Wednesday, December 31, 2008

Nak pergi ke mana?

Sejak pagi tadi saya ditanya dengan soalan yang sama berulang kali oleh orang yang berlainan.
"where are you going to count down tonite?
Rasanya lebih dari 5 orang bertanya. Termasuk boss.
"Staying home".
Ada yang tunjukkan muka terkejut tapi tak berkata apa-apa.
"so square meh...your kids dont mind arrr?" My good friend at work A Lim bertanya.
"Does it really matter to you to do count down for new year?"
Dia senyum kemudian datang ke meja saya bercakap pelan-pelan...dengan pelat nyonya bukit.. hehehe ( dia tak kecil hati saya panggil dia nyonya bukit; A Lim ni seorang yang faham jenaka, dan kita sesama sendiri boleh mengutuk perkara tak baik tentang bangsa masing-masing dan masih boleh ketawa lagi)
"Frankly speaking arr, I oso neeeever go count down". ( intonasi macam Phua Chu Kang..)
Ha hahaha, kami ketawa besar sambil take high five...
"So, does it matter"?
Kami sambung ketawa.

Saya tidak nampak signifikasi menghitung angka kemudian bersorak ria dan letupan mercun dan bunga api menjulang yang kadangkala jadi dan adakalanya hanya asap berkelun. Itu sambutan terbuka; yang tertutup nya hanya Allah dan orang-orang yang pernah menghadirinya yang tahu. Dengar cerita waktu itu arak mengalir lebih laju dari air...
Detik 12 malam itu sepatutnya kita tafakur menghitung diri. Umur meningkat dan perjalanan ini entah bila akan terhenti.

A Lim setuju dengan saya bahawa kita tidak mulakan hari pada setiap tahun baru menjelang. Bagi saya, hari baru bermula setiap hari. Bak kata orang esok bermula hari ini. Pada setiap waktu maghrib, waktu matahari terbenam, itulah hari baru bermula. Kita perlu bersiap malam ini untuk teruskan kehidupan esok. Aturan Allah amat cantik. Kita difitrahkan untuk berehat bagi mencanai kehidupan yang segar esoknya.

Secara adatnya tahun baru penanda aras pencapaian kita sebagai insan. Bila penghujung calendar tahunan menipis, saya sering mengingatkan diri - kenapa kita harus menunggu tahun baru untuk memperkasakan azam sedangkan kelansungan hidup tidak pernah ada noktah selagi kita bernyawa. Seharusnya kita perlu ada kaizen ; continous improvement; istiqomah untuk menjadi manusia yang lebih baik dari kelmarin.

Saya bukannya anti sosial. Bukan tidak suka tengok bunga bunga api menghiasi gelap malam, cuma agak ralat kerana masyarakat kita terlalu melebih-lebihkan sambutan dan bersukaria hingga melebihi had hingga lupa hikmah peralihan waktu dek keseronokan sementara. Sebagai contoh umum bagi kami yang tinggal di Seberang Perai dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Nak sambut New Year selalunya kena menyeberang ke pulau kerana di sana lebih happening! Bayangkan jambatan sudah sesak sejak pukul 4 petang! Baru tadi anak buah saya yang paling nakal kat ofis beritahu yang tahun lepas dia tersangkut dari pukul 4 petang dan sampai ke Persiaran Gurney pukul 8 malam.
"Mana asar kamu? Kamu maghrib kat atas jambatan tu la ye?"
" Itulah puan, tahun ini saya pergi dengan motor. Tapi boleh bawak sorang awek sajalah".
Eiii,...budak ni. Kalau anak aku dah kena lesing dah ni...
Pemuda ini sudah dewasa tapi mengambil tanggungjawab hakiki dengan enteng. Kesihan, tapi saya tak sempat berkata apa-apa padanya kerana dia dengan riang-ria menghabiskan kerja dengan kadar segera untuk pulang awal mengisi agenda malam ini. Saya doakan supaya petang ini, malam ini dan hari-hari mendatang dia tidak lupa tuntutan solat padanya walaupun dia memilih jalan dekat untuk bersukaria pada malam tahun baru 2009 ini. Semuga hari esoknya dia bertemu arah dan halatuju untuk hidup yang lebih bahagia.

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Masa berubah. Dunia berubah. Fizikal kita pun berubah. Seharusnya aku berubah menjadi lebih baik. Aku mahu bergembira dalam hidup. Bergembira meniti hari mengunjur semua aktiviti harian kita jadi lapang, mudah, ceria dan bermotivasi untuk terus mencapai impian hidup. Padahal hidup tidak selalu indah. Matahari pun ada sinar dan kala mendungnya. Waktu itulah diri tercabar. Cabaran pukan saja dari sakit atau payahnya hidup, hidup mewah juga banyak cabaranya. Semuga cabaran dan dugaan membawa kita hampir dengan Maha Pencipta. Barangkali kesusahan itu kad kiriman dariNya untuk kita terus istiqamah dalam amal dan laku.
Melalui getar rasa dan sentuh deria pernah jua terfikir apakah aku mencari seronok atau mencari bahagia?
Salam Maal Hijrah untuk semua. Semuga keazaman kita terus kental untuk berubah mukminin dan mukminah yang lebih baik disisiNya.

Tuesday, December 23, 2008

Awak, Jangan Terus Bermimpi....

