Beberapa tahun dulu saya menghimpun barang-barang lama. Nilainya unik pada mata saya kerana ia cantik walau berusia, jarang dijumpai, fungsinya dalam keunikan bentuk dan cerita di sebaliknya. Objek barangan lama ini bagaikan hidangan sejarah dalam jejak laku masyarakat yang kita pusakai. Koleksi saya merangkumi koleksi keluarga yang saya perolehi dari ibubapa,adik beradik kedua-dua belah pihak dan satu lagi koleksi yang saya cari,tukar atau beli. Kebetulan suami juga berminat. Antara yang kami ada ialah keris, pinggan antik pecah seribu,sepasang takar cuka getah,set teh cina, duit siling, batu permata, kulit siput, batu, botol dan beberapa lagi termasuk kain tenun.
Koleksi keluarga, saya serahkan pada abang-abang. Yang saya perolehi dari sumber lain saya
Saya dibawa berubat secara tradisi. Memberontak tak mahu..tapi apakan daya, pada masa itu saya amat takut dengan abang-abang saya. Benci. Sesuatu yang janggal sebab saya rapat dengan mereka semua. Menurut Pak Haji pengamal perubatan tradisi itu, saka orang singgah pada saya. Abang,kakak dan suami terkejut besar.Saya terasa macam terapung-apung, tak jejak ke bumi. Antara sedar dan tidak. Saya rasa saya sedar kerana melihat kakak saya menangis tersedu-sedu. Waktu berubat saya dikatakan bercakap sesuatu yang saya tak sendiri tidak tahu. {Saya tidak diberitahu apa yang saya ucapkan, cuba juga bertanya, tapi abang saya menasihatkan supaya dibuang jauh-jauh ingatan itu}. Puncanya,salah satu barang dalam simpanan saya bersaka,bila barang itu berpindah milik, saka nya berpindah tuan! Empunya saka itu sendiri memilikinya tanpa pengetahuan beliau. Alkisah, sewaktu beliau masih kecil zaman sebelum perang, seseorang telah menyerahkan " sesuatu" pada dia konon untuk pelindung diri.
Dalam perjalanan balik dari rumah Pak Haji, kami yang berkonvoi 3 buah kereta berhenti di tepi jalanraya di pinggir sawah. Saya dengar nasihat abang pada suami supaya bersabar banyak-banyak. Mereka berbincang sambil airmata masing-masing berlinang. Saya macam orang bodoh, antara sedar dan tidak. Yang pasti saya amat letih, memandang mereka dengan perasaan beku. Macam baru terjaga dari mimpi. Saya masih ingat tadinya saya diberi makan garam kasar dengan halia bara dengan sekali kunyah, minum air gunung, mandi air gunung, dan diberi bekal surah-surah untuk amalan saya. Antaranya amalan harian waktu sembahyang surah Yasin dan surah al-Jinn yang di baca setiap kali lepas sembahyang maghrib. Cukup payah nak menghabiskan surah ini. Satu malam saya bertarung dengan diri sendiri. Saya baca dan ulang semula bila saya sedar bacaan salah. Waktunya panjang hingga kaki saya kebas dan badan saya menggeletar. Saya mulai selepas sembahyang maghrib dan habiskan satu surah pada hampir pukul 10 malam. Selesai saya menyebut, kun faya kun.. semacam angin panas menerobos keluar melalui telinga. Saya solat Isyak dan selepas itu rasa letih yang teramat. Automatik, selepas kejadian itu, surah Yasin kembali basah dilidah saya. Bacaan ayat suci al Quran lancar macam biasa. Bila saya ceritakan pada Pak Haji, dia tersenyum dan mengangguk.
Tiba-tiba ada semangat baru menyelinap. Rumah kami ceria kembali dengan gelak ketawa. Kami berkunjung lagi ke rumah Pak Haji. Kali ini saya mencari-cari di mana perasaan takut saya bila masuk ke halaman rumah Pak Haji sebelum ini. Ia hilang. Cuma terasa nyaman, tenang, melihat Mak Aji memberi makan anak ayam di tepi rumah di permatang sawah landai di kaki gunung Jerai.
Pak Haji menyambut saya dengan senyum dan mengusik, katanya saya dah kembali berseri-seri. Tak macam dulu, moyok dan gelap saja airmuka saya. Dia mengejek saya dengan beberapa perkataan,dan saya terpinga-pinga sebab saya tak tahu lansung hal itu...Oh, itu rupanya yang saya ucapkan tanpa sedar waktu proses "mengeluarkan" saka dari jiwa raga!
