit membaca surah Al Falaq

Lee said...

I missed the F1 in KL, had visitors, of all days!
Have to wait for next year, ha ha.
Keep well and have a nice day, Lee.

Neeza Shahril said...

kelmarin kat sini pun macam tu kak cik..
masa dalam bas nak ke kelas, tiba-tiba nampak awan didepan hitam gelap.. macam nak masuk ke dunia lain je..
seram sangat.. rupanya mendung dan hari nak hujan..

cikMilah said...

KakElle, drive dlm cuaca gini tak boleh tension, tapi kena alert.

Yea..3 kisah dalam satu tajuk fenomena alam...:)

cikMilah said...

KakRina, it took us 48 minutes to cross over to island, just imagine the trauma in that wheather. Changing lane was a NO NO. Alhamdulillah semuanya
dalam peliharaan Allah. Saya dengar ferry service was hold during that hour...
Itu lah kan , Allah bagi sikit saja bayangan yaumul akhirat...

cikMilah said...

Alhamdulillah, thing went allright, KakEzza. Perjalanan balik saya memandu sendirian, but the wheather improved, Alhamdulillah.

cikMilah said...

Sya, kalau kat hi-way atas darat, saya dah pull-over, pasang emergency light. Ini kat tengah laut..serammmm, tinggal semangat saja yang ada..

cikMilah said...

Uncle Lee, you only missed half-a thing! ( not counting those stripped off media ladies ya!)It was raining cats and dogs and anthelopes and all!!! Hahaha. After 2 hours of non-stop raining, then they declare a winner!
Kesian our new PM o his first F1!

cikMilah said...

Ja, hujan di tanah Arab.. fenomena alam yang memang menakjubkan!

mama said...

orang pumpuan memang cuak kot memandu time hujan...
saya pun sama jugak camtu.. rasa tak selesa lah kalau hujan lebat.

tapi kalau memandu waktu gelap gelita di jalan yang sunyi lagi takut.

Luna said...

aturan ayat persis novel..kak cik patut jd penulis ni :)

aNIe said...

Salam cik Milah...kak anie kalau memandu dlm hujan lebat memang kalah...terasa takut...gerun...sebab terbayang macam2 boleh berlaku dalam suasana kabur itu...

Syukur takde apa yang berlaku...semoga perjalanan hidup kita dijauhi oleh ALLAH dari segala musibah...

Nong said...

Kalau hujan lebat, pandangan tak berapa jelas kak nong akan pull over tepi jalan. Relax dengar radio lagi baik. Tak tension!