Telefon bergetar pukul 9.45 pagi. Dila waktu itu berjalan ke bilik konferens. Dila teruja melihat nama yang terpapar pada skrin kecil itu. Sekaligus rasa bersalah menyelinap sebab sms dua minggu lepas belum pun di jawab, sekarang telefon pula menyusul.
"Assalamualaikum awak, awak kat mana, awak apa khabar?"
"Saya kat seberang jalan ke rumah awak".
"Awak tahu saya kerja,kan?"
"Saya pun kerja"
"Habis apa awak buat sini, bila awak sampai"
"Awak boleh jumpa saya?"
" Bila awak balik KL, anak-anak dan Pipa kat mana?".
" Lepas kerja saya balik KL lah. Saya datang seorang, business trip"
" Alaa, awak balik esok la, esok saya dan Hakim off, awak datang rumah kita".
" Tak boleh, saya dengan kawan ni,awak leh jumpa saya tak"
" OK , nanti kalau boleh jumpa ,saya call awak ya".
Dengan ayat itu mereka berpamit. Didi faham benar Dila akan minta izin dari Hakim sebelum kemana-mana atau jumpa sesiapa, walaupun atas urusan kerja. Sudah beranak lima Dila masih macam anak manja. Sifat semulajadinya begitu. Zaman gadisnya dulu, dia selalu mengusik Dila, bertanya sudahkah minta izin dari mak dan abangnya kalau mereka nak pergi ke mana-mana lepas waktu kerja. Biasanya Dila akan tumpang kereta Didi waktu balik pejabat, kemudian ajaj Didi singgah kedai bahan kek atau kedai bunga sebab Dila suka sangat berkraftangan dan memasak.
Dila sibuk benar hingga lupa barangkali. Tengahari itu dapat telefon lagi.
" Hey,awak nak jumpa saya tak?"
"Boleh, boleh, awak kat mana?"
" Saya dah settle kerja, dah nak balik KL"
" OK, saya kat bank, tunggu saya kat Chandelliar Nasi Kandar"
" Hah.. kat mana tu?"
" hehehe, Pelita Nasi Kandar lah..kan dah mahal sangat, upgrade dah jadi Chandelliar!
" Ya kah?.
" OK , awak tunggu saya di sana, makan dulu kalau lapar, tapi jangan bayar, duit awak tak laku di sini!"
Dila ketawa. Dia tak habis lagi dengan lurus bendul dia. Senang ditipu. Dila melangkah cepat-cepat ke Restoren Pinang Serai. Di sana ada kuih lama dan moden. Boleh di kirim pada Pipa dan anak-anak. Sempat lagi Dila menyambar 4 bungkus rempeyek, tahu benar Luqman dan Nuha anak-anak Didi suka benar rempeyek. Dari situ dia menuju restoren nasi kandar yang tak berapa digemarinya. Tapi Dila ke situ kerana tahu Didi suka nasi beriyani mamak. Melilau mata Dila mencari Didi. Oh, kawannya perempuan, patutlah kalut sangat ajak makan. Seriau la tu agaknya keluar dengan perempuan.
"Ini Nur Halimah, boss saya" .
"Nur, ini kawan lama saya sejak kami mula-mula kerja sejak balik 'states' dulu".
NurHalimah minta diri mencuci tangan sbb nak menjamu selera makan cheese naan dengan tangan.
"Apa awak bawa ni?"
"Ini kuih awak boleh makan dalam perjalanan, bungkusan ini untuk anak-anak dan Pipa.
Eh, saya bawa tapai, awak suka tapai pulut kan?"
"Nak, nak!!!!"
Didi membuka bungkusan cepat-cepat , ambil sudu dan terus menyuap.
"Hei, awak tak Bismillah?"
Berhenti sekejap, mata tak berkejip dan terus menyuap lagi sambil ketawa . Malu.

