Showing posts with label Diri. Show all posts
Showing posts with label Diri. Show all posts

Wednesday, December 16, 2009

Bayam Batu

Di bawah pohon itu kubawa rajukku. Tiada siapa tahu. Sendiri mengesat jurai airmata sambil tangan yang satu lagi mencapai butir kecil yang merah menyuapi mulut sendiri. Terhibur hati kala menjumpai buahnya yang hitam kerana ia begitu manis pada lidah. Begitu teduh di sana. Boleh membaca sambil menunggu padi di jemuran bawah terik mentari musim kemarau. Dahan pohonan yang jingga berkerutu bintil-bintil kekadang ku lelas hanya untuk suka-suka. Ada juga torehan catatan kata hati di perdu sana. Pohon bayam batu itu membesar bersamaku. Aku tahu mana pucuk yang baik untuk di sayurkan. Aku juga teliti memilih daun muda untuk direbus dan diulamkan dengan air asam berlauk haruan bakar! Sesekali hati bergegar juga melihat akar bayam batuku dikorek dan direntap putus dari tunjangnya. Akarnya berwarna oren segar. Tapi hati berbisik.. pohon itu redha akarnya di cabut kerana khasiat penyembuhnya untuk penyakit batu karang.
Masih segar senda dan gaduh-gaduh manja berebut buah yang paling besar, paling hitam dengan sepupu. Duduk-duduk senggang, sembang-sembang petang dan main aci ligan berkeliling pokok bayam batu yang berjiran dengan pohon nona dan keriang batu..mana lagi nak dicari tanaman itu sekarang...
Bersama waktu yang pergi , seusai SPM kudapati pohon bayam batu ku tiada lagi di hujung laman. Rindu juga, sayu pun ada. Tapi hakikat survival diri, tiap yang ada lawannya tiada. Mustahil ia kekal di bumi Allah.
Kelmarin, kujumpai pohon ini didaerah kelahiranku... dan nostalgia menyingkap kisah damai anak kampung yang mula memberitahu anak-anakku bahawa bayam batu dipanggil mulberi. Kala usia menginjak, segar rasa hati melihat buah merah hitam melekat subur di sana. Manis juga deria mengulang rasa masam manis buah kecil yang tidak pernah mengenyangkan , tapi cukup untuk menjadi perencah dewasa.

Monday, December 14, 2009

Khabar...

