Tuesday, May 26, 2009

Bawang putih

Panas! Mana-manapun orang bersungut panas. Saya sanggup mamah biskut kering dari keluar makan kalau tengaharinya matahari terik. Tak mampu untuk sakit dan saya amat berjaga-jaga, sebab kalau dah jatuh sakit.... susah nak sembuh! Tapi terkena juga sedikit demam sejuk ( flu dan batuk) Sebab itulah blog ini tak berupdate. Selain sibuk bermandi coklat, waktu lapang saya lebih suka tidur dari berblogging. Tekak saya sensitif, kalau sekali terkena batuk, lambat sembuhnya, mau berbulan jadinya! Sudah tiga minggu saya membawa batuk ini. Lagi di makan ubat lagi menjadi batuknya. Sirap ubat batuk macam tak berkesan lansung. Saya tinggalkan ubat dam minum secamca madu lebah tualang sebelum tidur...ada sedikit reda, tapi masih belum sembuh terus. Tiga empat hari lepas, entah macamana saya teringat amalan aruah bapa semasa hidupnya. Dia suapkan saya bawang putih bakar kalau saya terkena selsema atau batuk. Habis 2 labu bawang putih, Alhamdulillah, tidur saya terus ke pagi sejak 2 hari lepas. Aruah berpesan, kalau musim wabak penyakit, makan bawang putih. Itulah yang saya buat, dan dengan izinNya , batuk saya sudah hilang. Entahlah kerana sebab bawang putih atau apa-apa tak kisahlah, yang pasti batuk saya hilang lepas makan bawang putih bakar! Alhamdulillah.

Kalau ada yang cuba amakan bawang putih bakar tapi tak sembuh batuk, jangan salahkan saya
ya...Ini kes terpencil kot! Juga jadi bahan untuk saya merapu, tapi benar!

13 comments:

Kak Elle said...

bawang putih mmg byk khasiat nya...but unlikely I bolih telan bawang putih begitu .... hehe

silversarina said...

Jaga diri baik2 , memang sekarang cuaca panas terlampau .

Ummi365 said...

cikmilah, bawang putih bakar eluk untuk turunkan cholesterol..

masa ada bibik ummi akan makan bawang putih bakar dan air cengkih selang sehari

cikMilah said...

Salam KakElle.. hmmm.. ada sikit bau kan, tapi bila dah bakar bau itu hilang, sedap pulak!

cikMilah said...

Thanks KakRina, and you take care too.

cikMilah said...

Oh really! Kalau macam tu nak teruskan jugaklah..bukannya sesah pun kan. Memang dulu Ummi pernah mention kan...

maklang said...

last wiken masa pi belajar pasal umrah, Ustazah kata...kalau selseme, rendam 7-10 uncang teh dalam air panas, sedutkan wap nya kat idung sampai air jadi sejuk, InsyaAllah ilang selsema tu, InsyaAllah...tak pernah cuba lagi, tapi Ustadzah kata, dia dah cuba 1-2 kali, Alhamdulillah...

Neeza Shahril said...

kalau anak kecil batuk, boleh apply bawang putih jugak ke kak cik?
anak Ja, Sumeyyah batuk belum baik lagi.. kesian pulak kat dia..

aNIe said...

Cik Milah...memang bawang putih bakar ni ada banyak khasiatnya...alhamdulillah cik milah dah hampir sembuh...

Jaga diri...sebab sekarang memang panasnya menyengat....

zino said...

nak kunyah macam tu je ke.. hehe

Abang Long said...

Banyakkan minum air kosong atau air mineral

cikMilah said...

Maklang, bagus jugak petua ni ya, harus di cuba. Thanks Maklang..

Mrs. Fedex said...

cik milah..
tlg fon or sms mus ok confirm pasal coklat..
012-4577301
mus kalu boleh nak ambil hr rabu..
tq..