Bila suami menelefon suruh saya baca tentang Sufiah di Utusan atau Harian Metro. ( memang dah lama saya tak baca akhbar arus perdana ini), saya ambil kesempatan waktu makan tengahari meneliti berita si genius matematik yang kini hidup gelandangan. Kesal dan kasihan! Cerita lanjut di sini. Nampaknya semua akhbar bercerita tentang dia, seperti satu waktu dulu semua akhbar mewar-warkan kecerdasannya
Sedikit sebanyak kita memungkinkan pelbagai andaian dan bertanya di mana silapnya hingga permata itu tenggelam dan bersalut lumpur hanyir kini. Mungkin tidak dapat membawa diri dengan suasana akademik di kampus rigid pada usia 13; sedangkan anak sebaya dia masih mahu bermanja dengan ibu ayah sambil so seh soh seh tentang peralihan ke alam remaja, tentang perubahan fizikal tubuh dan lain-lain. Jika benar sekalipun bapanya jahat dan menganggap rumah ibu-bapanya sebagai neraka, dia tidak patut mengambil jalan itu untuk menyambung hidup. Tidak ada pihak yang nampaknya cuba memahami . Tanggapan umum seakan berkata " dia sudah dewasa untuk menilai cabang hidup yang lebih terbuka dan bersih". Dia seakan mahu membalas dendam pada kongkongan hidup masa kecilnya.
Kata suami saya; budak ni ada otak tapi tak berakal! Mungkinkah kerana terkongkong minda sejak kecil hingga akalnya menjurus pada jalan penyelesaian mudah semudah dia menyelesaian masalah matematik.
Saya masih ingat waktu kecil dulu cerita Muhammad Syukri Hadafi yang pintar membaca. Kerana kekangan ekonomi keluarga dia pernah menjadi anak angkat Prof Ungku Aziz; tapi tidak nampak keberhasilannya akademiknya. Khabarnya dia menjalani hidup dengan saradiri ringkas di kampungnya
Apa khabarnya Nur Amalina yang mendapat 17A dalam SPM dan menyambung pelajaran ke universiti tersohor dunia?
Apa akan terjadi pada Adi Putra . Satu ketika ada tersiar di TV3 perihal ada pihak berkecil hati kerana module yang di bentangkan tidak di terima ibubapanya. Terbaru sebuah IPT berusaha mencerna sistem pembelajaran yang di katakan terbaik untuk mencambahkan kecerdasan anak bertuah ini.
Saya bukan pakar, tetapi sebagai warganegara yang perihatin kita ingin tahu cara menanganinya. Amat rugi modal insan begini di persia oleh percaturan kuasa. Sebagai pembayar cukai yang setia kita juga ingin pastikan dana sumbangan kita tidak di alirkan pada usaha sia-sia.
NOTA: Sufiah dan Nur Amalina adalah penerima biasiswa kerajaan Malaysia.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, yang bermaksud:
“Setiap bayi yang lahir itu adalah suci bersih. Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.”
Mengambil tanggungjawab ini, saya pohon petunjuk ALLAH.
Berat kepala saya mengenangkan persoalan ini...jom makan Kasui SiverSarina. Saya kutip resepi dalam ruangan komen di blog KakRina dan dah dokumenkan dalam dongeng dapurku. Thanks KakRina, first time saya buat kuih ni, menjadi betul resepi kakRina. Muga murah rezeki dan berkat hidup pemberi resepi ni ya, Amin.
13 comments:
suratkhabar pun lahh
diletakkannyer muka depan atas sekali pulak tu..
kesian dia...nak lakukan suratkhabar.. iskkk
mungkin banyak silap disana sini tu.
I simpati sgt2 dgn Sufiah..cantik dan genius tapi tersalah membawa diri, tersepit dgn kehidupan duniawi..
pihak yang sepatutnya bertanggungjawab tidaklah membiarkan dia sendirian tanpa hala tujuan, bawalah dia ke pangkal jalan..
insyaallah masih ada sinar untuk dia...
'nanguzubillah'... mohon Allah SWT berikan hidayah dan cahaya petunjuk
Sedihkan... semoga Allah beri petunjuk kepada Sufiah.
sedih bila baca cerita macam ni. Nak salahkan sapa pun tak tahu.
