Sunday, April 13, 2008

Piknik kat Sekolah

Seperti biasa hari Ahad kami ke sekolah KakNgah. Mana tidak... hari Rabu saja dia sudah telefon bertanya itu ini... rindu la tu. Penghuni asrama dibenarkan keluar dari pukul 2 hingga 6 petang berselang minggu. Hari ini plan nak piknik kat sekolah saja. Dah lama plan sebab seronok tengok orang lain piknik di padang sekolah yang di lingkungi pohon rendang. Pokok-pokok besar dan kecil berbunga di sekeliling padang. Redup. Ada famili berkelah sepanjang petang, siap gantung buaian untuk adik kecil tidur. Anak ni nak makan nasi dengan sambal belacan mak dia. Kami bawa bawa nasi, ayam tumis serai dari resepi yang Mama tengok dalam AFC pagi tadi, buttered prawn dan sayur campur untuk kawankan sambal belacan dan ulam. Karipap dan coklat pun ada. Sambil makan bercerita tak habis-habis..walaupun tiap minggu jumpa, ada-ada saja cerita baru dan lawak antarabangsa dari orang di rumah dan orang di hostel. Topik hot minggu ni ialah lawatan angkasawan negara SMS ke sekolah KakNgah. Ammer siap tanya, eee tak malu ka Dr SMS visit sekolah pompuan ( sekolah KakNgah ialah all girls' school). Padahal, dia pun lelaki dok mai tiap-taip minggu, tak nampak diri sendiri da.....ha ha ha ha.

Lepas makan baru sedar kamera mama ada dalam handbag...

KakNgah menunjukkan Kakak ke arah Menara Jam yang di bina sejak tahun 1800an ( gambar di ambil Ammer)

Menara Jam - gambar sendeng oleh KakNgah ...tempat larangan pelajar tak boleh panjat menara ni...yang membiru di belakang tu Penang Hill. Kakak dan Ammer tak habis-habis berkuntau. Ini Ammer berTKD cuba nak jatuhkan Kakak , tapi Kakak yng lebih besar cepat swing dan guna reverse defense. ( Gambar oleh Mama)
Ammer kalau jumpa padang memang tak reti duduk diam, kena tangkap masuk kereta nak balik dah!
Gelap muka Kakak, kamera dah abis bateri..... Letak juga kat sini sbb Mama suka padang hijau, pohon rimbun dan samar-samar Penang Hill yang membiru....

13 comments:

Cat Cat said...

Wah best kan, Kak Milah, berpiknik-piknik kat padang sekolah... Woohoo, sambal belacan.. Sedop...

Kak Milah, nak tanya sikit... Cik Abang Kak Milah biker ke..?? Dulu Cath pun minah biker - minah dok menumpang kat belakang ex-bf... Fuyoo, punya laju mamat tu bawak bike, kecut perut dibuatnya...

Neeza Shahril said...

terubat rindu kakngah nak makan masakan mama dia.
teringat neeza masa hostel kt kerteh. parents duduk kemaman.
Apa saje yg mak neeza masak, mesti terasa nak hantar kat neeza. seronok tapi sedih dan terharu...

shuhaila said...

:) ammer mmg lincah..x blh dok diam :)

cikMilah said...

Cat, berpeluh-peluh KakNgah rolling lengan baju makan nasi sambal belacan!
Ooo, Cat dah masuk blog AbangCik ya. Hobi dia lah tu. Fuyooo, berani Cat bonceng motor laju-laju ya.. mesti pakai superbike ni. Kita pakai touring bike, kelajuan biasa saja... Riding in tour would better counting miles per day, not miles per hour - baru boleh enjoy riding..Dia baru balik dr ride thru Penang-Ranong-boat ride to Myanmar - Bangkok - Penang making > 2000km in 4 days.

cikMilah said...

Agaknya KakNgah pun rasa macam yang Neeza rasa kot, nampak mata dia berair...pandang ke lain jer.. Tapi kita buat2 tak nampak jer...:)

Suhaila... ehem, macam la kak cousin dia tu kan...hi hi hi...

Ummi said...

cikmilah,
mesti rindu berjauhan ngan anak kan. dah lama tak makan sambal belacan ni.. Dr SMS tu kan jadi igauan ramai orang.. adik ummi pun tak habis2 citer pasal dr sms dari mulut dia..

ummu asiah said...

Anak saya yg sulong pun tnggal di asrama dah masuk tahun ke 3. perjalanan dari rumah ke sana dalam 1 setengah jam. Dalam 3 tahun tu boleh kira dalam 2 kali kot saya masak and pergi makan dgn dia..makan di pantai jeram.best jugak. tapi most of the time bila ke sana kami bawa dia keluar and ke tempat shopping and makan2. Mak nye tak berapa rajin nak masak. Tapi bila masak..anak2 mesti makan banyak n memuji2..mak saja dok buat tak faham.

ummu al hanafi said...

kak milah..

seronok I tgk gambar2 malaysia nan menghijauuuu
biarpun cuma padang sekolahhh

*lama tak buat sambal belacan

:)

Kak Elle said...

best nya berkelah di kawasan sekolah yg kehijauan tu kan?

ZLAA said...

Cik Milah, Cerita you ni buat I teringat sekolah lama I di Penang. Memang cantik Penang. Rindu pulak. Sekolah anak you di mana ye?

cikMilah said...

Ummi, kata KakNgah, bukan saja student, tapi cikgu yg terlebih excited sambut Dr SMS...waktu upacara sambutan itu KakNgah main band, boleh salam sbb dia pakai sarung tangan.. hai macam-macam anak-anak ni...

Ummu Asiah, sesekali mak masak mesti la all out punya kan.

Zahila,tempat jatuh lagi di kenang, lagikan pulak tempat lahir, kan. KakcikMilah pulak teringin sangat nak ketempat jogging dlm entri you tu.

KakElle, jom mai piknik sekali....:)

Zlaa, sekolah kat Jln Macalister tuu.. jangan-jangan sekolah lama u tak!

silversarina said...

Piknik dengan anak-anak kat sekolah.. kenangan yang tak mungkin dilupakan, buatlah selalu sebab takkan berulang lagi saat manis itu ... bestnya.

cikMilah said...

KakRina, anak=anak membesar dan mula melangkah, hendakny akemnisan berkekalan sepanjang usia kita dam mereka. InsyaAllah