Thursday, April 24, 2008

Terima kasih ,sayang!

Kad Harijadi dari Webshot
Hari ini saya terkejut tak sudah-sudah. Baru saja melangkah masuk pejabat , AG melaungkan Happy Birthday!. Ooo ha aaaah, ya lah, my bday today, tengkiu-tengkiu...Ha ha ha, semua orang ketawa. Macamana boleh lupa. Eh, tidak, cuma pagi-pagi kita jadi mak robot. Tit tutit tu t tu ttiti titi, sentuh sana sini, pergi sana sini sebleum sampai pejabat, jadi tak sempat nak ingat! terima kasih semua atas ingatan ini. Tulip mekar bingkisan melalui msn dari Madel yg sedang bercuti di Holland , Thanks!!!!
Pukul 3 petang KakNgah telefon ucap Selamat Hari Lahir Mama. Terima kasih sayang. Sempat merengek tak mahu pergi kem motivasi di USM walaupun cuma 8 pelajar Tingkatan Satu yang terpilih. Anak bertuah ini, selepas di pujuk-pujuk, baru setuju. Saya dapat rasa, bukan dia tak nak pergi tapi saja nak bermanja...
Kemudian CikAbang sms beritahu yang di akan ambil Ammer dari transit. OK la tu! Sampai di rumah, bila buka pintu...taraaaaa saya di sembur apa ke benda ,yang bertali-tali tu dan 3 orang menyanyi lagu... Selesai sessi ucap selamat dan peluk cium, anak dara menghidang makanan.


Ini Projek Abah yang dihidang Kakak; Nasi Goreng Singapore, Salad Ketam dengan pudina. Otak-otak ikan & udang dalam kulit ketam...Ayam Panggang Lemon&Madu
"Oh, Abah tak gi kerja hari ni?"
" Heh, he he .. Abah cuti ...."
Ammer menghulur kek hijau , " ohhh, inilah kerja orang berdua ni balik awal hari ni..."
E eehhh, malu..... pulak si bujang niiii.... bila saya tanya, jawabnya bukan malu, nak nangis ingat KakNgah...Alahai, saya telan airmata yang bertakung, sebak bila seorang ahli jauh dimata tak ada di rumah dalam saat begini...


Wah , sedondon hijau kek dan hadiah harijadi kali ni...selingkar rantai jed. Ini rupanya benda seketul yang Mama nampak dalam pannier motor masa Abah balik dari Myanmar hari tu, tapi lepas tu tak jumpa di cari dan lupa pulak nak bertanya!
Malam.. setelah Ammer tidur, kami menyarung "riding gear" dan berpesan pada Kakak.. "MamaAbah keluar sekejap, kalau apa-apa, telefon ya..."
Indahnya menghirup angin malam...
Terima kasih sayang, kerana membahagiakan hidup ini.

20 comments:

Ummi365 said...

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to cikmilah
happy birthday to you..

semoga allah berikan kesihatan yang baik untuk cikmilah terus menikmati hidup di bumi allah ini...

bole tanya? yang ke berapa ek?

cikMilah said...

Amin...
Thank-you Ummi... ke 25 hiks, ha ha ha..Lebih kurang SilverSarina dan Azzah8...gitu!

ells^aiRiN said...

besday maksu ehh..

huhu jahilnya anak menakan neh xtau..heheee

nyway, eppi buvday!!

semoga dimurahkan rezeki dan kebahagian dlm hidup hingga akhir hayat :)

cikMilah said...

Thanks Dear, celebrating with KuMin too, his is on 22nd April

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum,

Selamat ulang tahun kelahiran...

Sungguh masa berjalan begitu pantas bukan?

Moga bertambah amalan..dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu...Amin Ya Rabbul Alamin...

Wasalam

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Anak CikMilah sekolah di SGGS (St. George's Girls' School) kah?

Sekiranya benar, maka itu juga adalah sekolah lama saya..tetapi semasa itu, asrama baru sahaja mahu ditubuhkan..

Sekolah rendah pula di sebelahnya...Residency Road Girls' School..

Cerita mengenai hari-hari persekolahan saya di kedua-dua sekolah ini telah saya abadikan dalam buku saya Seungu Lavendar..

Sekadar bertanya dan memberitahu....

Wasalam..

Umi Kalthum Ngah said...

CikMilah,

Jika CikMilah dan anak perempuan mahu tahu, ada penulisan mengenai 'lagenda' St. George di sini:

http://dontbesadblog.wordpress.com/

Sangat menarik sekali...

Wasalam

cikMilah said...

