Sunday, May 17, 2009

I walk my foot loose in KL!

( amaran: Title English tapi ceriti Bahasa Melayu)
Sabtu
5.30 pagi : Anak-anak masih lena, saya cium pipi setiap seorang, ada yang merengek , ada yang mengeliat...Sebelum subuh suami hantar menyeberang ke pulau. Dah lama benar tak berjalan sendirian, rasa macam tak jejak kaki ke tanah sewaktu melangkah ke airport. Eh, berlaga bahu dengan GE...sorry sir! Makcik ni ghaplah jingga! Laaa, KM pun terbang dengan kelip-kelip! Sampai Subang, ambil teksi ke destinasi.Dah lama tak guna pengangkutan awam...hahaha.. jakun sekejap.
9.00 pagi:
Mendaftar di kursus lanjutan pembuatan coklat dengan Cocholatier tersohor.
1.00-2.00tengahari:
Merayau dengan KakZ dan M cari makanan sekitar Taman Desa.
5.08 petang: Lebih lapan jam berkurung, kelas tamat.
Sms dari D, arahnya..Milah naik cab ke Seputeh, ambil commuter turun stesyen Bangi. Saya jawab OK, walau sebenarnya saya tak tau pun nak hala ke mana mencari teksi. Orang terbaik yang saya terfikir untuk dirujuk ialah Pengarang Perunding Berita Publishing, KakAni. Pendek cerita, saya terlupa nama tempat ( Seputeh) dan terus cakap kat drebar teksi, ke MidValley...mantain cool men.. kot sat lagi orang tau kita ni jakun terlepas.. hahaha. Sampai sana, saya tengok arus orang berjalan sekaligus menjeling-jeling papan tanda. Akhirnya naik train pukul 6 petang dan sms D bila tiba ke stesyen Serdang. Turun di UKM, tunggu 5minit, tercangak-cangak, terima satu call..hey.. saya di sini, depan awak ni.. ooohhh...nampak suami Syidiah melambai-lambai. Katanya , mai cepat, depa dah tak ingat apa dok ruih rendah kat rumah tu...
Jalan ke Kampung Sungai Merap Ulu tenang damai berlengkang lengkok, tak macam yang pernah saya lalui 20 tahun lalu. Saya pernah ke sini, Sungai Merap dan UKM tampak hening dengan kenangan nostalgia zaman remaja.
Hampir pukul 7 malam: Saya memberi salam di muka pintu mahligai Syidiah.
D menerpa mendahului puan rumah. Senyum ketawa peluk mesra. Rindu sejak terakhir kami bertemu Aidilfitri lalu terlerai di sini.
Syidiah juga gembira saya sampai ke rumahnya.
Shikin datang terus memeluk; hang ingat aku dak? Ya Allah, mana bisa aku melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati! Saya peluk dia kuat, sembunyikan rasa terharu bila dia beritahu, saya duduk sorang la ni ( maksudnya, dia ibu tunggal) Suami tercinta meninggal dunia 2 tahun lepas, dan anak tunggal di Korea menyambung pengajian.
Rohaya maintain slim sampai la walau anak dah bujang panjang. Maaf Aya, saya pernah lupa terus pada kamu hingga D sebutkan nama kamu dalam email!
Sambil itu ada seorang sedang menjeling...hihihi. Itu Syah, kawan baik belahan hati. Kami sama-sama bulat berisi! Saya ucap Selamat Hari Guru, kemudian dia mengadu.. tau dak, depa sini sapa pun tak wish selamat Hari Guru kat I kecuali Milah.. hahahaha..ala sayang, depa lupa! Semua ketawa pada rajuk manja Syah!
Ida juga tetap berlenggang lenggok dengan senyum manja dan lesung pipit yang tak lekang walau pada usia pertengahan 40-an sekarang. Ya.. itu pipi biskut marie! Gigi rapat dan gelaknya tetap manja.
Anak-anak gadis Syidiah satu persatu santun bersalam.
Ida berdiri mempromosi cheese kek hasil tangan anak Shidiah dan Rohaya memujuk saya,
mesti cuba katanya
Selesai semuanya, saya di jemput duduk di meja makan.
D melawak.. ni ada sorang lagi classmate, hampa tak mau peluk ka...
Hah.. itu Ketua Pengawas....!!!
Hahahahaha, macam nak terangkat ruang itu dengan ketawa dari kaum bapa di ruang sebelah juga.
Yang D maksudkan ialah suaminya M.
D dan Ketua Pengawas M satu-satunya classmate couple yang lepas hingga berumahtangga aman damai hingga kini dan hingga ke hujung nyawa bersambung ke syurga al-Jannah... Amin..

