Selamat bercuti pada anak-anak....dan ibubapa yang turut bercuti. Hari pertama cuti sekolah. Saya mengubah kebiasaan dari pergi pasar dan penuhkan stok dapur dengan kelainan yang simple. Kakak dan KakNgah memilih untuk qada tidur, jadi saya dan Ammer bersiap dan pergi sarapan ke McD, Juru Autocity. Hannya kami berdua Melayu! Mana orang lain...Lepas makan kami ke Botanical Garden! Dah lebih 5 tahun tak menjenguk kera kat sana...Lagi sekali, hanya kami berdua M. Kami berlenggang kangkung sbb masih pagi. Orang pun belum ramai, yang ada cuma kawan-kawan China dan orang kulit putih berjogging. Silap la pulak pakai sandal tumit 2 inci tapi OK jer...memang tak plan ke sini pun. Kami decide impromtu lepas sarapan tadi. Sepasang pasangan muda Arab mendekati saya dan bertanya, mana monyet.... Saya cadangkan mereka masuk ke dalam taman sebab memang pun, kelibat monyet tak nampak. Kalau dulu, kita masuk dan berjalan jer dah nampak monyet jinak.Bukan itu saja, bunga-bunga pun dah kurang...... Japanese Garden tak terjaga. Pendek kata,selepas lebih 5 tahun tak ke sini, Botanical Garden dah kurang seri berbanding dulu.
Apa pun saya suka pokok buah peluru meriam ini , bebunga besar pada ranting, buahnya sebesar bola bowling...
tupai ataeh julai moktae....
Kesian anakku kepenatan....
Bila balik, rasa macam sesuatu tak kena, langit tak secerah tadi. Sampai rumah terus ambil gambar ini...Penang in haze!
Salam ceria untuk semua.. saya cuti blogging hingga awal June.....
Saturday, May 24, 2008
Selamat Bercuti.....
Posted by cikMilah at 5/24/2008 04:11:00 PM
Labels: Santai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam,
Sekolah cuti, blog pun bercuti juga ke CikMilah. Anyway happy holiday..rehat cukup-cukup ye.
-Faruha-
Happy holidays cikmilah and family jgn lupa ole2 untuk saya ye....hehe
selamat bercuti kak cik..
orang cuti, neeza kembali bertugas... hehehe..
hi kak milah...
selamat bercuti!!
bestnya cuti-cuti kat Malaysia
Ceria Selalu!!
amboiii...berdating dgn si bujang ek sis.nak gi bercuti ke mana tu agaknye ye...have a nice holiday!
Salam Cikmilah. Selamat bercuti. Seronok bercuti di Pulau Pinang. Tempat nostalgik. Cikmilah di pulau atau seberang ya?
huhu kat sini pon org bercuti gak... kite aje yg tak cuti2 lagi...
> selamat becuti.. <
Salam Faruha, ha aah...puas cuti dah. Balik sini kulit naik garing nih...panas btul kat Ganu...
KakElle, ermmm camna nak passs ole-ole ya!
Neeza, ginilah kalau anak2 sekolah, kena tunggu time depa cuti baru kita pun boleh cuti..
Zahila.. lagi best kalau bercuti di bumi anbiya'...
Tulip, erm...hero pegi kerja, kita dating dgn bujang kecik jer lah! kita gi T'gu jer...tunggu ceritanya in the next N3...
Zlaa, kita di Permatang Pauh.. dekat kampus UiTM.
Manje..sabarlah dik...nanti JMTI pun cuti gak kan...
Post a Comment