Ammer in action...tak kasi orang tolong tarik kayak dia...
Sunday, August 3, 2008
Kayaking
Posted by cikMilah at 8/03/2008 06:35:00 PM 12 comments
Labels: Jalan-jalan Makan-makan, Kembara
Saturday, June 21, 2008
Fancy a Walk on Tree Top?
2 years back as a first timer, we get frustated and difficult to get there because there’s not many signs available after you enter the village area .We have to go through small path in between kampong houses where the road leading to the place is quite narrow. At one time, only one car is able to pass through. This recent trip was easier as many signboards just there for you not to miss the place. They're building new road, cutting the journey short but it is still under construction. Thinking back I woulld prefer passing through village houses and narrow roads as it giving Sungai Sedim a place to go to enjoy the smells of nature.
Streams merry merrily.. photo taken frm the roadside entering pricnic area...

As reached and we mommy's are busy arranging food for breakfast and dads just lit the fire for satay and chicken BBQ, before I knew it, Ammer had brave himself to jump into the river. I was worry as the stream looks calm but the current is really strong. After he had a dip in the river, definitely hard to get him up. He easily make friends with her dads collegue, big boys are there.. not too worry then.
makan first!Sponsored food other than BBQ is nasi lemak, mee goreng mamak and laksa. Most of us brought our own to share...My abang asked me to cook pulut tanak to go with ikan asin plus fresh grated coconut- a whole purely taditional breakfast set for padi farmer in Kedah. Glad to bring home emptied containers:p
KakNgah envy the river rafters...next time dear! Sungai Sedim is a fast-flowing river that contains a 17 km stretch for white-water rafting. This is by appointment only; RM 110 per person per session with trainer and guide.Look at the water, clear like jelly.
After food we then proceed to the canopy, not too may are interested, only me and the kids and the Japanese! Alamakkk tak best nyer...Later we manage to convince all including TokMa and Atok taking bro Arman's kids firm at their hand, and baby Nuqman too.
The second group went later as someone has to take care of our food and BBQ.The canopy walkway measures 925 metres long and is about 50 metres high is worth a try of RM10 for adults and RM6 for children. Its firm and does not sway as you walk along it, though for those scared of heights, try not to peep down as you may feel a little bit dizzy. Arigato gozaimaz to Tagata-san for sponsoring the tickets fo all 16 pax!
Photo's taken along the walkway
Posted by cikMilah at 6/21/2008 04:06:00 PM 17 comments
Labels: Jalan-jalan Makan-makan, Kembara
Tuesday, June 3, 2008
Snapshot T'ganu Kite....Part 2(Updated)
Macam-macam yang kita dengar hu ha hu ha dlm internet dan email tentang Mesjid Kristal ni. kalangan politik juga tak kurang canangnya. Sebagai orang Islam kita terkena tempias tohmahan begitu. Sedih. Masakan kita redha rumah Allah di gambarkan kejelekan di jalur lebar dan alam maya, Nauzubillah. Yang salah dan silap adalah tindakan manusia. Sebagai hambaNya kita patut memuliakan binaan mesjid sebagai rumah Allah. Terbaru , riuh rendah satu forum internet mengutuk pihak berkenaan tentang bayaran masuk. Kami pun mushkil tapi dari awal saya sepakat dengan suami bahawa, biar lah berapa pun bayaran di kenakan, kami akan masuk juga. Kira-kiranya lawatan ke sini umpama highlight perjalanan kami kali ini, paling tidak mahu tuniakan solat fardu di mesjid ini. Ambil yang jernih sahaja....
Dari jauh sewaktu menyeberang jambatan yang merentas sungai besar tu, anak2 dah woww dan oooo. Tampak kemilau mesjid yang terletak di Pulau Wan Man itu dipanah matahari waktu rembang tengahari , senibina yang gemilang. Pintu masuk
pintu yang menghala ke sungaiChandeliar pada kubah besar
Kami tercari-cari jugak booth kutipan bayaran, tapi memang sah tak ada bayaran masuk $25.00 dikenakan. Pengunjung agak ramai...yang bukan muslim pun ramai. Semuanya patuh pada arahan menutup aurat dan menggunakan jubah dan tudung yang tersedia. Kami sempat menyertai jemaah zohor. Alhamdulillah...