Rindu bertautan sejak sekian lama lerai menatap mata bertukar cerita suka duka sepanjang waktu terpisah. Cepat sekali kami ulang sejarah lama bila momentum usik mengusik tangkis menangkis meratai rentak jenaka masa lalu. Sakit perut ketawa bila Shidiah keluarkan album lama. Tengok tu, stokin clorox, baju kurung senteng.. hahaha. Mana nak pi cari zaman la ni..
Semuanya ini bermula sejak 2 minggu lepas; kami berbalas email dan saya maklumkan yang saya akan ke KL sendirian pada 16-17 Mei, no husband no kids...jom dating! Saya mengumpan sebab terbayangkan boringnya nanti mengadap dinding di hotel seorang diri pada malam Sabtu.
Tak sangka rupanya mereka berkira-kira dan mengatur rancangan hingga orang Seremban pun turun. Suami Syidiah sarankan supaya bertamu ke rumah mereka untuk santai yang lebih selesa. Ya, amat selesa...dan mewah meriah dengan hidangan potluck penuh meja. MasyaAllah. Saya amat terharu. Tadi waktu terlepas keretapi di MV, rasa macam nak menangis teringat semua sudah lama menanti, tapi hati meronta-ronta mahu terbang sertai mereka walau apa rintangan jua. Posing jangan tidak; di halaman rumah Shidiah luas, Syikin yang pakai baju merah, pipi dia ni maintain tegang dan gebu! Shidiah puan rumah masih kekal jelita, Syah putih bersih, D lansing anggun, yours truely, Ida cute dan Rohaya juga masih slim macma budak tingkatan lima! Meraka sama-sama pemastuatin kotaraya, tapi tak pernah berjumpa jua. Jadi bila D dan Shidiah aturkan pertemuan ini, semua ny atak sabar menanti Sabtu. Saya amat terharu jadi penyebab pada penyatuan ini.
Kami reunion selepas lebih 27 tahun tak bertemu. Lepas SPM masing-masing mencipta hala tuju dan membina bahagia sendiri. Walau mereka pemastautin kotaraya, memang tidak bertemu muka. Mungkin inilah takdir yang menghimpunkan kami di sini. M hubungi Cikgu Ismail guru kelas kami dulu , sebak merantai rasa teringat guru yang mulia. Semuga cikgu sihat sejahtera.
Sebelum lewat kami bersurai dengan janji dan agenda. Semuga Allah beri kami kesehatan dan kelapangan untuk terus beraktiviti bersama...ziarah menziarah, melancung, re-union di Jitra.. InsyaAllah.
Terima kasih Syidiah dan En Anwar yang sudi melapangkan waktu dan ruang untuk kami mengacaubilaukan keheningan desa nan permai dan mahligai damai itu. Shikin, masih terharu, sebak dan kagum mengenangmu. I know you're strong and happy. Looking for our next meeting, InsyaAllah, panjang umur kita bertemu lagi.
( hi there Diah di UUM sana...awas......!!!!)
Aya, terima kasih,masih seperti dulu.
Syah, tak puas menatap mata itu. Nak lagi roti jala kari ayam itu....Anwar Adnan, terima kasih kesudian dan kesanggupan merentas sempadan demi isteri, juga untuk kami mengulang kemanisan lalu waktu pada usia begini.
D, tanpamu mungkin impian ini belum kita capai. Terima kasih tidak terhingga.
Pada M juga...Milah tak reti nak cakap apa-apa. Wish my husband was there meeting my friends...missing him loads through the entire moments. Dan kami ambil kesempatan sebelum pulang untuk clarify bahawa antara saya dan M sebenarnya bersaudara!
Ida, juga jutaan terima kasih. Apalagi kesudian Bidi membelah malam menghantar saya ke sarang inapan di rumah anak saudara di Ampang Jaya. Nanti balik kampaung kita dating kat tepi sungai itu lagi. Rupanya rumah ibu Ida berjiran dengan ibu mertuaku!
Semuanya, terima kasih kerana tetap menjadi kita walau saiz telah banyak berubah dan walau zaman telah menjarakkan kita dengan nostalgia remaja.
And those lovely foods.. MasyaAllah.. Sedapnya cheese cake anak dara, nasi beriani dan rakan-rakannya, kuih koci, kek coklat, dan banyak lagi...dan terima kasih juga bagi tapau lagi..

tengok tu , cheesecake jugak yang di tatang! Seedappp, I tell you!

