Showing posts with label Coklat. Show all posts
Showing posts with label Coklat. Show all posts

Monday, May 4, 2009

My Passion

my pasion is like coloring flowers
sprinkling dews and blooming the blossoms
of picking wild berries
and stealing out of a picking basket
in a warming breeze
smell buttery smoothered cocoa
like fluffy clouds

Like cueing a bird song
making chocolate is grooming
love of one creation
I am obsess!!!

Visit my new empowered SeniCoklat.....yes...I am dreaming over my dreams...am seriously dreaming..

Wednesday, April 22, 2009

Coklat enak import didakwa ada lemak babi

Mungkin agak kena, dan mungkin boleh di anggap petikan akhbar Kosmo ini adalah satu peluang baik dan diguna sebagai "promo" untuk pengusaha coklat homemade seperti saya. Sebenarnya bukan coklat saja terlibat malah banyak lagi jenis makanan mengandungi bahan terlarang ini. Hakikatnya kesahihan halal haram bukan perkara enteng. Ia menjadi darah daging yang mempengaruhi perlakuan jasad dan kesejahteraan roh manusiawi.

Dari pengalaman mencari bekalan coklat mentah untuk di guna dalam pembuatan coklat, saya jumpai yang dijual di pasaran kita TERLALU banyak jenama yang menggunakan EMULSIFIER yang DIRAGUI sumbernya. Emulsifier berasaskan 2 bahan samada dari sumber tumbuhan ataupun haiwan.Contoh emulsifier yang di ragui ialah E471. Cara untuk mengetahui sumber bahan ini hanyalah dengan bertanya pada pengeluarnya. Selalunya pengeluar dari luar negara seperti AS dan negara-negara Eropah tidah sukar memberi kenyataan kerana mereka perlu menepati piawaian yang di tetapkan badan khas kawalan mutu makanan. Di negara kita sendiri agak sukar dan tempat rujukan yang ada cuma JAKIM. Begitupun, tidak semua soalan dan status makanan dapat di jawab oleh pihak berkuasa ini kerana keterbatasan yang ada.
Bagi saya , ambil pendekatan mudah; samada mencari sumber emulsifier itu dengan menghubungi pengeluarnya untuk bertanya apakah mereka menggunakan sumber bahan itu; atau tinggalkan saja jenama itu. Kalau ia berasaskan tumbuhan , memang tidak ragu lagi tetapi andai sumbernya dari lembu, saya masih tertanya adakah lembu itu di sembelih dengan cara yang betul?
Cara terbaik bagi saya, tinggalkan saja jenama itu dan terus mencari yang sahih halalnya. Bukankah mencari yang halal itu fardhu bagi setiap muslim?

Keratan akhbar Kosmo : Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my
KEBANYAKAN coklat import dari Eropah dan Amerika Syarikat didakwa mengandungi campuran lemak babi. Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi. Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.
Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil.“Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya.Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

Tuesday, February 24, 2009

Coklat

Updated with pics..
: maaf ya, ada problem sikit tak boleh upload gambar..

Asyiknya kalau dapat menikmati coklat. Hati panas pun jadi sejuk bila coklat mencair dalam mulut. Saya memang suka coklat dalam bentuk apa sekalipun tak kiralah minuman coklat, aiskrim coklat, kek coklat , asalkan ada coklat semua saya suka. Tak faham saya kalau ada orang cakap tak suka coklat kerana bagi saya ia amat istimewa. Saya pernah terbaca sebaris ayat yang diungkapkan seorang Inggeris yang buat kajian tentang coklat ( maaf tak ingat namanya ) Katanya,"9 out of 10 people like chocholate, with the 10th is a liar!" Macam lawak bunyinya dan agak prejudis sebab orang yang buat kajian dan rumusan ini pun seorang professor yang amat suka coklat! Saya percaya ungkapan ini benar. Pengalaman sendiri tentang seseorang yang selalu sebut, "I don't like chocolate". Tapi kalau saya makan aiskrim coklat ke, dia lah yang mengendeng minta dibelikan yang coklat juga. Begitu juga kalau ada yang bawa kek coklat ke pejabat, malah bila pejabat kami menerima pemberian coklat dari pelawat atau boss, orang itulah yang lebih-lebih. ( Saya mengata yang benar!)Setidak-tidaknya ungkapan orang Inggeris tadi saya nampak kebenarannya di depan mata.
Saya berangan-angan mahu buat coklat sendiri. Punyai kiosk coklat sendiri....kalau tak laku dijual; sendiri buat sendiri makan...hahaha, tak rugi kan! Cuti panjang sebulan lalu membolehkan saya merealisasikan anganan ini. Setelah 2 kursus teori dan praktikal,saya nekad melabur duit membeli bahan mentah yang original iaitu "Belgium Chocolate", cocoa butter, acuan dan perkakas lain.( sorry.. nak angkat diri sendiri). Coklat yang saya hasilkan, Alhamdulillah.. menepati cita yang saya angankan.
Enjoy....fresh coklat

Sample untuk cenderahati perkahwinan jiran: 4pcs in a box
Lollipop.

more to comes......