Sekian lama tak menulis. Banyak perkara berlaku dan banyak juga yang difikirkan. Terimakasih pada kawan-kawan yang menyokong dan memberi pendapat. Setelah meledak hati saya sudah maafkan orang berkenaan. Bila diulang lawat, design tiruan itu sudah ditarik balik dari laman mayanya. Baguslah andai ada yang sedar bahawa dalam mengejar impian, matlamat tidak menghalalkan cara. Usah ambil mudah meniru bulat-bulat tanpa izin kerana walaupun semuanya hak Allah, kita manusia perlu amanah dengan apa yang kita lakukan. Kreativiti adalah jatidiri; walau tiada akta mengawal tindakan tapi, andai ada hati yang tidak mengizini, berkatkah rezeki yang kita perolehi… Selainnya, menjadi kawan yang bernilai juga sebenarnya lebih manis dan lebih bererti andai tiada titik kelabu. Tiada manusia sempurna ,kerana itu salahkah meledak begitu. Tepuk dada tanya selera.. kan? Apapun yang terjadi, hikmahnya ada, barangkali masih belum ku jumpa. Barangkali diam lebih baik kerana ia menyelamatkan dari banyak masalah. Oleh itu diriku...berlapang dadalah...kerana dedaun dipohon hanya gemersik bila angin bertiup dan ia tidak pernah ribut sendiri. Lebah dan tebuan pun hanya diam dengan kerja mereka jika tiada yang menjolok sanggarnya. Perhatikan awan biarpun kusam atau bergelung ia tetap mengikut peraturan Allah. Dan virus juga bakteria, ia bangkit dan aktif kerana Allah menyuruhnya mengingatkan manusia tentang kejadianNya, qada' dan qadarNya , juga kifarahNya. Seperti gunung berapi, letusannya sekali, kemudian ia kembali pendam dengan aman. Mengumpul kekuatan diri bukan mudah kerana yang menilai bukannya manusia, cuma antara diri dengan Maha Pencipta. Berzikirlah...
Sibuk juga barangkali. Bekerja dalam industri pembuatan elektronik menuntut ketangkasan, ketepatan.. Ohhhh...ooohhhh. diri dah tua..tahu benar.. tak terkejar rasanya tuntutan itu...maka jadinya terkedek-kedek mengejar arus supaya tidak ketinggalan...Justeru sukar juga melayan selera anak-anak yang tidak pernah puas, barangkali kerana sibuknya ibu yang agak jarang menjerang kesukaan mereka; pun tidak punya banyak ruang bersama mereka. Tugasan hakiki yang bergerak selari meminta tenaga yang bukan sedikit. Makanya lelahku pada penghujung malam yang masih muda kala anak-anak masih mahu bergembira..menonton, bergurau, jadi suram kerana lelapku mendahului aktiviti mereka. Ampuni daku ya Tuhanku, kerana bukankah lebih afdhal memimpin tangan mereka dari menyerah pada kelesuan fizikku.
Sedikit masa dan tumpuan pada coklat dan baking juga barangkali menyejat kudrat diri. Sekadar suka-suka pada mulanya dah jadi ketagihan sekarang. Kelmarin seseorang bertanya, bila masa awak kerja, bila masa awak buat coklat, bila masa awak buat kerja rumah,bila masa awak mengajar. Tergeletek hati juga.. tapi bukanlah terlalu serius kegiatan ini. Setakat yang mampu dan tidak memberatkan diri. Bersyukurlah...bukankah itu pemanis hasrat perjalanan hari ...
Yang pasti.. face booking lebih menarikku ke sana. Lebih mudah kiranya berisyarat pendek dan kemas yang cukup ramah. Hehehe.. alasan ya, barangkali.. dan lagi satu...aktivitiku banyak

Teruja dengan kejutan dan nostalgia bila kini sudah berjaya mengumpulkan hampir seratus kawan-kawan lama. Hidup perlu diteruskan...

Tuesday, November 24, 2009

Tolong dan Tikam

Dah lama tak update sebab malas bercerita. Bukan tak ada cerita yang nak diceritakan tapi kekadang malas nak buat ceritakan cerita yang tak boleh dicerita! Kalau cerita namanya mengata. Dah namanya pun tak manis diceritakan, jadi duduk diam-diam. Tapi hari ni dah nak meletop pasal kisah ni. Saya tak kuat menanggung tikaman, dari membenkak, menanah memakan diri... nahhhh.. ini kisahnya.

Apa yang nak di ceritakan hari ini tentang kisah orang pompuan. Kisah kawan saya nan seorang ini sebijik macam saya. Dia pun serupa saya malas nak update sebab ada orang yang asyik ambil idea dia untuk majukan bisnes depa. Ni pasal pompuan yang buat bisnes dari rumah lah, apa lagi kan. Setiap kali dia update blog bisnes dia, ada saja yang meniru. Bukan setakat itu saja, diburukkan dari belakang lagi..kali ni tak nak cerita pasal cerita buruk tu, cuma pasal tolong dan tikam saja.

Selalunya kalau sesama buat home bisnes tak kira la cupcake ke, apa-apa ka.. kalau meniru idea tu, kita akan telefon atau sms pada orang yang kita tiru tu, minta izin atau sekadar berbasa basi... atau masukkan secara public dalam blog kita bahawa design atau resepi ini di ambil dari sumber mana. Lebih manis di ucapkan terimakasih pada orang yang mula-mula initiate design tu. Atau bagi la credit sikit kat kawan yang bagi resepi. Ini tidak....mana tak bengkak kawan saya ni. Dia berhabisan beribu-ribu ringgit pergi belajar, tapi pemberian dia atas dasar ikhlas berkawan dan sikap ingin "bersama kita maju" di pergunakan ke tahap maksimum untuk diri sendiri.

