Showing posts with label Kerastangan. Show all posts
Showing posts with label Kerastangan. Show all posts

Monday, August 17, 2009

Keras Lidah Keras Tangan

Hingga pagi semalam saya belum dapat idea nak satukan coklat dan bear dalam satu package hadiah sempena konvokesyen. Tiba-tiba Joanne telefon minta dihantar 2 kotak coklat ke kedainya, saya pun tanya pendapat dia sebab Joaane ni mmg kreatif, pemilik florist di Juru Autocity. Kami jadi kawan bila saya selalu singgah kedai dia selepas makan tengahari, Singgahlah selalu, jemputnya, you can enjoy the smell and my art. Kedai Joane mmg wangi sekali. Lama-lama minta dia saya ajar bercakap dalam BM. Baru-baru ni Joanne mula guna coklat homemade saya dalam package hadiah yang ditempah dari kedainya.
"Wa BM very telok"
" See, see.. you can say VERY in English with proper R , why you in BM terok jadi telok" ! Saya mmg suka sakat dia.
Ala biasala.. sbb tu mau belajar sama you.... Joane bersekolah rendah JKC, sekolah menengah di Jit Sin private, result bagus tapi BM dapat 7 jadi tak dapat masuk U tempatan. Zaman kita dulu mana ada IPTS macam la ni Kemudian papa mama dia hantar ke Kent State U dan mula berkawan dengan orang Melayu waktu di Ohio. Sekarang ni dia makin giat belajar cakap Melayu sebab malu dengan anaknya yang lebih fasih.
ehh dah melalut pulak ah
Berbalik pada kisah bear dan coklat tu..
Joan cakap...
"You cali laga buroh, letak bear dalam, kasi macam pegang itu kotak, wrap saja and kasi riben atas"
"laga buroh...apa tu Jo.."?
"ata itu basket mah...bakul lotan aaar"
"Adoi.. lorat nya MakNya ni,raga buluh la.."
"ahhhaaa. ha ha.. betul-betul.."
Sakit kerut ketawa dgn Joanne pagi tu. Puas nak ajar dia sebut berulang-ulang, raga buluh, bakul rotan, bakul buluh, raga rotan..
Dah siap saya mms dia..

Sunday, June 7, 2009

Sehari Main Panas!

Plan nak ke satu tempat itu tertunda lagi...hey..malas nak fikir sebab musabab. Kalau ada rezeki nanti sampailah ke sana.

Sementelah plan itu tak menjadi, saya sanggupkan saja tempahan last minute dari seorang kawan. Dah berzaman tak buat baulu. Adoi, loteh den! ( pinjam ayat Zino) penangan 800 biji baulu coklat chip. Nasib baik cikAbang dan anak bujang tolong.. kalau tak , mau saya melolong....
Sehari bermain panas dan bermandi tepung tapi happy with the outcomes. Seribu muffin coklat kenit, kemudian packing untuk diisikan dalam goodie bag perkahwinan seorang kenalan.

Bila selesai rasa nak demam !

Monday, March 30, 2009

Kelas Masak, Kelas Coklat

Kalau penat, jangan komplen!!!



Frasa di atas saya pesan pada diri berulang kali. Tak ada orang paksa, sendiri yang sanggup, jadi jangan komplen kalau penat atau kejang urat..Sendiri suka kan...hehehe. Disebabkan gambar-gambar ini, , selepas ym dgn Kak Elle dan bersembang sekejap dgn Luna, sebelum Earth Hour berakhir pada malam Sabtu,saya sudah belayar....penangan kelas donut dan kek cawan pada siangnya.



menggoreng: semasa dan selepas

yang comel dan yang comot

yang pasti semuanya menjilat jari...
contoh aising, sebelum habis kelas sudah hilang...
Hari Ahad ada juga ceritanya, cuma kelas coklat ini murid saya cuma tiga. Ini anak murid saya tengah feeling dengan strawberi coklatnya... Baca ceritanya di sini ya...