NurHalimah asyik dengan sms dan menjawab panggilan masuk semacam memberi ruang pada mereka melebarkan bicara. Lingkaran topik biasa dari kisah anak-anak, kawan-kawan dan kerja.
"Eh awak tau tak Isa dah jual rumah yang dekat rumah awak tu?"
"Tak, kenapa"
"Dia ikut Kimah balik T'ganu"
" Dia dapat kerja syarikat G&P ke? "
" Ha a.. tapi bukan sebab itu. Kimah kanser payudara stage 3, nak balik T'ganu tinggal dengan ibubapa".
Mereka diam sejenak. Dekat tapi jauh, rumah Isa bukannya jauh sangat dengan rumah Dila, tapi bertemu sekali dua setahun, itu pun di pasaraya. Rapuhnya persahabatan sekarang, padahal waktu mula-mula memasuki arena pekerjaan dulu, mereka berkongsi masalah dan wang. Masa itu keadaan ekonomi teruk. Mereka pulang dari bumi Amerika dengan ijazah tapi pasaran kerja amat terhad. Jurutera muda dibayar RM800 sebulan, mereka terima saja kerana tidak mahu jadi penganggur. Sekarang masing-masing punya landasan teguh, sayangnya ukhuwah pudar dan terus hilang.
"Awak bahagia?"
Dila terhenti menyuap mee goreng mamak. Waktu itu NurHalimah sedang bertelefon dengan seseorang, berdiri agak jauh dari mereka.
"Ya."
Dila menelan segumpal angin kerana sedak yang terbuku.
"Baguslah...".
Dila nampak mata lelaki itu berkaca. Sama seperti yang Dila masih ingat pada hari perkahwinan dia dengan Pipa. Seperti waktu dulu, hari ini Dila tidak mampu berbuat apa-apa.
Tidak berani untuk bersuara juga. Bukan takut berkata-kata tapi takut dosa. Masing-masing sudah punya anak 5 tidak guna mengungkit keindahan masa remaja.
Dua bulan sebelum hari pernikahannya, baru Didi sedar tingkah Dila terhadapnya adalah manifestasi rasa yang halus. Mengapa dia tidak faham Dila suka mengajak dia mencari bahan masak, dan bawak bekal untuk mereka kongsi. Mengapa dia jahil menilai gadis itu cukup ambil berat soal pakaian dan penampilannya. Didi memang selekeh, gadis itu juga akan tegur dan suruh betulkan kolar yang separuh senget. Suaikan warna talileher dengan baju malah berkali-kali dia kena marah sebab pakai baju tak bergosok.
Sebagai gadis desa, walau Dila lulusan universiti luar negara, malu dan segan amat tebal mendinding rentak bicara dan gurau senda hinggakan Didi tak mampu mentafsir untaian kasih dan hormat yang luhur. Kala menyedarinya waktu itu diri sudah terikat janji ibu bapa. Dia bertunangan dengan Pipa atas kehendak ibu-bapa mereka. Bila soal hati sudah pasti, Didi memberontak mahu memungkiri janji aruah ayahanda. Dila pula menarik diri darinya , malah mula bersahabat dengan Pipa, menolong Pipa membuat bunga pahar dan segala bagai persiapan kahwin mereka.
"Kenapa awak buat gini?"
"Saya nak awak bahagia, saya nak awak gembira pada hari istimewa awak dengan Pipa".
"Awak tahu tak saya akan menangis pada hari kahwin saya nanti?"
"Maaf, tanggung jawab awak lebih besar bermula pada hari itu. Awak dapat banyak pahala tau. Awak lupa ke, biar kita susah sedikit asal orang tua bersenang hati."
"Pipa sayang awak, dia tak ada orang lan lagi.. awak jaga dia baik-baik ya"
Wahai..bodohnya diri.
Bidadarikah seorang Dila? Pandai menyembunyikan duka. Senyum ikhlas terpancar luhur pada mata. Hatinya mulus halus. Ceria dia berkraftangan untuk persiapan hantaran Didi untuk Pipa.
Sedikit pun tiada tanda pilu. Padahal Kimah memberitakan Dila basah dengan air mata berhari-hari bila dapat tahu berita Didi akan bersatu dengan Pipa. Patutlah pada tarikh pertunangan Didi dengan Pipa, Dila tawarkan diri pergi ke China menyelia kerja pembaikan walaupun memang mereka maklum Dila paling tidak suka di hantar ke benua kecil itu.
Hari perkawinan Didi, Dila datang dengan Hakim sebagai pasangan istimewa. Ketibaan mereka jadi tumpuan sebab keduanya bagai pinang di belah dua. Akhirnya Didi akur, bila dia bertunang, Dila biarkan Hakim menakluki hatinya. Sememangya sejak mula bekerja jejaka ini menaruh perhatian dan menyukai Dila; tapi Dila melayan dengan hormat dan menjauhi Hakim dengan merapatinya. Dia terpaksa akur. Jodohnya dengan sepupu sendiri wajib ditatang, seperti kata Dila,biarlah kita susah sedikit adal orang tua bersenang hati.
Begitupun dia masih menduga. Barangkali bukan menduga, lebih kepada meluahkan isihati dan kesal pada kebodohannya sendiri. Sewaktu melayan Dila dan Hakim makan, sewaktu Hakim bangun pergi merokok dan Pipa pergi menambah kerabu untuk Dila, Didi sempat berkata dengan mata berkaca,
"Awak nak tahu, saya menangis dah 4 kali hari ni"
"Bila?"
"Tadi masa lepas akad nikah, tadi waktu bersanding, tadi tengahari tadi waktu tetamu sedang ramai, dan baru sebentar tadi bila tengok awak turun dari kereta Hakim.."
"Kenapa?"
" Sebab saya tak boleh jadi suami awak lagi, sebab saya tak sanding ngan awak, sebab ingatkan awak tak datang, dan sebab awak nampak bahagia dengan Hakim sekarang".
"Awak jahat tau, awak jangan buat Pipa sedih. Awak janji awak bahagiakan Pipa".
"Ya, saya janji dengan awak".
"Kenapa dengan saya"
Diam
"Awak janji dengan Allah. Tadi awak tunai lafaz nikah, tadi awak bertaklik. Awak janji kerana Allah".
Setahun menyusul Hakim menikahi Dila. Dila masih menegurnya dan beralas cakap bahawa gembiranya dia dengan Hakim kerana bahagia itu di pupuk, kasih sayang itu di bela dengan hormat , doa dan perhatian. Dari kata-kata itu juga Didi belajar membelai bahagia dengan Pipa, dan membawa mereka jauh ke kota lain. Namun Didi masih mencari Dila hadir di dalam diri Pipa.
"Awak jangan terus bermimpi Didi."
"Macamana awak tenang"
" Saya mohon dari Allah"
" Supaya tidak mencintai saya"
" Ia. Supaya hati saya tetap pada yang satu; saya tak kan berpaling, Awak perlu didik hati, walaupun ada ruang untuk saya, tolong jangan buka ruangan itu. Saya mahu masuk syurga dengan Hakim".
Waktu itu NurHalimah menuju ke meja mereka.
" hei awak.. nanti kita berbesan ya"
'"ha ha ha"
Didi hampir tersedak, mujur sempat menutup mulut.
NurHalimah pun tumpang ketawa!