Malas mahu fikir tentang apa, kenapa, bagaimana, siapa, bila .....Saya pilih yang lurus. Kita hamba, mereka pun hamba. Kita ada jalan kita, pilihan kita di jalan Allah. Hati saya lapang.
Saya sunguh-sungguh bersyukur dengan sokongan kuat suami,abang-abang dan kakak saya. Kesabaran, kasihsayang dan pimpinan mereka menyalakan semula semangat saya. Kesihan suami saya kena buli. Tidurnya dulu tak pernah nyenyak sebab "saya" asyik menyerkah,menggigit kakinya waktu tidur. Tak cukup dengan itu saya meracau-racau dalam tidur...{yang saya sedar hanya bila terjaga terasa hembusan panas masuk ke cuping telinga}. Suami disisi membaca ayat suci dan menghembusnya ke telinga. Saya tak tahu pun hal itu berlaku. Bila dikisahkan Pak Haji, barulah saya dapat menyambung peristiwa demi peristiwa.
13 comments:
Alhamdulillah...syukur kepadaNya kerana menolong hambaNya yang memberi pertolongan di kala susah...
Memang menakutkan kan, kalau ini berlaku. Pernah jugak maklang kena buatan orang. Nak dikenakan pada orang lain, tapi tempias pada maklang. Sampai sekarang effectnya masih ada. Amalan ayat2 suci memang kena selalu, mana tau kot2 'dia' nak menyinggah balik kat kita yang lemah ini!
Maklang, nasihat orang2 tua dan alim ulama' - jangan tinggalkan al-Quran walau sehari( kecuali lah waktu2 itu..)itu pendinding kita dari syaitan. Hikmahnya besar, kan maklang...
Che Milah,
Interesting entry.harap kita semua dpt iktibar.InshaAllah.
N
Terima kasih kerana berkongsi. Tak pernah terfikir, barang2 antik ni pun ada berpenunggu. Tapi saya pun tak berapa minat sangat nak kumpul barang antik ni...
alhamulillah ... terima kasih kerena berkongsi sama dgn pengelaman ini.
Cik Milah, Lega bila baca you dah okay. Seram juga ya.
N,
thanks for dropping by. Yes, most of the time we cannot take things for granted.
Mamamia, saya pun tak pernah menyangka hal-hal begini. Sekurang-kurangnya ia menjadi pengajaran besar untuk kita.
KakElle, pengalaman ini memang ngeri sbb kita tak nampak dengan mata kasar. Alhamdulillah dan semuga tidak berulang...
Zlaa, saya rasa bertuah kerana orang-orang tersayang bersama saya up and down. Sekarang ni bila di ingat kan pun tak rasa apa-apa lagi. Cuma saya terus amalkan surah-surah yang di ajarkan dulu...
Salam cikmilah.. Wow!!! kagum neeza sekejap. Tak sangka... selama hari ni neeza biasa dengar dari orang lain. Kali ni dengar sendiri dari orang yang betul betul alaminya.. terbeliak mata neeza baca kisah cikmilah sehinggalah bab yang... 'kaki cik abang kena gigit' tu.. hehehee.. tak tahan nak gelak. neeza dapat bayangkan, dia tengah tidur sekali kaki kena gigit.. hehehee.. kesian kat dia..
Alhamdulillah, akak dah sembuh. Bukan nak kata, bila sebut barang antik.. nama pun antik.. entah berpuluh.. entah beratus tahun.. siapa pemilik dan bagaimana kisah hidup pemilik. kita tak tahu kan.. jadi, elok la tak payah simpan.. tapi, neeza simpan duit dan stem aje la. tak antik pun.. yang neeza kumpul sendiri.. hehehe..
wello sis..mwaahhhh skit...wendu aaa...!
anyway,me also got the same experience tp tahu saper 'tuan'nye...memang betul tu sis,ketabahan dan sokongan org tercinta especially suami terchenta memang penting kan..alhamdulillah Tuhan letakkan kite dikalangan keluarga dan insan2 yg tabah dan memahami kan.
Salam Neeza, " gigit kaki" tidak berlaku di alam nyata..ke ke ke
pengalaman ngeri ni... alhamdulillah you dah sembuh... semua ahli family you pun sabar semuanya .
hello dik tulip, windu gak...
betul, Allah menguji kita mengikut kemampuan kita menghadapinya...
Alhamdulillah KakRina.
Post a Comment