Saturday, March 14, 2009

For Him, For Her

Pertama kali guna coklat buatan sendiri untuk gubahan hantaran. Pertama kali juga bermain riben dan lace hitam untuk hantaran. Tak pernah terfikir rona hitam cantik untuk hantaran perkahwinan. Hmm..elegan dan macho! Dari cik abang untuk suri dihati...25 biji coklat dalam bekas bulat bertingkat.Dari cik adik untuk cik abang, sangkar cinta berwarna turqouise berpadu 27 biji coklat dalm bekas berbentuk hati... Sms dari empunya diri yang menempah "cntiknyerrrr....sure sedap.Trimaksh bbyk!

Handle with care ya Lilis, pengapit pengantin berarak dari Kulim ke Kota Bharu pada hari Jumaat.. semoga sampai dengan selamat dan pulang dengan gembira. Untuk Dr Hasrul Rashidi dan pasangan, Selamat Pengantin Baru!

Tuesday, February 24, 2009

Coklat

Updated with pics..
: maaf ya, ada problem sikit tak boleh upload gambar..

Asyiknya kalau dapat menikmati coklat. Hati panas pun jadi sejuk bila coklat mencair dalam mulut. Saya memang suka coklat dalam bentuk apa sekalipun tak kiralah minuman coklat, aiskrim coklat, kek coklat , asalkan ada coklat semua saya suka. Tak faham saya kalau ada orang cakap tak suka coklat kerana bagi saya ia amat istimewa. Saya pernah terbaca sebaris ayat yang diungkapkan seorang Inggeris yang buat kajian tentang coklat ( maaf tak ingat namanya ) Katanya,"9 out of 10 people like chocholate, with the 10th is a liar!" Macam lawak bunyinya dan agak prejudis sebab orang yang buat kajian dan rumusan ini pun seorang professor yang amat suka coklat! Saya percaya ungkapan ini benar. Pengalaman sendiri tentang seseorang yang selalu sebut, "I don't like chocolate". Tapi kalau saya makan aiskrim coklat ke, dia lah yang mengendeng minta dibelikan yang coklat juga. Begitu juga kalau ada yang bawa kek coklat ke pejabat, malah bila pejabat kami menerima pemberian coklat dari pelawat atau boss, orang itulah yang lebih-lebih. ( Saya mengata yang benar!)Setidak-tidaknya ungkapan orang Inggeris tadi saya nampak kebenarannya di depan mata.
Saya berangan-angan mahu buat coklat sendiri. Punyai kiosk coklat sendiri....kalau tak laku dijual; sendiri buat sendiri makan...hahaha, tak rugi kan! Cuti panjang sebulan lalu membolehkan saya merealisasikan anganan ini. Setelah 2 kursus teori dan praktikal,saya nekad melabur duit membeli bahan mentah yang original iaitu "Belgium Chocolate", cocoa butter, acuan dan perkakas lain.( sorry.. nak angkat diri sendiri). Coklat yang saya hasilkan, Alhamdulillah.. menepati cita yang saya angankan.
Enjoy....fresh coklat

Sample untuk cenderahati perkahwinan jiran: 4pcs in a box
Lollipop.

more to comes......

Thursday, February 12, 2009

Comel, kan?

tak payah teka, ramai yang tahu hasil tangan siapakah ini...comel kan.
Teringin sangat pada kecomelan booties ni, saya minta KakElle buatkan sepasang. Waktu ym tu KakElle dah dapat agak saya nak gantung dalam kereta... Inilah hasilnya, screen charm dan juga berfungsi sebagai pewangi kereta..

Saya isikan cotton bud yang di sembur pewangi kegemaran saya, kemudian gantungkan pada cermin atas Matrix saya....hmmm...bersemangat rasanya bila masuk kereta pagi-pagi.. wangi.....


Thank-you KakElle.
Mohon ampun jua kerana siaran tertunda ni..dah lama peram tak baik kan I, tapi wangi lagi tau booties ni..Bukan malas ( masih tak mengaku... ) tapi seminggu ni saya lebih senang membaca...dan banyak berfikir, mungkin sebab tu blog tak updated!

Saturday, September 27, 2008

Lega....all are delivered!

Orang lain sudah siap kuihnya saya masih berhempas pulas....
Bila siap kuih tempahan semua, rasa macam terlepas hutang besar. Selesai jugak kerja-kerja buat kuih ni walaupun macam-macam yang berlaku. Bukannya tak tahu lecehnya...tapi nak jugak buat kuih dan ambik tempahan. Saya memang suka buat kuih. Macam kata Maklang, bukan duitnya yang kita kejar sangat...Puas hati tengok hasil tangan dan hasil jualannya. Sejak beberapa tahun lalu saya jadi peniaga Ramadhan:) tahun ini pun saya melebarkan sayap.. he he he. Belum jadi taukeh ya Maklang, sebab semua kerja buat sendiri...kalau taukeh kita bagi arahan saja...kan.