Nota: dailog dan watak semata-mata rekaan berdasarkan kisah cinta tak kesampaian dua orang sahabat yang saya kenali. Mohon ciplak pada Zany yang merekakan nama Nasi Kandar Chandelliar .

Saturday, December 20, 2008

Jalan-jalan Pesta Pulau Pinang

Sejak pertengahan November saya buat-buat lupa event ini.. ingatkan boleh escape! Kalau ikutkan hati memang nak duduk saja di rumah; sehari dua ini memang rasa tak "fit". Hati pun tak ceria entah mengapa. Suami pun ada cakap kalau Mama tak sihat kita tak pergi. Tak apalah, kesian kanak-kanak ribena tu...jom.
Macam hati saya jugak nampaknya pesta tahun ini kurang meriah. Tengok tu kat gerai makan pun lengang..Lepas maghrib kami masuk terus cari nasi beriyani daging keema yang kami makan tahun lepas. Sedap sungguh beriyani dia,lauknya wangi. Haa.. tu pun dia; tahun ni mamak kulit putih tu masih ada gerainya di sini. Sekali kami makan tahun lepas, selalu teringat tapi tak tahu nak cari di mana tempatnya. Suami terkejut saya minta nasi beriyani juga. Ada dua sebab. Pertama sejak hari Rabu lalu saya survive dengan roti wholemeal dan crakcer jacobs dengan air suam saja...Kedua kalau makan di restoren nasikandar saya order naan, bukannya nasi.
Sebenarnya kami jarang ( seingatnya tak pernah!) makan nasi mamak kat Penang sebelah pulau sini. Di sebabkan nasi beriyani yang ini lain rasa sikit, saya mencari lagi. Selalunya mamak nasi kandar kan mamak gelap, tapi mamak yang ni putih kulitnya. Macam Arab pun ada, muka Afghan pun ada kot. Bukan saya pilih warna ya, tapi itu kelainan yang saya nampak, selain manifestasi rasa nasi dan laukpauknya memang lain dari nasi beriyani kat restoren nasi kandar yang biasa saya jumpa. Tentu sekali lain suku bangsa lain masakannya kan. Kami tanya kat mana kedainya. Saya lega bukan kat Georgetown. Kedainya dekat simpang empat di Balik Pulau.. ok..nanti kita pi buat assessment.. he he..Kalau menepati piawaian ie jauh dari longkang dan bukan yang style atur meja kerusi kat atas jalanraya tu...saya tak kan kaciwa...
OK, itu pasal nasi beriyani pesta. Harganya? Nasi beriyani ayam dengan kari kuah daging kisar untuk 5 orang cuma RM30.00. Murah dan sedap.

Lepas itu kami susuri booth pameran. Ruang pameran tak ada yang nampak istimewal. Boleh dibilang dengan jari agensi kerajaan yang ambil bahagian tahun ini. Semuanya agensi kerajaan negeri. Kesian orang Penang.... Kami mencari-cari pavilion Thailand. Tahun lepas meriah sungguh dengan pameran permata, serba lengkap satu Siam agaknya depa bawak - tahun ini tak ada. Yang ada pun hanya gerai makanan dan jualan cenderamata, pakaian...tak ada specialty. Baru teringat tahun lepas salah satu penganjurnya ialah Tourism Malaysia.. hmmmmm..
Pavillion Sumatera, rumah Acheh tak ada perubahan pun, macam tahun-tahun lepas...boring!
Kami singgah sebentar di pavillion Perpustakaan Awam PP, ada pertunjukan makyong dan tarian kebudayaan..Kemudian mencari orang utan. Dengar kata ada seekor di bawa ke sini - tapi tak jumpa pun. Masuk ke ruang Perhilitan terbau semacam. Ammer teruja tengok musang,landak, tenggiling, biawak yang diawet. Saya rasa nak muntah tak tahan bau. Dalam hati berkata binatang awet mana ada bau. Bila saya dongak baru nampak dan tahulah baunya dari kulit dari seekor ular sawa yang lebih dari 12 kaki tergantung di atas kepala kami...erghhhhh.. ini baru thrilled!
Kulit ular sawa jadi langsir khemah!!!
Kemudian melayan anak-anak dengan paratrooper, drop zone, racing car entah apa-apa lagi. Area funfair inilah yang paling ramai orang berpusu-pusu...Saya dapat special spot bawah duduk di atas akar kayu besar di bawah pokok sementara menanti anak-anak selesai bermain. heeiiii.. macamlah tak pernah main padahal tiap-tiap tahun benda yang sama depa ulangi...dan asyik cakap kat BTS lagi best, tapi nak jugak ke pesta...
.............girls.. just wanna have fun a drop zone.............
Mama tak nak try ka..KakNgah tanya bila nampak ramai jugak parents sebaya kami menyertai anak-anak mereka. He he.. Mama dah puas main dulu .. tak larat dah nak oi...
Sebelum balik kami melencong ke pavilion Medan . Di satu sudut ada khidmat urutan. Bagus juga kalau dapat diurut kepala yang tak betul ni. Sedap nampak seorang kakak sampai berpeluh-peluh dahinya dipicit-picit juruurut wanita tu! Abah cakap pergilah cuba. Eh seganlah orang tengok. Bila di beritahu ada di sediakan bilik, ok saya nak!
Saya pilih urutan kepala dan wajah. Hmm nyaman, memang lain cara urutannya mengenakan tekanan dengan logam bulat, kemudian baru di urut dengan tangan. Di tekan pada kepala, rasa berdenyut tapak kaki. Power! Urutan terakhir dengan batu marmar berwarna putih bentuk telur. Cerah mata dan ringan kepala bila keluar dari bilik urutan tu. Memang power la. Dalam perjalanan pulang saya buka cermin kereta.. he he.. fahamlah kan, lepas berurut...Paling ketara, pagi tadi bila bangun subuh, sembab muka yang saya alami sejak 2 minggu lalu dah hilang...
So, I have reason to claim my facial massage allowance from him, once a month.. ha ha ha!

