Sunday, April 6, 2008

Bertemu Tulipurple

Waktu Tulipurple balik ke rumah MIL nya bulan lepas, kami asyik merancang tapi tak menjadi. Frust jugak tapi mengharap dapat jumpa bila dia balik lain kali...Tiba-tiba hari ini cik adik manis ni telefon saya yang waktu itu memandu dalam sesak trafik di Jalan Mesjid Negeri. Katanya dia berada di Gurney Drive. Memang saya pun nak ke situ sebab anak-anak nakbeli barang keperluan di asrama yang dah kehabisan. Cadangnya kami mahu ke pasaraya di Gurney Plaza; kemudian cari GUiT kat MPH Bookstore yang baru di buka kat situ. Hajat hati elok sangatlah bertemu sambil makan2 kat kompleks tepi laut tu. Saya dan anak beli barang cepat-cepat dan call Tulip; oh, rupanya dia di Balik Pulau. Ronda-ronda...
Saya pun hantar anak balik ke sekolah dan terus pulang kerana Ammer dan Alia tak ikut. Mereka nak rehat di rumah, masih letih kerana hari ini ada ujian grading TKD. Bila saya menyusur masuk ke Penang Bridge, dia telefon, katanya dah sampai Gurney Drive nak makan char koay teow! Alahai, kesian nya, berselisih lagi jalan kami...Selepas itu Tulip nak ke Queensbay pulak. Oklah,kami pun setuju nak jumpa di Seberang Jaya dalam perjalanan mereka dari island ke rumah MIL di Bertam. At last saya sampai kat Key's CharKoay Teow dan nampak Tulip melambai-lambai, cepatnya dia tangkap saya yang terjengah-jengah. Kami pun peluk-peluk Arab ( pinjam phrasing Maklang dan Ummi 365!) dan mula berkenalan. Kanda Tulip ( of course ) ada, EA and DQ juga. EA cool jer, DQ ramah, tuit, tuit tuit! Geram tengok anak-anak Tulip comel macam maknya yang ayu.Saya datang sendiri saja. ( Anak-anak tak ikut kalau keluar malam, dan suami masih dalam perjalanan pulang dari Bangkok) Sembang-sembang dan makan-makan. Terima kasih kanda Tulip yang belanja makan sate. Dia pulak makan nasi goreng dengan telur goreng mata kerbau...teringat pulak satu entry Tulip katanya kanda dia ni kalau nak makan mesti ada telur goreng...Maaf ya dik, ngusik sikit.
DQ dari duduk atas baby chair dah turun mengejar kucing ( teringat kakSilverSarina!!!)Tapi itu kucing bersih punya tau kakRina, di bela Key's. Kesian kan EA yang dah mengeliat-mengeliat sambil gosok mata, ngantuk baby tu...kami pun beredarlah...Sempat gak kanda Tulip ambik gambo kami, eh risau akak pasal gambar-gambar ni.. kot nanti terkeluar gambar burger! ( Sebab tu jugak lah entri ni tak dak gambar orang.. he he he...)
Untuk Tulipurple, terima kasih kerana sudi berjumpa akak. Walaupun singkat, ia adalah permulaan yang manis. InsyaALLAH kita jumpa lagi. Untuk kandaTulip juga terima kasih. Oh ya, suami akak berkirim salam, nanti kita jumpa lagi boleh cakap pasal enjin dan motor ya!

16 comments:

Ummi365 said...

Patutlah dah lama tak nampak tulip..keutara rupanya dia..sihat cikmilah kita?

Kak Elle said...

wow cikmilah bertemu tulipurple and family...ni musim bloggers bertemu bloggers nampak nya kan? Agak bila lah kita bolih jumpa pulak ... ku sabar menanti seribu tahun...haha

Julia R said...

tulip purple memang cantik.

warna apa lg y ada di tanam?

cikMilah said...

Salam Ummi, cik Milah sihat-sihat je..Ummi pun hendaknya sihat jua.
Ya... tapi Tulip dah balik KL dah...

cikMilah said...

Sabar ya kak...InsyaALLAH ada masa kita bertemu nanti. Mai la Penang...

Anonymous said...

salam...

manje pon nak jumpe gak ngan cik milah... :)

ABDUL LATIP said...

Salam sejahtera Cikmilah,

MPH baru buka di Penang?. Mesti ada buku-buku PTS termasuk buku-buku saya. Kalau cikmilah pergi ke MPH jengoklah yer. Lebih bagus beli dan lebih bagus baca :)

Neeza Shahril said...

wahhh... jumpa tulipurple ye. sebab tu ke tulip tak update blog dia? lama dia balik sana? bila la neeza nak jumpa rakan blogger pulak ye... hmmmmm

cikMilah said...

Salam makfarhah
uiiii, kalau boleh tanam tulip kat umah ni, memang dah akak tanam...Gambar ni ciplak dari internet gak!

cikMilah said...

Manje, meh ler kita jumpa bila manje balik SP ke...

PakLatip, buku-buku PakLatip ada kat kedai buku DBP dan Popular Bookstore di sini. Alhamdulillah, memang dah beli dan, tinggal Salahuddin saja yang belum start! baca. Nanti kalau Pak Latip mai sini, saya nak angkut semua buku2 tu, minta tandatangan, boleh?


Neeza, Tulip dah balik KL dah...InsyAllah nanti dia update ler tu..
Akak lagi la teringin nak jumpa Neeza, kalau jumpa kat tanah suci sana, besar rahmat Allah. AMin

ABDUL LATIP said...

Cikmilah dah baca novel2 saya?. Terima kasih. Sudilah beri komen :). Ok jumpa nanti saya tandatangan...

ummu al hanafi said...

bestnyerr dapat berjumpa!
insyaallah boleh kita bertemu jua nanti kak milah..
rindu pulak malaysia..
hehehehhee..
padahal baru balik..
hehehehehee...
:)

Unknown said...

:-) setiap pertemuan - semoga membawa keberkatan.

pakpayne

silversarina said...

Memang musim bloggers berjumpa di alam nyata.. bila jumpa mesti best :)

maklang said...

Seronoknya...

Cik Milah bila nak datang Kerteh ni???

cikMilah said...

Paklatip, terima kasih atas komen ulangan...

Zahila, Amin... amin. Semuga di perkanan ALLAH hajat kita.

Abg Id, memang seronok bertemu kawan baru tak putus2 bercerita. Semuga persahabatan di berkati Allah. Nak juga jumpa Abg Id dan KakLil...

KakRina dan Maklang, memang best...
InsyaAllah nanti kita ke Pantai Timur atau,kita beritahu...