Salam kakUmi, Amin Amin, Ya Rabbal alamin. Terima kasih.
Saya dah baca Seungu Lavender dan terasa-rasa latar tempat dan waktu dalam penceritaan itu...
Terima kasih banyak-banyak kakUmmi, just right on time. Dia sekarang tengah ada assignment buat portfolio tentang sejarah SGGS. Sumber rujukan dia sekarang cuma Galeri Puteri dan buat interview dgn bbrp jiran dan kawan saya alumni SGGS.InsyaAllah, nanti kami terokai dontbesadblog sama-sama.
One thing about her, kalau jumpa alumni SSGS, rabung mulutnya bertanya itu ini...Terima kasih lagi sekali.

tulipurple said...

mwahhhhhh...mwahhhhh!!selamat panjang umur dan moga hidupmu bertambah keredhaanNya disamping insan2 tersayang.patut lah hati nie tibe2 bagai digaruk suh online...rupernye bday org itew ghupernye!
amboiiii...nnt sy nak kene bawa xtra buah tgn ler bile jumpa sis lg..hehe campur balasan utk aritunye :))
uishhh...syiokkk ek kalu dpt che abg yg terror masak mcm abg rider sis tu ek..cayalah!
ishhh...tang gi jln2 menghirup angin mlm tu sggh menjelessskan diri ini..hehe.
amboii panjang lak tinggal jejak kali nie..hehe.
mwaahhhh mwaahhh..peyuk skit kat bday gurl!

Kak Elle said...

Happy birthday cikmilah sayang sori ye terlambat sehari...semoga happy selalu di samping keluarga tersayang,dimnurah kan rezeki dan di panjangkan umur dari kami di sg.

ummu asiah said...

Happy Belated B'day..hmm..tumpang terasa excitementnye...seronok dan bahagianya..

Alhamdulillah..semoga berkekalan. Semoga Panjang umur murah rezeki dan diberkati kehidupan dunia dan akhirat...

silversarina said...

Happy Birthday !!!

Amboi bestnya sambut birthday sampai abang cuti nak prepare sambutan birthday... yang ada kulit ketam tu, sedapnya.

Cheers !!!

Neeza Shahril said...

Happy Birthday kak cikmilah!!! Yang ke berapa ni? hehee.. doesn't matter sebab takde sape yang makin lama makin muda.. semua orang makin meningkat umur..

Semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan kebahagiaan yang kekal abadi..

seronoknya bila yang tersayang celebrate birthday kita kan....

cikMilah said...

Missing you loads, tulip. Thanks for the comeback dan doa segala. Mudah-mudahan di panjang kan usia dalam kesihatan yang baik dan amalan yang bertambah-tambah.
Tu la pasal excited sangat tu, chef rider ambik cuti masak utk bday kita..Sebak tau... hu hu.

Thanks a lot KakElle sayang. Amin y rabbal a'lamin. Asalnya segan jugak nak buat N3 ni, tapi happy sangat cik abang buat suprise...

cikMilah said...

Ummu Asiah, tak sangka si dia buat suprise gitu, itu yang excited tu. InsyaAllah, semuga berpanjangan berkekalan berkasih sayang..untuk kita dalam hidup kita semua.

KakRina, thanks a lot. Guess what had happened to my kitchen? ha ha ha...biasa la kan...:)))

Neeza, dah tak berapa tahun lagi nak masuk usia emas gini, umur tak terkira dah, terasa dekat saat kematian, yang lebih penting perlu kita kira kan. Alhamdulillah, suami akak ingat tarikh begini. Kalau sampai bday anak dia akan ingatkan anak ucap terima kasih kat mama sebab pada hari tarikh itulah mama menyabung nyawa lahirkan mereka.

maklang said...

Eh..semalam maklang dah wish...tak de pulak ni...

Anyway happy belated besday...

Beruntung cik Milah punya suami dan anak2 yang peka tentang ini semua...

Semuga panjang umur dan murah rezeki...Selamat hari jadi yang ke berapa ye??

cikMilah said...

Terima kasih Maklang.
Alhamdulillah..kira-kira sama ngan maklang gak.. sekapal angkatan mid 60th...he he he

Julia R said...

salam hari lahirr. Moga murah rezeki dan dikurniakan kesihatan tubuh badan selalu. Insyaallah

cikMilah said...

Terima kasih Julia, InsyAllah berkat doa orang jauh ni...Farhah dah sihat?

Anonymous said...

Salam to Kakcik. Happy belated birthday. Masuk Kitchen Tales, tak sempat masuk sini.. rupa2nya meriah betul, dah seminggu org merayakannya. Seronoknya sangat bila ada org yg ingat...