Seterusnya kami menyusur tebing sungai berjalan kaki ke Taman Tamaddun Islam. Kalau petang-petang jalan-jalan ke sini tentu best....Memandang belakang ke arah mesjid, memang tampak gah kristal terapung.
Taman ini masih dalam belum 100% siap tapi semua 21 buah monumen sudah lengkap nampaknya. Cuma kita belum di benarkan masuk ke dalam replika bangunan itu. Banyak lagi info di blog ini ini. Masuk ke sini barulah ada bayaran masuk . $10 untuk dewasa dan $5 untuk kanak-kanak. Kiranya Ok jugak sebab dapat rebet $3 kupon makanan . Terik sungguh matahari tapi Alhamdulillah angin bertiup menyejukkan suasana. Kami nak tram, tram yang macam kat zoo tu...free ride. Ada juga kart dan tendon bike untuk sewaan...buat apa nak buang duit kan...Lagipun driver tram ni sporting, dia singgah lama sikit kat monumen ikut permintaan kami. Ini antara gambar yang sempat upload kat sini...
Menara Mesjid Xian, China
Kubah As-Sakhrah, Jerusalem
Bagaimana mungkin dan bila agaknya saya dapat melihat bangunan di tanah asalnya yang di bina pada tahun 692 di bawah naungan Khalifah Abul Malik bin Marwan? Cukuplah replika monumen didepan mata. Mesjid Besar Agadez, Niger di Nigeria dibina dari tanah liat yang di keringkan dan diperkuatkan dengan perancah kayu. Mesjid asal tentunya dari tanah liat. Monumen di sini pakai fibre glass kot! Kalau pakai tanah liat... nanti bila musim tengkujuh, macamana ya!!! Maaf ya, bukan nak perkecil-kecilkan binaan ini tapi logiknya binaan tanah liat mana mungkin kekal berabad dalam cuaca tropika kita. Itu yang saya terangkan pada anak-anak. InsyaALLAH semuga anak-anak kita dapat memahami kewujudan sosio budaya umat Islam dalam suasana ethnik yang berbeza.
In my wishlist..sebelum menutup mata teringin sekali mengunjugi Mesjid Suleyman, Turkey....saya singgah lama di sini. Sebak rasa hati entah kenapa. Di sebelah replika mesjid ini ialah replika Mesjid Nabawi , Madinah. Berdidri di sisi replika Masjid Nabawi...saya ulangi lagi doa harian...semuga ALLAH memberi rezeki kami sekeluarga bertamu ke Makkah dan Madihah untuk melengkapi rukun yang lima. Runtuhan kota Aleppo Citadel, Syria.
Jurupandu di sini nampaknya dilatih dengan baik. Pengetahuan mereka agak menyeluruh. Dari info yang saya dapat, banyak program dalam perancangan di sini, antaranya pengenalan makanan dari serata tempat di dunia , sessi budaya dan lain-lain. Restoren di sini pun OK. Lima enam ringgit untuk satu serving, di tolak rebet dari tiket masuk sebanyak 3 ringgit, makanan pun terasa asam garam nya..what else you wanna complaint! Memandangkan tempat ini masih baru, saya benarkan anak-anak memilih dan membeli souvenir dengan TTI signature untuk kawan-kawan mereka.
Dari sini kami ke Pasar Payang. Alang-alang dah sampai Terengganu tak kan lah tak dapat sehelai dua sutera...yer dok...Beli kain untuk buat baju raya. Rambang mataku..he he. Sebelum itu kami panjat tangga kat Bazar Warisan untuk terus naik ke Bukit Puteri tu...Dah sampai kat atas, tengok-tengok pintu pagar kayu nak melangkah ke puncak tu TUTUP! hah!!!
In the evening...I captured father and son on their way to maghrib prayer at Mesjid Terapung again. Saya memang berhajat sangat mencari ketupat sotong malam ini, tapi bimbang alergi KakNgah melarat..tak apalah, nanti cari resepi kat blog Kak Hanieliza...Esok paginya, kami berulang lagi cari nasi dagang...ingatkan belum buka sebab belum pun pukul 7 pagi, tapi dah ramai orang sedang sarapan...Lepas makan saya ke gerai kuih di sebelah restoren nasi dagang tu, dan borong 2,3 jenis kuih yang jarang nak jumpa kat Penang. Antaranya koleh kacang...sedap sungguh koleh kacang ni...
Sebelum tengahari kami singgah dekat Pulau Banding....