9.30 malam
Sampai di Pandan Perdana, sudah siap Awi dan Manja dengan kelitah 2 cucu manja saya menanti. Saya mahu menginap di MV hotel mulanya, tapi kena marah dengan Awi...konon macam tak ada waris di KL. Betul jugak! Lepas mandi baru terasa sakitnya kaki, macam dah tercabut lutut. Awi memang pandai mengurut , warisan ayahandanya. Tapi belum pun sempat memohon pinta di picit tapak kaki, saya dah tertidur saya di sofa dek keletihan dan kaki yang dah tercabut tapak dan buku lalinya dek jalan-jalan sepanjang hari!

Ahad:
8.30pagi; Awi hantar saya ke tempat kursus. Sehari lagi tubuh berat ini bergantung pada kaki yang belum hilang lenguh ini. Hati kedua kursus ini saya pandai curi waktu duduk di kerusi waktu buat praktikal. Waktu zohor saya rebahkan diri dan luruskan urat saraf di surau.
Tamat kursus, saya heret bagasi yang sudah berganda, cari teksi terus ke airport. Cadangnya nak MV, tengok ( baca=beli) apa yang patut. Tapi cepat-cepat sedar diri dan kesiankan kaki yang cape'!
6.30 petang: Lepas check in, saya benamkan diri dalam surau.. Lega rasanya dapat berbaring walaupun sebentar.
9.00 malam: letih dan sakit kaki terbang melihat senyum suami dan anak menanti di balai ketibaaan!
Thanks darling. Kerana kepercayaan , kerana izin, kerana sanggup menjaga dan melayan kerenah anak-anak pada hujung minggu ini.

Nota: masih sakit kaki! Dan melihat pada gambar-gambar yang di ambil, saya pasti penyebabnya bukan pada kasut, atau jarak perjalanan yang panjang, bukan juga pada kerja-kursus yang semuanya kena dibuat sambil berdiri. Diri sendiri mengaku, badan ku besar, kakiku tak mampu lagi menampung berat yang berlebih-lebihan!

14 comments:

Button Planet said...

salam Cik Milah...Apa khabar? oooo..penuh agenda hujung minggu... mmg seronok kan dapat berjumpa kawan2 persekolahan ... my classmates pun dah planning InsyaAllah nak buat reunion next year 2010...
eh..jadike pos coklat Azzah hari Jumaat? kalau dah pos, Azzah menunggunya dgn perasaan yg tidak sabar...hehehe... nanti Azzah sms jika dah sampai... nak maybank2u bayarannya okay....

IA..semoga bertemu lagi

Azzah8

Kak Elle said...

after 27 yrs mesti riuh rendah di buat nya kan?bagi lah kaki tu di urut di belai kat reflextology...hehe

silversarina said...

Saya yang baca n3 ni pun rasa teruja sangat, manataknya , after 27 years baru bertemu semula....bilalah saya dapat jumpa semula kawan2 lama .

Harap dah dapat rehatkan kaki, bukan salah kaki, bukan salah kasut , jalanraya yang kasar sangat batu nya ...hihi.

Abang Long said...

Ayat terakhir yang paling 'power' ! Hahahahahaha

Sya said...

Cik Milah, Kalau dah lalu Sg Merab tu kira area laluan sya setiap hari ke tempat kerja, terlupa yg Cik Milah ke KL minggu ni sebab sya pun sama sibuk ada tetamu kat rumah 2 malam berturut.

Nanti bila2 ke KL sms .. masa tau free boleh gak bertemu

cikMilah said...

salam Azzah - it was heavy rain and thunderstorm on Fri evening - tak boleh keluar pos coklat Azzah. latest tomorrow poskan ya..
\Weekend in KL - 2 hari memang tak cukup - and first time cikMilah pi KL tapi tak ziarah shopping mall... save and safe...hihihi

cikMilah said...

Kak, reflexiologist ada kat rumah.. hehehe..

cikMilah said...

KakRina, rasa kembali muda bila jumpa kawan lama tau!
Ya la kan, jalan tu yang kasar. kesian kaki....

cikMilah said...

Abang long,bukan salah ibu mengandung, pinta badan memang begini.. hahaha.

cikMilah said...

Sya, masa naik train lalu Salak Tinggi memang teringat Sya.. InsyaAllah, ada kelapangan kita bertemu..

aNIe said...

Cik Milah...dah sampai di Subang tu dekat dah ngan rumah akak...kenapa tak calling2...

cikMilah said...

kakAnie, InsyaAllah next tiem kita caling. Jadual trip kali ni pack betul. Kita ada lagi ke sana hujung bulan ni dan pertengahan June. InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi

rgds
Jamilah

Ummi365 said...

cikmilah,

itu pasangan zabedah and zabidi ke? mungkin my colleagues kut..

cikMilah said...

iya la tu ummie..depa pun kerja sam bank ngan ummie... wata small world! hahaha