Macam terkena tikaman dari belakang dari seorang itu. Homebaker yang seorang ni.. punya la baik dengan kawan saya, selalu offer diri beri pertolongan nak bantu kat studio masakan kawan saya ni. Ingatkan ikhlas.. tapi drama bermula bila dia beri semua resepi kat orang tu. Bila dah dapat resepi....setiap kali minta tolong ; orang tu dah tak nak tolong lagi. Contohnya, kawan saya buat kelas cupcake dan dia perlukan 200 biji cupcake. Kawan ni akan minta orang tu "tolong" buatkan cupcake sebagai persediaan kelas dan dia bayar $1.00 untuk setiap biji pada orang yang menolong buat cupcake itu. Kemudian orang itu akan tolong dia kendalikan kelas itu. Bukan tolong mengajar, cuma tolong siapkan perkakas, menimbang dll dan dibayar lagi
Begitulah ikhlas nya; niatnya mahu menolong supaya sama-sama maju dan sama-sama berjaya. Sekarang bila dah dapat resepi dan tip secara percuma, menoleh pun tidak lagi...Sah! Orang yang memberi pertolongan berbayar itu sebenarnya menghirup kemanisan percuma, berbekal lidah yang tak bertulang!

Begitula resamnya kan.. berkawan dan berbaik sebab ada udang di sebalik batu. Bukan sekali perkara begini terjadi pada dia. Juga pada saya dan beberapa orang lagi homebaker. Sekarang kami sama-sama bengang! Bagaimana mahu kekalkan niat ikhlas dan berbaik sangka kalau ditikam dari belakang?

Saturday, September 19, 2009

Sahur Terakhir Ramadhan Tahun Ini

Saya masih celik sejak jam 12.00pagi tadi. Alhamdulillah..sejak seminggu lepas kami kuarantin di rumah sbb Kak Ngah kena ILI - Influenza like sympthom yang seakan-akan wabak itu. Menggerunkan. Kami lalui seminggu ini dengan pelbagai kelainan. Alhamdulillah semuanya dah berakhir. Semuanya sihat. Semuanya kembali ceria. Cuma saya yang masih terbawa patern tidur yang berubah. Teramat letih dek aktiviti siang yang non-stop, saya tidur selepas solat maghrib dan bangun selepas jam 12.00pagi. Seminggu ini tak berjemaah tarawikh, missing that; semuga tahun depan ketemu lagi. Ya Allah, berilah hamba-hamba Mu ini peluang lagi untuk menyempurkan Ramadhan tahun-tahun akan datang dengan lebih tertib dan lebih berisi.
Malam keramat ini saya cuma mampu berzikir ! xveymmmaasjfakhkjmmmwwwmmmmn! Sebak juga menonton siaran lansung dari Masjidil Haram. Semuga satu hari saya dapat merasai berpuasa dan bertarawikh di sana.
Salam akhir Ramadhan dan Salam Lebaran.
InsyaAllah nanti saya release kan cerita pengalaman saya menangani anak ILI - masih dalam draf!
Apa saya buat malam ni sambil menonton TV?
Coating almond london dan bakar 8 biji kek untuk bawa balik kampung..... Selamat meneruskan puasa wajib terakhir Ramadhan. Semuga dosa kita hangus bersama perginya Ramadhan .....

Monday, July 13, 2009

S.O.S

I am feeling very tired of thing.....


Body Temperature: 37.8

Mood: Confuse

State of Mind : Haywire

Pain: chest, thigh, stiff neck, leg.

Dream on: traditional massage by mak bidan, bunches of green grape, dragonfruit juice.


Esok kerja.. arrrgghhhhhh...

Monday, July 6, 2009

Nescafe

Aroma nya sudah cukup meransang deria….la ni ada pulak M8y@ K**** buat iklan, ada kandungan anti oksidan pulak….Tergoda jugak dengan perkataan anti oksidan tu, nuuun....jauh jauh di sudut hati… ala … marketing gimmick!!!!!
( marah orang N5st!5 baca entri ni)
Saya pernah berjaya melawan kenikmatan minum Nescafe selama 9 bulan…Lansung tak beli Nescafe. ( Untuk baking - kek kopi atau kek chohcolate moist – saya guna instant coffee khas untuk baking yang di beli di kedai baking needs). Saya pujuk my other half supaya stop taking nescafe, sbb kalau ada stok kat rumah mesti saya nak minum jugak!
Sorry mate…..kih kih ihhh, kejamnya sang isteri! Tapi selepas bbrp waktu, kesian jugak, sebab dia suka nescafe O ais pada hari panas !
Lepas makan malam nak juga nescafe 0 panas atau nescafe susu. Kekadang saya buatkan neslo ( Nescafe campur milo)
Ok lah, dah lama sikit, saya pun mula beli nescafe.