Posted by cikMilah at 6/03/2008 10:41:00 PM 8 comments
Labels: Kembara
Sunday, June 1, 2008
Snapshot T'ganu Kite....
Day 1
Kami bertolak awal pagi selepas subuh, tenang dan nyaman perjalanan kami menghirup udara segar. Sarapan pun dalam kereta that kids enjoy it very much ; macam kata Ammer, lepak dalam kereta...makan-makan.. Kami offkan aircond selepas melintasi daerah Kulim kerana kiri dan kanan segar dengan hutan malar hijau tropika terus menerus ke Pengkalan Hulu melalui pinggir daerah Baling. Lebuhraya Timur Barat agak lengang tapi kami tak dapat memecut laju kerana mengekori satu barisan kenderaaan tentera hingga ke R&R Gerik. Seterusnya kami berjalan dengan kelajuan sederhana sebab kenderaan lebih banyak mendaki. Masih berkabus dan awan memutih...
Ammer: Mama nak makae...
Saya: Tak de makae...kita kena makang...
hi hi hi...
Masing-masing riuh sbb nak makan, macam anak burung...Masuk pusat bandar tak susah sangat sebab signboard banyak membantu. Kami mencari tempat makan dulu. Nampak pasaraya Mydin dan foodcourt di sebelahnya. Tempat ni masih baru dan agak bersih. Kami makan hotplate mee saja. Ada juga gerai nasi kukus Paka, tapi teringat N3 SilverSarina terus putus selera nak try....
Destinasi seterusnya ialah mencari istana hinggap kami...Sebab last minute of change of destination, semua hotel & apt dah kena fully book sempena Sukma 2008. Kami dapat homestay yang di war-warkan oleh pb dalam entri 349. Thanks pb; kalau tak jenuh lah mencari... Kami singgah dulu di Mesjid Terapung solat Zohor dah lewat. Mulanya tak perasan sebab itu Mesjid Terapung sebab kat pintu gerbang tu tertera Mesjid Tengku Tengah Zaharah. Jadinya , kawan-kawan... Mesjid TTZ ialah Mesjid Terapung....
Kami tersasar ke Ibai Golf Resort sbb tak faham instruction dalam longat T'ganu... hi hi hi ...Sampai saja kat Teratai Homestay dan diberitahu hari ini sampai esok rumah ni milik kami! Penyewa lain akan check in esok petang... ya hoooooo......Rancak Abah sembang dengan Pak Arifin, penjaga rumah ini.
Saya terpaksa menyabarkan anak-anak yang tak menyempat nak ke Ibai Lagoon lepas mandi; Dalam perjalanan tadi nampak ramai betul orang kat situ , ada jet ski dan water boat ke... water scooter ke...entah apa lah lagi...itu yang depa tak sabar-sabar...Kesian Abah driving non-stop 6 jam... biar lah Abah tidur sekejap, lastly semuanya terbongkang....Saya turun ke dapur, masak air dan sejukkan semua air botol yang di bawa dalam petiais. Lega...air sejuk ni macam nyawa kalau travel begini...Kami keluar semula selepas solat Asar. Drive in saja ke Terengganu Equestrian Resort, tengok keliling masing-masing dah tukar fikiran tak nak turun dan tak sabar2 nak ke Batu Burok pulak...Macam tu lah... semua depa nak grab dalam satu masa... layan je lah....
Dah sampai dah... PBB...
Dah hampir maghrib kami mencari mesjid, ronda-ronda dan main ikut signboard. Pusing pusat bandar dan nampak mesjid, masuk saja. Solat Maghrib di Mesjid Abidin kalau tak silap saya. Sejuk rasanya mesjid lama ini..Imamnya bersuara lantang tapi lembut....
Dekat mesjid tu kami singgah di tempat tambatan perahu tu...bangunan ini belum ada waktu saya datang KT dulu..Cantik berseni ukiran..hendaknya Bazaar Warisan terus terpelihara begini. Dari sini nampak tangga terus bersambung ke puncak Bukit Puteri. Saya ceritakan kisah Bukit Puteri, Istana Maziah pada anak-anak. Masing2 tak sabar nak tunggu esok mahu daki Bukit Puteri pulak....Kami meninjau Restoren Puteri yang terletak di gigi air Kuala Sungai T'ganu.. Tempat nya OK tapi kami mencari menu T'ganu...macam tak best sbb menu macam kat Penang saja...Sampai di stesyen minyak, kami tanya seorang pakcik, dia cadangkan sebuah gerai di sebelah hotel Permai Inn. OK, no harm trying... Kesimpulannya... boleh tahan lah....makanan di situ. Permai Inn antara hotel yang reject saya..walaupun puas merayu. Rupanya Kontijen Sukma Kedah menginap di sini..awat tak habaq awai-awai...Anyway ...Go Kedah!!! Semuga pulang dengan 38 pingat emas yang diidamkan...
