Sunday, June 1, 2008

Snapshot T'ganu Kite....

Day 1
Kami bertolak awal pagi selepas subuh, tenang dan nyaman perjalanan kami menghirup udara segar. Sarapan pun dalam kereta that kids enjoy it very much ; macam kata Ammer, lepak dalam kereta...makan-makan.. Kami offkan aircond selepas melintasi daerah Kulim kerana kiri dan kanan segar dengan hutan malar hijau tropika terus menerus ke Pengkalan Hulu melalui pinggir daerah Baling. Lebuhraya Timur Barat agak lengang tapi kami tak dapat memecut laju kerana mengekori satu barisan kenderaaan tentera hingga ke R&R Gerik. Seterusnya kami berjalan dengan kelajuan sederhana sebab kenderaan lebih banyak mendaki. Masih berkabus dan awan memutih...

Merentas Tasik Banding pada awal pagi. permukaan tasik masih berkabus... Kagum dan pegun...air, gunung dan langit berwarna sama...

blue rhapsody... kata suami.
Banjaran Titiwangsa pada aras tertinggi lebuhraya. Berhenti dua minit ambil gambar ini. Dari point ini perjalanan menurun bukit dan anak-anak pun dah hilang excited tengok hutan...masuk ke Bukit Bunga masing-masing dah lapar, nasib baik ration banyak! Sandwich yang KakNgah buat pun masih fresh. Dapat makan mulut pun diam lah...tertidur mereka. Kami terus merentas Kelantan ke Jertih, Bandar Permaisuri, Setiu dan Besut. Elok juga mereka tidur kalau tak tentu boring sbb jalan pun tersengguk sebab jalanraya ada lencungan dan pembinaan. Kami teruskan ke KT. Dah bangun semuanya dan lapar lagi....
Ammer: Mama nak makae...
Saya: Tak de makae...kita kena makang...
hi hi hi...
Masing-masing riuh sbb nak makan, macam anak burung...Masuk pusat bandar tak susah sangat sebab signboard banyak membantu. Kami mencari tempat makan dulu. Nampak pasaraya Mydin dan foodcourt di sebelahnya. Tempat ni masih baru dan agak bersih. Kami makan hotplate mee saja. Ada juga gerai nasi kukus Paka, tapi teringat N3 SilverSarina terus putus selera nak try....
Destinasi seterusnya ialah mencari istana hinggap kami...Sebab last minute of change of destination, semua hotel & apt dah kena fully book sempena Sukma 2008. Kami dapat homestay yang di war-warkan oleh pb dalam entri 349. Thanks pb; kalau tak jenuh lah mencari... Kami singgah dulu di Mesjid Terapung solat Zohor dah lewat. Mulanya tak perasan sebab itu Mesjid Terapung sebab kat pintu gerbang tu tertera Mesjid Tengku Tengah Zaharah. Jadinya , kawan-kawan... Mesjid TTZ ialah Mesjid Terapung....

Yours truly facing the great mosque....sunyi jer sebab zohor dah lewat....

Kami tersasar ke Ibai Golf Resort sbb tak faham instruction dalam longat T'ganu... hi hi hi ...Sampai saja kat Teratai Homestay dan diberitahu hari ini sampai esok rumah ni milik kami! Penyewa lain akan check in esok petang... ya hoooooo......Rancak Abah sembang dengan Pak Arifin, penjaga rumah ini.

Saya terpaksa menyabarkan anak-anak yang tak menyempat nak ke Ibai Lagoon lepas mandi; Dalam perjalanan tadi nampak ramai betul orang kat situ , ada jet ski dan water boat ke... water scooter ke...entah apa lah lagi...itu yang depa tak sabar-sabar...Kesian Abah driving non-stop 6 jam... biar lah Abah tidur sekejap, lastly semuanya terbongkang....Saya turun ke dapur, masak air dan sejukkan semua air botol yang di bawa dalam petiais. Lega...air sejuk ni macam nyawa kalau travel begini...

Kami keluar semula selepas solat Asar. Drive in saja ke Terengganu Equestrian Resort, tengok keliling masing-masing dah tukar fikiran tak nak turun dan tak sabar2 nak ke Batu Burok pulak...Macam tu lah... semua depa nak grab dalam satu masa... layan je lah....

Dah sampai dah... PBB...

Flying kite at PBB...Saya malas nak join. kalau waktu muda-muda dulu, I enjoy taking stroll by the seaside, main air dll...dah tak kuasa dah....Sementara anak-anak main pantai saya hampar tikar bawah pokok dan makan keropok lekor....hmmm yum yum.. fresh lagi.

