Saya dan S pergi berurut kaki dekat Foot Reflexolgy Spa yang cuma di seberang jalan ofis kami. Jarak pun tak sampai 200meter, tapi asyik tertangguh. Hari Rabu pertengahan minggu begini, elok sangat lah ke sana sebeb kaki pun dah rasa sakit-sakit. Kalau nak tunggu hari Jumaat untuk waktu rehat yang lebih panjang, tentu sekali bertambah sakit kaki ini. Sekarang saya lebih berjaga-jaga. Saya cuba mengelak dari keletihan melampau berulang semula sebab kalau ia datang, susah nak pulih. Saya cuba menfaatkan waktu rehat tengahari semaksimanya. Sejak dua bulan lalu saya ambil sarapan berat, di ikuti kopi pada pukul 10. Waktu tengahari saya cuma ambil buah atau kuih yang selalunya saya bawa dari rumah. Pukul 4 petang, saya mimum teh hijau dan makan biskut cracker. Alhamdulillah, badan terasa lebih segar dan tak mengantuk. Kalau dulu saya mesti nak lelap sekadar 10 minit selepas solat zohor, sekarang tidak lagi. Paling tidak pun, bila sampai rumah yang menanti dengan kerja bertali arus, badan tak lah rasa letih sangat macam dulu. Ohhh ohh...melalut pulak.. Berbalik pada spa tadi.
Bila kami menolak pintu, haruman lembut cendana menusuk hidung, segar. Mata saya melilau melihat dekorasi berbau tradisi timur jauh. Sedikit unsur zen moden dengan perabut ringkas dari kayu mahogany beralas cadar dan tuala putih. Bilik rawatan yang selesa sebaris dipisahkan dengan adangan panel kayu dari lantai ke syiling. Langsir sekerat melindungi pintu kuak sekerat pada tiap-tiap bilik. Tak lama di kaunter kami pilih bilik rawatan untuk 2 orang. Kata S boleh sembang-sembang, tapi saya membayangkan enaknya zzzzz dalam suasana nyaman dan harum begini. Lagipun bahagian belakang kepala saya berdenyut-denyut sejak tadi. Harap-harap lega sedikit kalau dapat tidur sekejap. Kami di rawat 2 gadis China yang cekap. Dari lenggok cakapnya mereka adalah gadis China tempatan, masih muda macam budak baru lepas universiti saja. S rajin bertanya latar belakang mereka, dari mana belajar mengurut dan kenapa pilih kerjaya ini. Rupanya mereka juru urut bertauliah. Yang mengurut kaki saya dah mengurut lebih 10 ribu pasang kaki. Mereka bawa air rendaman dalam besen kayu. Macam besen dalam cerita lama istana maharaja China. Suam dan bergaram. S menjerit kecil tak tahan air panas. Bagi saya biasa saja sebab saya memang selalu rendam kaki dalam air suam bergaram kalau rasa sakit kaki. Kaki terendam dalam besen dan kami bersandar pada pangkin kayu beralas tilam macam macam day-bed. 5 minit bermain air, mata saya dah tak boleh angkat. Kaki kami di bersihkan dan di balut tuala. Lampu disamarkan , alunan muzik lembut mengapung segenap ruang, saya pejam mata....... Terasa picitan di hujung jari kaki, lepas itu entah apa pun tak tau lagi. Saya tersedar bila terasa sakit bagai di cucuk pada bahagian tumit. Sakitnya Tuhan yang tahu. Katanya badan saya banyak toksid. Asid berkumpul di tumit kaki..bla bla bla....Saya berkerut dahi menahan sakit. Kuat betul amoi ni. Macam dia faham saja, katanya, "Saya tak tekan kuat tau akak, tapi saya tekan kat point yang ada masalah, mungkin pada saluran yang dah ada blockage " yin" and " yang" sbb tu kakak rasa sakit".
" You do your job, jangan hirau tengok saya kesakitan, kalau sakit sangat nanti akak jerit jer..."
Sambil berurut rupanya banyak yang di sembangkan mereka sebab S rajin bertanya tentang tanda penyakit, senaman dan urut terapi . Banyak jugalah maklumat yang saya terlepas dalam masa hampir 20 minit terlelap tadi. Benar bagai di kata, saya rasa cerah mata.
Adik China tu kata urat betis saya bersimpul.
"kakak banyak jalan ya? jangan pakai high heel tau , kakak bawa selipar pakai dalam ofis..
" Ya lah dik, boleh kasi selipar ni souvenir kat akak".
Saya melawak, tapi kalau dapat selipar unik ni, best jugak. Nyaman di kaki.
