Thursday, July 30, 2009

I am Pregnant!


? Terkejut? I lagi la terkejut. Aku sendiri tak tahu aku pregnant!
tiba-tiba boss tanya; Are you pregnant?
Then baru I recall, someone in Finance Dept asked, bila due? Aku ingatkan MITI report tu bila due datenya, aku jawab ler next quarter!.Hahaha...
Balik kat bilik aku ceritakan apa yang boss tanya aku tadi. Baru Cat mengaku; Yes, sis, I also heard, but you seems not like a pregnant lady..
Dan June menambah: I wanna see yr tummy grow tapi tak nampak macam pregnant pun.
OOOOOOOOOOoooooooooo ( bulat )!!!! Rupanya ada orang mengata kat belakang aku? !!!!!
Aku patut tanya Boss tadi, dari mana dia dapat berita ni... Ehhhh, nak gak kaypoh bila orang dah buat hebahan palsu ni; dan pun boleh sampai kat BUD? Ini dah melampau.
At last aku dapat tahu juga, sapa punya mulut yang tak ada insurance tu... Tak ada modal lain ka to get me down, bergossip sampai macam ni. Aku rasa macam kerja kat company ulu banat mana ntah. Title SM dan M tapi sembang mengalahkan makcik-makcik yang duduk tunggu anak naik bas sekolah kat foyer apartment aku, bersembang menerka buat andaian sendiri tentang orang itu dan ini, buat itu dan tak buat ini. Aku kata dah melampau sebab dah sampai kat BUD! Selalu aku tak angkat port, apa orang nak cakap; asal kerja aku selesai dan boss dan counterpart aku puashati, aku tak kacau orang. Aku kat sini bekerja mencari rezeki dan maintain low profile. Tapi cerita kali ini buat telinga aku berdesing jugak. Geram tahap gaban. Tapi buat apalah nak melayan karenah picisan yang tak ada additional value.Menghabihkan boreh saja. Well, the signal is blinking..... it's a sign of frustation or dissatisfaction of certain people seing me getting more involved in this organisation for the area that is out of their coverage! Hey, I am not taking anyone's job. Kisahnya...That new assignment is a new baby for this company; the same thing which I had been handling it from A-Z in my previous employment. I hi-lite this point in my resume and BUD had pointed it out this during final interview. Thus, when the project kick-off, being pregnant or not , I' m here taking it with pride!
Note:
SM - Section Manager
M - Manager
BUD - Business Unit Director

Monday, July 27, 2009

Syaaban


Sabtu malam, dalam kuliah mingguan di Surau Tuna, sebaris ayat begitu melekat. Kata Ustaz begini..."Syaaban, bulan dimana banyak daun-daun berguguran, dipetik oleh malaikat Izrail..dari Sidratul Muntaha, maka gugurlah ummat Muhammad , tertutup sudah peluang merebut kemanisan Ramadhan". Katanya lagi,usah tunggu tahun depan untk lakukan puasa sunat Syaaban kerana kita tidak tahu ada lagikah Syaaban untuk kita pada tahun hadapan.

Sunday, July 19, 2009

NiKmaT

Alhamdulillahi bi iznillah…hari ini ada waktu terluang untuk berehat seperti yang diimpi-impikan sejak beberapa hari yang memenatkan . Ada peluang duduk diam-diam di rumah tak buat-apa-apa. Tak buat apa-apa bermakna tak ada urusan yang kena mengena dengan orang lain, tak perlu buat penghantaran, tak perlu mengajar.
Sepatutnya hari ini saya dijemput menyertai pameran dan jualan coklat di Expo Pertanian. Notis diberikan terlalu pendek, kalau hendak memang boleh buat tapi kena bersengkang mata buat coklat. No no no…kata LENGAN... rehat!!!

Pagi tadi pun,waktu menyarung track bottom, no no no... no earobik, though I love sweating out tapi dengar kata KAKI .. nak rehat. Apa lagi kelmarin sepagi melaram kasut tumit tinggi, terasa juga kejang urat betis sebab lama tak ber-high heel. Petangnya pula, 3 jam saya berdiri dan berlegar sekitar kelas cupcake di Komtar. Kelas ganache tu dah lama dijadualkan, jemputan sekolah baru minggu lepas dapat tahu. Mahu tak mahu harung semuanya.
Hari Sabtu ada 3 majlis di tiga sekolah. Semuanya antara 8 pagi hingga 12 tengahari.
Awal saya hantar Ammer kesekolah kerana ada jokathon. Cikgu mohon satu lagi sumbangan utuk cendera hati. Dah sumbangkan 2 kotak coklat 35 biji pada hari Jumaat untuk cabutan bertuah dan sebakul coklat permintaan hari ini untuk cenderahati. Selesai serahkan hadiah, saya pecut kesekolah kakNgah . Report Card Day . Had laju 80km atas Penang Bridge, saya langar mencanak! Jalan pula lapang, hari Sabtu, Penangite masih tidur waktu pagi.. hehehehe . Saya sampai paling awal. Alhamdulillah dalam kurang sihat kerana low BPnya, keputusan KakNgah agak baik. 7A, 3B. Tak banyak cerita dengan cikgu. Kiss and say goodbye to KakNgah, pecut ke sekolah Kakak pula sebab ada majlis menanti pada pukul 9. Majlis Anugerah Kecemerlangan, Kakak diantara penerima hadiah kecemerlangan akademik pelajar untuk Tingkatan 3…dan anugerah kecemerlangan Ko-ko untuk TKD.
Majlis itu belum selesai, saya minta diri, jemput Ammer. Sampai sana waktu acara penyampaian hadiah.Ammer , anak bujang ini beria-iya berlatih, dapat no 18.. Tapi tak dapat hadiah kerana hanya 10 hadiah pemenang diberikan. Kesian budak-budak, berpeluh berkilat berlari pusing. Sebelum balik tu , cikgu pengelola hadiah beri tempahan, 4 orang cikgu order coklat, ½ kg setiap seorang.. Alhamdulillah.. rezeki.
Pagi ini , isteri VVP telefon ….order coklat jugak. Sebakul tu tak cukup! Katanya melawak! Terkejut jugak saya sebab saya tak letak pun no sticker/laber kat hadiah tu. Rupanya dia dapat nombor hp dari sekolah. . Alhamdulillah….
What goes around, comes around….nikmat manakah lagi yang hendak kita dustakan?
Alhamdulillah dengan rezeki kesihatan,kelapangan waktu, anak-anak yang sihat cerdas dan rezeki yang tidak putus-putus…