Dah hampir maghrib kami mencari mesjid, ronda-ronda dan main ikut signboard. Pusing pusat bandar dan nampak mesjid, masuk saja. Solat Maghrib di Mesjid Abidin kalau tak silap saya. Sejuk rasanya mesjid lama ini..Imamnya bersuara lantang tapi lembut....

Dekat mesjid tu kami singgah di tempat tambatan perahu tu...bangunan ini belum ada waktu saya datang KT dulu..Cantik berseni ukiran..hendaknya Bazaar Warisan terus terpelihara begini. Dari sini nampak tangga terus bersambung ke puncak Bukit Puteri. Saya ceritakan kisah Bukit Puteri, Istana Maziah pada anak-anak. Masing2 tak sabar nak tunggu esok mahu daki Bukit Puteri pulak....

Bazaar Warisan di sebelah Pasar Payang di simbah lampu...Cantik.

Kami meninjau Restoren Puteri yang terletak di gigi air Kuala Sungai T'ganu.. Tempat nya OK tapi kami mencari menu T'ganu...macam tak best sbb menu macam kat Penang saja...Sampai di stesyen minyak, kami tanya seorang pakcik, dia cadangkan sebuah gerai di sebelah hotel Permai Inn. OK, no harm trying... Kesimpulannya... boleh tahan lah....makanan di situ. Permai Inn antara hotel yang reject saya..walaupun puas merayu. Rupanya Kontijen Sukma Kedah menginap di sini..awat tak habaq awai-awai...Anyway ...Go Kedah!!! Semuga pulang dengan 38 pingat emas yang diidamkan...
Lepas makan masing-masing dah menguap....bila kami sampai kat istana hinggap tu, terdengar suara orang mengaji begitu jelas...Rupanya kami berjiran dengan asrama sekolah agama...

Day 2
Agenda pertama pagi ini ialah mencari nasi dagang $45 untuk sarapan. Pernah jadi isu heboh tak lama dulu sebab pelanggan di kenakan bayaran $45 untuk gulai satu kepala ikan tongkol. Akhirnya isu itu tenggelam bila di jelaskan harga $45 itu untuk makanan yang boleh dimakan oleh 20 orang....Dekat benar dengan tempat kami menginap. Instruction dari Pak Arifin mudah saja. Kalau nampak kereta banyak parking kat tepi jalan, itulah tempat nya. Confuse kan? Tapi benar. Kami berhenti saja bila nampak kereta berbaris dan tak salah lagi. Sepanjang jalan ini nampak sama saja. The best landmark ialah kawasan perkuburan Lebal Jenal yang betul-betul berdepan dengan restoren ni. Saya amat-amati.. retoren ni diusahakan di bahagain bawah sebuah rumah tradisi yang di modenkan. Dalamannya bersih, layanan cepat dan mesra. Nak ambik gambar bangunan dengan nenek yang sedang mengagihkan nasi dan lauk tu, takut kena saman. Ha ha ha...Kami pesan 5 set, kemudian minta tambah lagi. Sepiring keropok lekor dah jadi 2 piring...Ini rupanya nasi dagang itu, dengan kuah dan isi ikan tongkol. Hidang atas daun pisang.. harga cuma $3.


Kurang jelas pulak signboard ni...tapi inilah bangunan yang dimaksudkan...
Lepas makan kami teruakan perjalanan ke Marang. Kata orang keropok murah di sepanajng perjalanan ke sana. Masih awal, kedai pun belum buka. Kakak dan Ammer excited tengok lautan membiru. Hampir ke Rantau Abang baru ternampak satu dua warung berasap. Gerai satar pun ada nampaknya. Kami bercadang mahu beli dalam perjalanan pulang nanti. Matahari terik walaupun jam belum baru pukul 9.30pagi. Nothing much di Rantau Abang- cuma nak tunjuk anak-anak tempat penyu bertelur saja. Kami berpatah balik ke jeti Marang. Sampai ke sana, baru nampak bintik-bintik merah kat lengan KakNgah. Patutlah dia diam dan tidur saja. Alergi menyerang lagi. We decided to say goodbye to Pulau Kapas, InsyaAllah next time will do.
Percutian di pendekkan sebab tak mahu alergi melarat, kesian dia sebab kalau sekali jadi dan tak di suntik ubat cepat2 nanti melarat sampai seminggu. Kata KakNgah dia masih OK- jadi untuk tak menghampakan mereka kami terus ke KT, melawat mesjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Jalan jammed la pulak! Terpaksa melencung sampai ke Bukit Payung kemudian sesat sana sini sebelum sampai KT. Ikut signboard saja. Sesat punya sesat kami sampai Kg Losong. Ohhhh ini lah dia tempat yang terkenal dengan keropok tu. Sementara dah jumpa saya terus memborong.... Bukan keropok saja, serunding dan sos pun masuk bungkus... At least, dah settle satu bab keropok tak payah fikir panjang lagi.