Friday, December 19, 2008

Employee, Self Employed

Salam Pagi Jumaat...
Saya mencari-cari kelas Iqra' untuk Ammer sebagai kelas tambahan pada sessi Iqra' yang dia ikuti di kelas transit. Kalau ada private tution Iqra' di sekitar tempat tinggal saya ni cukup bagus sebab anak bertuah ni perlukan one to one coaching dan tak boleh ditegur dengan kasar. Cepat benar hujannya... Kalau dengan ibu alamatnya anak menangis ataupun ibu yang tumbuh tanduk sebab saya memang garang kalau mengajar Quran. Kakak berdua yang lancar pun terketar-ketar kalau saya semak fasohah mereka...

Kelmarin nampak iklan kecil ada kelas Iqra nak dibuka di blok saya dan saya pun hubungi pengiklan. Sembang punya sembang rupanya kami berjiran parking lot. Memang kenal dan selalu berbual tapi cuma bahasakan diri kak dan adik, tak tau nama.. ( boleh..?)
Pendek cerita saya pun daftarkan Ammer.
Petang itu kami bertembung dekat parking lot. Sementara anak-anak bermain berlari-lari kami bersembang panjang. Dalam bersembang tu saya tanya macamana Ani nak manage kelas ya, dengan kerja, anak kecil dan rumahtangga lagi...
"Ani berhenti kerja kak, ambik VSS".
Terkedu saya; bukan calang-calang dia ni, ada pangkat jugak.
" Oo... S08y offer VSS ka".
" Ya kak, kerja pun pening, sekejap ok sekejap tak, sementara S08y offer duit ni, Ani rebut lah".
"Elok la tu, at least kita ada sikit pampasan daripada berhenti tak dapat apa-apa".

Saya hormati keputusan Ani. Berenti kerja melepaskan gaji yang lumayan sewaktu oang lain memegang kukuh jawatan tak mahu melepaskan pintu rezeki. Seperti kata Ani, pening dengan kerja, pening dengan hal penjagaan anak. Ani ambil keputusan buak kelas Iqra sebab mahu mengajar anak sendiri. Dia sebelum ini lega bila anak sulungnya yang sebaya Ammer melaporkan sudah naik dari satu peringkat Iqra ke peringkat yang atas. Dek kesibukan, Ani tak sempat nak uji kebolehan anaknya hinggalah awal cuti lalu. Anak yang akan naikQuran, tu rupanya Iqra 1 pun masih tergagap...Hai ini membuat Ani berfikir panjang, bukan sedikit yuran Iqra yang mengalir, rupanya ilmu tidak terkesan di hati anak. Duit boleh dicari tapi usia anak semakin meningkat, tak boleh kita biarkan kosong tanpa isi..Kena pada masanya, Ani ambil keputusan drastik. Sambar duit VSS. Buka kelas Iqra' bersama kakak iparnya seorang guru Kafa yang terkenal.
Saya tahu dia bahagia dengan keputusan berhenti kerja. Saya nampak sinar gembira pada mata Ani. Sebelum ni kalau jumpa pun kami bersembang tapi masing-masing bernada risau, terkocoh-kocoh mengejar waktu nak naik ke rumah dan berkejar waktu nak ke tempat kerja masing-masing. Dalam senyum ramah ada risau sebab masing-masing mengejar banyak perkara yang nak di buat. Selamat berjaya Ani. Terima kasih juga keran membuka ruang untuk saya menghantar Ammer ke kelas tambahan Iqra yang paling dekat dengan rumah. Semuga di berkati Allah dengan kerjaya baru ini.

Tuesday, December 16, 2008

Intoducing New Artsy Craftsy Blogger

the more the merrier....please click to this url mama-aimansarahhandmade to meet new blogger friend..Mass. Cuba tengok hasil kerja Mass, halus berseni, comel-comel sesuai sangat untuk buah tangan atau untuk kegunaan sendiri. Ini mesej dari Mass untuk semua...