45 minit kaki kami di urut sampai ke paras lutut, kemudian di cuci lagi dan di sapu bedak. Angin menerobos nak keluar sampai senak perut. Berkali saya sendawa, sampai naik malu.
"tak pa, kakak jangan malu, biar angin keluar".
Sambil tu dia malu-malu bercerita ada pelanggan yang terb***g angin, tak boleh control! "Itu perkara biasa", kata amoi tersenyum-senyum.
Eh, jangan la jadi kat saya macam tu, sungguh kurang sopan. Sendawa macam ni pun cukup lah...S terkekek-kekek ketawa.
Sebelum keluar kami di beri minum teh camomile. Wah, ringan rasa kaki dan cerah mata. Sakit kepala tadi hilang terus.
Wednesday, April 16, 2008
Urut Kaki
Posted by cikMilah at 4/16/2008 04:12:00 PM
Labels: Santai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
best best..jeles. ummi dah lama tak buat refleksologi..rasanya dah 18 tahun kut .. ni nak kena pergi urut badan, dah season..
Urut kaki memang best, memang bila angin keluar tu rasa lega sangat :)
bestnya dapat professional urut kaki.. terasa macam nak pergi urutlah.. tapi kat sini memang sah takde.. tak tahulah kalau ada yang business dalam rumah kan.. balik malaysia nanti nak buat lah refleksologi ni.. memang kan, kalau kita ada penyakit (selalu sakit sakit), akan sakit kaki bila kena urut.. jangan sampai terk*nc*ng dah la.. heheh
Ueee, 18 tahun lamanya Ummi. Bagus pgi urut badan, kasi segar uratsaraf dan otot kita yang kejang ni...Kat spa ni pun ada urutan badan 1 jam 20 minit = 80 ringgit jer..tapi malu kat amoi aaa....CikMilah lebih prefer mak bidan kat kampung kalau nak urut badan ni...
Sesekali elok juga kak Rina ,kan!
Neeza, ha ha ha, itu kes dasat tu...
Salam Kak Milah
pB tak pernah lagi ler urut urut tapak kaki gini.
Macam sedap jer , tapi 4 sure sakit tahap gaban....
Kak arean tempat pB kerja ni , tak tahu kat mana 'kedai' yang beri perkhidmatan yang baik. Rasa rugi kan , kalau bayar mahal mahal tapi perkhidmatan entah apa apa ...
Memang segan kalau masa dok mengurut tu asyik dok buang angin. Kalau sendawa , ok lagi.
Yang tak syok kalau asyik k*nt*t.
Salam cikMilah..Amboi seronok bunyiknye. Terasa nak pergi gak. Saya ni kalau dipicit sikit aje dah sendawa. Banyak angin. Dulu cik abe rajin gak urut kita. Urut belakang sedaplah..tapi bila sampai tapak kaki.. rasa nak ku terajang. Sakitnya ... ya ampun..
Wah, syoknya Cik Milah. saya tak tahan diurut. Geli. Sakit pun tak tahan. Selepas setiap kali lepas bersalin, 'bercinta' untuk diurut.
Kalau dekat memang maklang ke sana...kaki ni kebas ajelaa...kalau pakai air suam bergram tu baik tak agaknya??
cikmilah saya teringin nak buat tapi takut sakit dan geli pulak...
pb, tak la sakit sangat. Kita boleh minta slow down kalau tak tahan. he he he.. tak pe punya...
Best nya ada orang urut belakang mama numiyn. Kita idak ler pulak, sbb kita yang kena urut belakang si dia tu....
Zlaa, urut kaki tak la geli sangat kot:)
Maklang, mai la Penang nanti cikMilah bawak gi urut kaki.
Sakit dan kebas kaki berkurang bila rendam dalam kaki dalam air suam bergaram. Letak garam kasar ya, Maklang. Kepanasan air tu ikut tahan kita lah.
KakElle,tak da le geli sangat, yang best nya kaki rasa selesa dan ringan lepas urutan.
Saya tak pernah try urut kaki ni. Baca cerita ni, macam best aje... Saya suka kena urut, urat banyak sangat yg bersimpul agaknya, esp bhgn bahu.
Assalamualaikum warahmatullah,
Salam ziarah..
Urut kaki..ehm...
Belum pernah mencuba...
Seperti bagus bunyinya!
Wasalam
Mamamia, tak cuba tak tau kan...elok juga di gerakkan urat yg tegang...:)
Salam kakUmi,sesekali nak manjakan kaki yng membawa berat badan, elok juga mencuba...
Post a Comment