Dari situ kami cari jalan keluar ke Mesjid Kristal. KakNgah is still OK katanya tapi dia tak keluar dari kereta waktu beli keropok tadi. Kalau panas nanti berpeluh, kesian nanti bertambah gatal dia! Eh, gatal sakit tau..... Sesat lagi, silap masuk lorong membawa kami ke tepi sungai dan jalan mati tapi nun di seberang sana yang dicari-cari tersegam indah. So near yet so far!


bersambung....kisah mesjid dan TTI.

13 comments:

Abang Long said...

Salam hormat. Hingga kini, masih belum berkesempatan melancong ke Trengganu. Cuma melintas sahaja dan sempat singgah sebentar untuk bersolat di Masjid Rusila.

Kak Elle said...

Sungguh cantik kehijauan dan kebiruan kan cikmilah...mother nature still exist ye?kat sini semua nya highrise bldg aje.

sayang cuti terpaksa di pendekkan hopefully kakngah dah pulih dr allergy nya.

Neeza Shahril said...

seronoknya kak cik jalan2 ke Teganu... neeza tak pernah pergi Masjid Kristal tu.. dengar kata, macam2 isu pasal masjid tu.. Wallahu'alam...

banyak kak cik borong keropok? keropok di KT murah berbanding dengan Kemaman. tak tahulah kenapa.. tapi tu la hakikatnya..
sayang kak cik tak sampai ke kemaman.. kalau tidak, boleh rasa keropok kemaman pulak.. hehee..

maklang said...

bila lah kita nak jumpa ye...

cikMilah said...

Abang Long,
InsyaALLAH satu hari AL dapat ke sana. Dah sembuh ke dr luka2 tu..Saya kirimi doa dari jauh untuk kesejahteraan AL sekeluarga...

KakElle, yes, the sceneric journey along the highway crossing West to East Malaysia itself is very tranquil. Alhamdulillah KakNgah dah OK.

Neeza,macam-macam cerita kan pasal mesjid tu. 90% are negative talk. Bila kita berdepan dengan mesjid itu sendiri baru menangkis semua tohmahan..nanti akak sambung N3 pasal ni.
Keropok KT murah sbb dibuat dgn mesin kot...:)Keropok Kuala Kemaman, nanti next trip kot...he he he.

Maklang, ada chance untuk next trip kot..sbb my nephew baru dapat kerja kat Paka, boleh menggendeng kat umah dia... tunggguuuuu.....:))))

ells^aiRiN said...

uii..p bcuti patot laaa hehee
lastweek pn ada kt tganu gak :)

ummu asiah said...

seronoknya bercuti..tumpang menghayati dari n3 ni..dah lama sgt tak pi terengganu...rindu..cuti kali ni cuma enjoy baca cerita kawan2 yg bercuti..patiently waiting for your next entry :)

Anonymous said...

salam


tak sangka pulak , dpt menolong Cik Milah .

syukur sgt sgt.

zlaa said...

Wah..jauh bercuti Cikmilah.. Terenggganu cantik terutama lautnya

silversarina said...

Cuti di Terengganu rupanya, tak berpeluang berjumpa , lagipun kami di kemaman, 2 jam dari KT ... Ibai Lagoon tu kami tak pernah sampai lagi, tengok dari atas jalan je, sure cantik dan best.

Datang lagi nanti turunlah ke kemaman ye :)

Unknown said...

Kunjung balas to your intereting blog.Write to me...adik132@hotmail.com .We can talk more about dyslexia.

ummu al hanafi said...

kak milah...
cantik sungguh gambar yg dua kat atas tu gunung2 tu. mashaallah.. indah sungguh...
relaks...jalan-jalan yer!
best!
:)

cikMilah said...

Laaa...awat tak habaq?

Salam Ummuasiah, duduk rumah tunggu tetamu ya...itu yang best jumpa sedara mara...

pb,Alhamdulillah..selesa rumah tu...dekat pulak denagn kemudahan...

Zlaa, tiap tempat ada kelainannya,tengok Zlaa naik trin pi Sheifil tu... bestnyer...

InsyaALLAH kak Rina, next time ke Kerteh mll Kuantan..

Suria, thanks for dropping by and the email.

Zahila, alam yang belum terusik...Kat Pulau Banding tu pun ada resort.. the Royal Belum Resort..ni untuk orang yang suka cabaran la ni..