Thursday, April 10, 2008

Kenapa aku letih bekerja!

Sudah 3 bulan jadual kerja saya amat padat. Satu projek baru yang perolehannya bakal mengubah tanda aras purata pendapatan syarikat. Itu belum termasuk bebarapa kejutan yang mesti di tangani serta-merta ( saya istilahkan kes ini " die die must do case"). Saya tidak keluar makan kerana waktu itulah paling aman berehat, solat dan layari internet. Hari ini saya tergelak-gelak dengan email ini....ringan kepala. Jom layaaaannn....Sumber: Anonymous


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason)

: Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku

:Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.

:7 juta darinya sudah bersara.Jadi tinggal 21.3 juta orang.

: 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.Jadi tinggal 20 juta orang...

: Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

:Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

:Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

: Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

: Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,08 4 , 4 88 orang yang boleh buat kerja....

:Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,08 4 , 4 86 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... Mana aku tak letih!!


Kwang kwang kwang.....ha ha ha...nonsense ...It made me laugh in between works, though.

9 comments:

Leyla Shuri said...

salam cikMilah,

kesian pulak kan?

tapi semangat dia kuat, dia sajalah seorang kerja di Msia...whoa!

silversarina said...

Hebat dia tu... sorang dia je majukan negara... you ni ...keje cepat.. usah duduk depan pc je !!

Anonymous said...

salam

klaka.... klaka... ye la tu dia je sorang2 dlm dunia ni yg wat keje... :p

maklang said...

seronok kalau tengah kerja datang mail2 merepek cam ni kan...

tapi kadang2 ada yang boleh hangin kalau membacanya...


Anyway selamat bekerja Cik Milah ku sayang!

cikMilah said...

Salam KakLela, kesian dia sbb perasan sorang-sorang...

cikMilah said...

Aa ah, kasi chance la kat dier ya, KakRina! eke kekekke,,,

Baek KakRina...

cikMilah said...

Manje...Mamat perasan nih.., tapi kalau orng yg suka mengular masa kerja baca ni, memang terkena batang hidung. toing.. oing.. toing...

cikMilah said...

Maklang, cikMilah selalu move email yg tak related to work to a junk folder. Bila ada masa lapang baru manage folder ni. Ada juga email yg baik, baca dan simpan untuk reference. Klau yg macam gini, read and delete and delete permanently.
Reply comment ni kat umah ni...hari Jumaat tu pack betul kat tempat kerja!

Neeza Shahril said...

neeza suka jokes macam ni. boleh ceriakan hati yang gundah gulana..

hehehe.. thanks kak cikmilah..