Packed and gathered into big plastic bag for customers's name tagging.

Atas permintaan Maklang, ini antara kuih raja sajian saya tahun ini. Yang dekat datang lah merasa di teratak saya. Ada resepi di dapur saya kalau nak cuba.



Samperit kontroversi dan makmur

Biskut suji, resepi sama macam yang saya bagi Maklang...



Go ahead - cubalah.. kalau nak guna resepi di blog aya untuk jualan, pun, silakan...Chocolate Rainbow



Lazaros -konsep sama macam almond london tapi yang ini guna hazelnut dibalut dengan doh oats berperisa oren kemudian dituangkan coklat di atasnya.








Ini tat teratai; sama saja resepi dengan tat biasa, cara bentuk dan hiasannya lain sikit utuk variasi rupa!





Thursday, August 14, 2008

Keluar dari pertapaan....

Lebih dua minggu bertapa. Aduh, sibuknya. Tak apalah letih sedikit, asalkan senang dihati. Kalau pun letih, saya diam dan tidur sekejap. Buat sajalah apa yang termampu sebaiknya. Macam kata Mamazieza, kat ofis melambak kerja, kat rumah melambak tepung....
Mari kita lihat hasil pertapaanKek lapis untuk hantaran perkahwinan Haiza, rakan sepejabat. Maaf ya Hyza, tak dapat memenuhi jemputan walimah mu, sebab sudah bertembung pulak dengan perkawinan keluarga rapat di kampung.
Ini pula kek saya buatkan untuk anak jiran saya bagi membalas hantaran anak saudara sepupu saya ( hah apa ni... ) Ceritanya, anak jiran keluarga saya berkahwin dengan anak saudara sepupu kami. Kami adik beradik yang terlebih seronok. Jiran pun dah jadi macam sedara rapat, macam kenduri adik beradik saja.















Kek fondant putih dari anak jiran untuk anak saudara. Bunga nya saya pakai bunga sugar paste beli kat kedai saja. Tak kuasa dah nak buat sendiri bunga ros fondant walau semangat membara tengok ros fondant CikMimi.




Cerita sirih junjung.....








Simple sesimple simple nya...bila nampak muka saya baghu depa teringat sirih junjung tak buat lagi! Baguih, baguih, buat la selalu...Nasib baik keliling rumah ada cempaka , melur, kerak nasi ( setengah orang panggil kesidang) sedang menguntum. Daun sirih pun boleh capai tangan saja...Kalau tak, mahu kejung tangan bidan terjun!Enam orang anak sedara lelaki perempuan saya kerah mencari pinang dan gambir, membalut kapur sirih jadikan bulat sebesar hujung jari kelingking...siap juga kerja apperentice sirih junjung, asal mereka minat, ok lah kan.

Kenduri jiran, meriah kenduri berkampung. Peluang saya bertemu keluarga, kawan sepermainan dan jiran sekampung, bertanya khabar dan bergurau senda.
Esoknya kami bertandang ke rumah sepupu dekat sempadan Thai, menyertai rombongan pengantin perempuan. Biasalah, kalau kenduri keluarga sebelah aruah bapa, adat bersilat sentiasa hidup. Anak saudara yang juga abang long pengantin lelaki menyembah silat sambut pengantin. Automatik air mata mengalir laju, jangan tanya kenapa, bukan saya seorang, semua kami sedarah sedaging memang begitu, setiap kali serunai silat bertingkah gendang dan langkah silat dibuka, sebak tidak tertahan sambil terkenang jasa aruah orang tua-tua.





Selesai kenduri kami mencari buah yang sedang bermusim. Manggis masak dipokok memang ketara lebih manis.





Merah nya...rezeki melimpah!

KakNgah happy dicelah tanaman tebu milik PakNjang ; Ammer belum mandi pagi sebab sejuk, tak sabar petik rambutan yang melayut di hujung julai hampir sampai ke tanah.
Limau manis dan limau bali

bunga misai kucing...
betullah, pisang setandan masaknya tidak serentak....
Sampai jumpa lagi...semuga sentiasa dalam peliharran Allah dan di permudahkan segala urusan.