Salam....Sempena pembukaan blog "Mama-aimansarah Handmade" ni.... Mass pun nak buat macam orang selalu buat tu :P ...... "Give Away".

Kandungan "Give Away" tu;

1) HP Case (5 1/2 inch x 3 inch)

2) HP Case (5 inch x 3 inch)

3) HP Charm (Ms. Rabbit)

Semuanya adalah HP accessories.


Rules dia senang aje... actually macam orang selalu buat jugak;

1) Tinggalkan comment kat dlm n3 ni bersertakan link blog anda dengan memberikan Mass keizinan untuk menyimpan link anda di dalam blog ini.(if u will link me back... wow... I'm very much appreciated!)2

) Ceritakan tentang N3 Give Away ini di dalam blog anda.Itu je rules nya.

Very da simple. Kalau sesiapa yang sudi dengan hasil kerja tangan Mass.... sila lah join.OK..


Mass akan umumkan lucky winner by 22nd Dec (Monday).

Saturday, December 13, 2008

Happy nya jumpa Rina

Anak cakap Mama senyum sepanjang hari...he he he
Saya tak berhenti bersyukur dan wondering of blogging made bloggers made friends. Rasa macam dah kenal lama sebab tiap-tiap hari jumpa dalam blog, buatkan saya terlupa bahawa ini kawan baru!


Ralat juga tak dapat menjemput Rina ke rumah , untung juga Jumaat tu plant shutdown; kalau hari kerja, harus saya ambil cuti.. ha ha ha. Bukan senang nak "tangkap" Wanmommy datang Penang!
Setelah beberapa sms dan phone calls kami setuju untuk piknik kat RnR. Rina sekeluarga mengejar waktu ke KL dan saya ada urusan sekolah anak tengahari itu.
Waktu nampak Rina dan Mimi menanti kat depan surau, rasa macam mimpi. Itu lah Silversarina...Saya lewat tiba; terpaksa buat pusingan balik ke rumah sebab tertinggal
"beg penting" kat untuk Rina bawa balik ke T'ganu. Nervous jugak!
Alhamdulillah, sampai juga hajat bertemu Rina. Puas tatap mata Mimi yang bulat tu.
Jom breakfast ala kadar... Saya siap pesan Rina jangan ambik heavy breakfast kat hotel sebab nak jamu nasi lemak sambal udang dengan papedom!


Selesai makan senyum sokmo...

Terima kasih Rina dan famili kerana sudi meluangkan waktu bertemu saya dan anak-anak. Seronok dapat berjumpa, berbual dan piknik kat Juru RnR walaupun seketika. Banyak perkara nak di bualkan lagi, tak puas rasanya. InsyaAllah kita sambung bual bicara di alamaya; panjang umur kita jumpa lagi....dan terima kasih tidak terhingga pada cenderahati; sampai satu beg haa...kakElle jangan jeles tau!

Selamat jalan Rina, semuga perjalanan ke KL seterusnya ke Kemaman selamat sejahtera.

Wednesday, December 10, 2008

Anekdots Aidil Adha


Entry yang saya buat pada petang hari raya hilang $T%)^$(%&(&$(#)( entah apa-apa mesej dan it was gone with the wind from the nearby mountain!



Hari Tashriq belum berakhir dan takbir masih beralun selepas solat jadi belum terlewat saya ucapkan salam Aidil Adha untuk semua...semuga pengorbanan kita memberi menfaat pada orang lain dan di terima olehNya sebagai amal soleh pemberat neraca kebaikan. Ameen...

Hari Raya Haji di kampung halaman saya sama meriahnya macam sambutan Aidilfitri jadi persiapan kuih muih untuk balik kampung macam biasa. Awal-awal lagi saya ingatkan diri agar tidak terlalu memberatkan diri macam raya puasa dua bulan lepas! Tempahan kuih raya dan kek saya hadkan jumlah dan jenisnya. Saya buat jem tat, makmur, biskut peanut butter dan samperit saja. Hari Khamis saya selesaikan penghantaran jauh dan dekat; jadi saya ada tiga hari untuk tumpukan pada persiapan keperluan rumah dan rumah mertua. Tapi saat akhir begitu perlu juga melayan hantaran cupcake pertunangan dari jiran terdekat; tak sampai hati nak tolak lagipun Jumaat hari shutdown, dapat tolong selesaikan hantaran dia. Saya tidak tidur lagi selepas sahur dan terus "bekerja" hingga matahari terbenam. Usai solat Isyak saya tidur.. betul betul zzzzzzzzzzzzzzzz...dan bangun lagi awal pagi esok menyambung tugas seperti yang dirancang...Begitulah jadual 3 hari sebelum Raya. Dengan bantuan dua dayang kat rumah ni, ringan sikit kerja...sayang mama rupanya boleh di harap. Seorang teliti membentuk biskut dan seorang lagi suka buat cupcake...