Masing-masing ada bahagian rasanya.
Tak boleh nak letak semua kesalahan di atas bahu seseorang sahaja.
Semoga kita dijauhkan dari perkara macam ni cikmilah... Na'uzubillah..
Pada awalnya hidup dia terkongkong. Nak masuk alam remaja, dia dapat merasa kebebasan, tentulah ada kejutan budaya. Malangnya, dia kurang bijak menghadapinya...
Semoga Allah turunkan hidayah padanya.
Akak sangat kesian kan sufiah ni, tekanan yang begitu berat akhirnya gagal ditanggung lagi... doa akak semoga dia diberi petunjuk oleh Allah swt.Amin.
Jadi kan kuih kasui tu???
Jasa pengetua al amin kemaman yang tak kedekut ilmu.
cikMilah, akak mintak izin ambil gambar pelangi you utk di post dlm n3 terbaru akak ye?
Assalamualaikum warahmatullah,
Begitu ramai lagi gadis tidak sepintar Sufian di Malaysia ini yang perlu dibantu...
Ramai sungguh yang sudah 'terjerumus', gadis belasan tahun, sesetengah mereka itu dari latarbelakang keluarga beragama, tetapi kurangnya perhatianibu ayah serta pengaruh kawan..terus kecundang...pengalaman saya bergaul dan memulihkan golong ini di satu rumah perlindungan...inilah nasib umat Islam pada dunia akhir zaman ini.
Moga Allah lindungi anak-anak, cucu citi kita daripada malapetaka yang melanda dalam bab keruntuhan akhlak generasi muda...Amin.
Wasalam..
Assalamualaikum, terima kasih pada semua komen. Jadual saya padat minggu ini hingga tak dapat melayan blog.
Zahila, kesian mengenang nasib dia di perlakukan begitu. Semoga ALLAH beri dia perlindungan.
Ummi, benar. Dalam waktu begini , dia selah terkontang-kanting mengikut arus. Saya yakin, masih ada yang sayang....
Neeza, kakcikMilah merenung wajah anak-anak yang lena tidur sambil panjatkan doa yang sama. Semuga anak-anak kita dan semua dilindungi dari sebarang keburukan.
Mamamia,
apa agaknya riaksi rakyat Malaysia jika dia pulang ke kampung ibunya , ya?
Betul KakRina, tekanan yang dia hadapi bersangatan! Gambar dia berdua bapanya yang senyum tu, macam senyum plastic, kan.
Terima kasih sekali lagi pada pengetua sek al-Amin.
Nurazzah, silakan. Jgn lupa letak nama pelukis Emmanelle Vargas, nanti kena saman! he he he
Sufiah terdesak tapi jln yg salah ikut ugama kan?
semoga dia insaf dan ada hamba allah yg sanggup membantu nya dgn ongkos kuliah nya.
kuih koswe my feberet tapi tak pernah mencuba buat sendiri
Waalaikum salam KakUmi, saya yakin, berkat doa umat Islam yang simpati Sufiah bakal "pulang". InsyAllah. Dugaan untuk dia amat besar;Fitnah dunia terlalu banyak. Mohon Allah lindungi dia.
Kesian kat dia kan KakElle, doa kita haya pada Allah, semuga dia di peliharaNYA dari segala keburukan.
Cobalah resepi kakRina tu, InsyaAllah menjadi...
A'kum.Thnks cikMilah, menjenguk di tingkap saya.Sedih..kelebihan yg diberi Allah kpd Sufiah tidak dpt memberi kebahagiaan & ketenangan kpd diri.Walhal, akal dikurniakan Allah utk kita meneliti kebesaran-Nya. Mudah2an Allah membukakan pintu hatinya dan ditunjukkan jalan, kembali kepada-Nya.
Mama numiyn, silakan masuk dan sila mampir lagi. Akak oun dah link kan blog u .
Memang kesihan kat dia. Tapi bila baca headline kelmarin "I have no regrets-Sufiah"; rasa geram pulak. Mengucap panjang dan berkali-kali waktu nak habiskan artikel tu. Kalau betul itu yang dia cakap; memang menyedihkan ummat Islam.
Post a Comment