Friday, June 13, 2008

Phew...it's weekend!

Minggu ini cuma 4 hari bekerja tapi amat panjang terasa. Macam-macam masalah timbul di pejabat, menuntut tenaga dan daya. Alhamdulillah, sekusut-kusut benang terlerai juga bila di lembar satu persatu...Hari Khamis hari tu, kalau di ikut hati saya malas berganjak. Mahu duduk sahaja selesaikan kerja. Kalau siap esok hari Jumaat relax la sikit...Tak pergi nanti apa pulak kata penganjur sebab dah register, nak pergi rasa malas pulak . Nak cari pengganti, bos cakap "you pergilahhh, learn something...". Oklah..pukul 2.30 saya tutup buku dan ke Su3*@y Hotel ada seminar pengenalan produk baru. Sampai dua minit sebelum MC naik pentas! Orang agak ramai. Tetamu dari jabatan kerajaan pun ada. Saya cuma tadah telinga dan jamu mata. Duduk di antara orang-orang yang saya rasa tak akan menegur saya...berat mulut nak berbual hari ini! Boringnya tengok slide dan demo...Agaknya penganjur tahu mata masing-masing dah berat, mereka adakan kuiz sebagai selingan. Siapa cepat jawab dia dapat hadiah. Soalan berkisar pada inti ucapan mereka. Nasib baik lah tak lena terus tadi.. dapat juga menjawab dan diberi hadiah kecil! Thumb drive dalam bentuk gelang tangan, nak panggil apa ya..wristband drive?
Hujung minggu ni tak ada banyak plan.. Cuma esok hari Sabtu ada jemputan kahwin kat rumah Mama Ani untuk perkahwinan Abang Ngah. Mama Ani ni pengasuh anak-anak saya sejak mereka baby sampai masuk sekolah. Mama Ani minta berhenti bila dia nak ke Mekah dan kemudian dapat cucu. Walaupun dah besar anak-anak memang sayang sangat pada Mama Ani dan aruah Abah Azahar; dan kami pun macam adik beradik. Abang Ngah kawen ni mesti nak pergi.... special details about Abang Ngah ni, selain dari suka layan kerenah adik-adik ialah mata dia warna coklat,macam mat saleh. Mama Ani kata ada matsaleh lalu kat belakang MamaAni kat Padang Kota waktu ngandungkan Abang Ngah... ha ha ha...Sebenarnya dia ikut macam Abah Azahar, mata coklat dan kulit Mama Ani yang putih cerah.
Dalam kepala ni ada dua tiga cerita. Bukan malas nak update ( he he he tak mengaku, padahal rumah kosong sepanjang minggu!!!) tapi saya leka dengan keasyikkan baru, menjahit manik....bila dah mula tak sabar nak siapkan cepat-cepat. Tak lah kemas sangat sbb tangan masih kejung rasanya...tapi boooley la nak melaram raya nanti...:)))perasan pulak....aku nih.
Lengan baju Mama belum siap.

Baju kurung kakak mudah di jahit sbb kain sutera siam ni keras sikit.

Sunday, April 27, 2008

Projek Hujung Minggu

Seorang sahabat mahukan hantaran yang simple tema merah. Saya adunkan warna emas untuk menyerlahkan meriah.
Asalnya bekas ini merah kosong. Untuk menaikkan seri saya lilitkan rantaian manik warma dan bunga putih kecil. Bekas ibu itu sebenarnya bekas paling kecil dalam set 7 biji kotak untuk set hantaran ini. Bakal di isikan bunga rampai.....
Bekas jam diselitkan setangkai bunga hijau untuk menaikkan seri kotak hijau tua. Simple dan cepat tapi agak leceh nak lekatkan penutup pada kotak!

Dulang pewangi ruang ini agak "flat". Saya tambahkan 12 bilah-bilah separuh melengkung dari titik pusat dulang, jadi seakan kolam air pancut dengan apungan bunga dan sepasang rama-rama merah. " mama perasan" . Kata si dia... he he he!

Banyak lagi nak disiapkan. Bersepah bilik anak dara seorang itu di kerjakan emaknya...