Pagi Sabtu kami bertolak balik dan pergi jemput Tok kat rumah adiknya. ( Seminggu dua Tok kat rumah MakNgah)- nampak muka Tok macam sembab , bawah mata ada eyebag dan nafas pendek-pendek ;tapi saya tak cakap apa-apa. Sampai rumah Tok, saya bersilat lah apalagi - dah sebulan rumah tu kosong- faham-faham sajalah kan...Lepas solat zohor Tok tidur nyenyak . Agaknya dia rindu kat katil sendiri.. hujan pulak tu, sedap dia tidur. Petangnya sahabat lama yang baru di temui, Diah datang berziarah dengan anak-anak. Rancak kami bersembang hingga dekat maghrib.. rasa tak mau berpisah macam-macam nak di bualkan. Thanks Diah for a pleasant visit :) Malamnya kami ramai-ramai buka daun palas, sambil tu saya pujuk Tok pergi hospital buat check-up.

Pendek cerita esoknya pukul 7 pagi kami tiba di hospital dan Abah terus ke pasar beli bahan basah...Panjang list saya untuk dia.. he he he. almaklum lah petiais kosong!
Pukul 9 pagi kami dah balik dari hospital. Paru-paru Tok sedikit kembang, dia diberi dos tambahan untuk urinate dan saya suruh dia rehat saja. Tak larat dia berulang ke bilik air, akhirnya dia bawa selimut bantal tidur dalam bilik yang paling dekat dengan bilik air! Sementara dia rehat saya balut ketupat palas. Alhamdulillah sebelum azan zohor saya selesai balut ketupat dan buat agar-agar santan. Leganya bila ketupat dah naik api! Sambil merebus ketupat, saya dan suami tolong Tok kerjakan rendang daging, ayam dan kuah kacang. Masakan tradisi ni kena juga ada sentuhan orang tua, baru ada umph! Setuju tak?
Ipar dan biras tiba waktu kami sedang berbuka puasa. KakSyimah terus dengan projeknya kari daging mamak dan bihun sup! Cekapnya dia, szup szap zsup zsap... dua periuk besar bertenggek kat dapur dalam masa setengah jam saja. Sementara tu saya buat kek aiskrim ; ganti biskut sebab biskut raya yang di bawa balik sudah habis!!!! Nasib baik biskut makmur terlindung bekasnya- adalah jugak biskut raya untuk pemanis mulut nak dikawankan dengan kek buah dan agar-agar!
Malam raya ni ingat nak balik rumah pusaka keluarga saya yang didiami kakak. Biasanya malam raya ni kami berkumpul dan bertukar juadah; tapi bila Abah setuju balik sembahyang raya kat mesjid kampung saya esok pagi tak lah jadi balik. Rasa macam nak melompat ke langit! Thanks darling. Saya rindu sembahyang jemaah dengan orang kampung. Apatah lagi sembahyang raya gini,yang merantau jauh pun balik dan boleh jumpa.
Syahdu dan meresap alunan takbir. Puas mendengar qutbah raya yang di"qutbah"kan - bukan yang di"baca"kan. Qatib dan Imam anak kampung sendiri ; mereka lulusan al-Azhar yang kembali berbakti pada anak-anak dan wargatua kampung sendiri. Tanpa naskah, qatib berqutbah dengan tertib dan bernas; satu persatu perkataan bernas lancar di lidahnya.
Turun mesjid kami ziarah pusara ayah bonda, datuk nenek.. kemudian berkampung kat rumah pusaka. Abang1 datang dengan konvoi 5 buah kereta , riuh rendah anak cucu. 4 hero kecil ni sepupu antara satu sama lain, cucu Abang1 . Kat kolam antik ni la suka benar depa menyempit..Penat bergelak ketawa kemudian pergi tempat sembelihan korban. Abang3 buat nak berkenduri korban malam nanti. Tapi saya mengelat tak nak tolong masak! Selepas zohor kami pergi rumah Abang2 daerah yang agak jauh. Di sana dah siap hidangkan juadah daging korban. Sepetang kami di sana....relax dan lepak dibelai angin sawah. Tengoklah gambar ni, hati mana tak di sentuh damai...


Sebelum maghrib kami pulang semula ke rumah kakak dan Abang3. Kena "marah" dengan kakak ipar3 sebab tak tolong dia masak.. he he, jahatnya saya kan! Tapi saya tak kesah pun.,. marah-marah manja.. Pagi tadi waktu bersalam dengan dia kat mesjid pun dah kena marah sebab saya tak balik malam sebelumnya.. ya lah orang dah tunggu dengan lemang siap bungkus tapi kek coklat saya tak sampai-sampai!
Kenduri kali ini saya betul-betul lepas tangan. Anak dara ramai semua rajin buat kerja kenduri. Saya duduk melayan cucu saudara..menjeri-jerit budak-budak tu saya gomol.


Selesai tahlil dan kenduri kami balik rumah Tok. Tak jauh, 10-15 minit jer.
Pagi Raya kedua kami ziarah ayah angkat Abah di Pedu. Petang kami bertolak balik Penang tapi Tok tak nak ikut sekali. Abah cuci periuk besar bekas memasak dan saya kemaskan pinggan mangkuk semua sebab ipar duai pun dah balik ke rumah masing-masing; sekurang-kurangnya tak lelah Tok nak mengemasnya nanti. Memang berat hati nak tinggalkan dia seorang kat rumah tu tapi apakan daya. Ikut lah saja kehendak dia, agaknya dia rindu kat rumah sendiri .Doakan yang terbaik saja.
Kami tak terus balik, sebaliknya singgah ke rumah sepupu saya. Melekat lagi kat situ sampai tengahmalam. Saya sempat tidur kat sofa sementara semua orang sibuk kat laman! Not only that, saya diberi cenderahati dari kilang dia.. he he he.. boleh tambah koleksi miniature roses roses...
Pagi ini.. malasnya nak pergi kerja; tapi saya dah tau kerja bertimbun-timbun. Balik ke sini, sirna segala suasana raya. Mujurlah masih dikumandangkan takbir selepas solat dari corong pembesar suara mesjid.. masih ada roh Aidil Adha di sini....

