Balik kampung zairah pusara mak, seperti biasa ia bersih terpelihara. Teduh dek pohon cempaka yang kami tanam telah rimbun berbunga. Semuga tenang roh mak di sana. Doa chek tidak pernah pernah putus-putus. Untuk mak mertua, Hajjah Che Puteh Othman, chek sayang mak. Semuga sentiasa dalam kesihatan yang baik.
~~~~~~~~stop sat, skrin komputer dah kabur.....~~~~~~~~~~~~
Selamat Hati Ibu Haya,
Saya ziarahi sahabat saya ini yang baru melahirkan putera puteri kembar pada hari Jumaat 9 Mei. Teruja hati tengok putera puteri comel sedang lena. Kulit Haya putih terserlah dan suaminya bertubuh gelap. Kembar ini seorang mengikut kulit bunda dan seorang lagi menyalin kulit ayahanda. MasyaALLAH. Ibu ini tidak alami sebarang alahan dan kesukaran fizikal waktu mengandung, aktif sampai hari bersalin. Namun emosinya hebat tercabar. Dalangnya juga seorang perempuan berstatus isteri dan ibu. Kami tak banyak bercakap berbeza kalau dalam telefon. Saya tinggalkan Haya yang masih di hospital dengan semangat untuk dia tabah dan terus mencipta bahagia. Dia ibu yang hebat - dia menangis waktu gembira dan ketawa waktu dia takut dan marah. Setia kasihnya tidak bersyarat, demi anak-anak yang bertambah dari tiga sekarang berlima. Semuga Haya memperoleh kemenangan menyisih pengacau rumahtangganya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam perjalanan pulang dari kampung dan ziarah Haya, kawan saya Afni telefon minta dibuatkan sebiji lagi kek coklat untuk di beri pada emaknya. Baru semalam dia tempah satu, kenapa nak lagi. Saya ingatkan untuk di beri pada ibu mertua. Rupanya tidak...kek untuk mak dah habis separuh dimakan ayah! Separuh lagi dihabiskan cucu! Mak kata OK tak mengapa, tapi Afni kesiankan mak tak sempat nak merasa. Alahaiiiii, kesiannya saya dengar. Saya pun cakap Ok, tapi tak jamin deco yang cantik sbb tak sempat buat. Menjelang maghrib, dapatlah juga Afni datang ambik kek coklat yang saya curahkan ganache dan taburan coklat flakes ... Semuga ia cukup untuk Afni memggembirakan hati mak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya tidur awal sebab amat letih dan terjaga lebih awal pagi ini dengan ring tone sms ucapan selamt hari ibu dari kakak saya!!! Thank-you dear sis... Tengok-tengok, anak-anak lena bergulingan tidur di bilik saya! Waktu bila mereka menyelinap pun saya tak sedar. Entah-entah buat plan denagn abah nak suprise mama ni... Ammer memegang envelop warna pink! Ha ha ha...terkantoi! Nak buat suprise hari ibu tapi tak jadi! Mama bangun lebih awal....
Terima kasih anak-anak mama.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini pula anak yang baru 5 hari lahir...
Bebek lahirkan 4 ekor anak, semuanya betina...
tak reti duduk diam baby Bebek nihhhh....
Bapa anak-anak Bebek, kambing baka sanen yang tekenal khasiat susunya..
Di keliling tempat belaan kambing, rambutan sedang berputik.. dokong sedang berbunga...
nangka sedang membesar...
cili padi berbuah lebat...
Selamat Hari Ibu, untuk semua ibu-ibu yang hebat! Salam ceria dan bahagia selalu...
18 comments:
alahai comelnya anak2 yang berbulu tu. sungguh green suasana.
cikmilah, bestnya tgk suasana sekeliling yg tenang dan mendamaikan. ditambah lagi dgn kehadiran 4 (org/ekor) cahayamata yg comel..!!!
Selamat Hari Ibu
Happy mother's day saya pun nak kek chocolate juga:)
greeneries surrounding best kan?
seronoknya di kelilingi pohon nan hijau...nyaman suasanakan...
Panas... bila baca kisah Ibu Haya.
Tenang, bila tengok gambar penuh kehijauan.
Cik Milah, Happy Mother's Day. Teringat kampung...
Kuatnya semangat Ibu Haya tu ya..dalam pantang lagi.
Gambar2 tu di kawasan rumah sendiri or di kampung..seronoknya..dapat hilang stress dan sejukkan mata.
Geram tengok anak-anak kambing tu..comel... akak pernah berenti kereta kerana nak lihat anak kambing comel :)
Ummi, kita pun tak sangka anak kambing comel gitu...perternak baru lah kata kan...
kat kampung memang hijau!
Nurazzah8, memang hijau dan damai kat situ,tapi... shhhh.. ada bau kambing da....ha ha ha!
KakElle, eh, ari tu kan order ngan Dhirah 1000biji, napa ngan cikMilah nak satu jer?
Gurau ya kak, InsyaALLAH, satu hari nanti....
Kat kampung gitu la kan Maklang.. eh, umah maklang pun nampak hijau kann...
Mamamia, kesian kat Haya. Memamng sakit hati betul dgn orang tu!Doakan ya, ALLAH kuatkan semangat dan fizikal dia sewaktu dalam pantang gini...
Zlaa, happy Mother's Day to you too. Kampung Zlaa kat mana?
Doakan Haya, ya Ummuasiah.
Ini kat kampung di Jitra, Kedah!
kakRina,Waktu kecik memang cute,nanti besar sikit dah tak comel dah sbb malas mandi..:)))
sis...*hug* dulu,
ermmm...sib baik wangi lagi...hehe.
alaaaa sis ni pandai tul aaa wat ati ni terlonjak2 tergaruk nk balik penang...kalo blk penang suka masuk kg2 tgk pemandangan yg tenang itew.
uishhh...nak pi jitra lah nnt tgk baby baru sis...DQ mesti suke gilerr.wahhh...dah nak dekat fruity spring na,syiooknye!
Salam,
Eeee comelnya bebek...itu bebek Cik Milah punya ke?
Teringat masa kecil arwah atuk saya tiap kali kambing beranak, dia akan bagi setiap sorang cucunya dengan sekor bebek..kami berebut pilih yg paling comeiiii.
-Faruha-
Salam Jumaat untuk Che Milah
Moga bahagia di hujung minggu ini
Tulip, hugsss!
nanti musim buah balik ye!
binatang ternak-biak, buah-buahan lebat,itu antara tanda berkat.banyak2 syukur
Salam Faruha, kebetulan jer ternak kambing ni. Asalnya nak tolong seseorang yang nak jual sekawan kambing sbb perlukan $$ untuk anaknya sambung belajar. Alhamdulillah cepat pulak biaknya. Tumpang nama jer sbb dijaga pakcik dgn sistem pawah, he he he.
Pb,semuga pb juga bahagai...
Abu Hanif, salam kenal..Alhamdulillah.Nanti cikMilah kunjung balas ya.
Post a Comment