Anak cakap; Aik?

Jawab saya, ini untuk Abah , dan tetamu.
Untuk tetamu selalunya saya hidangkan nescafe susu.. ini dah jadi trademark, especially sepupu-sepupu lelaki. Depa kata nescafe kakcik sedap, nnnntah lah.. sbb saya jarang sekali minum nescafe susu yg saya bancuh. BUkan saja nescafe susu, malah apa jua minuman yang bercampur susu, saya tak berapa suka. Kalau kopi , teh atau nescafe, nak yang O. Tulen! Ada sorang tu, suami pada sepupu saya suruh isteri dia belajar buat nescfe ala-kakcik ni…Sorry ya, bukan nak bangga diri, tapi depa kata sedap.. nak buat camana..malah suami anak sedara saya pun suruh isteri dia belajar bancuh nescafe macam Maksu..ha ha .. perasan! Saya pun sebenarnya belajar dari isteri sepupu saya juga.. orang Johor tuuu...
Meh, cikMilah nak habaq mai..

Nescafe-O: Sesudu besar serbuk nescafe + 7 sudu gula pasir kasar = satu teko penuh air menggelegak! Dalam 6-7 cawan gitu…
Nescafe susu:Satu teko air menggelegak, 3-5 sudu besar susu pekat. Kacau hingga susu larut, then tambah serbuk nesafe sedikit demi sedikit sambik di kacau hingga mendapat rasa, warna dan kepekatan idaman anda
….

Ermmmm… nikmatnya terasa segar seluruh urat saraf……
Sembilan bulan saya berjaya mengekang nya….
Tapi sejak 2 minggu ni…..huhuhu…saya kembali minum nescafe…..Saya mula ambil nescafe semula sebab ia di hidangkan waktu mesyuarat. Kemudian melarat waktu kerja, nak segarkan mata dan minda ( konon)…tengok MPN, MSDS ; pening dengan technical term, walau di bantu jurutera, saya pening jugak, dengan mechanical and chemical term ni….

Mula mula tu ok lah, tapi semakin hari makin berat.
… ishhhh.. tak leh jadi...
Hari ini , sekali hirup… hmmm….
setengah mug, lepas ½ jam…. rasa masam di lidah,
Minum lagi habiskan baki yang masih suam …
rasa mual angin menolak dari tekak , sendawa bau nescafe… ishhhh…. buruk nya…
Sangatlah tak selesa…saya lari ke surau, gosok gigi…
tak lama lepas tu rasa mencengkam di bahagian belakang kepala.
………ini MEMANG tak boleh jadi…)
Tambah lagi.. dada rasa berdebar….
Oh nooo…. no….no more nescafe….

I need a strong will power…
No nescafe…it 's more bad than good to my system….

Simptom tu pernah saya lalui dulu...memang sah badan dah tak leh tolerate dengan nescafe. Tak macam dulu, masa kerja dengan syarikat Jepun saya minum nescafe tanpa gula! Agaknya quota untuk nescafe dah penuh. Tak leh masuk dah...

(Baru teringat pesan Abang Long.. jangan sesekali sentuh Nescafe.. )