Lepas makan masing-masing dah menguap....bila kami sampai kat istana hinggap tu, terdengar suara orang mengaji begitu jelas...Rupanya kami berjiran dengan asrama sekolah agama...
Day 2
Agenda pertama pagi ini ialah mencari nasi dagang $45 untuk sarapan. Pernah jadi isu heboh tak lama dulu sebab pelanggan di kenakan bayaran $45 untuk gulai satu kepala ikan tongkol. Akhirnya isu itu tenggelam bila di jelaskan harga $45 itu untuk makanan yang boleh dimakan oleh 20 orang....Dekat benar dengan tempat kami menginap. Instruction dari Pak Arifin mudah saja. Kalau nampak kereta banyak parking kat tepi jalan, itulah tempat nya. Confuse kan? Tapi benar. Kami berhenti saja bila nampak kereta berbaris dan tak salah lagi. Sepanjang jalan ini nampak sama saja. The best landmark ialah kawasan perkuburan Lebal Jenal yang betul-betul berdepan dengan restoren ni. Saya amat-amati.. retoren ni diusahakan di bahagain bawah sebuah rumah tradisi yang di modenkan. Dalamannya bersih, layanan cepat dan mesra. Nak ambik gambar bangunan dengan nenek yang sedang mengagihkan nasi dan lauk tu, takut kena saman. Ha ha ha...Kami pesan 5 set, kemudian minta tambah lagi. Sepiring keropok lekor dah jadi 2 piring...Ini rupanya nasi dagang itu, dengan kuah dan isi ikan tongkol. Hidang atas daun pisang.. harga cuma $3.
Kurang jelas pulak signboard ni...tapi inilah bangunan yang dimaksudkan...
Lepas makan kami teruakan perjalanan ke Marang. Kata orang keropok murah di sepanajng perjalanan ke sana. Masih awal, kedai pun belum buka. Kakak dan Ammer excited tengok lautan membiru. Hampir ke Rantau Abang baru ternampak satu dua warung berasap. Gerai satar pun ada nampaknya. Kami bercadang mahu beli dalam perjalanan pulang nanti. Matahari terik walaupun jam belum baru pukul 9.30pagi. Nothing much di Rantau Abang- cuma nak tunjuk anak-anak tempat penyu bertelur saja. Kami berpatah balik ke jeti Marang. Sampai ke sana, baru nampak bintik-bintik merah kat lengan KakNgah. Patutlah dia diam dan tidur saja. Alergi menyerang lagi. We decided to say goodbye to Pulau Kapas, InsyaAllah next time will do.
Percutian di pendekkan sebab tak mahu alergi melarat, kesian dia sebab kalau sekali jadi dan tak di suntik ubat cepat2 nanti melarat sampai seminggu. Kata KakNgah dia masih OK- jadi untuk tak menghampakan mereka kami terus ke KT, melawat mesjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Jalan jammed la pulak! Terpaksa melencung sampai ke Bukit Payung kemudian sesat sana sini sebelum sampai KT. Ikut signboard saja. Sesat punya sesat kami sampai Kg Losong. Ohhhh ini lah dia tempat yang terkenal dengan keropok tu. Sementara dah jumpa saya terus memborong.... Bukan keropok saja, serunding dan sos pun masuk bungkus... At least, dah settle satu bab keropok tak payah fikir panjang lagi.
Dari situ kami cari jalan keluar ke Mesjid Kristal. KakNgah is still OK katanya tapi dia tak keluar dari kereta waktu beli keropok tadi. Kalau panas nanti berpeluh, kesian nanti bertambah gatal dia! Eh, gatal sakit tau..... Sesat lagi, silap masuk lorong membawa kami ke tepi sungai dan jalan mati tapi nun di seberang sana yang dicari-cari tersegam indah. So near yet so far!
Posted by cikMilah at 6/01/2008 01:59:00 PM 13 comments
Labels: Kembara