Monday, December 1, 2008

My First Tag & My first Friday off...

Yargghhhh.....kena tag dari Sya minta gambar my workstation!
Sebelum tu.. pst.. Tulip.. hari ni bahasa tadak bunga...hahaha
Dua minggu lepas, ya Sya; baru hari ni boleh buat. Dok fikirkan macamana nak cerita tanpa gambar. Ya, tanpa gambar sebab tak boleh ambik gambar. Kamera adalah no no no item di tempat kerja saya. KakElle pernah suruh ambik dengan hp...alamak, itu hidden security camera mana-mana pun ada. Takut woooo, kalau kena bukan saja kantoi tapi penalty amat berat. Syarikat saya bekerja ni certified by Mi(,080ft, jadi kena jaga customer related material, COA, licence , serial number and so on....Security is rigid. No tolenrance, no flexibility.
Back to my workstation. Macam work station orang lain, semua kelengkapan agak serupa,tak yah la cerita kan...Saya tuliskan di sini 3 benda pelik yang rasanya jarang orang lain tak buat
Kalendar -ini benda harus ada kat mana-mana pun. Lainnya saya ada banyak kalendar kat work-station saya. Semuanya untuk kegunaan harian. Yang pertama kalendar kuda. Ha ha haha. Jangan tak tau, saya suka kalendar kuda - semuanya jelas dan nyata, informasi lengkap. Satu lagi 3 month kalendar yang ada 3 bulan tertera atas satu muka; bulan lepas, bulan terkini dan bulan depan. Ia penting sangat utk kerja-kerja planning dan forecasting saya selain untuk memantau kekerapan cuti! Dua tiga lagi fiscal kalendar pelanggan dan pembekal menanda suku tahunan syarikat mereka. Ada syarikat yang fiscal year bermula Januari sama macam calendar year dan ada pula yang fiscal calendar bermula pada pertengahan tahun. Mengelak keliru, saya lekatkan pada dinding, yalah ..sudah tua ingatan pun sudah tumpul, tak payahlah simpan dalam kotak memori.
Kat dinding sebelah tepi ada sebaris perhiasan comel-comel yang dihadiahkan kawan-kawan. Selalunya bila ada yang bercuti keluar negara ada sajalah perhiasan comel yang diberi sebagai tanda mata. Inilah antaranya.. yang ni dah saya bawa balik ke rumah sbb tak nak sarat sangat koleksi atas meja tu...Yang ketiga ialah management diary. Saya masih guna management dairy sebab tak betah gunakan PDA. Jarang orang guna management diary sekarang. Beberapa tahun lalu, saya dihadiahkan PDA,tapi sampai kini saya lebih suka guna management diari. Tiap-tiap petang tulis "things to do" untuk hari esok, bila kerja tu dah siap saya tulis DONE.. he he he...puas rasa hati. Bila balik saya simpan dalam lagi dan kuncikan. Kalau lah hilang... hilang punca saya jadinya sebab semua nota ada di situ.

Jumaat kelmarin bermula lah Friday off day; mulanya macam seronok dapat cuti 3 hari seminggu tapi kami sesama sendiri macam "blank" tak tahu apa nak buat. Alhamdulillah untuk saya memang sentiasa ada kerja. Seminggu dua ini tempahan kuih dan kek sentiasa ada hingga hujung Disember. Inilah rezeki yang tak disangka-sangka. Ginilah rupanya work station saya kat dapur pada hari Jumaat kelmarin. Yang tu cupcake coklat di tempah kawan rapat saya di pejabat untuk meraikan graduan sulung tadika miliknya. Ada yang dah masak kat atas redai; dan ada juga yang dalam tray menanti nak masuk oven. Itu yang dalam pinggan tingkat tu yang dah siap letak foundation,belum solek lagi. Benda kecil2 dalam bekas 4 segi transparent ialah mini nozzle saya, sebelahnya aising yang siap di warnakan pink dan hijau. Aising plain dalam plastik bekas aiskrim tu. Mudah letak dalam tub aiskrim ni sebab klau ada lebihan, tutup jer dan terus simpan dalam petiais. Nampak tak kertas yang ada tanda warna oren tu? Itu senarai nama murid-murid tadika - saya nak tulis nama mereka atas cupcake, senang nanti tak payah rebut-rebut...Jangan tak tau, kalau tulis nama atas cupcake saya guna tangan kiri, padahal kalau menulis biasa saya tulis dengan tangan kanan. Pelik tak? Ini ha.. hasil tulisan tangan kiri...
Untuk tetamu lain, saya warna yang sama, cuma pelbagaikan corak free hand saja dan tak ada tema tertentu cuma warnanya masih hijau epal dan merah jambu.


Kek coklat harijadi ini juga dari workstation di dapur pada hari Jumaat..Simple, tempat kosong tu saya letakkan strawberi, lupa pulak nak ambil gambar bila dah siap...