Tuesday, May 26, 2009

Bawang putih

Panas! Mana-manapun orang bersungut panas. Saya sanggup mamah biskut kering dari keluar makan kalau tengaharinya matahari terik. Tak mampu untuk sakit dan saya amat berjaga-jaga, sebab kalau dah jatuh sakit.... susah nak sembuh! Tapi terkena juga sedikit demam sejuk ( flu dan batuk) Sebab itulah blog ini tak berupdate. Selain sibuk bermandi coklat, waktu lapang saya lebih suka tidur dari berblogging. Tekak saya sensitif, kalau sekali terkena batuk, lambat sembuhnya, mau berbulan jadinya! Sudah tiga minggu saya membawa batuk ini. Lagi di makan ubat lagi menjadi batuknya. Sirap ubat batuk macam tak berkesan lansung. Saya tinggalkan ubat dam minum secamca madu lebah tualang sebelum tidur...ada sedikit reda, tapi masih belum sembuh terus. Tiga empat hari lepas, entah macamana saya teringat amalan aruah bapa semasa hidupnya. Dia suapkan saya bawang putih bakar kalau saya terkena selsema atau batuk. Habis 2 labu bawang putih, Alhamdulillah, tidur saya terus ke pagi sejak 2 hari lepas. Aruah berpesan, kalau musim wabak penyakit, makan bawang putih. Itulah yang saya buat, dan dengan izinNya , batuk saya sudah hilang. Entahlah kerana sebab bawang putih atau apa-apa tak kisahlah, yang pasti batuk saya hilang lepas makan bawang putih bakar! Alhamdulillah.

Kalau ada yang cuba amakan bawang putih bakar tapi tak sembuh batuk, jangan salahkan saya
ya...Ini kes terpencil kot! Juga jadi bahan untuk saya merapu, tapi benar!

Sunday, May 10, 2009

Releasing Stress

I woke up 5 mins before 7am!!! Something that was never happened in decades! Hubby said I slept like log - quiet and deep. Thank-you for ylang-ylang massage oil I had all over me last night. (seb baik cuti dot dot dot kalau tak jenuh berebut waktu dengan matahari,sbb I mmg ambik masa agak lama kalau mandi ...) .
Hubby off to work as he's company follow Kedah's calendar day, so I have all times for me today. Still feeling yo-yo after cold bath, I took a glass of warm water with lemon slice, dried my hair and put on aerobic gear..I smelt my pillow smells ylang-ylang. Aromateraphist said ylang-ylang evokes feelings of deep, languid calm that melt away anxiety, tension and stress....ahhhh. But I like my pillow fresh, out you go dear smelly pillow sham. It took me almost 5 minutes making bed with refreshing set of new bedsheet! Arghhh, that's my stretching excersice and with that I excused my self from aerobic session this mornig.. yea... mengelat! I changed to a loose housecoat instead and duzzzzz...back to bed.
Off late, I would not have words to describe my conditions. Rasa tak ada energy dah! Today is the day I just want to be home, no plan, no dues..just be at home ... just spending my own sweet times releasing stressed body and mind.

Monday, May 4, 2009

My Passion

my pasion is like coloring flowers
sprinkling dews and blooming the blossoms
of picking wild berries
and stealing out of a picking basket
in a warming breeze
smell buttery smoothered cocoa
like fluffy clouds

Like cueing a bird song
making chocolate is grooming
love of one creation
I am obsess!!!

Visit my new empowered SeniCoklat.....yes...I am dreaming over my dreams...am seriously dreaming..

Tuesday, April 28, 2009

Just a Note

Too much of everything and lack of rest!

I am down with bad coughing and fever.

no complaints!
no regrets!
no sadness!


Innalillahiwainnailaihiraaji'un...
Ya Allah, aku redha dengan ujian Mu dan berilah aku pahala dari ujian ini
ku mohon padaMu,
berilah padaku kesihatan yang baik dan kelapangan serta kemudahan dalam segala urusanku.

Amin...

Wednesday, April 8, 2009

Silence

Who wanna share silence with me?

Copy this picture and post in your blog....( initiated by Nora )

Wednesday, February 18, 2009

Mengeram

Salam ceria

Blog ini sedang melalui tempoh mengeram sebab penulisnya telah merancang terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan dalam tempoh terdekat. InsyaAllah bila kepala dah ringan dan angan-angan sudah jadi nyata dan keinginan sudah makbul, sesuatu yang baru akan muncul. Doakan yang terbaik untuk saya.

Semuga semuanya sihat dan selamat. Pada yang terlantar sakit, sabarlah ya. Saya sentiasa doakan semuga cepat sembuh dan kembali pada diri anda yang aktif. Pada yang sakit-sakit manja, jaga kesihatan ya. Semuga semuanya ceria bahagia dan berbaik-baik agar kita mendapat anugerah terbaik dariNya.