Thursday, July 16, 2009

Mini break....



Having stiff neck...taking a break, mungkin seminggu, mungkin 2 minggu... mungkin sebulan....
Dalam masa itu, jemputlah singgah ke dapur dan studio coklat saya, ada cerita ceriti dari sana....

Monday, July 13, 2009

S.O.S

I am feeling very tired of thing.....


Body Temperature: 37.8

Mood: Confuse

State of Mind : Haywire

Pain: chest, thigh, stiff neck, leg.

Dream on: traditional massage by mak bidan, bunches of green grape, dragonfruit juice.


Esok kerja.. arrrgghhhhhh...

Monday, July 6, 2009

Nescafe

Aroma nya sudah cukup meransang deria….la ni ada pulak M8y@ K**** buat iklan, ada kandungan anti oksidan pulak….Tergoda jugak dengan perkataan anti oksidan tu, nuuun....jauh jauh di sudut hati… ala … marketing gimmick!!!!!
( marah orang N5st!5 baca entri ni)
Saya pernah berjaya melawan kenikmatan minum Nescafe selama 9 bulan…Lansung tak beli Nescafe. ( Untuk baking - kek kopi atau kek chohcolate moist – saya guna instant coffee khas untuk baking yang di beli di kedai baking needs). Saya pujuk my other half supaya stop taking nescafe, sbb kalau ada stok kat rumah mesti saya nak minum jugak!
Sorry mate…..kih kih ihhh, kejamnya sang isteri! Tapi selepas bbrp waktu, kesian jugak, sebab dia suka nescafe O ais pada hari panas !
Lepas makan malam nak juga nescafe 0 panas atau nescafe susu. Kekadang saya buatkan neslo ( Nescafe campur milo)
Ok lah, dah lama sikit, saya pun mula beli nescafe.


Anak cakap; Aik?

Jawab saya, ini untuk Abah , dan tetamu.
Untuk tetamu selalunya saya hidangkan nescafe susu.. ini dah jadi trademark, especially sepupu-sepupu lelaki. Depa kata nescafe kakcik sedap, nnnntah lah.. sbb saya jarang sekali minum nescafe susu yg saya bancuh. BUkan saja nescafe susu, malah apa jua minuman yang bercampur susu, saya tak berapa suka. Kalau kopi , teh atau nescafe, nak yang O. Tulen! Ada sorang tu, suami pada sepupu saya suruh isteri dia belajar buat nescfe ala-kakcik ni…Sorry ya, bukan nak bangga diri, tapi depa kata sedap.. nak buat camana..malah suami anak sedara saya pun suruh isteri dia belajar bancuh nescafe macam Maksu..ha ha .. perasan! Saya pun sebenarnya belajar dari isteri sepupu saya juga.. orang Johor tuuu...
Meh, cikMilah nak habaq mai..

Nescafe-O: Sesudu besar serbuk nescafe + 7 sudu gula pasir kasar = satu teko penuh air menggelegak! Dalam 6-7 cawan gitu…
Nescafe susu:Satu teko air menggelegak, 3-5 sudu besar susu pekat. Kacau hingga susu larut, then tambah serbuk nesafe sedikit demi sedikit sambik di kacau hingga mendapat rasa, warna dan kepekatan idaman anda
….

Ermmmm… nikmatnya terasa segar seluruh urat saraf……
Sembilan bulan saya berjaya mengekang nya….
Tapi sejak 2 minggu ni…..huhuhu…saya kembali minum nescafe…..Saya mula ambil nescafe semula sebab ia di hidangkan waktu mesyuarat. Kemudian melarat waktu kerja, nak segarkan mata dan minda ( konon)…tengok MPN, MSDS ; pening dengan technical term, walau di bantu jurutera, saya pening jugak, dengan mechanical and chemical term ni….

Mula mula tu ok lah, tapi semakin hari makin berat.
… ishhhh.. tak leh jadi...
Hari ini , sekali hirup… hmmm….
setengah mug, lepas ½ jam…. rasa masam di lidah,
Minum lagi habiskan baki yang masih suam …
rasa mual angin menolak dari tekak , sendawa bau nescafe… ishhhh…. buruk nya…
Sangatlah tak selesa…saya lari ke surau, gosok gigi…
tak lama lepas tu rasa mencengkam di bahagian belakang kepala.
………ini MEMANG tak boleh jadi…)
Tambah lagi.. dada rasa berdebar….
Oh nooo…. no….no more nescafe….

I need a strong will power…
No nescafe…it 's more bad than good to my system….

Simptom tu pernah saya lalui dulu...memang sah badan dah tak leh tolerate dengan nescafe. Tak macam dulu, masa kerja dengan syarikat Jepun saya minum nescafe tanpa gula! Agaknya quota untuk nescafe dah penuh. Tak leh masuk dah...

(Baru teringat pesan Abang Long.. jangan sesekali sentuh Nescafe.. )