Sunday, April 27, 2008

Projek Hujung Minggu

Seorang sahabat mahukan hantaran yang simple tema merah. Saya adunkan warna emas untuk menyerlahkan meriah.
Asalnya bekas ini merah kosong. Untuk menaikkan seri saya lilitkan rantaian manik warma dan bunga putih kecil. Bekas ibu itu sebenarnya bekas paling kecil dalam set 7 biji kotak untuk set hantaran ini. Bakal di isikan bunga rampai.....
Bekas jam diselitkan setangkai bunga hijau untuk menaikkan seri kotak hijau tua. Simple dan cepat tapi agak leceh nak lekatkan penutup pada kotak!

Dulang pewangi ruang ini agak "flat". Saya tambahkan 12 bilah-bilah separuh melengkung dari titik pusat dulang, jadi seakan kolam air pancut dengan apungan bunga dan sepasang rama-rama merah. " mama perasan" . Kata si dia... he he he!

Banyak lagi nak disiapkan. Bersepah bilik anak dara seorang itu di kerjakan emaknya...

17 comments:

ummi365 said...

Tak sangka cikmilah kita ni kreatif..ramai jugak blogger kreatif ya.

Kak Elle said...

very creative lah cikmilah ni...ni bolih buka biz bila bersara nanti:)

Neeza Shahril said...

pandainya dan kreatifnya..

memang akak buat business part time gubah hantaran ke?

cikMilah said...

Ummi, buat benda gini macam terapi minda, idea masuk bila mula pegang barang,dan seronok tengok hasilnya.

cikMilah said...

Ala kak, saya dah cakap ngan cik abang nanti bersara nak goyang kaki jer...

Neeza, keluarga akak besar,ada2 jer demand barang hantaran ni. Buat sambilan jer, belum sanggup buat business sbb takut deadline nya serentak ngan deadline kerja tempat ofis... mau haru biru! Letak picture kat sini just to share ideas, kan seminggu dua lagi musim kahwin...

maklang said...

Tq...TQ..maklang tengah carik idea gak ni..nasib baik kat sini ada...

maklang aa 6 lagi nak buat ni...nantilah lepas balik cuti. Dah siap, maklang tepek kat blog...tapi malu ler, tak sekreatif Cik Milah!

mak farhah said...

alahai, comelnyaaaa. pasti gumbira siapa y bakal memilikinya

tulipurple said...

tu diaaa....kluaq dah kerastangan dr cikmilah....betoi kata sis ummi..ramai tul bloggers yg kreatif ni.cayalah!!
hehe...biasalah sis,kalo dah wat keje2 mcm nie...sepah tu takyah cakap,yg penting jgn diusik sepah2 itew..nnt idea ilang..kaputtt!hehee

cikMilah said...

Maklang, sharing is fun. nanti maklang tepek ya, boleh tukar2 idea...maklang's creation tu meletop tau, janganla kata tak kreatif.....

Mudah-mudahan ya Julia, hantaran ni kan kenangan seumur hidup...

Tulip, ya betul, antara bersepah tu la idea datang... he he he

ummu asiah said...

Memang terapi minda betul..cantik2..hilang stress kan..tak payah keluar duit bnyk utk hilangkan stress..boleh dpt duit lagi..tapi saya if stress..dok pikiaq tempat shopping mana nak dituju..

Cik mIlah se geng la dgn ummi n mak lang ye..

cikMilah said...

Ummu asiah, saya pon sukerrr sangat hilang kan stress macam tu!

Mama Numiyn said...

10 thn lagi cari cikmilah buat hantaran anak daraku.. (Kalaulah dia nak kawin umuq 24 thn).

shuhaila said...

hahaa..blh booking siap2 lah maksu nti yea..bla xtau laa heheee

Min said...

Cantik sangat. Memang boleh buat bisness.

ummu al hanafi said...

hi kak milah..
lama tak menjenguk rumah kak milah
tiba-tiba ada projek baru dah...
hehehehheee....
kreatifff you!
:)

cikMilah said...

MamaNumyin, awal booking! he he he gurau yer....

Amboi CikLa sorang nih.....meh balik hujung bulan ni kita wat antaran sama-sama kat yr cousin yg sorang tuh!

cikMilah said...

InsyAllah Min...thanks :)

Salam Zahila.. thanks for dropping by..dok ziarah blog you juga...